Pages

Wednesday, August 1, 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum....Ramadhan Karemm Alhamdulillah masih dipanjangkan usia kita untuk menghadapi bulan tarbiah, bulan pengorbanan, bulan penghijrahan, bulan infa'....apa pun gelaran yang diberi untuk mengagungkan bulan ni tiada masalah asalkan ianya tidak bertentangan dengan prinsip Islam. semoga kita semua dapat Rahmat Allah yg telah berlalu, kita dalam fatrah margfirah, marilah kita mendambakan jiwa raga kita untuk mengecapi margfirah dari Robbul jalil untuk kita menjadi insan yg benar2 suci bg menghadapi 11 bulan yg mendatang pastilah lebih mencabar. Dua hari lepas dikejutkan rumah saya dimesir dulu yang kini di diami Us Hanif di cerobohi pencuri, hampir 20k junaih juga yang lesap, semoga menjadi pengjaran bg kita semua. Semalam saya di Surau Al Ikhlasiah imam n tazkirah ramadhan di situ, balik rumah di kamunting sampai jam 1.45pagi, berwuduk solat 2rakaat pastu tido trus, Keesokan harinya nak keluar solat tgk ada handbeg zaujah di lantai pintu pagar, hairan, bengong, pastu masuk dalam rumah tgk di tingkap ada sebatang kayu yg diguna untuk mengait handbeg zaujah. Allah...terkejut jugak... Alhamdulillah, bulan ramadhan, allah masih campakkan budi baik pencuri supaya meletakkan saki baki barang dalam handbeg di lantai pagar rumah, Semoga selepas ini lebih berhati2.moga Allah mengampuni kita semua.. Wassalam

Tuesday, July 17, 2012

Ramadhan kareem

Selamat menyambut ramadhan al mubarak, semoga kita semua dapt menunaikan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan......

Thursday, March 29, 2012

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Amal Islam bukan berteori dengannya



Seorang bapa yang pandai berkata-kata, menceritakan teori-teorinya dalam mendidik anak-anak, tidak akan ada pengikut dan peminat, sekiranya anaknya sendiri berperangai buruk di sekolah.

Bahkan, teori beliau akan dicemuh sebagai teori menyeleweng walaupun teori itu betul, cuma beliau gagal mempraktikkan sahaja.

Seorang bapa yang anaknya cemerlang di sekolah, walaupun selama ini tidak menghebohkan teori-teorinya...ya dalam mendidik anak... akan disoal bertubi-tubi oleh ibu-bapa dan guru yg lain - 'Bagaimana pak caik ajar anak jadi soleh, rajin ini?' Ia mendapat pengikut dan peminat kerana anaknya menunjukkan contoh yang baik.

Umat Islam hari ini terlalu ramai yang memokus pada perkara-perkara syariah, hukum-hakam, memetik (maaf, kalau kasar sedikit, menjual) ayat-ayat Quran utk menunjukkan bahawa dia Islam dan beriman.

Ingatlah hukum-hakam Islam itu indah secara sendirinya oleh Allah.
Allah mewajibkan banyak perkara wajib untuk dilakukan umatnya setiap hari semata-mata umatnya muncul sebagai manusia yang berdisiplin, rajin, berkelakuan baik, adil, konsisten dan memiliki kesabaran yang tinggi.

Bayangkan, kalau majoriti umat Islam di mana-mana dikenali sebagai golongan yang paling rajin, berdisiplin, adil, konsisten, sabar dan berkelakuan baik - tidak itu lebih membantu Allah menyebarkan ajarannya daripada orang-orang yang hanya pandai berkata-kata mengenai kehebatan Islam tapi berperangai tidak seberapa?

Seperti cerita bapa di atas, Islam akan menjadi lebih menarik kalau umatnya sendiri menonjolkan Islam sikap dan tauladan yang baik seperti yang diajar Allah.

Islam adalah agama yang adil. Tapi kalaulah umatnya tidak menonjolkan keadilan di mana-mana, maka Islam akan dicemuh dengan perkataan tidak adil.

Jika anda ingin menjaga Islam, mudah sahaja petuanya, mulalah dengan jaga perangai kita senantiasa. Jadilah umat Islam yang boleh dicontohi oleh orang lain. Tunjukkan Islam itu syumul dan maha adil dalam tindak-tanduk kita.

Ingatlah jaga perangai sendiri adalah juga tugas menjaga maruah Islam dan Allah. SENYUM, sekadar luahan untuk kali ini.

Thursday, January 12, 2012

Dr Mahathir Muhammad bersama JUDI

Jumaat, 25 Jun 2010 14:53 HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI



KENYATAAN MEDIA
25 Jun 2010 / 12 Rejab 1431
DR. MAHATHIR KEPALA JUDI NEGARA



Kenyataan yang angkuh , sombong dan bodoh ! ... itulah yang boleh kita katakan kepada Tun Dr. Mahathir di atas kenyataan terbarunya berkait sokongan beliau terhadap industri judi dalam Negara. Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa : " Jika saya jadi kerajaan , saya luluskanlah”. Satu kenyataan yang cukup biadab justeru ia bercanggah dengan Islam dan semua agama . Tidak syak bahawa judi adalah musibah dan malapetaka kepada negara dan rakyat.


Memang telah diketahui umum bahawa Malaysia telah terkenal sebagai Darul Kasino di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Bermula dari sekecil - kecil judi seperti berlaga ayam sehinggalah judi di puncak bukit dan judi diatas kapal wujud dalam negara kita. Tidak hairan jika Tun Dr. Mahathir begitu teruja untuk terus menyokong industri judi dan perluasannya di dalam negara ini . Lagaknya bercakap tak ubah seperti dia masih Perdana Menteri sedang Dato’ Seri Najib selaku Perdana Menteri hari ini jelas kelihatan teragak - agak untuk bercakap soal judi bila berdepan dengan penentangan dari rakyat.

Berbeza dengan sikap Tun Dr. Mahathir yang terus mempamerkan kejahilannya yang sukar dididik kepada umum , apabila menyamakan isu judi seperti isu babi yang perlu diluluskan oleh kerajaan untuk bukan Islam dengan alasan ianya tidak haram untuk bukan Islam. Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) mencabar Tun Dr Mahathir menjelaskan agama mana dan agama apa yang menghalalkan judi? atau agama apa yang dianut oleh Tun Dr Mahathir?

Judi telah ditentang oleh pelbagai agama dan bangsa kerana menyedari kesan buruk dari judi selain ianya turut diharamkan oleh pelbagai agama termasuk kristian , budha dan hindu . Sebagai contoh , judi turut ditentang oleh Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budayawan Bertindak, Lee Ban Chen. Mereka semuanya bergabung dalam satu wadah Gerakan mebantah Judi GMJ. Semua mereka adalah berbangsa Cina dan bukan Islam.

Tidak cukup lagi kah pelbagai jenayah dan keruntuhan akhlak serta kepincangan sosial yang berlaku ekoran industri judi yang kian berleluasa . Sepatutnya sebagai orang tua negara , Tun Dr Mahathir sepatutnya lebih peka terhadap masa depan generasi muda dan keamanan atau kesejahteraan negara . Bukan terus mengheret rakyat khasnya generasi muda terjerumus dalam kancah perjudian yang hanya meletakkan mereka terus bergantung nasib di meja perjudian, tidak lagi menjadi warga negara yang berdikari dan berbakti kepada Negara.

Negara masih mempunyai banyak pilihan untuk mencari dana dan meningkatkan upaya perolehan hasil negara tanpa menyuburkan industri judi yang turut membawa kesan buruk kepada pertumbuhan insan dan generasi dinamik masa depan. Menyuburkan industri judi ertinya mempertingkatkan usaha untuk membunuh jati diri rakyat dan daya berdikari generasi masa depan negara.

DPPP menyeru supaya rakyat bangkit dengan tegas dan yakin untuk mendesak kerajaan agar tidak melangsungkan usaha mereka untuk menyuburkan lagi industri judi negara Judi terbaru ialah melibatkan industri sukan. Selepas ini sukan tidak lagi menjadi riadhah atau aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan pemikiran dan jasad yang sihat sebaliknya menjadi aktiviti yang dipertaruhkan.

Pertaruhan inilah akan menghasilkan kesan buruk kepada masyarakat. Pertaruhan sering mendorong berlakunya pergaduhan. Yang menang dilihat menindas yang kalah sementara yang kalah menyimpan dendam tidak berkesudahan. Kekalahan pula membuatkan mereka terdesak lalu mereka akan terjebak dalam kancah jenayah ragut, curi, rompak dan bunuh serta membunuh diri.

Perjudian adalah satu penindasan . Hampir tiada yang berjudi menjadi kaya dengan hasil judi melainkan keuntungan besar hanya akan dikaut oleh tauke judi. Bahkan judi memerangkap penjudi menjadi hamba kepada nasib yang tidak menentu tanpa memiliki kudrat untuk bangkit berdikari mencari hasil dari sumber yang halal dengan keupayaan sendiri. Judi melahirkan generasi pemalas dan lemah upaya untuk berdikari.

Justeru itu sekali lagi DPPP menggesa supaya seluruh rakyat prihatin terutama generasi muda untuk turun bersama Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menyertai Himpunan Aman 100K pada 03hb Julai 2010 dan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Ke bawah Duli Yang diPertuan Agong.


Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Hebat kan....

Ustaz Hadi mahu jadi nelayan semula

Subky Latif,

SAYA terpegun bercampur pilu membaca kenyataan Persiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi nelayan semula setelah adanya Perdana Menteri dan kerajaan yang hendak menjalankan pemerintahan bagai yang dikehendaki oleh Islam.

Ini jawapannya kepada pertanyaan tentang calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat kiranya calon yang disediakan iaitu Anwar Ibrahim berhalangan disebabkan dipenjara dan sebagainya.

Ada yang menyebut namanya sebagai seorang calon. Memang dalam politik di zaman ini, rakyat diberi kuasa menyokong menentukan kerajaan melalui pilihan raya, maka mereka mahu tahu calon Perdana Menteri.

Momentum atau persaingan hebat bagi menentukan penguasa Putrajaya dalam PRU 13 ini buat pertama kali, disebabkan keupayaan pembangkang menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sejak Pakatan Rakyat terjelma.

Hakikat menentukan keadaan jadi begitu. Tetapi suasana juga menuntut akan calon alternatif jika berlaku sesuatu.

Ustaz Hadi sebagai seorang ulama haraki tidak pernah menolak tanggungjawab. Apabila beliau ditanya soalan itu, maka beliau memberikan satu jawapan politik dan dakwah mengikut semangat yang selalu diberi oleh ulama besar silam.

Pertama tidak menjawabnya secara tepat sebelum keperluan itu tiba tetapi adalah tanggungjawab ulama tidak menolak tanggungjawab apabila amanah itu diletakkan kepadanya.

Saidina Abu Bakar cepat-cepat mencalon Umar al-Khatab sebagai khalifah menjalan tugas pimpinan sebaik Nabi SAW wafat, kerana merasakan dirinya bukan calon terbaik. Saiduna Umar r.a. pula cepat-cepat menolak selagi Saidina Abu Bakar ada.

Itu akhlak yang berkelayakan besar bagi memimpin umah. Pimpinan negara atau kerajaan adalah penting, tetapi pemimpin Islam yang berwibawa sentiasa melihat siapa berupaya dan berkelayakan selain daripadanya, kerana yang utama bagi Islam ialah tuntutan dan hendak Islam dapat dipenuhi dan ada orang lain yang dapat memenuhinya, kalau pun tidak lebih baik, sekurang-kurang sama baik dengannya.

Maka pilihan mereka ialah membuat pekerjaan sendiri bagi menyara diri seperti beternak, bertani, menangkap ikan. Abu Zar misalnya menolak semua jawatan, memilih menjadi tukang anyam bakul bagi menyara hidupnya.

Ustaz Hadi adalah seorang tokoh besar ulama dan politik di peringkat nansional dan antarabangsa, pendakwah gigih, pernah menjadi Menteri Besar, berkelayakan untuk menjadi pentadbir. Semuanya bersetuju beliau diberi peranan.

Jika boleh diberi kebebasan untuk memilih kehidupan yang paling dekat di hatinya iaitu sebagai orang biasa yang kembali ke laut sebagai nelayan. Memang beliau dilahirkan dalam keluarga nelayan, besar sebagai keluarga nelayan. Walau pun sebok dengan hidup politik dan dakwah, tetapi ke laut dan menjala ikan tetapi menjadi hobinya dan ada kandang kambingnya sebagai tempat bersantai setelah penat kempen dan mengajar.

Jika tugas politiknya dapat dikurangkan, atau kewajipan itu dapat dipangku orang lain, tentu beliau ada masa yang selesa untuk mencandak sotong dan turun ke laut dalam menangkap ikan untuk keperluannya dan orang-orang sekelilingnya.

Mulanya saya tidak pernah memikirkan Ustaz Hadi patut lebih ke laut dari mengendalikan pemerintahan apabila Allah gilirkan bagi PAS untuk sama-sama memerintah. Keutamaan baginya di tempat pemerintahan ialah bagi memastikan tuntutan Islam itu berjalan sebaik-baiknya. Jika ada yang boleh mengendalikannya, maka pilihannya untuk ke laut seperti datuk-datuknya dulu dan saudara maranya.

Inilah pilihan yang dibuat oleh Rashied Ghanusi apabila Parti An-Nahzah memenang pilihan raya Tunisia baru-baru ini dan ini kaedah yang digunakan oleh Ikhwanul Muslimin yang menyertai pilihan raya Mesir sekarang. Pimpinan utama Ikhwan tidak menyertai pilihan raya pun, tetapi mereka memberi amanah kepada orang-orang yang dipercayai dapat memenuhi perjuangannya.

Kita boleh mengambil sikap terbuka boleh mengambil laluan yang diambil oleh rakan-rakan di Tunisia dan Mesir dan boleh menasihatkan Ustaz Hadi supaya menangguhkan dulu keinginannya menjadi nelayan penuh masa.

Mungkin buat masa terdekat ini ke laut itu jadi hobi seperti orang turun ke padang golf dan bermain tenis.

ustaz Idris Ahmad

Iklan Premium Inside
Iklan A
Iklan D

Tindakan disiplin satu tarbiah

Idris Ahmad,

Apabila kita mengisi borang sebagai ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kita telah berjanji untuk mematuhi perintah dan arahan parti selagi ia tidak bertentangan dengan Islam. Janji ini merupakan lumrah kepada mana-mana organisasi. Begitu juga apabila kita bekerja di sektor swasta atau awam tetap mempunyai disiplin dan peraturan yang perlu dipatuhi jika mahu berkerja di tempat ini. Perkara yang sama kita sebagai seorang muslim sudah pun digariskan oleh Nabi SAW sebagai panduan disiplin dengan agama kita yang tidak boleh dirungkai daripada diri kita. Tidak ada makhluk yang bernama manusia hidup tanpa peraturan dan disiplin. Sekiranya manusia hidup tanpa disiplin, maka dunia akan haru hara. Lebih-lebih lagi sebagai sebuah parti yang hendak mendaulatkan Islam dan mempunyai cabaran yang begitu besar perlu mempunyai disiplin yang ketat supaya tidak ada gangguan untuk mencapai matlamatnya.

Banyak kisah-kisah yang dipaparkan di dalam sirah Nabi SAW yang boleh menjadi teladan kepada kita. Oleh itu tindakan disiplin adalah sebahagian daripada tarbiah di dalam jamaah.

Contoh yang berlaku tindakan disiplin kepada tiga orang sahabat Nabi SAW yang tidak menyertai perang Tabuk. Mereka ialah Kaab bin Malik, Murarah bin Rabi’ah Al-Amiri dan Hilal bin Umayah Al-Waqifi. Mereka ini adalah antara lapan puluh orang yang tidak pergi berperang di Tabuk. Rasulullah tidak menerima keuzuran mereka bertiga, manakala yang lain baginda menerima dari alasan mereka.

Menurut Kaab bin Malik beliau tidak pernah ponteng di dalam setiap kali berperang, tetapi di dalam perang Tabuk beliau merasa malas hendak menyertai, walaupun beliau mempunyai kelengkapan yang cukup melebihi daripada keterlibatan beliau berperang di medan yang lain. Oleh kerana godaan nafsu dunia maka beliau tidak berangkat bersama dengan nabi SAW. Beliau menyangka baginda tidak tahu, sangkaan beliau meleset kerana baginda terus bertanya beliau ketika di Tabuk.

Apabila baginda pulang daripada Tabuk, maka Kaab pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW di masjid untuk meminta maaf, maka baginda suruh beliau balik sehingga mendapat pengampunan daripada Allah SWT. Baginda mengarahkan jangan berurusan dengan mereka bertiga, ertinya mereka dipulau oleh orang Islam di Madinah. Baginda sendiri tidak melayan dan menegur Kaab. Dua orang sahabat yang lain hanya tinggal di dalam rumah dan menangis serta memohon keampunan daripada Allah SWT.

Pada suatu hari ada utusan Raja Ghassan daripada Syam datang membawa surat daripada untuk memujuk Kaab bin Malik ke Syam kerana sahabat dan saudara mereka tidak perlukan beliau lagi. Maka Kaab mengambil surat itu lalu dibakar kerana ini adalah ajakan syaitan dan iblis supaya beliau meninggalkan Islam.

Masuk hari yang ke empat puluh maka datang satu utusan menyuruh mereka menjauhkan isteri mereka. Maka Kaab menyuruh isterinya pulang ke pangkuan keluarga sehinggalah datang pengampunan daripada Allah SWT. Oleh kerana Hilal bin Umaiyah sangat tua dan lemah maka isterinya datang bertemu Rasulullah SAW lalu ia bertanya, “Ya Rasulullah, sebenarnya Hilal bin Umaiyah seorang yang sangat tua, lagi pula ia tidak memiliki seorang pembantu. Adakah boleh aku melayaninya di rumah?”

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak! Akan tetapi ia tidak boleh mendekatimu!”

Isteri Hilal menjelaskan, “Ya Rasulullah! Ia sudah tidak bersemangat pada yang itu lagi. Demi Allah, yang dilakukannya hanya menangisi dosanya sejak saat itu hingga kini!”. Maka Rasulullah tetap tidak benarkan.

Selama lima puluh hari lima puluh malam pemulauan berlaku terhadap mereka bertiga, selepas waktu subuh datang utusan daripada baginda SAW memberi tahu bahawa Allah SWT telah mengampunkan mereka bertiga.

Mendengar berita itu Kaab terus sujud syukur kepada Allah.

Ketika aku mengucapkan salam kepada Rasulullah, mukanya nampak cerah dan gembira, katanya “Bergembiralah kau pada hari ini! Inilah hari yang paling baik bagimu sejak kamu dilahirkan oleh ibumu!”

“Apakah dari Allah ataukah dari engkau ya Rasulullah?” tanyaku sabar.

“Bukan dariku! Pengampunan itu datangnya dari Allah!” jawab Rasul SAW.

Demi Allah, aku belum pernah merasakan besarnya nikmat Allah kepadaku sesudah Dia memberi hidayah Islam kepadaku, lebih besar bagi jiwaku daripada sikap jujurku kepada Rasulullah SAW.”

Ka’ab lalu membaca ayat pengampunannya itu dengan penuh haru dan syahdu, sementara air matanya berderai membasahi kedua pipinya.

“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepadaNya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah: 118)

Banyak lagi kisah tindakan disiplin yang dikenakan kepada para sahabat antaranya ialah kepada Hatib Abi Balta’ah yang membocor rahsia mengenai persiapan baginda untuk menyerang Makkah kepada kaum keluarganya di Makkah. Beliau selamat daripada hukuman kerana Hatib ialah ahli Badar. Begitu juga dengan Abu Lubabah ibn Munzir yang diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk berunding dengan Bani Quraizah yang sudah dikepung selama dua puluh lima hari. Apabila Abu Lubabah sampai mereka meminta pandangan apakah kamu berpedapat lebih baik kami mengikut hukum Muhammad? Abu Lubabah mengatakan: Ya . kemudian dia mengisyaratkan tangan dan tengkuknya, yakni menunjukkan mereka akan disembelih. Apabila beliau menyedari beliau telah mengkhianat amanah Rasulullah maka beliau mengikat badan beliu di masijid selama enam hari sehinggalah datang pengampunan daripada Allah SWT, bermaksud:

“Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka yang bercampur baur pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi Maha Penyayang” (al-Taubah 9:102)

Pernah berlaku kepada seorang aktivis PAS di Pasir Salak Perak yang telah diambil tindakan oleh jawatankuasa disiplin parti kerana masalah dalaman parti, namun beliau tidak pernah jemu-jemu membantu PAS dan menghadiri program PAS walaupun beliau bukan ahli PAS. Paling menarik rumah beliau telah diadakan ceramah oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang memecat beliau pada ketika itu. Selepas beberapa beliau ditemui meninggal dengan penuh misteri di dalam parit di tanah rancangan Felcra Seberang Perak.

Rumusannya:

1. Tindakan disiplin adalah merupakan sebahagian daripada tarbiah.

2. Mereka yang berjiwa besar akan menganggap ini adalah satu penghormatan dan peluang untuk mereka muhasabah diri

3. Mereka yang dikenakan tindakn disiplin diuji dengan secara praktikal, bukan sahaja teori. Kerana tarbiah ialah amali bukan teori semata-mata.

4. Salah satu cara Allah hendak mengangkat darjat seorang itu di dalam berjamaah.

5. Menguji keikhlasan seorang itu samaada mereka berjuang kerana Allah, bukan kerana jawatan.

6. Tidak rugi apabila kita merendah diri dan rela menerima tindakan dengan hati yang lapang.

7. Allah akan menguji kepada kita sama ada kita akan mengkhianat jamaah atau tidak apabila kita diambil tindakan. Jika Kaab bin Malik dipujuk oleh Raja Ghassan yang kafir, maka kita juga akan dipujuk oleh musuh-musuh PAS yang sentiasa mencari peluang.

8. Contohilah seorang ahli biasa PAS di Pasir Salak walaupun diambil tindakan mereka terus memberikan khidmat kepada PAS.

9. Allah hendak melihat kita bercakap serupa dengan apa yang kita sering ungkap kisah Khalid ibn Walid yang dipecat di zaman Saidina Umar. Beliau terus berjuang walaupun menjadi pengikut biasa.

Wednesday, January 11, 2012

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Semua akan diadili semula di akhirat

Tuan Ibrahim Tuan Man,

901 menjadi hari yang dinanti oleh sebahagian besar rakyat Malaysia khusus bagi yang mengikuti isu politik negara dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).



Secara sedar dan tidak sedar, sebahagian pemerhati telah membuat pelbagai telahan berhubung keputusan mahkamah pada hari tersebut. Ramai penganalisa politik kini telah bertukar menjadi pak nujum semata-mata untuk lebih mensensasikan keputusan yang akan diumumkan nanti.

Dari pelbagai andaian, lebih ramai menjangkakan DSAI akan dihumban semula ke Sg Buluh kerana kalau bukan untuk itu, kenapa diteruskan perbicaraan walaupun disedari awal, terdapat banyak kelemahan yang boleh menyebabkan kes ini dibuang awal-awal lagi. Ini andaian pertama.

Kumpulan kedua yang sangat minoriti pula berpendapat bahawa DSAI akan dibebaskan kerana beberapa kelemahan dalam penghujahan sepanjang perbicaraan.

Andaian ketiga lebih kepada untuk mengaibkan beliau, iaitu dengan andaian kes sodomi berlaku tetapi beliau dibebaskan kerana tiadanya unsur paksaan sebagaimana yang dituduh oleh pengadu.

Dalam duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang, yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum akan terus menjalani hukuman.

Namun, yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu.