Pages

Saturday, May 16, 2009

salam imtihan

Salam pada sahabat semua,

Ada setengan sahabat sudah memulai peperangan(istilah yg digunakan oleh ustz hairul Nizam) iaitu exam, syabas pada sahabat yang dapat menjawab soalan dengan baik.Semoga ilmu yang tersemat didada bakal menjulang islam dimana kaki bertapak.

Aku?? exam 20/5/07 madah ulum quran, 25 madah hadis tahlili dan last 27 madah hadis maudhui.Doakan aku, moga ilmu yang Allah kurniakan digunakan untuk sama-sama memperjuangkan islam bersama kalian.

Dikepanasan dalam rumah usang aku ni, teringat masa ditengah padang pasir ketika aku di Sudan.Ditengan-tengah sahara.Panas bukan kepalang.Sewaktu kali pertama menjejek kaki dibumi Sudan,aku bersama 3orang adik-adik yg umur 10 tahun, 8 tahun dan 6 tahun bersama ayah mereka dan aku sebagai teman untuk pengurusan.Penerbangan SudanAir cukup merimaskan, pengurusan yg merumitkan, penerbangan tertunda hampir 12 jam, suasana yang memenatkan didalam pesawat, panas, seat duduk ikut suka macam naik bas 912 kalau yang masih ingat.

Tujuan yang utama adalah untuk menghantar adik-adik ke tempat pengajian tahfiz Al quran.Kami mendarat dilapangan Khurtom jam 6 pagi, setelah menungguh hampir 2jam, sampai lah sahabat yang akan menguruskan kami di sudan.kami dibawa kepenginapan untuk berehat, sebuah rumah orang-orang Sudan.Rumah yang...........setelah rehat, hilangkan penat sebelum subuh keesokan hari kami terus dibawa ke tempat pengajian tahfiz, jarah lebih kurang 600 hingga 700 km dari bandar Khurtoum.Kami menaiki lori pengangkut barang chevrolate.Bersumbat-sumbat dalam lori kecil tersebut.kami berhenti solat subuh disebalah jalan.Pertama kali aku solat subuh dipadang pasir.

Perjalan diteruskan, seingat aku waktu asar baru kami sampai betul ditempat pengajian tersebut, liku ditempuhi sebelum sampai pelbagai.suasana yang tidak menyelerakan, keadaan yang tenang tapi tidak dikehendaki oleh jiwa.Setibanya ditempat pengajian tersebut, alangkan terkejutnya aku, tapi demi menjaga (kestabilan polotik hehehehe) ok laa....hanya ada sebuah surau, sebuah rumah yg hanya ada 6katil didalamnya, tempat penajian diatas pasir yang di bumbungi dengan pelepah tamar, tempat solat di kawasan pasir, rumah untuk pelajar hanya dibenteng dengan pelepah tamar dan selut.tak terbayang dalam benak fikiran aku sebelum ini, tempat semacam itu menjadi pilihan abi kepada adik-adik ini.tapi penuh ketabahan, keazaman yg teguh yang abi tunjukkan untuk anak-anaknya membuat aku rasa kagum pada abi.Abi adalah ayah kepada adik-adik yang aku bawa untuk belajar tahfiz disini.Aku lebih mesra memanggil abi.

Setelah melalui malam-malam yang penuh dengan pengalaman, pengalaman tidur berbungbungkan langit, tiada bumbung atap, tiada alas kain pemidang, tiada bantal yang gebu, tiada tilam yang empuk,tiada kipas, tiada lampu kalimantang, mudahnya tiada elektrik, hanya katil yang bertilam nipis dibawa keluar dari dalam ruang rumah yang berbahang panas, beratapkan langit dah berkipaskan angin kurnian Ilahi kami terlena diuai mimpi indah.hampi dua minggu aku, adik-adik dan abi berada di kawasan lapang yang panas.Makan apa yg ada, susu kambing jadi minuman pilihan Muaz.hhiihi Muaz adik yg kedua umur 8tahun, Ukashah 6tahun dah Rasheed 10 tahun.Tiba-tiba teringan aku ayam masak merah direstoren Kelantan, tomyam, paprik.

Sudah dua minggu aku di pusat pengajian tahfiz Al Mahdiah nama diberi.Syeikh Osman pengetua disitu, seorang SYeik yang hebat bermazhab Maliki.Mempunyai 4orang isteri, seorang di Sudan dan 3 lagi di Yaman.Abi mengenali Syeik Osman semasa abi menghantar Yusuf anaknya yang sulung belajar di Yaman.Pengenalan dari situlah yang membuat abi berkenan nak menghantar anak-anak nya belajar tahfiz di Sudan.Abi memang cekal.

Walaupun sudah dua minggu berada di Mahdiah, adik-adik belum memulakan pengajian, Syeik Osman memberi lampu hijau, membiarkan adik-adik soronok dahulu, biar mereka lupa game Ganeral, biar lupa game-game yang entak pelbagai, biar mereka lupa makanan yang sedap sedap semasa di Kaherah dahulu.

Malam terakhir aku di Mahdiah bersama adik-adik, jam ditangan menunjukkan pukul 10 malam, adik-adik sudah lena dalam kepenatan bermain dengan kambing disiang hari.Meraka tidak tahu malam ini adalah malam terakhir aku dan abi bersama mereka.Abi hanya selamba dalam ketabahan untuk meninggal anak-anak tanpa mereka ketahui.Tak sampai hati aku, aku kejut juga Rasheed, Muaz, Ukashah untuk mengucap selamat tinggal.Berpelukan dengan tangisan..........bersambung

salam

Mengambil iktibar watak Sayidina Abu Bakar, Omar

Bagi pengamal sirah para sahabat r.a., akan mendapati bahawa antara kedua-dua pimpinan tertinggi khilafah Islamiyah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. iaitu antara Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Omar bin al-Khattab, mempunyai perwatakan dan keperibadaan yang sama sekali berbeza antara satu sama lain. Iklan
Ini kerana ada yang ulama sirah seperti Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat, bahawa kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Sayidina Abu Bakar sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang, sementara Sayidina Omar pula ada yang mengaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras.
Kedua-dua perwatakan tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam sebuah 'jemaah Islam' seperti PAS yang bercita-cita memperjuangkan Islam dalam segenap aspek kehidupan, terutamanya memastikan undang-undang negara berdasarkan prinsip hukum Ilahi. Ini kerana kedua-dua cara dan penampilan kedua-dua pimpinan khalifah tersebut sesuai sepanjang zaman di mana wujudnya kambing-kambing hitam yang mahu menumbangkan pemerintahan secara tidak demokratik.
Apa yang kita boleh belajar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah berkenaan, ialah salah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama, ia dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas berakhirnya perang Badar Kubra.
Dalam peperangan itu, umat Islam berjaya membunuh kira-kira 70 musyrikin dan menawan 70 yang lain, baginda Rasulullah s.a.w. tidak dapat memutuskan kedudukan 70 tawanan tersebut. Maka kedua-dua Abu Bakar dan Omar dipanggil untuk mendapatkan pendapat mereka. Sayidina Abu Bakar mencadangkan agar setiap daripada tawanan berkenaan mengajar 10 anak orang Islam mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ilmu peperangan, cara-cara membuat senjata dan sebagainya, jika projek itu berjaya bermakna 700 anak-anak orang mahir dalam bidang peperangan.
Rasulullah bersetuju dengan pendapat Abu Bakar itu, walau bagaimanapun baginda tetap mahu mendengar pendapat daripada Sayidina Omar pula. Omar juga menyatakan bahawa pendapat Abu Bakar itu ada kebenarannya, tetapi baginya disebabkan puak-puak musyrikin itu adalah punca kepada berlakunya penyelewengan terhadap umat manusia, maka beliau mecadangkan agar kesemua mereka yang ditawan itu dipancung sahaja kepala mereka.
Rasulullah s.a.w. tidak dapat nak memutuskan antara kedua-dua pendapat itu, namun baginda menegaskan bahawa mahu berjumpa mereka berdua pada keesokan hari di tempat yang sama. Pada malam itu Allah SWT memutuskan keputusannya mengenai kedudukan tawanan perang melalui ayat 67 surah al-Anfal sebagai teguran kepada Nabi: "Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Boleh dibuat kesimpulan mengenai ayat di atas, bahawa Allah SWT mahu agar Nabi-Nya membunuh (dengan memenggal kepala) para tawanannya, ada mufassir menyebut seolah-olah pendapat Omar menepati ayat yang telah Allah tentukan sejak di 'Luh Mahfuz' lagi kedudukan mereka yang menentang Rasulullah. Ia bukanlah satu pendapat yang memperlihatkan kegarangan Omar, akan tetapi merekalah punca ramai manusia menentang Allah SWT.
Setelah kewafatan baginda Rasulullah, tampuk pemerintahan diserahkan kepada Sayidina Abu Bakar dengan cara syura dijalankan. Abu Bakar berpegang prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin ketumbukan perang agar ketahan Islam dapat dipelihara. Khalid Bin al-Walid menjadi pilihannya, kerana Khalid adala individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dalam peperangan.
Ringkasnya, apabila Sayidina Abu Bakar meninggal dunia, jawatan itu tidak dikekalkan Omar kepada Khalid, kerana Omar tahu bahawa beliau dan Khalid mempunyai watak yang sama, nanti mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Khalid menerima pelucutan jawatannya sebagai panglima perang, kerana beliau juga tahu keadaan tersebut, maka Sayidina Omar melantik Sa'ad Bin Abi Waqqas yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar.
Maknanya, kedua-dua Sayidina Abu Bakar dan Omar memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah s.a.w. yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam 'jemaah Islam'.
Maka dalam PAS juga yang menyifatkan dirinya Islamik, sudah tentu tidak boleh membebaskan dirinya daripada kedua-dua elemen penting itu yang mampu melonjakkan sebagai sebuah gerakan Islam, ia tidak berkecuali apa yang pernah terjadi kepada pimpinan Gerakan Ikhwan Muslimun dalam menentukan sikap mereka terhadap perjuangan Syiah, ada yang berlembut dan ada yang tegas menolak untuk berbaik dengan Syiah.
Dalam senario politik tanah air, banyak yang diperkatakan sejak akhir-akhir ini oleh pihak tertentu mengenai keperibadian kedua-dua tokoh tertinggi dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), iaitu Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seolah-olah suatu kecenderungan mahu melaga-lagakan antara mereka berdua. Bagi yang telah mengikuti huraian di atas, maka tidak akan ada lagi spekulasi yang membabitkan kedua-dua tokoh berkenaan.
Sebenarnya perbuatan seumpama itu akan merugikan perjuangan parti sendiri. Apa yang penting kita memiliki panduan iaitu al-Quran, jika sesuatu berita itu dilihat cenderung ke arah melaga-lagakan tokoh pimpinan PAS yang berusaha untuk mendaulatkan Islam, anggaplah ia sebagai sebuah berita yang didatangkan oleh golongan yang fasik, maknanya berita itu perlu diselidiki terlebih dahulu kesahihannya seperti yang diarahkan Allah untuk berbuat demikian menerusi ayat 6 surah al-Hujurat: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka hendaklah selidiki dengan teliti terlebih dahulu, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."
Sebagai kesimpulan, bagi menjernihkan keadaan di kalangan ahli-ahli parti lebih-lebih lagi menjelang 'Muktamar Tahunan PAS' pada Jun depan dalam suasana pemilihan pucuk pimpinan parti, adalah diharapkan agar setiap perwakilan dapat menggunakan kewarasan cara berfikir dengan tidak bertindak secara melulu, lebih-lebih lagi isu yang mengaitkan ketokohan kedua-dua pimpinan tertinggi PAS yang semakin panas di dada akhbar dan laporan siaran berita yang mempunyai agenda tersendiri