Pages

Monday, November 8, 2010

Bahaya Aids Al Haraki Dalam Gerakan Islam


Thursday, February 26, 2009
Bahaya Aids Al Haraki Dalam Gerakan Islam

SUATU PERINGATAN DARI USTAZ FATHI YAKAN
( Virus Merbahaya Yang Menyerang Harakah Dakwah Masa Kini )


Disediakan oleh :
Akhukum fiLlah, Ahmad Akhyari bin Ismail Az-Zahawiee UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta.


Muqaddimah


Seorang Mujahid Dakwah, Ustaz Fathi Yakan, yang pernah berkunjung ke Negara kita, dalam rangka menghadiri Muktamar Agung PAS tahun 1997, telah memperingatkan kita semua tentang bahaya AIDS Haraki, iaitu istilah yang menggambarkan fenomena yang telah dan sedang terjadi di sebahagian harakah Islamiah di seluruh dunia.


Ini adalah peringatan penting beliau kepada para aktivis dakwah, sejak enam belas tahun yang lalu di dalam buku beliau : Ihzaruu AIDS Al-Haraki (Berjaga-jagalah, AIDS Haraki). Wa Zakkir !! Fa inna az-Zikra tanfa`ul mu’minin.

Penyakit AIDS adalah merujuk keadaan seseorang yang mengalami kehilangan daya tahan penyakit di dalam tubuh, sehingga menjadi mudah dijangkiti penyakit dengan keadaan yang parah. Sehingga kini, penyakit yang disebabkan oleh virus HIV ini, masih belum ditemui ubat yang dapat menyembuhkan penyakit merbahaya ini. Para penghidap HIV/AIDS ini akan berhadapan dengan risiko kematian.

Dalam buku “Ihdzaruu Al-Aids Al-Harakiy (1989)”, Al-Ustaz Fathi Yakan secara khusus mengingatkan kes kehancuran harakah dan tanzim dakwah di Lubnan. Hal yang sama juga berlaku di beberapa Negara Muslim yang terdapat harakah Islamiah di situ. Beliau berpendapat, kes-kes kehancuran tanzim dakwah bermula dari kelemahan daya tahan dalaman jama`ah, yang seringkali terjadi di saat mereka berada di atas paksi Mihwar Siyasi (Orbit Politik).

Hal ini sering terjadi ketika harakah Islamiah memasuki wilayah amal siyasi (kerja politik) untuk menyempurnakan wilayah `amal dakwah dan meningkatkan sasaran dakwah yang lainnya.


Mengapa terjadi seperti ini? Apakah penglibatan harakah Islamiah dalam wilayah politik adalah suatu kekeliruan dan kesilapan? Tentu saja tidak !! Bahkan ini adalah suatu kewajipan kita semua.

Konsep Syumuliatul Islam yang diperkenalkan Imam As-Syahid Hasan al-Banna di dalam usul pertama dari Usul `Isyrin, telah memberikan gambaran pentingnya kita bergerak di paksi politik demi tertegaknya Ad-Din wa Ad-Daulah. Sesungguhnya saat ini, Syumuliayatud Dakwah menuntut kita memasuki dan menguasai wilayah politik.
Mengenal Virus Merbahaya.

Persoalan yang timbul ialah bagaimana virus ini boleh berjangkit dan menjadi penyebab kehancuran kepada harakah? Dalam analisa dan tajribah Ustaz Fathi Yakan, terdapat 7 faktor utama yang menyebabkan hal ini terjadi :

1. Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan tidak terbinanya bangunan dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu. Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh.
Adakalanya sebuah tanzim hanya wujud sebagai Tanzim Ziyami, iaitu tanzim yang berdiri atas landasan wala’ kepada seorang pemimpin yang diagungkan.

Ada juga yang bergerak sebagai Tanzim Syakhshi, iaitu tanzim yang tertegak atas bayangan keperibadian (figure) seorang pemimpin. Terdapat juga yang berbentuk Tanzim Mashlahi Naf`i yang berorientasi mewujudkan tujuan perlaksanaan pengisian semata-mata.
Kerana itu, binaan tanzim menjadi begitu rapuh, tidak mampu menghadapi kesulitan dan cabaran. Akhirnya bergoncanglah binaan dan bercerai-berai shofnya sehingga terjadilah berbagai peristiwa dan tragedi.

2. Perkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan. Kondisi ini mungkin ada kebenarannya ketika sebuah harakah dakwah tampil secara rasmi sebagai parti politik dan terlibat dalam pilihanraya.

Akan tetapi hal ini perlu diawasi kerana, orientasi ini akan memudahkan pihak-pihak tertentu cuba mewujudkan qaidah sya’biyah atau dasar dokongan sosial untuk kepentingan mealisasikan tujuan-tujuannya.
Dalam situasi tertentu akan muncul keperibadian atau tokoh-tokoh tertentu dalam harakah yang memperjuangkan kepentingan peribadi dengan memanfaatkan qaidah sya’biyah yang dibinanya. Pada saat ini, qa`idah sya’biyah ini akan bertindak sebagai musuh dalaman kepada harakah Islamiah.

3. Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemengan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun ditahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan. Setiap aktivis politik akan dikuasai semangat mencari dan mengejar kekuasaan sehingga tidak ada penghujungnya.
Menurut Ustaz Fathi Yakan, kekuasaan yang diperolehi di manapun akan menuntut pembahagian ghanimah (harta rampasan perang) kepada penjaga sesuai dengan perbandingan tugasan yang ditanggung seseorang. Ghanimah yang telah diperoleh itu kadangkala melahirkan cubaan, fitnah dan bencana kerosakan dalam harakah.

Permasalahan dasarnya adalah penipuan dalam pembahagian, antara perseorangan, pemimpin serta penguasa yang bercita-cita mendapatkan bahagian kekuasaan yang banyak. Akhirnya prinsip perjuangan tergadai dan agenda maddiyah dengan mengejar kepentingan hawa nafsu akan menjadi tuntutan perjuangan mereka.
Ketika ini hilanglah roh aqidah dalam perjuangan, tumpuan hanya diberikan kepada percaturan strategi menghadapi musuh dalam pilihanraya dengan meninggalkan agenda pembinaan ruhiyah di kalangan jundiyah dan qiyadah. Akhirnya “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran ”.

4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi dan arah tujuan politik. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.

5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.

6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik, ideologi, perisikan, inteligent dengan berbagai cara penyamaran untuk menyerang musuh dalam harakah dengan tujuan menghancurkan kekuatan dan kesatuan di dalam tanzim. Ruang yang terbuka untuk campur tangan atau penyusupan amat luas, terutama melalui ruang politik, iaitu dengan menawarkan pelbagai maslahah siasah.
Kekuatan luaran dan campur tangan ke dalam tanzim harakah berlaku ketika jamaah mengalami kelemahan, miskinnya roh `aqidah di kalangan jundiyah dan qiyadah, kuatnya kecenderungan mengejar maddiyyah dan jawatan.

7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangai peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan politik setempat berdasarkan situasi dan kondisi politik internasional.

Apabila harakah mengalami kelemahan seperti ini, akan berlaku sikap yang kontradiktif dan mudah terbawa arus. Keadaan ini memudah unsur-unsur negatif dari luar mengawal keputusan politik dalam harakah dan mengenepikan peranan majlis syura dalam jamaah.

Semua faktor kondisi yang dinyatakan oleh Ustaz Fathi Yakan adalah berkesimpulan dari masalah mendasar harakah Islamiah masa kini, iaitu “politik mendominasi tarbiah”. Keadaan ini menyebabkan suasana atau munakh harakah dikuasai oleh politik, bahkan sangat mempengaruhi pendirian dan sikap para anggota dan pimpinan harakah.
Kewajipan Memelihara Asholatud Dakwah (Keaslian Dakwah).
Permasalahan dan penyakit yang berlaku di dalam harakah dakwah, hanya dapat dikawal dan diubati dengan memelihara keaslian dakwah yang kita warisi dari Baginda Rasulullah SAW.

Syeikh Mustafa Masyhur Rahimahullah, dalam sebuah tulisannya, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah, menekankan betapa pentingnya Muhafazhah `Ala al-Asholah (memelihara keaslian dakwah), agar harakah terjamin berada di jalan yang benar menuju sasaran.
Sekecil-kecil penyelewengan dari asholah dakwah, pasti akan melahirkan kegelinciran yang semakin hari semakin besar, serta menyeret harakah jauh dari jalan yang benar dan gagal mencapai sasaran harakah. Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna selalu menekankan agar jamaah beriltizam dengan Islam, Al-Quran dan As-Sunnah serta melangkah ke medan dakwah berpandukan Sirah Rasulullah SAW ketika beliau menegakkan Daulah Islamiah pertama. (Mustafa Masyhur, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah).
Memelihara Asholah Dakwah bererti meletakkan kepentingan kepada tarbiyah. Kerana itu, tarbiyah dalam jemaah tidak boleh dikesampingkan atau diabaikan demi memenuhi tuntutan kegiatan politik, publisiti bahkan jihad sekalipun. Perencanaan takhtit dan tanzim semata-mata tidak mencukupi tanpa tarbiyah untuk membina izzah harakah di mata musuh Islam.

Usrah merupakan tulang belakang tarbiyah dalam jamaah, yang berperanan sebagai wasilah yang mendidik ahli dan membentuk rijal. Semua anggota di manapun peringkat jamaah, samada ahli hinggalah pimpinan tertinggi wajib mengikuti peringkat-peringkat tarbiyah sehingga sampai ajalnya.

Kesimpulan
Ternyata, kewajipan itu lebih banyak dari batas waktu yang kita miliki. Kerana itu, dakwah kita tidak dibina atas dasar rukhshah (keringanan), tetapi dibangun atas dasar `azhimah dan tekad yang teguh. Jika hal ini diperhatikan dengan sewajarnya, dari peringkat ahli sehinggalah pimpinan jamaah, segala permasalahan yang sering melanda harakah dan dakwah, nescaya virus bahaya yang menular dalam tanzim binaan jamaah dapat diatasi.

Semoga kita mengambil pelajaran dan manfaat dari taushiyah yang disampaikan sejak enam belas tahun silam oleh seorang da`ie yang menjadi qudwah kepada kita, demi kebaikan dan kejayaan harakah dakwah di Negara kita.
Kepada para Pejuang yang merindukan kejayaan.....
Kepada Rakyat yang kebingungan di persimpangan jalan Kepada Pewaris peradaban yang telah menggoreskan
Sebuah catatan membanggakan di lembar sejarah manusia Wahai kalian yang rindu kemenangan…..
Wahai kalian yang turun ke medan Demi mempersembahkan jiwa dan raga Untuk Islam tercinta…..

Monday, November 1, 2010

Mungkin Ahmad kali pertama ke Galas


Mungkin Ahmad kali pertama ke Galas
Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia PAS ingin menjawab cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahamad Maslan yang mencabar apa yang kerajaan Kelantan buat sepanjang 20 tahun memerintah. PAS ingin memaklumkan kepada Datuk Ahmad Maslan, Kelantan masih lagi di dalam negara Malaysia, bukan berada di bawah negara Mozambique.

Walaupun Kelantan dinafikan dalam konteks federalisme, namun atas kebijaksanaan pemimpin yang bertaqwa dan bertanggungjawab kepada rakyatnya namun Kelantan boleh mentadbir dengan baik walaupun mengalami kekangan kewangan akibat dasar pilih kasih dan pencabulan amalan demokrasi. Buktinya kadar kemiskinan di Kelantan menurun pada 4.1% tahun 2008 berbanding 7.2% pada tahun 2007 dan 10.4% pada 2004. Sedangkan kadar kemiskinan di peringkat negara 3.8% sahaja. Maknanya Kelantan lebih tinggi 0.3% sahaja. Kira ok lah ini.

Kadar kemiskinan tegar di Kelantan hanya 0.6% di mana lebih rendah kadar jumlah kemiskinan tegar peringkat kebangsaan 0.8%. Perkara didedahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika rombongan Kelantan berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi pelaksanaan RMK10 pada 25 Jan 2010.

Dakwaan Ketua Penerangan Umno tidak ada pembangunan yang PAS laksanakan di Galas, mungkin inilah pertama kali beliau datang ke Galas. Nasib baik ada pilihanraya kecil, kalau tidak Ahmad Maslan tidak tahu di manakah Galas dan Gua Musang. Setakat hari ini tidak ada berita Ahmad Maslan turun menoreh getah seperti di Manek Urai, mungkin selepas ini dia tidur dalam ladang kelapa sawit pula.

Untuk pengetahuan Datuk Ahmad Maslan Gua Musang berubah wajah sejak PAS mentadbir Kelantan 1990. Saya harapkan beliau sedar, ketika beliau jadi Ketua Penerangan Umno, rakyat bukan hidup dalam Gua Tempurung tapi dalam dunia maklumat di hujung jari.

Sepatutnya beliau tidak perlu persoalkan kewibawaan PAS mentadbir Kelantan. Memang sudah terbukti dan teruji serta berjaya melunaskan hutang lapuk zaman Umno sebanyak RM760 juta dan meningkat taraf hidup rakyat menjadi negeri ke 6 miskin, sedangkan Sabah dan Terengganu mengekalkan pingat emas dan perak dari segi kemiskinan walaupun negeri itu ada hasil minyak. Cuba bayangkan kalau Kelantan dapat rayalti minyak, sudah tentu Kelantan akan meninggal jauh negeri di bawah kekuasaan Umno.

Sebelum beliau hendak menuding jari kepada Kelantan, lebih baik beliau menyelesaikan masalah Felda yang memerah keringat orang miskin, majoritnyai Melayu. Cabaran Penegrusi Anak, Saudara Mazlan Aliman untuk berdebat masih tidak tersahut.

Sebelum beliau cabar apa PAS buat 20 tahun di Kelantan, maka pengundi Galas juga hendak tahu ke mana wang Felda telah menguncup daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM1.35 bilion (2009). Wang orang miskin dibelanja untuk mendirikan bangunan RM662 juta, tanam semula RM2 bilion dan yang pelik sekali sebanyak RM253 juta untuk basmi kemiskinan di Sabah. Ke mana pergi wang minyak Sabah, sehingga mengemis dengan Felda. Sedangkan negeri yang banyak rancangan Felda ialah Pahang, Johor,Terengganu, Perak dan Kelantan. Kenapa pula wang itu ditabur ke Sabah?

Friday, October 29, 2010

umNo memperjuangkan MELAYU.....


kita kongsi bersama....

• 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

• Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

• Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

• 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

• 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

• Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

• 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

• Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara. Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

• Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

• Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

• Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu.

Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

Friday, October 22, 2010

Sejarah Parti Islam Semalaysia (PAS)


Sejarah Parti Islam Semalaysia (PAS) PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Jabatan Arkib PAS
WEDNESDAY, 23 JULY 2008 19:33


SEJARAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

**klik di sini untuk Muat Turun dalam bentuk PDF

Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.


1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.
3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi
Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.
4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat,
dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.
5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of
Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28.

Thursday, October 21, 2010

Tak takut Neraka ke?


Hebatnya Rosmah Mansor
Khairul Izwan

Kita sering menuding jari kepada amerika dengan menyatakan bahawa AS adalah kepala pengganas dunia. AS berlagak sebagai polis dunia dalam misi untuk mengamankan dunia. Pemimpin- pemimpin negara Malaysia juga tidak terkecuali merujuk AS sebagai polis dunia. Kini polis dunia itu telah berusaha membersihkan imej Islam dengan mengikis islamophobia.

Usaha itu telah di sahut oleh perdana menteri sendiri. Perdana menteri berusaha mengikis Islamophobia ini. Antara langkah awal perdana menteri mengikis islamophobia ini ialah, menghantar Rosmah mansor menuntut ilmu bagi memulihkan gejala sosial buang bayi ke Belgium.

Ini menunjukkan keterbukaan kerajaan Malaysia merujuk Negara bukan Islam sebagai rujukan utama. Padahal semua ummat Islam sedia maklum bahawa Al-quran dan As-sunnah sebagai rujukan utama.

Sabda nabi “ aku telah tinggalkan dua perkara kepada kamu, kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepada kedu-duanya iaitu kitabullah dan sunnaturrasul”. Tetapi mengapa gejala sosial sering berlaku dalam Negara kita.

Kenapa gejala Islamophobia itu wujud? Kerana kerajaan sendiri tidak merujuk Al-quran dan As-sunnah. Mereka merujuk barat. Mereka merujuk Negara lain. Sepatutnya mereka merujuk Al-Quran terlebih dahulu. Adakah mereka tidak yakin Al-Quran itu sebagai penyelesai masalah? Adakah mereka menolak Al-Quran? Kitab mukjizat nabi Muhammad.

Jawapanya, mustahil mereka dapat merujuk Al-Quran sekiranya dasar parti mereka bercanggah dengan Islam. Beginikah pemimpin yang kita mahukan? Islamnya pada luaran, tapi perlaksanaan mengikut jahiliyyah.

Kini, Najib dan Rosmah Mansur lebih terbuka fikiran mereka. Rakyat berterima kasih banyak kerana telah membuka mata rakyat bahawa fesyen show Islam itu lebih terbuka dan lebih terdedah. Sangat hairan bagaimana seorang yang tidak berfesyen seperti garis- garis Islam dapat menganjurkan sebuah program diberi nama “ Islamic Fashion Show ”.

Sangat menarik dan sangat hebat. Rupa- rupanya, program tersebut menggayakan pelbagai fesyen. Fesyen yang menepati cita rasa penganjur seperti Rosmah Mansor. Hal ini ibarat menempah tiket ke neraka.

Terima kasih buat penganjur kerana membuka mata rakyat bahawa pemimpin Negara sekarang adalah jelmaan Mustafa Kamal Attarturk. Program tersebut telah menghina nama dan imej islam. Inilah petanda- petanda bahawa kejahilan agama berleluasa. Kalau dia jahil sendiri tak apa tapi, sekarang ini, dia nak bagi semua orang jahil sama macam dia. Sesat orang-orang macam ini. Sama taraf macam ayah pin. Bahkan lebih teruk dari binatang ternakan.

Ramai- ramai kita bantah tindakan melampau menhina dan memfitnah Islam ini. Di mana golongan dan penasihat agama kepada perdana menteri. Adakah mulut mereka di bisukan. Kenapa dibiarkan program menghina Islam berjalan. Kenapa? Persoalan yang sering di putarkan. Jika mereka masuk ke tangki najis, pasti najis tersebut akan terpalit. Pasti badan juga akan busuk. Bantahan tetap bantahan. Kita tukar kerajaan dalam PRU-13 nanti sebagai bantahan kepada penghina Islam. Semoga Islam terus gemilang dan tetap tinggi menjulang.

Monday, October 18, 2010

Khairi umNo, biasa......JPMK umNo...ajiib...




Salam Teman semua, ana yakin dan percaya, kalian sudah baca dan sudah pun membuat comment terhadap apa yang tersebar dalam harakahdaily.net

view more 18 October 2010
Taklimat Biasiswa JPMK Di Mansurah Jadi Majlis Kelab Umno

Ana tak kisah laa kalau Khairi Jalaluddin yang kita tahu dia tu memang umNo piow, silap-silap darah pun warna biru pekat macam bendera umNo.Iman dalam hati dia sahaja yang dapat membenarkan perjuangan yang dia galas.Dia pun belajar tinggi, negara berjiwa Arab juga.

Tapi yang menjadi persoalannya, sekarang Khairi adalah pegawai JPMK yang bertugas untuk mahasiswa, Khairi bukan bekerja dengan umNo seperti Tengku Adnan yang semestinya bekerja untuk umNo.Tk kisah laa kalau Tengku Adnan nak sebar dan nak bercakap tentang umNo,kamu, Khairi adalah pegawai di JPMK, profisional laa sikit.

Apa komen ketua kamu, Prof Jamil.Prof Jamil wajib ambil tindakan kepada pegawai yang seperti ini.Bawa politik kepartian kepada mahasiswa.Tugas Khairi di pejabat JPMK lagi banyak, duduk pejabat laa buat kerja, ini tidak,pelajar nak buat urusan pun susah, macam nak masuk temuduga kerja, padahal pelajar nak masuk jumpa Khairi nak minta tandatangan dan cop je pun.

Kita mahasiswa kena buat sesuatu, jangan sampai hilang nilai kemahasiswaan yang kita galas.Berjuang diposisi yang kamu yakini.wassalam

Saturday, October 16, 2010

Salam Dzul Qaedah 1431




Salam pada semua teman-teman yang dirahmati, semoga kita masih lagi tegar dalam melaksanakan tugasan kita sebagi seorang hamba Allah.Sentiasa menyedari dalam mempertingkatkan dan memperkemaskan segala amalan yang wajib dan juga sunat, semoga kita benar-benar menjadi hamba yang taat pada perintah Allah.

Agak lama ana tak coret kan sepatah dua kata dalam alam blog ana yang agak usang, sekadar copy maklumat dari sumber yang teman-teman boleh dapat dengan cara menekan butang Hp atau keybord lattop atau komputer teman semua.

Banyak juga program yang PMRAM cawangan Perak (KPIPM) anjurkan dan juga PMRAM Pusat anjurkan, namun ana tak dapat sertai semua disebabkan beberapa perkara yang bertembung.Biasa la kekadang malas menghantui.

Yang terbaru KPIPM sambut delegasi dari Yayasan Perak, Alhamdulillah sambutan yang amat menggalakkan dari semua ahli KPIPM mahupun bukan ahli KPIPM tapi anak Perak.Mungkin inilah kali pertama perkumpulan keseluruhan anak Perak di perlembahan Nil ini.

Program pertama kalau tak salah ana yang di anjurkan oleh Pegawai Perak dengan kerjasama KPIPM (tak pasti laa sejauh mana kerjasamanya) untuk menghargai anak-anak Perak yang berjaya ditaja oleh Yayasan Perak yang mungkin menggantikan Jabatan Agama Islam Perak yang lebih layak melaksanakan program tersebut.Mungkin Yayasan Perak lebih Prihatin dari Jabatan Agama, tak pasti lah yang mana betul.

Apapun program malam tu banyak lah yang khalal...(bukan khalil yee)....semua boleh tengok dengan mata kepala sendiri.Tak perlu ana ulas kat sini, mungkin kita tunggu ulasan dari bintunperak.blogspot.com, itu pun kalau bintun masih nak cari glamour secara tidak dikenali coz dah lama sangat bintun tak keluar post baru.Mungkin takut dikesan kot.entah laaa.

Program terbaru jugak dilaksanakan oleh PMRAM Pusat. KEJORA untuk adik-adik baru, berkampung di Ismailiah selama 2 malam untuk lelaki dan 2 malam untuk perempuan.Ana pulak bermalam 4malam disana kerana menjadai adhoc makanan.Alhamdulillah program yang dihadiri hampir atau lebih dari 800 orang dapat dijayakan dengan jayanya.Pengisian program dengan penuh makna, makanan pun sedap dan cukup malah boleh bertambah, tak macam di ARMA progrm CEMERLANG Us Mohaimin, satey 3 cucuk sorang, nasi tak cukup, lauk masam, ceramah us Kazim tak best, wakil MB tak hormat En Saiful KBMK, program cacamerba.

Yang akan datang insyaallah PMRAM Pusat akan menganjurkan Bacaan Kutub Sittah kedua yang akan berlangsung hujung bulan ni, amat diharapkan Prof jamil jangan upah pak Arab curi banner pulak yang terjadi tahun lepas.Memalukan JPMK jee kalau buat lagi sekali.Tapi ingat kami PMRAM takkan jatuh dalam lubang yang sama buat kali kedua.

Kepada teman semua moga kita dilimpahi rahmat dari Ilahi dan mendapat redha dalam kehidupan kita.Berjuang dimedan yang kamu diyakini.....wassalam

Monday, September 27, 2010

Ijtimak Tarbawi: “Revisited Tarbiah dalam Jamaah"


Ijtimak Tarbawi: “Revisited Tarbiah dalam Jamaah"
Riduan Mohamad Nor

Syawal masih membahang hangat dengan program ziarah menziarahi, diselimuti dengan sejuta rasa bahagia setelah pulang ke desa untuk melengkapkan pakej sambutan hariraya.Ramadhan yang berlalu yang sarat dengan pengisian rohani terasa begitu cepat meninggalkan kita,kini syawal yang mengetuk pintu kemenangan dengan kilasan kemenangan Islam di medan Ahzab, Perang Hunain, Perang Toif juga puluhan peristiwa kemenangan Islam yang dirakam dilangit sejarah.

Penghujung bulan Syawal ini atau 1 sehingga 3 Oktober akan berlangsung program terbesar Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu Ijtimak tarbawi 2010. Program ini merupakan kesinambungan program besar Dewan Pemuda PAS iaitu Ijtimak ‘Alami yang pernah diadakan pada tahun 1989 dan 1994 di tempat yang sama iaitu Masjid Rusila Terengganu. Program himpunan tarbiah ini akan menghimpunkan tokoh-tokoh tarbiah PAS seperti Tuan Guru Mursyidul Am, Tuan Guru Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Dewan Ulama, Murabbi tarbiah , termasuk tokoh undangan daripada gerakan fenomenal dunia iaitu Ikhwanul Muslimin.

Ahli-ahli PAS seluruh negara dijemput hadir, tidak terhad kepada jaringan pemuda tetapi program ini mengundang juga muslimat, Nisa, warga kampus, veteran parti, pelajar-pelajar sekolah dan seluruh penyokong dan pendokong perjuangan Islam. Saya bagi pihak jawatankuasa Panitia program Ijtimak menyeru ahli-ahli PAS untuk hadir beramai-ramai beserta dengan kaum keluarga, bekalkan dengan tikar, bantal, bekalan musafir yang secukupnya.

Pantai Rusila yang terhampar putih bersih akan menjadi ‘hotel’ yang akan menampung ribuan peserta ijtimak melepaskan lelah bersimpuh di masjid . Kaum muslimin akan berkhemah di hamparan pantai yang luas memanjang manakala muslimat akan ditempatkan di bangunan PASTI Rusila. Gerai-gerai jualan yang pelbagai akan menyempurnakan himpunan ini, termasuk gerai pameran yang akan diuruskan oleh Dewan Pemuda PAS Terengganu.

Ijtimak Tarbawi 2010 Dewan pemuda PAS akan berlangsung dengan suasana santai namun sarat dengan mutiara ilmu yang akan disampaikan oleh pembentang kertas kerja, pengkuliah , juga panelis forum yang terdiri daripada kalangan pimpinan PAS Pusat. Dengan ribuan peserta yang hadir memenuhi dalam dan luar masjid,program ini dijangka memberikan kesan yang mendalam untuk memerkasakan kembali program tajnid dan merimbunkan kembali program amal tarbawi di dalam gerakan Islam tertua dan terbesar di negara ini.

NOSTALGIA PROGRAM TARBIAH

Ijtimak ini bukan sekadar medan untuk berhimpun dan berukhuwwah ,namun ada sesuatu yang membekas dalam palong hati saya, iaitu Ijtimak Tarbawi 2010 Pemuda akan menerima kehadiran tokoh murabbi PAS yang sangat tidak asing dengan program pembinaan kader pemuda PAS, iaitu al fadhil Ustaz Yahya Othman. Siapa tidak kenal dengan tiang seri tarbiah ini yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan diasuh oleh Ikhwanul Muslimin. Kertas kerja tarbiah ustaz Yahya Othman sering kita lumati dalam program tarbiah, bahkan dada kita turut terisi dengan penyampaian beliau yang tegas. Beliau adalah anak didik kepada Sheikh Kamal Saniri, tokoh Ikhwan yang telah mengalami pemenjaraan dan akhirnya mati syahid akibat disiksa oleh regim Mesir.

Sang Murabbi ini mengabadikan hidupnya untuk mencetak kader dakwah semenjak tahun 70an lagi. Di saat kebangkitan Islam menyelimuti dunia Islam, bahkan negara ini juga tidak terkecuali ,Ustaz yahya Othman bergerak ke seluruh negara untuk membudayakan tarbiah kepada pemuda dan belia Islam.

Dasawarsa 70an dan 80an adalah zaman subur merendang dengan usrah, tamrin, daurah , jaulah dan sebagainya, semua program ini begitu sinonim dengan Ustaz Yahya Othman.Bahkan , PAS berjaya merubah kepimpinan pada tahun 1982 ( transformasi kepimpinan )adalah kerana suburnya gerakan tarbiah dan pembinaan. Kepimpinan ulama yang menjadi teras kepimpinan PAS berjaya direalisasikan akibat hidupnya gerakan tarbiah yang berterusan, juga akibat generasi peserta kebangkitan Islam yang begitu ghairah untuk melihat PAS menjadi gerakan Islam yang bergerak diatas kefahaman ahli.

Kita semua para amilin jemaah akan sentiasa mempunyai ingatan kolektif terhadap jasa dan pengorbanan beliau, bahkan merasa kerinduan yang menggebu dengan sentuhan ‘air tangan’ beliau. Saya semasa menjadi Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPWP dan Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPP, Ustaz Yahya adalah pimpinan yang sentiasa diundang untuk menjadi pengisi program tarbiah pemuda. Beliau sangat serius dalam persoalan menepati masa, bicaranya tenang namun tegas. Bersimpuh dihadapan beliau semasa program seolah didera dalam penjara Guantamao atau berada dalam sel regim Arab, bimbang diterpa soalan ‘cepu mas’ ustaz Yahya.

“Ayat apa tadi akhi?, surah apa?” Tanya sang murabbi dengan cerlungan mata pada peserta program tajnid.
“Ayat apa yang akhir ana cakap tadi…?” Tanya beliau dengan tegas, peserta akan menunduk dan menikus seperti tikus disimbah dengan air sirap bandung.

“Mengapa enta tak menulis semasa ana berkuliah?” Tanya sang Murabbi dengan tatapan tajam disebalik bingkai kaca mata kepada peserta tamrin, sebahagiannya menikus seperti tikus mondok tersimbah air longkang. Saya juga kecut perut seperti baru melintasi bilik mayat selepas jam tiga pagi.

“Mengapa tak menulis dalam jawi?” Tanya Ustaz lagi pada seorang peserta yang duduk di barisan hadapan, teman ini pucat, lulusan kampus tempatan ini adalah produk dasar pendidikan negara yang tidak bersahabat dengan tulisan jawi.

“Ana sayangkan antum semua ini, antum semua anak ana, antum semua masa depan perjuangan Islam” kata sang murabbi dengan lirih, mata beliau berkaca dengan patah kata yang tersekat.

Di akhir program kami saling memeluk beliau, berpamitan dengan penuh ukhuwwah, ustaz sentiasa bermalam dengan peserta tamrin Pemuda, mengunyah apa sahaja yang dihidangkan bersama peserta. Keakraban beliau dengan peserta bukanlah dibuat-buat, keintiman ini berakar daripada kecintaan beliau untuk membina dan mencetak jurudakwah muda.

Buatlah tamrin jauh meranduk kawasan perbukitan , meredah kawasan yang paling rahsia untuk mengelak pengintipan musuh atau ke pulau terbiar, ustaz Yahya tidak pernah gagal untuk hadir. Biasanya pula sang murabbi akan sampai lebih awal daripada peserta tamrin.Sesibuk manapun beliau semasa menjadi Exco Kerajaan Kelantan namun program tarbiah adalah keutamaan.

“Mula pukul berapa akhi program ni” Tanya Ustaz Yahya pada saya dalam satu program pembinaan. Sebenarnya jauh di sudut hati ustaz tidak memerlukan jawapan, soalan itu adalah inzar kepada panitia yang gagal untuk mendisiplinkan peserta.Apa pun teguran yang diberi , saya dan kawan-kawan tidak pernah berkecil hati, malah hari ini ianya menjadi sebuah kerinduan yang sangat mendera perasaan,terakam indah dalam lipatan ingatan kita semua.

Sukarnya untuk melupakan jasa Ustaz Yahya kepada peserta kebangkitan Islam , juga kepada kita semua didalam organisasi Dewan Pemuda. Setiap kali bertemu, hati kecil akan berdoa “ Ya Allah, berilah kekuatan dan kesihatan kepada murabbi kami, kami masih merindui sentuhan beliau”.

Maka , teman-teman sekalian , jangan lupakan Ijtimak Tarbawi yang akan diadakan pada penghujung Syawal ini. Kita bertemu mata dengan penuh rasa ukhuwwah dan keghairahan untuk membedah perjalanan jamaah dan amal tarbawi, saat kita sibuk dibuaikan dengan mimpi-mimpi indah untuk menawan Putra Jaya.Ajak dan iklankan program ini semaksima mungkin, Ustaz Yahya yabg semakin uzur pun akan memberikan pengisian untuk kita semua.

Jom..jangan tak datang!

**Penulis adalah Exco DPPP, pendakwah dan Perunding Motivasi

Saturday, September 25, 2010

Ahmadinejad cetus kontroversi baru


Ahmadinejad cetus kontroversi baru
_

NEW YORK 24 Sept. – Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mencetuskan kontroversi baru, semalam apabila beliau mendakwa majoriti penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan serata dunia percaya kerajaan AS mendalangi serangan 11 September, 2001 dalam usaha untuk memastikan Israel terus wujud.
Kenyataan provokasi Ahmadinejad semasa berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di sini semalam mendorong delegasi AS bertindak meninggalkan dewan.
Ahmadinejad turut menyalahkan Washington sebagai kuasa besar yang mendalangi sekatan Majlis Keselamatan PBB ke atas Iran kerana keengganannya menghentikan kegiatan pengayaan uranium yang didakwa boleh digunakan untuk membina senjata nuklear.
Delegasi daripada semua 27 negara Kesatuan Eropah (EU) menyusuli langkah perwakilan AS itu meninggalkan dewan diikuti delegasi dari Australia, New Zealand, Kanada dan Costa Rica, kata seorang diplomat EU.
Presiden Iran itu berkata, Washington yang telah memperuntukkan sebanyak AS$80 bilion (RM256 bilion) untuk menaikkan taraf senjata nuklear AS bukanlah hakim yang adil untuk menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan bagi menghukum Iran berhubung aktiviti nuklearnya.
Ahmadinejad yang pernah melahirkan keraguan mengenai dakwaan AS berhubung serangan pada 11 September turut menggesa ditubuhkan sebuah badan siasatan bebas PBB bagi menyiasat serangan itu.
Siasatan sedemikian akan memastikan serangan pengganas tersebut tidak bertukar menjadi satu isu yang tidak boleh disentuh langsung seperti Holocaust dan ‘menyuarakan pandangan mengenainya tidak akan diharamkan’.
Ahmadinejad tidak menjelaskan lojik di sebalik tuduhan beliau bahawa AS mendalangi serangan 11 September tetapi berkata, terdapat tiga teori:
* Bahawa ‘sekumpulan pengganas yang canggih dan sangat kuat’ menembusi sistem perisikan dan pertahanan AS, dengan sokongan ‘negarawan Amerika’.
* ‘Bahawa beberapa kelompok dalam kerajaan AS mendalangi serangan itu untuk menyekat kemerosotan ekonomi Amerika dan menguatkan kembali cengkaman AS ke atas Asia Barat dengan tujuan untuk menyelamatkan rejim Zionis. Majoriti rakyat Amerika serta negara dan ahli politik lain bersetuju dengan pandangan ini’.
Selepas Ahmadinejad menyuarakan dakwaan-dakwaan itu, dua diplomat AS bangun dan berjalan keluar meninggal dewan tanpa mendengar teori ketiga:
* Bahawa serangan 11 September adalah angkara ‘sekumpulan pengganas tetapi kerajaan Amerika menyokong perbuatan mereka dan mengambil kesempatan daripada situasi yang berlaku’.
Sebelum itu, Presiden AS, Barack Obama dalam ucapannya pada UNGA mencabar dunia yang pesimis supaya membantu Israel dan Palestin memeteraikan perjanjian damai bersejarah dalam tempoh setahun, setelah usaha sejak berpuluh-puluh tahun lalu untuk mencapai perdamaian menemui kegagalan.
“Kali ini usaha damai akan membawa kesudahan yang berbeza,” kata Obama yang memberi pilihan antara kestabilan di Asia Barat dengan pertumpahan darah berterusan.
Obama menjadikan perdamaian di Asia Barat sebagai tema utama ucapan tahunan beliau pada UNGA, menandakan beliau amat mengharapkan kejayaan daripada rundingan damai terbaru yang kini berada dalam keadaan goyah.
Hampir setiap topik lain dalam agenda antarabangsa beliau diketepikan dalam ucapannya itu. – AP

Thursday, September 23, 2010

Salam Eid Mubarak 2


Salam Eid Mubarak

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan berada dalam syawwal yang gemilang, pelbagai nikmat dirasai oleh mereka yang masih bernyawa di atas muka bumi ini.yang pastinya kita belum dan tidak ketahui kenikmatan mereka yang berada dalam alam selain dunia.Mereka yang beriman kepada Allah yang telah meninggalkan kita terlebih dahulu.Nikmat yang tidak pernah terfikir oleh jangkauan keilmuan manusia.

Begitu juga bagi mereka yang merasa sempit dalam kehidupan dunia, yang hidup dlam penuh kealpaan, penuh dengan kepuraan, penuh dengan hasad denggi, penuh dengan kesombongan, penuh dengan pembohongan, penuh dengan tipu helah, penuh dengan tipu daya dan mementingkan kehidupan yang selesa sehingga mengabaikan dan memalingkan kepatuhan,ketundukan, kepercayaan, keyakinan kepada maha pencipta iaitu Allah, mereka ini bakal menerima siksaan Allah disaat kemaatian nanti.

Ya Allah jauhkan kami semua dari sifat-sifat mazmumah, sifat yang dibenci oleh Allah.Ya RObb jadikan kami dari golongan yang sentiasa memohun taubat dari mu Ya Robb.

Teman yang dikasihi,

Tidak lama lagi kita sebagai mahasiswa Al Azhar akan menempuh kealam perkuliahan, kesibukan sekarang dengan urusan penerimaan mahasiswa baru, penyusunan program untuk mereka, sebenar nya, ana juga pernah merasai sebagai mahasiswa baru, sudah beberapa tahun yang lalu.Sungguh seronok tatkala disambut oleh abang2 senior tatkala menjejak kaki kali pertama di bumi anbiyak ini.

Kini, detik tersebut sudah beberapa tahun yang lalu.Dari usia awal remaja, kini sudah masuk alam pemuda.Sudah pun berumah tangga, doakan kedatangan zuriat kurnian Allah untukku.Namun pengajian ku belum berakhir, kini masih lagi ditahun 4 kuliah usuluddin pengkhususan tafsir.

Namun dhomir ini tidak pernah gusar tentang itu, selagi nyawa dikandung badan, tugas ana sebagai seorang penuntut ilmu Allah, akan ana teruskan,walaupun kegagalan dlam imtihan terus mengundang,ana yakin dan percaya suatu masa nanti allah akan memberi kejayaan dalam pembelajaran ana.

Tetapi kedengaran dari mulut-mulut KOTOR seperti LONGKANG kekadang menerjah ketelinga ana.Memang tidak dinafikan, ada manusia yang tidak puas hati dengan manusia yang lain.Sedangkan Nabi pun di hina oleh kerabatnya sendiri.Inikan kita yang terlalu jauh dengan Nabi.

Ana hanya manusia biasa, sama seperti kalian, punyai perasaan, punyai hati, punyai nafsu,punyai kemarahan dan segala apa yang dimiliki oleh semua manusia.
Tak mungkin berdiam diri sekiranya imanku dimain main oleh anjing-anjing dan musuh-musuh Allah.Kan ku kuatkan Iman dalam dada ku untuk terus melawan musuh-musuh Allah.Oleh yang demikian kita wajib membentuk ketumbukan dalam membajai dan menjiwai keImanan yang dianugerah oleh Allah.Jangan sia-siakan taufiq hidayah yang dikurniakan oleh Allah.

Ingat dan juga peringatan kepada ana dan semua,amat malang sekiranya kejayaan kita mendapatkan sijil hanya sekadar menjadi tempurung untuk menagih simpati kepada makhluk untuk meneruskan kehidupan yang mewah, INGAtlah sebenarnya kejayaan kalian adalah anugerah Allah untuk mempersiapkan diri kalian untuk memperjuangkan kalimah Allah.Allah dan Rasul juga menyuruh kita supaya bekerja keras untuk mencari rezeki untuk kehidupan dunia tanpa meninggal akhirat.

Isilah dengan keberadaan kita semua dibumi penuh barakan ini dengan menuntut ilmu dengan niat untuk memperjuangkan agama Ilahi.Lama atau sekejap bukan menjadi ukuran, tetapi sejauh mana kita dapat manfaat ilmu yang kita perolehi.

Ingat..jangan jadikan ijazah yang kita miliki dari mana-mana universiti hanyalah sebagai tempurung menadah simpati kepada sesiapa, apatah lagi akan menjadi LEBIH HINA sekiranya dengan sijil tersebut akan mendapat JAWATAN YANG BESAR tetapi menyusah , menyempit perjuangan ISLAM.

Sekian berjuang diposisi yang kamu yakini...

Sunday, September 19, 2010

Salam Eid Mubarak


Salam Eid Mubarak.

Dengan ucapan selamat hari raya EidulFitri buat semua warga yang membaca blog ana, semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi, pencipta sekelian alam.

Sudah berlalu Ramadhan, tuntas kita memperolehi segala kebaikan dan kelebihan dalam madrasah Ramadhan mengajar sejuta pengajaran yang ianya memungkinkan kita menyedari diri kita sebagai hamba yang kerdil lagi dhoif.

Teman seperjuangan,
Kita bukan penilai diatas apa yang kita kerjakan dengan kewajipan dibulan ramadhan, tetapi pencipta kewajipan tersebuat akanmenilainya sendiri.Tetapi kewajipan kita hanya melaksana sebaik mungkin dengan arahan tersebut.

Sebulan Allahn mendidik kita dalam madrasah Ramadhan, mengimbau kembali sirah perjuangan Junjunagn besar kita dizaman dahulu, Badar Kubro dalam memory tetapi sejauh mana penghayatan kita terhadapnya,Nuzul Quran juga terhimpun dalam Ramadhan, sejauhmana terealisasi Al Quran dengan kita,Fathul Makkah 20 Ramadhan, apakah intipati yang terdapat dalam fathul Makkah yang kita ketahui,Fathul Andalus dan kemasukan Islam ke Eropah,sejarah yang kia kita lupai,Pembebasan sinai juga berlaku dlam Ramadhan dan pelbagai lagi kisah yang patut kita ketahui untuk menjadi perangsang dalam kehidupan sebagai seorang muslim yang bekerja untuk memertabatkan Islam.

Ana yakin dan percaya teman dan sahabat semua ada daripa jill yang akan memenangkan Islam.Ya atau pun Tidak, masa terus berlalu, Ramadhan sudah melabuhkan tirai, kini sudah 9 syawwal, bulan yang penuh dengan rahmat Ilahi.!syawwal adalah salah satu dari hari kebesaran Islam, 1syawwal diharamkan ummat Islam berpuasa.Begitu bermakna dan indahnya Islam yang kita anuti.Tidak berbanggakah kita dengan Islam? atau kita masih berbangga dengan keMelayuan kita lagi?

Syukran kepada semua anak-anak KPIPM, merayakan dengan penuh kemeriahan dirumah terbuka KPIPM juga PMRAM, program yang gilang gemilang disambut oleh anak perantau.

semoga kita sentiasa dirahmati Allah.Berjuang dimedan yang kamu yakini.Wassalam

Saturday, September 18, 2010

Siapa Nazri

Alahai Nazri...

Bisik-Bisik Mingguan

UTUSAN pernah dikritik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz sebelum ini. Awang melihatnya sebagai perkara biasa. Perbezaan pendapat bukan suatu masalah lalu Awang memilih untuk berdiam.

Namun Awang terpanggil menjawab tindakan terbaru Nazri yang lantang mempersoalkan Utusan berhubung isu Perkasa.

Seperti biasa, melalui portal berita pro-pembangkang, Malaysian Insider, Nazri sampai ke tahap menuduh Utusan mempunyai agenda untuk membawa balik Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

‘‘Saya tidak boleh faham Utusan. Siapa ketua mereka - Najib atau Dr. Mahathir?,’’ kata beliau dalam laporan bertajuk Nazri persoal agenda Utusan perlekeh dasar Najib.

Awang hanya senyum sambil geleng kepala. Tafsiran Nazri begitu liar dan hairan mengapa seorang menteri boleh berfikir sebegitu.

Untuk pengetahuan Nazri, ingin ditegaskan bahawa Awang dan Utusan adalah penyokong Perdana Menteri. Jika hilang jawatan di Utusan sekalipun, Awang tetap akan menyokong Najib. Tiada keraguan.

Maka tidak timbul sama sekali kononnya ada agenda untuk menjadikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Budak sekolah pun tahu hakikat itu.

Awang boleh faham mengapa Nazri melemparkan tuduhan itu kerana beliau sememangnya anti -Dr. Mahathir. Itulah yang menjadikan beliau tidak objektif. Awang bukan seperti Nazri yang sanggup biadap dengan negarawan yang banyak berjasa. Sebab itu, Awang tidak hairan mengapa akhbar Cina ghairah memperlekehkan Dr. Mahathir. Ini kerana ada pemimpin Melayu sendiri yang membuka laluan.

Kalau suatu hari nanti, Nazri bersara, insya Allah, Awang akan menghormati beliau sebagai seorang veteran dan tokoh berjasa, walaupun jasanya tidak sebesar negarawan-negarawan kita.

Nazri juga menghentam Presiden Perkasa, Ibrahim Ali seolah-olah Ibrahim musuh UMNO. Nazri lupa, ketika UMNO diserang bertubi-tubi terutama selepas PRU12 dan pemimpin UMNO difitnah habis-habisan, siapakah pemimpin NGO yang lantang mempertahankan UMNO jika bukan Ibrahim.

Beliau berada di banyak pelosok tanah air berceramah melawan kerakusan pembangkang bagi membela UMNO dan BN. Awang tidak ingat apa yang Nazri lakukan? Apakah beliau seberani Ibrahim dalam menghadapi pembangkang?

Dengar cerita daripada beberapa pemimpin UMNO, Nazri sudah banyak berlembut dengan pembangkang yang motifnya, mungkin beliau tidak mahu dijadikan sasaran kritikan atau mahu ambil jalan selamat. Menurut cerita lagi, kerana strateginya itu, kini Nazri disenangi oleh ramai pemimpin pembangkang. Kalau benar andaian itu, Awang juga boleh bertanya siapa sebenarnya ketua Nazri. Najib atau Anwar Ibrahim atau mungkin Kit Siang?

Mengenai Perkasa, Nazri harus menerima hakikat Perkasa hanyalah sebuah NGO. Orang Melayu tahu membezakan antara parti politik dan NGO.

Awang sesungguhnya tidak berminat berhujah panjang dengan Nazri. Beliau berjawatan menteri, lagi pandai dan bijaksana. Biarlah orang ramai dan pembaca yang menilai. Awang takut menjadi orang yang riak. Jika Awang dilihat silap perhitungan dan terlanjur kata, Awang sedia menerima apa sahaja hukuman. Tiada penyesalan.

Tuesday, September 14, 2010

Khutbah raya DPPP



Tuesday, 7 September 2010
Khutbah Aidil Fitri 1431

Syariat Islam Satu Penyelesaian

Khutbah pertama :

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

الله أكبر خَلَقَ الخُلْقَ وَأَحْصَاهُمْ عَدَداً ، الله أكبر وَكُلُّهُمْ آتِيهِ يَوْمَ القِيَامَةِ فَرْداً ، الله أكبر خَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ بِقَدَرْ، الله أكبر مَلَكَ كُلَّ شَيْءٍ وَقَهَّرَ ، الله أكبر مَا طَافَ فِي بَيْتِهِ الطَّائِفُونَ ، الله أكبر كبيراً .

والحمدُ لله كَثِيرًا لَّهُ الحَمْدُ جَلَّ وَعَلاَ عَلَى نِعْمَائِهِ ، وَلَهُ الشُّكْرُ عَلَى سَرَائِهِ ، وَلَهُ الصَّبْرُ عَلَى مَا قَضَى مِن بَلاَئِهِ ، الحمد لله كثيراً والله أكبر كبيراً ، وسبحان الله بكرةً وأصيلاً, وَأَشْهَدُ أَنَّ نَبِيَّنَا وَقَائِدَنَا وَقُدْوَتَنَا وَسَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ ، نَبِيُّهُ المصطفى ، وَرَسُولُهُ المُـجْتَــبَى ، صلى الله عليه وعلى آله وَصَحَابَتِهِ أَجْمَعِينَ وَعَلَى مَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَومِ الدِّينِ وَعَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ

Firman Allah swt :

Maksudnya: “ Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diusahakannya untuk hari esok (Hari Akhirat) dan teruslah bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu lakukan”.

Al Hasyr: Ayat-18.

Alhamdulillah, kita baru sahaja selesai menunaikan ibadat puasa . Kita berdoa agar segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah swt , marilah kita sama-sama meneruskan ketaqwaan kita kepada Allah swt, kerana sesungguhnya matlamat berpuasa ialah melahirkan jiwa yang bertaqwa kepada Allah. Semoga kita beroleh kekuatan untuk terus melakukan amalan-amalan terpuji , yang telah kita lakukan sepanjang bulan ramadhan dan terus menghindarkan diri , dari amalan-amalan yang keji yang telah kita tinggalkan sepanjang bulan Ramadhan.

Mudah - mudahan kita digolongkan bersama mereka yang dibebaskan dari api neraka sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah swt melalui rasulNya saw. Justeru , pembebasan dari api nerakalah yang merupakan kejayaan yang hakiki.

Firman Allah swt :

Maksudnya : Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sesungguhnya ia telah beruntung. Tidaklah kehidupan dunia itu melainkan hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

(Surah ali-Imran, ayat 185)

الله أكبر الله أكبر الله أكبر و لله الحمد

Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah,

Satu syawal kembali tiba dengan iringan kalimah kebesaran dan keagongan Allah swt, meraikan kemenangan besar bagi setiap insan yang bertaqwa , menewaskan hawa nafsu sepanjang tempoh permukiman di bulan Ramadhan al Mubarak.

Proses penyucian jiwa dan pemurnian akhlak yang dilalui merentas hari – hari yang penuh rahmah dan barakah daripada Allah Azza wa Jalla bersama Madrasah Ramadhan al Mubarak , meletakkan kita senantiasa di pandu hidayah dan taufiq Allah swt.

Sebagaimana dalam Firman Allah swt :

Maksudnya: “ (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan DIA tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah di atas petunjukNya yang dikurniakan kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.”

Al Baqarah: Ayat 185.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر و لله الحمد

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Ketenangan kita ummat Islam menjalani pesta ibadah sepanjang Ramadhan al Mubarak, demi mendekatkan diri kepada Allah swt agak terganggu apabila tumpuan kita teralih kepada bencana dan musibah social yang melanda ummah dan negara kita mutaakhir ini. Fenomena ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan ummah terhadap kesejahteraan dan keselamatan mereka.

Pastinya masih segar dalam ingatan kita bagaimana dewasa kini , negara dan ummah terpaksa berdepan dengan bencana social yang melibatkan pelbagai kes seperti penagihan dadah , sumbang mahram , zina , rogol kanak – kanak , buang bayi , rompak samun , culik dan pembunuhan kejam .

Persoalannya , malapetaka apakah yang sedang melanda ummah dan negara ini ? Belenggu apakah yang membebankan ummah sehingga berlaku peningkatan kadar jumlah pesakit jiwa dan mental dalam negara kita ? Apakah kini ummah sedang berada dalam kemurkaan Allah swt lantaran berleluasanya maksiat dan mungkar ?

Ingatlah sabda Rasulullah saw

يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ, خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ, لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلاَّ فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا، وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلاَّ أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ, وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلاَّ مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ وَلَوْلا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا, وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلاَّ سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ، وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلاَّ جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ (رواه أبو داود)

Yang bermaksud : Rasulullah SAW telah bersabda : Wahai kaum muhajirin, (awaslah) lima perkara (dari) menimpa kamu dan aku berlindung kepada Allah, semoga kamu tidak ditimpanya ;

· Tidak berlaku dengan terang maksiat dalam mana-mana kaum dan golongan sehingga mereka melakukannya secara terbuka kecuali tersebarlah penyakit taun dan kelaparan yang tidak pernah berlaku kepada orang-orang terdahulu.

· Tidak mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali dibala dengan kemarau bertahun-tahun dan kesukaran hidup serta kezaliman penguasa ke atas mereka,

· Tidaklah mereka enggan mengeluarkan zakat kecuali dihalang turunnya hujan ke atas mereka dan kalaulah tidak kerana binatang-binatang, mereka tidak akan menerima hujan.

· Tidak melanggar janji Allah dan janji rasulNya kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka berkuasa ke atas mereka dan mengambil hak-hak mereka.

· Dan (apabila) tidak berhukum pemimpin mereka dengan kitab Allah dan memilih selain dari apa yang diturunkan oleh Allah, Allah akan menjadikan pertelingkahan di kalangan mereka

(Riwayat Abu Daud)

Juga sebagaimana Firman Allah s.a.w:

Maksudnya: “ Barang siapa membunuh seorang mukmin yang lain secara sengaja, maka balasannya adalah neraka Jahanam di mana dia kekal di dalamnya serta Allah murka kepadanya dan melaknatnya dan disediakan baginya azab yang besar.”

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekelian .

Satu Syawal sekali lagi menyaksikan ummat Islam gembira dan ceria menyambut kehadhiran tetamu dan saling kunjung mengunjung mengeratkan silaturrahim. Ianya satu amalan mulia yang wajar diteruskan . Namun , dalam kegembiraan itu marilah kita menghayati nilai dan pengertian takbir raya yang kita lafazkan sepanjang hari ini.

Takbir Hari Raya [ baca Allahuakbar …… walillaahilhamd ] adalah satu pengisytiharan atau deklarasi ummah untuk mengagongkan Allah swt dan membebaskan diri , aqidah , pemikiran serta tindakan dari sebarang anasir yang membawa kepada syirik. [ Justeru itu seluruh ummat Islam mencela iklan Aidil Fitri yang tersiar di TV 3 baru – baru ini apabila iklan tersebut menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Santa Claus di dalam sambutan Krismas.]

Membebaskan diri dari pengaruh syirik dan hanya meletakkan ketundukan serta kepatuhan kita [ sebagai seorang hamba ] hanyalah kepada Allah swt , sebenarnya memberi erti dan nilai yang sangat tinggi kepada ummah dan negara . Terutama disaat negara dan ummah menghadapi krisis nilai manusia dan bencana social yang mengancam kemurnian tamaddun dan peradabannya.

Tunduk dan patuh hanya kepada Allah swt ertinya menobat dan memartabatkan Ketuanan Allah swt. dalam seluruh aspek kehidupan termasuklah mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini sehingga ia mengatasi segala ideology yang dicipta oleh manusia . Sebagaimana sabda Rasulullah saw :

الإسلام يعلوا و لا يعلى عليه

Islam adalah agama yang tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر و لله الحمد

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah .

Kini telah tibalah masanya Syariat Islam diberikan peluang bagi menggantikan system dan dasar kehidupan yang tidak berkesan , sebaliknya system dan dasar ciptaan manusia itu hanya mendorong ummat manusia terjerumus dalam maksiat dan mungkar , sehingga meletusnya satu bencana serta mala petaka social yang sukar dibendung dalam negara kita mutaakhir ini .

Setelah ia dinafikan sekian lama , maka inilah saat dan peluang terbaik untuk Syariat Islam berperanan dan berfungsi sebagai formula penyelesaian yang tepat dan benar bagi menyelamatkan negara dan ummah dari bencana yang merosakkan aqidah jua memusnahkan nilai syakhsiah mereka , justeru syariat Islam adalah peraturan dan undang – undang yang diwahyukan oleh Allah swt. Tuhan yang mencipta manusia .

Firman Allah swt di dalam surah al Jaathiyah ayat 18 – 19 :

Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka Turutlah syariat itu, dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang tidak mengetahui (perkara Yang benar). Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau Engkau menurut mereka); dan Sesungguhnya orang-orang Yang zalim itu setengahnya menjadi Penolong dan penyokong bagi setengahnya Yang lain (dalam perkara Yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi Penolong dan Pelindung bagi orang-orang Yang bertaqwa (yang Engkaulah pemimpinnya).


Tanpa syariat Islam , ummat manusia akan terus terkepong dan hanyut dalam arus jahiliyah moden yang melanda negara sejak sekian lama . Kita mungkin telah berjaya mencapai pelbagai kejayaan lahiriah , pembangunan dan kemajuan teknologi yang begitu hebat. Kita juga begitu bangga mendabik dada dengan produk dan hasil keluaran Negara, walhal , sebenarnya kita sedang menghirup kemewahan di atas bongkah kegagalan dan kepincangan ummah yang semakin tenat .

Wabak yang menghakis nilai kemanusiaan dan keimanan ini terus melanda lalu memusnahkan kehidupan . Fenomena ini sangat mengusarkan pelbagai pihak, lebih-lebih lagi institusi keluarga yang diterajui oleh ibu bapa seperti kita. Persoalan bagaimana untuk membesar dan mewariskan generasi masa depan yang unggul , di saat manusia semakin luntur moral dan nilai kemanusiaan sering bermain di minda dan jiwa kita.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر و لله الحمد

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah swt .

Kesempatan kita berhimpun pada hari kemenangan ini, cubalah kita menoleh seketika menjenguk ke dunia anak remaja kita hari ini, di mana mereka terdiri dari anak gadis dan pemuda yang menjadi harapan agama , bangsa dan negara .

Adakah generasi yang sedang kita besarkan ini [ sebagai generasi masa depan ] sudah mantap ilmu agamanya, sudah tahu cara menjaga pergaulan sebagaimana yang diajar oleh agama. Sudahkah mereka memenuhi tuntutan Islam dalam pengabdian diri kepada Allah swt dan juga adab mereka berpakaian, atau kita sengaja membiarkan mereka membesar dalam kejahilan serta ketempangan fikrah [ pemikiran ] dan syakhsiah [ peribadi ] ?

Sebagaimana firman Allah :

Al Kahfi : ayat 46

Maksudnya : “Harta dan anak-anak merupakan perhiasan dunia”.

Justeru itu , generasi yang sepatutnya membesar dengan memiliki hak mereka untuk mendapatkan pendidikan dan bimbingan agama bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Kelak , samaada generasi inilah yang akan mendoakan kita para ibu bapa bebas dari api neraka atau merekalah yang bakal mendakwa ibu bapa mereka di hadapan Allah s.a.w kelak di atas kegagalan mendidik dan membimbing mereka.

Budaya hedonisme [ mengagongkan hiburan ] dan menjadikan artis sebagai idola dan ikutan begitu menular dan membarah dalam dunia remaja hari ini. Betapa tidak … jiwa masyarakat kita hari ini saban hari disuap dengan pelbagai hiburan yang melalaikan. Termasuklah sambutan Aidil Fitri turut disogok dengan hiburan yang berlebihan berbanding takbir dan tahmid membesar dan mengagongkan Allah swt.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر و لله الحمد

Sidang jamaah yang dikasihi sekelian,

Mimbar khutbah hari ini turut mengambil kesempatan untuk menyeru dan mengajak seluruh kaum wanita, para ibu khususnya agar dapat meningkatkan komitmen mereka terhadap usaha mendaulatkan Islam di dalam diri, keluarga dan negara. Isu-isu yang mengugat kehormatan wanita begitu rancak bercambah dalam pelbagai dimensi. Kononnya di atas nama kebebasan wanita, suara-suara lantang kedengaran memperjuangkan hak-hak wanita, sedangkan suara itu sebenarnya sedang menggamit kaum wanita bebas dan terkeluar dari manhaj Islam .

Wanita yang sepatutnya menjadi pencorak ummah dan pembina tamaddun , hari ini semakin dicabul maruahnya, apabila susuk tubuh dan raut wajah mereka sering dieksploitasi malah dijadikan model untuk iklan murahan di gedung – gedung jualan dan media massa.

Kebebasan yang mereka canangkan ini bukanlah satu kebebasan sebenarnya, sebaliknya ia adalah satu diskriminasi , pencabulan hak dan maruah wanita sepertimana yang pernah berlaku di zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam. Kaum wanita hanya dijadikan barang dagangan, dijual beli maruahnya di khalayak ramai. Hari ini, dunia seolah-olah telah kembali kepada zaman silam yang primitive .

Para wanita seharusnya sedar dan faham agar kalian dapat bangkit dan menegakkan kembali maruah yang semakin tercemar. Hukum dan batasan yang ditetapkan oleh Allah swt dalam aspek kehidupan dan muamalah merupakan panduan bagi kita menjalani kehidupan. Larangan serta perintah untuk menjaga aurat dan maruah bukanlah untuk mendera dan menyekat hak kebebasan kaum wanita malah ia sebenarnya bertujuan untuk melindungi wanita dari sebarang pencabulan maruah dan nilai harga diri.

Ia disebut oleh Allah swt dalam Surah al Ahzab ayat ke-33:

Maksudnya: “ Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu. Dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat, dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai ahli bait dan hendaklah membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah swt ,

Oleh yang demikian, menyedari hakikat bahawa kita ummat Islam sedang menghadapi ancaman dari pelbagai sudut, maka marilah kita menjadikan Ramadhan yang baru sahaja kita tinggalkan dan hari raya Aidil fitri yang kita sambut ini , sebagai satu titik tolak untuk meningkatkan kerja kita untuk Islam. Islam menagih tenaga kerja jemaah untuk mendaulatkan syariat dari terus ditindas dan dicemarkan oleh musuh Islam dari luar dan dalam.

Taburkanlah sebanyak mungkin sumbangan dan pengorbanan kita untuk agama yang kita cintai ini sebelum kita dipanggil untuk menghadap Allah swt.. Sesungguhnya perkara yang paling berharga saat kita di hadapan Allah swt kelak ialah amalan kebaikan serta jihad Fisabilillah yang kita lakukan di dunia ini.

Allah swt berfirman:

Bermaksud: “ Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan (sesuatu apapun). Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)

As Syua`ara : 88-89.

Akhirnya , marilah wahai muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah swt , pada hari raya ini kita bersyukur di atas nikmat Islam dan Iman yang dikurniakan kepada kita oleh Allah swt dan hanya kematian di dalam Iman dan Islam sahaja yang diredhai oleh Allah swt. Semoga pentarbiyahan sebulan di Madrasah Ramadhan benar - benar memberi kita hidayah dan taifiq untuk terus menghadapi segala mehnah atau ujian di masa akan datang.

أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم

Khutbah kedua

اللهُ أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، اللهُ أكبُر, وَللهِ الْحَمْدُ .

اَلْحَمْدُ للهِ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ. وَأَشهَدُ أَنَّ محمدًا عَبدُهُ وَرَسُولُهُ، اَلرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ، وَالْمِصْبَاحُ الْمُنِيْرُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ وَشَفِيعِ الأُمَّةِ، وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَه

Saudara, Saudari, Muslimin, Muslimat dirahmati Allah ,

Hari ini kita menyambut hari raya Fitrah atau Aidilfitri hasil daripada kejayaan perjuangan kita dan penat lelah segala ibadat dan amal kebajikan yang kita laksanakan selama sebulan di bulan Ramadhan , kalau bebanan terasa berat kita memikulnya kini sudah terasa ringan, kalau sebahagian dari perkara terbatas dan terasa terikat untuk kita lakukan di waktu siang hari bulan ramadhan, hari ini sudah terbuka bebas.

Namun begitu kebebasan yang diberi pada hari ini masih ada sempadannya. Kerana hari raya kurniaan Allah kepada umat Islam adalah juga merupakan ibadat lanjutan dari bulan Ramadhan yang penuh keberkatan . Walaupun kita diharuskan menyambut dengan penuh kegembiraan dan memeriahkan kebesarannya tetapi perlu dihayati dalam lingkungan yang dibenar oleh syarak.

Untuk menambah lagi ganjaran pahala mengiringi pahala sepanjang Ramadhan, adalah dituntut supaya berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

" مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ" رواه مسلم.

Ertinya: Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan kemudian mengikutinya (dengan) berpuasa enam hari daripada bulan Syawal nescaya mendapat pahala sepanjang masa,

الله اكبر, الله اكبر, الله اكبر,

لا إله إلا الله, والله اكبر, الله اكبر ولله الحمد,

Sempena menyambut hari raya ini serta berlalunya Ramadhan baru lepas yang sama-sama kita raikan, marilah kita memperteguhkan keimanan kita kepada Allah dan Rasulnya di samping mempertingkatkan semangat juang untuk membela Islam seperti mana tawaran Allah dalam firmannya:

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab siksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya serta kamu berjuang dalam membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Surah al-Shaff, ayat 11-12

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ.

اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا

اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ


Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 23:56 4 comments Links to this post
Sunday, 5 September 2010

Thursday, September 9, 2010

Rayakan Syawal

Rayakan Syawal, jangan tentang usaha Nabi s.a.w.
Thursday, 30 Ramadan 1431
Perutusan Hari Raya Presiden PAS



Allahuakbar, Allahukbar, Allahuakbar…
Lailaha Hilallah Wallahu Akbar,
Allahuakbar Walillahil Hamd.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;

Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan. Menjadi kelaziman selepas menunaikan ibadat-ibadat yang besar. Allah Ta’ala, mengurniakan hari yang besar. Bagi sembahyang lima waktu dikurniakan hari Jumaat, bagi puasa Ramadan dikurniakan Hari Raya Aidilfitri dan bagi ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban (Aidiladha).

Hari Raya Aidlifitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiyyah dengan mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadan, supaya menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Adalah juga menjadi suatu hikmah yang besar apabila Allah SWT memilih di bulan Ramadan ini berlakunya peristiwa al-Quran Karim diturunkan dan peristiwa peperangan Badar. Peristiwa pembukaan Mekah, diikuti dengan bulan Rejab, bulan Syawal dengan peristiwa Ahzab.

Ini menunjukkan bahawa kemuncak kepada taqwa yang ditarbiyyahkan melalui puasa Ramadan. Orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quran Karim, satu-satunya petunjuk yang benar kerana ia (al-Quran) daripada Allah SWT. Setelah Allah SWT menyatakan tujuan ibadat puasa itu, supaya kamu (manusia) bertaqwa kepada Allah SWT.

Allah SWT juga menegaskan, “Kitab (al-Quran) ini tidak syak lagi memberi Petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa”. Dan hanya orang-orang yang bertaqwa yang menjadikan al-Quran Karim sebagai Petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quran Karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Apabila beramal dengan al-Quran bukan sahaja mengaku menjadi seorang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, disertakan dengan keimanan yang sungguh-sungguh dan dalam masa yang sama menegakkan al-Quran itu menjadi Petunjuk dalam seluruh cara hidup individu, keluarga dan masyarakat.

Apabila Rasulullah SAW berusaha untuk mendirikan sebuah negara atau amalan politik. Ini menunjukkan bahawa seluruh al-Quran Karim tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan adanya amalan (kuasa) politik yang menjadi syarat, kerana hukum-hukum yang ada dalam al-Quran Karim mensyaratkan adanya negara yang didirikan. Negara yang dilandaskan al-Quran Karim itu dan Petunjuk yang diajar oleh Rasulullah SAW supaya hukum-hukumnya diamalkan.

Para ulama’ mengatakan, “Apa yang tidak sempurna dari perkara yang wajib melainkan dengannya, maka ia (perkara itu) menjadi wajib”. Bagi mendirikan sembahyang syaratnya mestilah berwudhuk, maka berwudhuk untuk sembahyang yang wajib hukumnya wajib. Bagi menutup aurat yang wajib mestilah mempunyai pakaian yang lengkap bagi menutup aurat. Maka, mencari pakaian yang lengkap bagi menutup aurat hukumnya adalah wajib. Bagi melaksanakan seluruh perintah-perintah al-Quran Karim memerlukan amalan politik bagi mendirikan negara yang mendaulatkan Syariat (hukum) Allah. Maka, berpolitik mendirikan negara adalah wajib. Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW. Apabila di sana terdapat di kalangan manusia yang tidak boleh menerima petunjuk al-Quran Karim. Ini kerana, al-Quran itu menghalang hawa nafsu mereka untuk memerintah secara zalim dan diktator. Untuk mereka melakukan cara yang melampau dalam menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan nikmat harta negara yang diberi oleh Allah SWT. Meneguhkan kuasa menyebabkan seseorang itu boleh membuat apa sahaja.

Apabila al-Quran Karim menghalang kelakuan yang haram dan buruk itu, menyebabkan kumpulan-kumpulan yang mahu melakukan amalan itu menentang usaha Nabi SAW untuk mendirikan negara Islam. Maka, berlakulah pertembungan antara haq dan batil, di antara benar dan salah, di antara adil dan zalim. Inilah yang menimbulkan peristiwa Badar, yang menimbulkan pembukaan Mekah, yang menimbulkan peristiwa Ahzab.

Apa yang menarik, peristiwa-peristiwa ini melibatkan bangsa Arab, melibatkan orang-orang Yahudi Ahlil Kitab. Ini menunjukkan bahawa pertembungan yang melahirkan Furqan, yang membezakan haq dan batil, bukan di atas asas kebangsaan, bukan di atas asas ke negerian. Tetapi di atas asas prinsip aqidah Islam yang benar, yang menegakkan iman, yang menolak kufur, yang menegakkan Islam, yang menolak jahiliah, yang menegakkan adil yang menolak kezaliman.

Inilah semangat yang perlu dilahirkan dari Ramadan, semangat yang diperlukan lahir dari hari raya. Di sinilah hikmatnya, mengapa tiap-tiap hari raya kita bertakbir membesarkan Allah SWT dengan menyebut ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar’ dan Allah sahaja Yang Maha Besar. Dan bagi Allah sahaja kepujian dan kita menyebut (maksudnya): “Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Esa-Nya dan tidak ada sekutu bagi-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang berjuang untuk menegakkan Islam, yang menghancurkan bala tentera Ahzab. Yang menentang usaha bagi menegakkan Islam itu”.

Inilah semangat hari raya yang perlu disambut. Dalam masa yang sama, kita hendaklah mengukuhkan saf umat Islam itu sendiri. Khususnya, di kalangan mereka yang menegakkan Islam dengan mengeratkan hubungan persaudaraan di antara satu sama lain. Dan mereka yang terlanjur melakukan kesilapan hendaklah sedar dan insaf serta kembali ke pangkal jalan. Sebagaimana yang ditunjuk oleh generasi awal umat Islam yang membawa mereka kepada kemuliaan. Kemuliaan yang diberi oleh Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Khalifah Umar al-Khatab, “Kita adalah umat yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain dari Islam, nescaya kita akan menerima penghinaan daripada Allah”.

Cukuplah, kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini mereka diratah oleh kaum yang lain. Mereka sepatutnya menjadi contoh kepada umat yang lain, tiba-tiba mereka terpengaruh dengan umat yang lain. Marilah, kita kembali dengan semangat Ramadan, dengan semangat hari raya melahirkan umat yang dinyatakan oleh Allah (bermaksud): “Kamu adalah umat yang dijadikan oleh Allah untuk dikeluarkan kepada manusia, untuk menjadi contoh, untuk memimpin manusia, dengan ciri-ciri dan sifat-sifat kamu menyuruh kepada yang baik dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”.

Dan mudah-mudahan kita dapat melaksanakan kewajipan ini dengan penuh mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah SWT sebagaimana yang dijanjikan (bermaksud): “Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Allah yang menjadikan mereka itu golongan yang berkuasa, dan memerintah negara di atas muka bumi ini sebagaimana dikurniakan kepada umat yang terdahulu dan Allah menjadikan keadaan yang berubah, agama yang diredha ialah Islam ini berkuasa memerintah. Keadaan yang menakutkan bertukar menjadi keamanan. Mereka itu mengabdikan diri kepada Aku yakni Allah, dan mereka tidak menyengutui Aku yakni Allah dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasiq.

Sekian.

Salam Hormat,

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Sunday, September 5, 2010

CABARAN TERHADAP DAKWAH ADALAH SUNNATULLAH

CABARAN TERHADAP DAKWAH ADALAH SUNNATULLAH



بسم الله، وصلوات اله على سائر رسول الله وعلى خير خلقه محمد بن عبد الله وعلى آله وصحبه ومن والاه.

Perubahan siang dan malam, pertukaran musim panas dan musim sejuk, peredaran bulan dan matahari dan sebagainya adalah sunnatullah yang tidak pernah berubah sejak dijadikan alam ini sehinggalah ke hari qiamat.Ketahuilah bahawa sunnatullah itu memberi kesejahteraan kepada manusia untuk menjalani kehidupan dan juga untuk melahirkan insan yang benar-benar taat kepada penciptanya.

Kesinambungan sunnatullah ini tidak dapat disangkal lagi kerana ianya berlaku secara realiti dan dapat dibuktikan melalui pancaindera yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia.

Penumpuan kita di bawah tajuk ini ialah tabiat dakwah untuk menegakkan kebenaran tidak dapat tidak mesti melalui liku-liku yang dihiasi dengan berbagai bentuk rintangan dan cabaran.

Sesungguhnya pertembungan diantara kebenaran dan kebathilan tidak pernah selesai sejak zaman lampau sehinggalah kehari ini dan akan berterusan.Kebenaran ini telah dilakarkan oleh Allah dengan barisan ayat yang paling jelas.

قال تعالى :"يريدون أن يطفئوا نور الله بأفواههم ويأبى الله إلا أن يتم نوره ولو كره الكافرون"
(سورة التوبة أية 32)
Namun betapapun ampuh kekuatan musuh untuk memadamkan seruan islam dari terus bersinar,mereka tidak akan mampu untuk mengatasi ketentuan Allah.Anugerah kejayaan dan kemenangan yang sebenar hanya akan dapat dirasai dan dinikmati oleh golongan yang mendokong kebenaran,dan mereka yang meletakkan iman yang sejati kepada Allah.Realiti ini telah pun dibuktikan dari kenyataan sejarah dan telah pun tercatit di dalam Al-Quran.

قال تعالى :"ولقد سبقت كلمتنا لعبادنا المرسلين. إنهم لهم المنصورون. وإن جندنا لهم الغالبون"
(سورة الصافات أية 171-173)

Ertinya: Dan sesungguhnya telah tetap janji kami kepada hamba-hamba kami yang menjadi rasul.(iaitu) sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat pertolongan.Dan sesungguhnya tentera kami itulah yang pasti menang.(shaffat:171-173).

Memandangkan cabaran terhadap dakwah adalah sesuatu yang penting untuk pengetahuan para da’ie dan generasi baru,saya cuba kumpulkan beberapa maklumat ringkas yang berkaitan dengan tajuk ini.Untuk makluman,perbincangan ini hanya terbatas kepada cabaran dari luar dan tidak termasuk cabaran yang datang dari masalah yang timbul didalam jemaah islam sendiri.

2.0 PENGERTIAN CABARAN DAN SUNNATULLAH

2.1 Di dalam Mu’jam Wasit perkataan cabaran bermaksud meminta diadakan
pertandingan dalam sesuatu perkara.Perkataan sunnatullah pula diertikan sebagai ketentuan Allah terhadap makhluknya.

2.2 Penulis kamus Muhit mentakrifkan cabaran sebagai pertentangan dan
perlawanan dan sunnatullah pula ialah peraturan Allah perintahnya dan larangannya.

2.3 Perkataan sunnatullah di dalam Al-Quran disebut sebanyak lapan kali iaitu 3 kali dalam surah Al-Ahzab,2 kali dalam surah Fathir,1 kali dalam surah Al-Mukmin,dan 2 kali dalam surah Al-Fath.

Imam Fahrulrazzi pernah menyebut bahawa tidak ada sebarang pertukaran dan pergantian dalam sunnatullah,sesungguhnya pergantian hanya berlaku dalam syariat sedangkan perbuatan dan peristiwa tetap menjadi sunnatullah.



3.0 HIKMAT CABARAN SEBAGAI SUNNATULLAH.

3.1 Cabaran adalah merupakan antara faktor terpenting dalam membina dan memilih keperibadian muslim.Pembentukan peribadi yang dibangunkan dengan teori semata-mata tanpa diiringi dengan sebarang desakan,kesempitan,kesusahan dan tentangan tidak akan dapat melahirkan insan yang benar-benar bertakwa.

3.2 Cabaran sebagai ujian Allah untuk memilih diantara dua golongan manusia iaitu :

i–yang benar-benar beriman
ii – yang hidup dalam kepura-puraan.Apabila berlaku ujian akan terbuktilah golongan yang layak berada disisi Allah. Firman Allah:

قال تعالى :"أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا أمنا وهم لايفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا
وليعلمن الكاذبين"
(سورة العنكبوت أية 2-3)

Maksudnya: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan(saja) mengatakan “kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji.Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta.

4.0 SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA CABARAN TERHADAP DAKWAH.

4.1 Kejahilan dan pemikiran yang jumud.
Sifat semulajadi yang ada pada manusia ialah ia akan menentang sesuatu yang tidak diketahui hakikat sebenarnya.Kejahilan ini disebabkan pemikirannya yang seolah-olah tidak berfungsi,lalu berlakulah penentangan yang melulu.

4.2 Menilai seseorang dengan harta dan kekuatan yang dimiliki.

Perbandingan inilah yang digunakan kebenaran dan kerasulan,jelas dari kata-kata Walid b. Mughirah ketika dakwah islam sampai kepadanya “Adakah aku perlu menyertai Muhammad saw atau tidak sedangkan aku adalah pembesar Quraish”.

Begitu juga di zaman moden ini Benua Eropah dianggap sebagai raja kerana kekuatan yang dimiliki dan negara-negara lain hanya mengikut arah telunjuk mereka.

4.3 Kekayaan dan hawa nafsu.

Islam datang dengan membawa rahmat keseluruh alam,mendidik akhlak yang mulia, mewujudkan masyarakat yang adil,membina kehidupan yang makmur. Konsep ini boleh menjejaskan kegiatan golongan yang mengaut kekayaan dengan berbagai cara (penindasan) hawa nafsu yang tidak pernah puas telah dibataskan dengan kedatangan Islam. Dengan itu untuk mengekalkan kedudukan kekayaan serta hawa nafsu mereka,islam mesti disekat dari terus berkembang.

4.4 Sifat hasad dengki dan takabbur.

Penyakit hati ini sentiasa wujud dalam setiap zaman,ianya menjadi penghalang utama terhadap kebenaran. Sifat inilah yang dimiliki oleh Yahudi, Nasrani dan Orientalis, mereka ini memahami Islam tetapi mereka menggunakan pengetahuan tersebut untuk menghancurkan agama yang mulia.
Muaz bin Jabal pernah berkata kepada orang Yahudi “Wahai kaum Yahudi! Berimanlah kepada Allah, sesungguhnya kamulah yang telah menceritakan kepada kami tentang Muhammad saw dan kami ketika itu berada dalam kekufuran, kamu juga yang memberitahu kami dialah rasul yang akan dibangkitkan serta menerangkan kepada kami tentang sifat-sifatnya”. Kenyataan itu dijawab dengan angkuh oleh salah seorang Yahudi “Orang yang kamu anggap sebagai Muhammad itu bukanlah orang yang telah kami sebutkan kepada kamu”.

5.0 CONTOH CABARAN TERHADAP DAKWAH YANG DITERIMA OLEH PARA RASUL.

5.1 Nabi Nuh a’laihissalam.

Nabi Nuh adalah merupakan rasul yang pertama yang menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah dan baginda jugalah orang yang pertama melarang manusia dari mensyirikkan Allah. Nabi Nuh diutuskan oleh Allah dalam suasana kaumnya menyembah berhala. Patung-patung ini, pada peringkat awalnya dibina bagi mengenangkan orang-orang yang soleh di kalangan nenek moyang mereka, tapi lama kelamaan patung-patung ini dianggap sebagai tuhan.
Seruan dan dakwah yang dibawa oleh Nabi Nuh untuk mengembalikan kaumnya kepada menyembah Allah sudah pastinya mendapat tentangan yang hebat, kerana kedegilan yang ditunjukkan oleh kaumnya disertai dengan ejekan, penghinaan dan kekerasan. Dakwah Nabi Nuh tidak dapat membuka hati nurani mereka malah lebih menjauhkan diri dari kebenaran sehinggalah menyebabkan Nabi Nuh mengadu kepada Allah.
Firman Allah :
قال تعالى : قال رب إنى دعوت قومى ليلا ونهارا. فلم يزدهم دعآءى إلا فرارا. وإنى كلما دعوتهم لتغفرلهم جعلوا أصابعهم فى ءاذانهم واستغشوا ثيابهم وأصروا واستكبروا استكبارا
(سورة نوح أية 5-7)

Maksudnya: Nuh berkata “Ya Tuhanku!Sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang.Seruanku itu hanyalah menambahkan mereka lari dari kebenaran.Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka supaya beriman agar engkau mengampuni mereka,mereka masukkan anak jari mereka ke dalam telinga dan menutup bajunya(ke muka)mereka tetap mengingkari dan sangat menyombongkan diri”.

Kerana itulah kita lihat golongan yang menerima seruan Nabi Nuh adalah sebilangan kecil sahaja dari kaumnya walaupun tempoh seruan Nabi Nuh hampir seribu tahun.
Firman Allah:
قال تعالى :"ولقد أرسلنا نوحا إلى قومه فلبث فيهم ألف سنة إلا خمسين عاما"
(سورة العنكبوت أية 14)

5.2 Nabi Ibrahim a’laihissalam.

Cabaran yang diterima oleh Nabi Ibrahim juga tidak kurang hebatnya, kerana masyarakatnya yang diselubungi dengan suasana jahiliah. Kaumnya termasuk ayah dan ibu Nabi Ibrahim sendiri semakin jauh dari cahaya iman apabila kerajaannya juga berada di bawah payung kesesatan. Nabi Ibrahim dengan keadaan keseorangan, tanpa ada sebarang senjata yang mengiringi perjuangannya tetap juga menyeru Namrud serta pengikutnya agar beriman dengan Allah.
Kesesatan yang dianuti oleh kaum Nabi Ibrahim boleh dibahagikan kepada tiga jenis :

• Menyembah berhala yang diwarisi dari kaum Nuh,‘Add dan Thamud.
• Menyembah cakerawala seperti matahari,bulan dan bintang,penyembahan berasal dari kepercayaan mereka kepada khurafat.
• Menyembah raja yang dianggap sebagai tuhan.

Nabi Ibrahim yang tidak pernah takut untuk menyatakan kebenaran telah menegaskan pendiriannya di hadapan kaum Namrud:

Firman Allah:
قال تعالى:"قال أفرءيتم ما كنتم تعبدون. أنتم وآبائكم الأقدمون.فإنهم عدولى إلا رب العالمين"
(سورة الشعراء أية 75- 77)

Maksudnya: Nabi Ibrahim berkata “Maka apakah kamu telah memperhatikan apa yang selalu kamu sembah.Kamu dan nenek moyang kamu dahulu.Kerana sesungguhnya apa yang kamu sembah itu adalah musuhku kecuali tuhan semesta alam”.

Ketegasan beliau dalam menegakkan agama Allah telah sampai di kemuncaknya apabila beliau berani memecahkan berhala besar yang menjadi tunggak kebanggan kaum Namrud.Tindakan ini telah meletakkan nyawanya sebagai taruhan,beliau telah dihumbankan ke dalam api yang sedang marak menyala.

Firman Allah :
قال تعالى :"قالوا حرقوه وانصروا ءالهتكم إن كنتم فاعلين. قلنا ينا ركونى بردا وسلما على إبراهيم".
(سورة الأنبياء أية 68-69)

5.3 Junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Suasana bangsa arab ketika diutuskan Rasulullah saw berada dalam keadaan liar, diselaputi dengan khurafat dan adat-adat jahiliah.

Kata Sa’id Ramadhan Al-Buti “Pembentukan sejarah arab bermula dari agama ‘Hanifiah’ yang di bawa oleh Nabi Ibrahim. Disitulah titik permulaan tertanamnya aqidah tauhid dan cahaya keimanan kepada bangsa arab tetapi kemudiannya sedikit demi sedikit mereka mula meninggalkan agama ini atas faktor jarak masa yang lama. Kehidupan mereka sebelum ini di bawah petunjuk ilahi telah digantikan dengan syirik dan kekufuran. Walaupun masih terdapat segelintir manusia yang masih berpegang dengan agama’Hanifiah’ ini, tetapi ia semakin lemah ditelan zaman dan pengikutnya semakin kurang dari tahun ke tahun.

Dakwah Rasulullah terpaksa berhadapan dengan pembesar-pembesar Quraish yang mempunyai kekuatan dan pengaruh, beliau juga terpaksa menghadapi dengan golongan ahli kitab yang juga mempunyai pengaruh dalam masyarakat arab. Baginda dihina, difitnah dan dilemparkan dengan berbagai tohmahan seperti tuduhan ahli sihir, gila, penyair, ahli nujum dan sebagainya.

Firman Allah :
قال تعالى :"قال الكافرون إن هذا لسحر مبين" – (سورة يونس أية 2)
قال تعالى :"كذلك ما أتى الذين من قبلهم من رسول إلا قالوا ساحر أو مجنون" – (سورة الذاريات أية 25)
قال تعالى :"بل قالوا أضغاث أحلام بل افتراه بل هو شاعر" – (سورة الأنبياء أية 5)
قال تعالى :"فذكر فما أنت بنعمت ربك بكاهن ولا مجنون" –(سورة الطور أية 29)

Islam sejak awal lagi telah melancarkan serangan ideologi terhadap jahiliah. Sistem yang buruk itu mesti di robohkan dan dan dibina semula dengan asas yang lebih kukuh iaitu Islam.
Oleh kerana matlamat inilah yang menjadi cita-cita dakwah yang di bawa oleh Rasulullah,sudah tentulah kaum jahiliah tidak akan berdiam diri.Mereka akan curahkan sepenuh tenaga untuk mempertahankan prinsip jahiliah yang mereka anuti sejak turun temurun.
Berbagai strategi yang telah disusun dan dilancarkan oleh jahiliah untuk memadamkan Rasulullah, ianya meliputi serangan fizikal dan mental, namun segala yang dilakukan itu tidak sedikit pun menjejaskan perkembangan Islam.

6.0 BENTUK CABARAN ZAMAN SILAM.

6.1 Ancaman terhadap harta dan jiwa.

Dakwah yang dijalankan pada masa lalu tidak sunyi dari menghadapi ancaman ini. Rasulullah dan para sahabat menerima ancaman fizikal dari berbagai bentuk diantaranya:

1 - Jalan yang dilalui oleh Rasulullah diletakkan dengan duri.
2 - Percubaan membuang kotoran ke atas badan Rasulullah.
3 - Pakatan untuk membunuhnya sehingga memaksa baginda berhijrah ke Madinah.
4 - Penyiksaan terhadap Bilal Bin Rabah,beliau dibiarkan di tengah padang pasir yang sedang membahang panasnya dan diletakkan batu besar diatas dadanya.
5 - Pembunuhan ke atas keluarga Yassir,badan mereka diguris dengan besi panas,Yassir dengan keadaan usianya yang sudah lanjut telah syahid disitu, manakala Sumaiyyah pula ditikam kerana keberaniannya menjawab kata-kata Abu Jahal.

Tidak cukup penyiksaan yang dikenakan terhadap orang-orang Islam ditambah pula dengan sekatan ekonomi. Harga barang dinaikkan dengan berlipat ganda kepada orang Islam, mereka menganggap dengan cara ini akan dapat melumpuhkan pergerakan dakwah yang di bawa oleh Rasulullah.

Abu Lahab yang memainkan peranan penting dalam siri penentangan ini telah membelanjakan harta yang banyak untuk tujuan ini.

Kata Abu Lahab kepada peniaga “Tinggikan harga barang kepada pengikut Muhammad saw sehingga mereka tidak dapat memiliki sesuatu apa pun, tentang barang-barang kamu itu aku penjaminnya, kamu tidak akan menanggung kerugian”.

6.2 Usaha untuk memburuk-burukkan peribadi pendakwah.

Usaha-usaha seperti ini boleh mengancam perjalanan dakwah itu sendiri kerana hilangnya kepercayaan kepada pendakwah akan menyebabkan kerja dakwah yang disampaikan olehnya akan tergendala.

Fitnah seperti ini bukanlah perkara baru dalam medan dakwah,malah ianya sudah pun termaktub dalam Al-Quran :

Firman Allah :
قال تعالى :"وقالوا يا أيها الذى نزّل عليه الذكر إنك لمجنون"
(سورة الحجر أية 6)

Inilah sebahagian dari tuduhan yang dilemparkan kepada (junjungan besar Nabi Muhammad saw), tujuannya untuk menghapuskan kepercayaan masyarakat arab terhadap kerasulannya, walaupun sebelum diangkat menjadi rasul, baginda terkenal dengan sifat-sifat yang terpuji sehingga digelar sebagai ‘Al-Amin’.

Walid bin Mughirah ketika menghadiri satu ijtima’ bersama pembesar Quraish telah menyebut bahawa musim haji sudah pun hampir, perwakilan dari luar akan membanjiri kota Mekah, Walid mencadangkan supaya memilih satu gelaran untuk dikenakan kepada Rasulullah. Lalu berbagai cadangan telah dikemukakan diantaranya ahli sihir, ahli nujum, penyair dan sebagainya tapi semua cadangan itu di tolak oleh Walid dengan alasan tidak ada satu pun gelaran itu bertepatan dengan peribadi Rasulullah, akhirnya Walid sendiri berpendapat gelaran yang paling hampir ialah ahli sihir dengan tuduhan Muhammad pemecah belah masyarakat, memisahkan diantara ayah dan anak, memisahkan diantara suami dan isteri dan sebagainya.

Apabila tiba musim haji gelaran ini pun di sebarkan kepada para perwakilan dengan harapan mereka memandang buruk kepada Rasulullah,lalu turunlah ayat tentang perbuatan Walid ini.

Firman Allah :
قال تعالى :"ذرنى ومن خلقت وحيدا. وجعلت له مالا ممدودا. وبنين شهودا. ومهدت له تمهيدا. ……فقال إن هذا إلا سحر يؤثر. إن هذا إلا قول البشر".
(سورة المدثر أية 11- 25)

6.3 Permusuhan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani).

Pertembungan Islam dengan ahli kitab bermula setelah Islam mula bertapak di Madinah, permusuhan mereka terhadap Islam tidak kurang juga hebatnya jika hendak dibandingkan dengan pembesar-pembesar Quraish.
Diantara cabaran yang datang dari Ahli Kitab ialah:

1) Perang Saraf.
Mereka pura-pura menyertai Islam,disebelah pagi mereka beriman dan disebelah petangnya pula mereka kufur,begitulah saban hari dilakukan perkara yang sama,tujuannya untuk menimbulkan kekeliruan kepada orang mukmin,dengan harapan perbuatan itu nanti lama-kelamaan akan menjadi ikutan.Kemudiannya sedikit demi sedikit pada anggapan mereka agama Islam akan ditinggalkan.

Firman Allah:

قال تعالى :"وقالت طآئفة من أهل الكتابءامنوا بالذى أنزل على الذين ءامنوا وجه النار واكفروا ءاخره لعلهم يرجعون".
(سورة ال عمران أية 72)

2) Mempersendakan kemenangan yang dicapai oleh Islam.

Selepas Islam mencapai kemenangan dalam peperangan Badar,Rasulullah menyeru kepada orang Yahudi supaya beriman sebelum mereka ditimpa musibah sepertimana yang telah di terima oleh kaum Quraish.Jawab seorang Yahudi “Wahai Muhammad!Janganlah kamu menyiksa diri sebenarnya kamu telah mengalahkan sekumpulan Quraish yang tak tahu ilmu peperangan,kalau kita berperang-perangan akan terbuktilah siapa kami dan kamu tidak akan mampu menghadapi kekuatan kami”.

3) Memecah belahkan perpaduan muslimin.

Sejak kedatangan Islam,Aus dan Khazraj yang sebelum ini bermusuhan dapat disatukan. Suasana persaudaraan ini menimbulkan kebencian di kalangan Yahudi, dengan itu percubaan untuk memutuskan persaudaraan ini telah dijalankan dengan begitu halus. Usaha jahat itu hampir-hampir berjaya.

6.4 Golongan Munafiq.

Apabila terbentuknya daulah Islamiah di Madinah, umat Islam ketika itu sudah mempunyai kekuatan, penentang-penentang dakwah Islam (di Madinah) sudah tidak berani lagi untuk mengadakan penentangan secara terbuka. Bermula dari sinilah timbulnya golongan munafiq. Golongan ini amat merbahaya kerana mereka hidup di tengah masyarakat Islam. Operasi penentangan diatur dengan begitu halus dan rapi dengan berselindung di bawah lambang Islam.
Contohnya : Mereka membina masjid yang baru selepas terbinanya masjid yang diasaskan oleh Rasulullah.Kalau dilihat dari segi luarannya adalah kerana untuk membangunkan tempat ibadah, tetapi tujuan sebenarnya yang tersemat dalam hati mereka ialah untuk memecah belahkan masyarakat Islam di Madinah.

Niat buruk ini telah didedahkan oleh Allah kepada orang Islam. Firman Allah :

قال تعالى :"والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وإرصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحافن إن أردنا إلا الحسنى والله يشهد إنهم لكاذبون لا تقم فيه أبدا……".
(سورة التوبة أية 107-108)

6.5 Kekuatan luar tanah arab.

Pengaruh Islam mula tersebar secara meluas keluar tanah arab ialah di zaman khulafa’ Ar-Rashidin, tapi tidaklah semudah yang disangkakan, tidak kurang juga pemerintah yang enggan menerima kemasukan Islam ke negaranya. Disini berlakulah peperangan yang sengit dan tidak sedikit tentera Islam yang terkorban sebagai Syuhada’.

7.0 BENTUK CABARAN ZAMAN MODEN.

7.1 Ancaman terhadap jiwa.

Kedudukan dakwah zaman ini bolehlah dibahagikan kepada dua :-
i) Di negara bukan umat Islam seperti Russia,Filipina dan India,dimana umat Islam adalah golongan minoriti,mereka langsung tidak berpeluang untuk mengembangkan dakwah Islamiah di negara mereka malah ramai di kalangan umat Islam yang diseksa dan dipenjarakan.

ii ) Di negara umat Islam, walaupun negara di perintah oleh orang Islam tapi negara masih mendaulatkan undang-undang kufur. Penyeksaan umat Islam disini tidak ada bezanya dengan negara (i) Para pendakwah yang terlalu aktif akan ditangkap dan diseksa dan apabila dibebaskan mereka terpaksa menanggung penderitaan seumur hidup.

7.2 Ancaman terhadap ekonomi.

Kedudukan dakwah akan menjadi lemah apabila ekonominya lemah. Musuh-musuh Islam menggunakan cara ini untuk melakukan tekanan ke atas pergerakan dakwah. Diantara cara yang digunakan ialah :

1) Melakukan tekanan atau sekatan terhadap keperluan asasi umat Islam.
2) Membeli bahan galian atau hasil pertanian dari negara umat Islam dengan harga yang murah,kemudian di jual semula setelah di proses dengan harga yang berlipat ganda.
3) Mengadakan skim pinjaman mudah kepada negara umat Islam,kemudiannya dikenakan kadar faedah yang tinggi.Keadaan ini menyebabkan negara tersebut terpaksa menanggung bebanan hutang yang teruk.

7.3 Orientalis.

Golongan ini amat merbahaya kepada pergerakan Islam,mereka telah memainkan peranan yang penting dalam membantu penjajahan terhadap negara umat Islam dan juga membantu kristianisasi. Golongan ini menghabiskan sebahagian dari hidup mereka untuk mendalami ilmu Islam,diantara ilmu yang menjadi tumpuan mereka ialah :

1) Ilmu Al-Quran
2) Ilmu Hadith
3) Ilmu Feqah
4) Bahasa dan Kesusasteraan Arab
5) Sejarah Islam
6) Ilmu Kemasyarakatan(mengkaji tentang realiti masyarakat,ekonomi dan politik Islam).

Secara umumnya orientalis boleh di bahagikan kepada tiga golongan:

i - Golongan yang mendapat petunjuk setelah mendalami Islam, hati mereka terbuka untuk menganut Islam, mereka inilah yang telah mengarang buku-buku yang penting untuk rujukan umat Islam seperti Ustaz Muhammad Asad diantara buku-bukunya:
الإسلام فى معترق الطريق
الطريق إلى مكة
منهاج الحكم فى الإسلام

ii - Golongan pertengahan - mereka mendalami Islam dan mengarang buku-buku Islam tanpa sebrang penyelewengan tapi hati mereka masih tertutup untuk menerima Islam.

iii - Golongan yang anti Islam - Ilmu Islam yang mereka miliki digunakan sepenuhnya untuk menimbulkan keraguan terhadap fakta Islam. Diantaranya:

1.Usaha untuk memburukkan peribadi Rasulullah
2.Tohmahan terhadap Al-Quran dan Hadith
3.Memasukkan sekular dalam masyarakat Islam
4.Menggalakkan bangsa arab menggunakan bahasa daerah, ini adalah kerana dua tujuan:
- Memisahkan bagsa arab dari bahasa ‘fushah’(فصحة )
- Merenggangkan hubungan antara bangsa-bangsa arab kerana terdapat perbezaan dalam pertuturan.

7.3 Budaya barat.

Budaya yang terpisah jauh dari Islam itu sudah pasti mewarisi cara hidup yang songsang, prinsip hidup bebas telah mengikis nilai-nilai kemanusiaan dari budaya itu. Perzinaan, minum arak, perjudian dan sebagainya sudah menjadi amalan harian mereka. Budaya ini sudah berkembang mekar di seluruh dunia. Cara hidup belia kita hari ini, kebanyakannya berpandu kepada budaya tersebut dari cara berpakaian hinggalah kepada tingkah laku mereka. Budaya ini tersebar dengan berbagai cara,diantaranya melalui:

1 - Pelancongan
2 - Media massa
3 - Sistem pendidikan sekular

Keadaan ini menyebabkan generasi baru semakin terpisah dari ajaran Islam, malah mereka akan mengambil sikap negatif terhadap program yang berbentuk Islam.

7.5 Peperangan

Daya inisiatif yang bersungguh-sungguh dari musuh Islam untuk memecahkan negara umat Islam kepada juzuk-juzuk yang lebih kecil.Merekalah yang mewujudkan permusuhan diantara negara-negara ini. Akhirnya berlakulah peperangan yang merugikan.

Contohnya peristiwa berdarah yang bermula Ogos tahun lalu iaitu sengketa Iraq dan Kuwait, walaupun kita tidak menyokong pencerobohan Iraq ke atas Kuwait, tetapi kita juga tidak mahu campur tangan dari Amerika. Kerana kewujudan Amerikalah yang mempercepatkan berlakunya peperangan ke atas Iraq dan seterusnya menghancurkan negara tersebut. Hasil inilah yang dicita-citakan oleh musuh-musuh Islam itu.
Kata Muhammad Ma’mun Hudhaibi “Keadaan telah membuktikan bahawa kedatangan tentera luar ini bukanlah untuk membebaskan Kuwait atau mempertahankan Arab Saudi atau lainnya….”. Jelas dari kata-kata presiden Bush sebelum berlakunya sengketa ini “Iraq sekarang ini sudah pun mempunyai kekuatan yang melebihi Israel dan mempunyai pengaruh yang kuat di kawasan teluk. Oleh itu kekuatan Iraq ini mesti dihapuskan”.

8.0 BAGAIMANA UNTUK MENGHADAPI CABARAN DAKWAH.

Kita tidak boleh mengelakkan diri dari bertemu malam, kerana malam adalah sunnatullah, kita juga tidak boleh menahan hujan dari menyirami bumi kerana hujan adalah sunnatullah dan yang perlu kita lakukan ialah persedian untuk menghadapinya. Begitu jugalah tentang cabaran dakwah ini. Diantara persediaannya ialah:

8.1 Kesabaran
Sifat inilah yang dimiliki oleh para rasul dalam menghadapi cabaran dakwah di zaman mereka. Sifat inilah juga yang menjadi kunci kejayaan terhadap dakwah yang mereka bawa. Sifat kesabaran para rasul ini disebut oleh Allah di dalam al-Quran.

Firman Allah :
قال تعالى :"فاصبر كما صبر أولوا العزم من الرسول"-(سورة الأحقاف أية 35)

8.2 Mendalami ilmu Islam

Kefahaman yang jelas terhadap ilmu Islam akan dapat menangkis dakwaan palsu yang bertujuan untuk meragu-ragukan umat Islam serta mampu memberi fakta yang jelas ke arah mewujudkan kehidupan Islam.

8.3 Peka kepada isu semasa

Peristiwa yang berlaku pada setiap hari mempunyai hubung kait dengan pergerakan dakwah,jadi kalau suasana ini tidak dipedulikan, seruan dakwah menjadi tawar dan tidak akan dapat menarik perhatian masyarakat.

8.4 Persediaan jiwa

Perjalanan dakwah dipenuhi dengan onak dan duri, oleh itu kecekalan hati dan kecekalan jiwa adalah amat perlu untuk menangani arus ini. Disamping itu, sifat-sifat buruk seperti sombong, takabbur, hasad dengki dan sebagainya mestilah ditinggalkan.

8.5 Berhati-hati dengan tipu daya musuh

Musuh Islam sentiasa menggunakan pelbagai cara untuk mencapai matlamat mereka.Kita haruslah meneliti dengan cermat ketika berkomunikasi dengan mereka agar kita tidak terjebak dalam perangkap yang diatur oleh mereka.

8.6 Pergerakan yang tersusun

Perancangan yang teliti dalam setiap pergerakan dakwah adalah amat penting. Faedah yang di perolehi dari perancangan yang teliti ialah matlamat yang dirancang akan berhasil dengan jayanya tanpa membazirkan masa dan tenaga.

8.7 Mengukuhkan ekonomi

Kemantapan dari segi taraf hidup akan memberikan ruang yang lebih luas untuk pergerakan Islam, peralatan yang lebih canggih dapat disediakan bagi menandingi kemajuan dunia sekarang ini.

8.8 Ikhlas
(إنما الأعمال بالنيات)