Pages

Thursday, October 8, 2009

Dato Seri Nazri

Salam perjuangan untuk teman-teman yang dikasihi,
moga sentiasa dalam rahmat dan lembayung rahmat Ilahi.
kita masih lagi berada dalam bulan syawal yang penuh dengan barakah, cuma sedikit persoalan untuk kita sama-sama renungi, sudah terlunaskan puasa 6syawal kita? bagi yang sudah alhamdulillah, bagi yang belum, masih berbaki syawal 1430 pada kali ini.

Hari ini warga Al Azhar Perak bertuah kerana dikunjungi oleh seorang yang berpengaruh dalam Malaysia juga seorang pimpinan di Negeri Perak.Seorang ahli Parlimen Padang Rengas juga seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Semoga kedatangan beliau dapat dimanfaatkan untuk kita bersama.

Majlis ramah mesra bersama beliau diadakan dirumah Perak lama, di dewan Syeikh Sya'rawi, bersama beliau ialah dato Dasuki Pengarah Amanah raya, Dato zainal Abidin mantan Duta Ke Kaherah, sebagai Penasihat Amanah Raya dan tiga ahli rombongan yang lain.

KPIPM juga menjemput Wakil PMRAM sebagai tetamu khas bersama delegasi walaupun KPIPM menerima sedikit pandangan supaya PMRAM tidak terlibat dalam program pada hari ini.

Teman-teman yang dirahmati,

Apa yang sedih dan agak menaikkan darah adalah sikap seorang dari delegasi terhadap pelajar kita ada lah sikap seorang kakak, mungkin PA Dato' Nazri, memarahi pelajar kita kerana bersalam dengan Dato' Nazri tetapi tidak mencium tangan Dato'.Kakak tersebut berkata "kamu salah protokol kerana bersalam tidak mencium tangan dato'".

Teman yang dirahmati,

Sikap seorang ulama', tok guru dan orang-orang yang berilmu, sanggup menarik tangan apabila anak murid mahu mencium tangan, walaupun ciuman dari anak murid tersebut adalah seikhlas-ikhlasnya.Tetapi apa yang berlaku pada mereka yang hanya mahukan disanjung sanggup menyuruh membuat sedemikian.

Kesimpulannya, teman-teman boleh nilai sendiri akhalak yang mereka tampilkan dihadapan kita semua, apa yang baik kita ambil sebagai pedoman dan apa yang buruk sebagai sempadan.Moga kita semua direstui oleh Allah dan berjuanglan dimedan yang kamu yakini.

Gempa di Indonesia

Gempa di Indonesia pengetahuan Allah signifikan dari ayat al-Quran

Email : Zainal Ku
sumber: eramuslim

MENAKJUBKAN Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran!. Siapa pun yang membuka Al-Qurâan dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:

17.16 (Surah Al Isra' ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

undefined


17.58 (Surah Al Isra' ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (Surah Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

Maha Suci Allah, Allahu Akhbar

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Monday, October 5, 2009

Analisis polisi Obama terhadap Israel-Palestin

Oleh: Imran al-Malizi

(imran_almalizi@ yahoo.com)


Pada pertengahan Ramadan yang lalu, kami telah dijemput menghadiri satu majlis berbuka puasa anjuran Yayasan al-Quds Antarabangsa- Yaman. Majlis itu turut menghimpunkan tetamu dari negara-negara benua Afrika, Asia dan Balkan yang terlibat sebagai sukarelawan dalam mendokong isu Palestin.

Selepas solat maghrib, Pengarah Yayasan al-Quds di Yaman, Syeikh Abu Aiman Hararah yang berasal dari Gaza menyampaikan ucapan dengan penuh bersemangat. Beliau menegaskan bahawa kekuatan iman dan kesabaran yang ditunjukkan oleh para pejuang dalam peperangan baru-baru ini melayakkan mereka mendapat pertolongan dari Allah Ta’ala.

Beliau juga menceritakan dari penyaksian kaum keluarganya di Gaza , bahawa keajaiban telah berlaku semasa peperangan itu apabila mereka melihat ramai pejuang yang berpakaian serba putih muncul entah dari mana lalu membunuh tentera Israel .

Mereka digelar sebagai ‘hantu’ oleh golongan tentera penceroboh Israel telah menyebabkan ramai tentera Israel ketakutan. Keadaan ini telah memaksa mereka berundur dari bumi Gaza .

Ada satu kata-kata Syeikh Abu Aiman yang memberi kesan kepada kami. Katanya, “Kita hanya bergantung kepada Allah untuk mendapatkan pertolongan dan kemenangan. Bukan dari sesiapa, bukan dari kalangan makhluk, bukan juga dari Obama..!”

Baru-baru ini, Presiden Barack Obama dilaporkan telah berkata bahawa tindakan yang tegas dan segera perlu dilakukan bagi menyelesaikan permasalahan di antara Israel dan Palestin. Kenyataan itu dikeluarkan setelah berbincang dengan perdana menteri Israel , Binyamin Netanyahu dan presiden pihak berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas semasa perhimpunan agung PBB di New York .

Kenyataan seperti ini bukan perkara baru bagi pentadbiran Washington , bukan baru bagi Obama dan juga bukan baru bagi semua presiden Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini. Hakikatnya, tiada sebarang tindakan yang signifikan pernah diambil semenjak lebih 60 tahun penjajahan berdarah ini berlaku.

AS tidak pernah bertegas ke atas Israel biar pun secara jelas para pemimpin regim itu telah mencabuli beberapa siri perjanjian damai. Malah AS sentiasa berdiri teguh bagi memastikan kewujudan negara haram Israel tertegak secara de facto (tanpa segan silu).

Tidak mungkin konflik Israel-Palestin ini dapat diselesaikan dengan mengharapkan ‘wahyu’ dari lidah Obama dan polisinya terhadap Timur Tengah.

Ramai yang meragui pertemuan sisi tiga penjuru itu jika semata-mata berharap AS dengan diwakili Presiden Obama akan terus menjadi orang tengah bagi meleraikan konflik di Asia Barat.

Sikap keras kepala Israel tidak memungkinkan sebarang perjanjian damai mencapai maksudnya dan komitmen AS yang menyokong penubuhan negara haram itu serta pendudukan Yahudi di Tebing Barat juga mencerminkan polisi talam dua mukanya dengan dunia Arab.

Lebih jelas lagi, Mahmoud Abbas bukanlah orang yang paling layak untuk mewakili rakyat Palestin dalam sebarang usaha damai dengan pihak penjajah.

Walau pun beliau dilaporkan enggan bercakap dengan Netanyahu selagi mana perdana menteri Israel itu tidak menghentikan pendudukan Yahudi secara menyeluruh, namun sikap tunduk dan akur Mahmoud Abbas selama ini dianggap sebagai satu pengkhianatan apabila menjual maruah tanah air untuk kepentingan kerusi kuasanya.

Tindakan Netanyahu meluaskan pendudukan Yahudi di wilayah penempatan rakyat Palestin mencerminkan bahawa Israel dengan angkuh telah melanggar semua resolusi PBB, tidak mengiktiraf undang-undang antara bangsa dan apa yang disebut sebagai proses damai.

Netanyahu dalam banyak kenyataannya menegaskan bahawa mereka tidak akan menghentikan proses pendudukan Yahudi di wilayah milik rakyat Palestin. Tindakan ini menyebabkan segala pintu perbincangan menjadi tertutup. Ini kerana isu pendudukan haram Yahudi adalah isu asas bagi segala pertelingkahan.

Bagaimana AS dan sekutunya terus menerus mengecam kerajaan Hamas kerana keengganannya mengiktiraf kewujudan negara Israel, apabila di Tebing Barat tanah rakyat Palestin dirampas, penempatan mereka dirobohkan, tanaman mereka dirosakkan dan penduduknya dibunuh saban hari.

Manakala dunia telah menyaksikan wilayah Gaza yang menjadi kubu pemerintahan Hamas cuba dihanguskan dalam serangan awal tahun ini.

Apakah usaha AS agar sekutunya Israel menghormati peraturan antara bangsa dan tunduk kepada ketetapan Konvensyen Geneva? Apakah wajar Obama dan pentadbiran Washington memaksa Hamas supaya menghentikan penentangan mereka dalam polisi AS yang berat sebelah ini?

Ketika mula mengambil alih pentadbiran AS, Obama perlu melihat isu pendudukan Yahudi ini merupakan penghalang utama bagi proses damai, yang mana perkembangannya menjadikan sebarang usaha di meja perundingan hanya membuang masa.

Ucapan Obama di Kaherah tetap membayangkan bahawa polisi AS tetap komited dalam mendokong Israel . Obama mengajak dunia Arab dan Islam supaya mempertimbangkan keperluan diwujudkan sebuah negara Yahudi dan memetik tragedi holocaust di antara asasnya menurut lipatan sejarah.

Dalam perkembangan berkaitan, Netanyahu dalam ucapannya di perhimpunan agung PBB baru-baru ini menyelar Mahmoud Ahmedinejad, kerana Presiden Iran itu mendakwa bahawa tragedi holocaust itu adalah bohong.

Netanyahu menunjukkan salinan dokumen-dokumen Nazi yang menurutnya memang benar peristiwa penghapusan etnik Yahudi telah dilakukan semasa Perang Dunia Kedua.

Namun itu bukanlah alasan kukuh untuk mewajarkan Israel melakukan kezaliman ke atas bangsa Arab Palestin. Tidak sepatutnya pula Obama turut sama menjustifikasikan alasan ini agar dunia Islam menerimanya.

Sami Abu Zuhri, salah seorang jurucakap Hamas memberi kenyataan kepada Al-Jazeera bahawa ucapan Netanyahu itu penuh dengan pembohongan.

Beliau mengatakan walau pun Netanyahu bercakap tentang kebankrupan moral dan betapa bahayanya tindakan menafikan tragedi Holocaust, secara hakikatnya Israel telah melakukan pembunuhan besar-besaran dalam abad ini apabila mereka melancarkan serangan terhadap Gaza pada Disember dan Januari lalu yang memakan korban lebih 1,400 rakyat Palestin.

Itu belum dihitung peristiwa Deir Yassin, penyembelihan Sabra dan Shatila dan pembunuhan rakyat Palestin semenjak tahun 1948. Ucapan Netanyahu hanya dilihat sebagai tindakan yang kurang wajar bagi mempertahankan kezaliman yang telah dilakukan negara Israel selama ini.

Bagaimana pula penerimaan penduduk Yahudi di Israel terhadap peranan Obama dalam konflik Israel-Arab?

Menurut satu bancian yang dilakukan oleh akhbar Jerusalem Post baru-baru ini mendedahkan hanya 4% sahaja penduduk Israel yang percaya bahawa pentadbiran Obama memberikan sokongan kepada negara mereka.

Ini disebabkan oleh sentiman perkauman menguasai penilaian bangsa Yahudi. Dalam satu tinjauan yang dibuat Al Jazeera, terdapat sebilangan besar penduduk Israel memberikan komen yang kurang sopan terhadap warna kulit Obama dan sikap simpatinya kepada bangsa Arab.

Semuanya itu didorong oleh unsur-unsur perkauman. Malah ramai yang tidak mengetahui latar belakang beliau dan menyangka presiden AS itu sebagai seorang muslim.

Terdapat poster-poster yang ditampal di tepi jalan mengutuk Obama sebagai ‘pembenci kaum Yahudi’. Gambar Obama digambarkan sebagai seorang presiden AS yang berjiwa Arab.

Sememangnya, sikap penduduk Israel itu menjadikan peranan Obama dalam proses damai menjadi persoalan. Tambahan pula, terdapat di kalangan mereka yang berterus terang bahawa Obama bukanlah penyelamat bangsa Yahudi walau pun ucapan Obama di Kaherah sebelum ini dilihat sebagai usaha mencari jalan tengah bagi menyelesaikan konflik.

Bagi kita juga, Obama juga bukanlah watak penyelamat bagi umat Arab. Bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa hanya dapat dibebaskan menurut janji Allah dan RasulNya.

Friday, October 2, 2009

Riak yg MeMusNahkan

Riak Memusnahkan Pahala

Email : mohd naim mohd zain

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."


Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Saturday, September 26, 2009

Penting niii

KENYATAAN MEDIA : ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir sidang yang dipanggil Speaker Haram.

Sebagaimana yang telah disahkan oleh YAB. Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Mohamaad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Negeri, Dato' Ngeh Khoo Ham bahawa semua 28 orang ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Haram,Ganesan.

Dengan ini saya sebagai Pengerusi Kelab penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dengan ini juga mengesahkan semua ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam sidang yang dipanggil oleh Ganesan dengan alasan seperti berikut :-

1. Ganesan adalah Speaker yang dilantik secara tidak sah mengikut undang-undang , malah perlantikannya dalam keadaan yang saya anggap menghina Pemangku Raja Perak dan DUN Perak pada 7 Mei yang lepas. Semua sudah maklum beliau dilantik dalam keadaan Dewan belum di rasmikan lagi oleh Pemangku Raja Perak, dengan kata lain dalam keadaan sidang belum bermula dan semasa Speaker Dewan Perak, V.Sivakumar menduduki kerusi Speaker dalam keadaan menjalankan tugasan awal mengatur kedudukan dewan sebelum mendapat dan memohon perkenan Raja Nazrin masuk ke dewan bagi memulai majlis perasmian.

2. Sehubungan dengan itu saya ingin tegaskan tidak ada Speaker yang lain yang sah di Perak melainkan V.Sivakumar, seterusnya tidak ada panggilann sidang yang sah melainkan oleh beliau dan saya tegaskan Persidangan DUN yang dilakukan di bawah pokok pada 3 Mac, Sidang dalam Dewan pada 7 Mei dan Sidang di hotel pada 2 Sep. semuanya sah dan dihadiri oleh ADUN pakatan Rakyat kerana dipanggil oleh Speaker yang sah.

3. Ganesan adalah "perasit" baru yang menambah kusutkan masalah di Perak. Sebenarnya beliau perlu sedar bahawa dia diperkudakan demi mencapai hasrat BN walaupun ianya jelas melanggar undang-undang yang sedia ada. jauh sekali dari menunjukkan taring tumpulnya untuk memaksa kami hadir dalam sidang yang akan dipanggilnya.

4. Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apakah yang berlaku di dalam DUN :-

Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.
1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

Sivakumar cuma gagal untuk mendapat perintah mahkamah bagi menghalang Ganesan menjalankan tugas sebagai Speaker, dan saya ingin tegaskan bahawa dia tidak mendapat penghakiman mahkamah bahawa dia adalah Speaker yang sah, dan tidak ada juga penghakiman V. Sivakumar adalah Speaker yang tidak sah.

5. Berarti secara kenyataannya Sivakumarlah Speaker yang sah kerana kedudukannya sebagai speaker yang dilantik lebih awal dan mematuhi undang-unadang yang ada dan tidak pernah terlucut jawatannya secara betul mengikut prosuder yang ada.

Saya tegaskan bahawa usul yang telah dikemukakan oleh BN bagi melucutkan jawatan V. Sivakumar adalah tidak sah kerana Sivakumar pada 6 Mei sehari sebelum sidang telah menolak usul tersebut sesuai dengan peruntukan yang diberikan kepadanya. Oleh itu semua yang berlaku rentetan dari itu semuanya tidak sah dan sia-sia belaka.

6.Dengan itu saya membantah kenyataan Ganesan yang disiarkan dalam Sinar Harian bahawa dia Speaker Perak yang sah.

7. Saya mempersoalkan kenapakah Ganesan sangat takut dengan kenyataan ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir sidang sehingga mengugut kami untuk diambil tindakan, yang jelas Ganesan faham bahawa panggilannya tidak sah dan ugutannya tidak berarti kerana dia bukannya Speaker Perak yang sah.

Inilah kenyataan media dalam isu di atas, terima kasih....

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak PR./
Ketua Penerangan PAS Perak/
ADUN Titi Serong.

Thursday, September 24, 2009

IraN

Email : Shah Bundy

Rahbar atau Pemimpin Besar Revolusi Islam Iran, Ayatullah Al-Udzma Sayyid Ali Khamenei, dalam pertemuan kemarin (20/9) dengan para pejabat tinggi negara, para duta besar negara Islam, dan masyarakat, menyatakan bahwa politik pemerintahan Islam berdasarkan pada Al-Quran, hukum Islam, dan pembelaan terhadap kaum tertindas. Hal ini adalah sebab permusuhan kaum adidaya terhadap Republik Islam Iran.

Menyinggung klaim bohong media-media Barat soal upaya Iran untuk menghancurkan Rezim Zionis dengan menggunakan kekuatan militer, Rahbar menjelaskan, menyangkut masalah Palestina, Iran memiliki solusi logis, rasional, dan manusiawi.

Rahbar menekankan, "Jika seandainya umat Islam bersatu dan menggunakan seluruh potensi politik dan geografisnya, tentu kondisi warga Palestina dan Jalur Gaza tidak seperti saat ini dan kaum arogan tidak dapat mendiktekan rencana-rencananya kepada pemerintahan Islam

Rahbar menilai perluasan Islamophobia dan Iran-phobia, sebagai trik kaum imperialis yang dipimpin oleh Amerika Serikat untuk mencegah persatuan dan kekompakan dunia Islam. Seraya mengingatkan bahwa AS pada pemerintahan periode sebelumnya telah melakukan berbagai upaya anti-dunia Islam dan Iran, Rahbar menegaskan, pemerintah AS saat ini pun tetap melanjutkan politik tersebut meski di sisi lain mengumbar pesan-pesan berkedok persahabatan.

Menyinggung klaim AS soal ancaman kemampuan pertahanan Iran, Pemimpin Besar Revolusi Islam ini menandaskan, dalam 30 tahun terakhir, Republik Islam Iran tidak menyerang negara manapun dan politik Iran dalam berinteraksi dengan negara-negara Islam dan tetangganya, berasaskan persahabatan. Meski demikian pemerintah Islam tidak akan diam dalam menghadapi segala bentuk serangan terhadap pemerintah dan bangsa Iran.

Di bagian lain pernyataannya, Rahbar juga menilai klaim upaya Iran untuk memproduksi senjata pembunuh massal sebagai salah satu klaim infaktual terhadap pemerintah Islam. Menurut beliau, berdasarkan ajaran Islam, Iran secara tegas melarang penggunaan dan produksi senjata pemusnah massal.

Pada awal pertemuan tersebut, Presiden Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad, menyampaikan ucapan selamat Idul Fitri. Menyinggung gerakan epik bangsa Iran pada peringatan Hari Al-Quds Sedunia, Ahmadinejad mengatakan, dengan partisipasi luas dalam pawai akbar Al-Quds, bangsa Iran kembali menunjukkan kebesaran, kekuatan dan komitmennya di jalan Imam Khomeini dan nilai-nilai Revolusi.



Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 7:13 AM

Monday, September 21, 2009

Salam id Mubarak

Salam teman yang dirahmati,

Sempena syawal yang penuh mulia ini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya kepada semua warga KPIPM dan sahabat handai yang mengenali ana, samaada di Mesir atau dimalaysia atau dimana-mana.

Semoga perginya Ramadhan dan tibanya syawal dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan pencipta kita jua kita sesama manusia yang bergelar sahabat, yang bergelar kawan, yang bergelar teman.Kerana pejuangan kita bukan untuk mendamba kegirangan yang sementara tetapi kita mengharapkan kegirangan, kemeriahan, kejayaan yang kekal abadi, Allah menyediakan yang terawal adalah dengan merayakan eid fitri dan eid adha.

Dengan penuh syahdu dan mengharap kerdhaan Allah marilah kita menyambut eid mubarak ini dengan penuh keinsafan dengan mengharapkan serta penuh doa supaya Allah memanjangkan usia kita supaya menjadi tetamu Ramdhan yang akan datang dan ramadan yang seterusnya.

Akhirnya salam kemaafan dari sahabat semua sempena eid mubarak 1430, semoga berkekalan ukhwah yang terjalin.Berjuang dimedan yang kamu yakini.Wasalam

Saturday, September 5, 2009

Ramadhan/diMana KitA...

Salam Ramadhan kepada semua ahli KPIPM yang berada di perlembahan Nil, semoga kita semua berada dalam situasi yang paling selesa untuk melakukan ibadat kepada Allah Taala.Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad, pesuruh Allah yang terakhir menjadi ikutan zaman berzaman.

Telah berlalu rahmah yang dijanjikan oleh Allah diawal ramadhan, semoga kita mendapat apa yang ditawarkan oleh Allah diawal Ramadhan yang telah berlalu. Kini kita berada dalam situasi Margfirah Allah, seluas hamparan bumi, seluas junjungan langit, sedalam lautan mendalam, Allah membuka pintu Mafgfirah untuk seluruh hamba Nya.

Teman seperjuangan,

Selama sebelas bulan Allah membiarkan hambanya bergelumang dengan kehidupan sehari, ada sebahagian hambaNya yang hidup penuh dengan noda dan dosa, ada setengah hambaNya yang hanya memikirkan kehidupan yang selesa sahaja, ada hambaNya yang hanya berfikir untuk meningkatkan ekonomi diri sendiri, ada sebahagian yang hambaNya yang hanya mengejar kemewahan dunia, ada sebahagian yang memikirkan untuk mempertahankan politik partinya sahaja, ada juga segelintir hambaNya yang memikirkan keesaan Allah yang menjadikan seluruh alam, dan berusaha untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa kepada Pencipta makhluk.


Sahabat setia,

Hanya satu bulan sahaja Allah menduga Hambanya dengan dengan perintah menahan diri dari makan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.Paling mudah untuk difahami berpuasa adalah menahan diri dari makan dan minum dan apa yang perlu lebih difahami adalah bukan sahaja menahan dari makan dan minum tetapi dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan dari segala perbuatan dan tindak tanduk yang boleh mengurangkan pahala puasa.Mulut kita perlu berpuasa dari makan dan minum, lidah kita perlu berpuasa dari mengeluarkan kata-kata maksiat, mengumpat dan sebagainya, mata kita perlu berpuasa dari melihat maksiat, tangan kita perlu berpuasa dari melakukan maksiat, perut kita perlu berpuasa dari dimasuki makanan yang tidak halal sewaktu berbuka,kaki kita perlu berpuasa dari pergi ketempat yang dilaknat oleh Allah.

Darah daging kita perlu dijaga dengan rapi kerana darah yang baik terhasil dari makan minum yang baik(halal), jika darah kita baik ia akan menghasil hati yang baik, hati yang baik inilah yang akan menatijahkan tindakan yang baik.

"Didalam badan kamau ada seketul daging, jika baik daging ini maka baik lah seluruh tubuh kamu, jika buruk daging ini maka buruk lah seluruh badan kamu,ketahui lah bahawasanya daging tersebut adalah sekeping hati". Hadis diriwayat oleh Imam
Al Bukhari daripada An Nuqman bin Bashir.

Teman yang dikasihi,

Hati inilah yang menjadi pencorak kepada sikap dan kelakuan seseorang dan penentu kepada tindak tanduk perjalanan harinya.Kita yang berada dalam madrasah pembelajaran dan pengumpulan ilmu, tidak semestinya menunggu sehingga ilmu penuh didada baru lah kita mahu mencurahkan kepada insan yang lain, tetapi dalam masa yang sama kita mestilah menggunakan kepakaran yang kita ada dengan betul dan seiring jua bertekad untuk meningkatkan kefahaman segala ilmu pengetahuan.

Sesungguhnya pembentukan sesebuah badan organisasi, tidak kiralah rumah tangga, Persatuan, Kelab, Nadi dan seumpama dengannya akan terhasil dengan jayanya sekiranya kombinasi ahli-ahli yang berada dalam organisasi tersebut faham akan peranan dan tanggungjawab masing-masing.Tidak bertindak membabi buta, tidak meletakkan syak wasangka yang keterlaluan kepada sesiapa sahaja,tetapi melaksanakan tugas diposisi masing-masing.

Sesungguhnya Allah suka melihat manusia melayari kehidupan harian dengan landasan yang diatur oleh Allah, seperti batu bata disebuah bagunan yang tersusun rapi, yang diribat dengan kekuatan iman dan takwa kepada Allah,

Teman yang dikasihi, kita masih lagi berpeluang menjalani ibadah puasa, walaupun ada manusia yang Allah tidak izinkan berpuasa ataupun diri sendiri yang tertipu dengan godaan nafsu yang digurui oleh syaitan.Seharusnya kita meninggal segala keburukan perbuatan percakapan dan sebagainya supaya Allah menganugerahkan kebaikan kepada kita.

"Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya maka Allah tidak berkehendak supaya ia meninggalkan makan dan minum(berpuasa)". Diriwayat oleh Imam Al Bukhari daripada Abu Hurairah RA.

Konklusinya, marilah kita mempertingkatkan keimanan kepada Allah dengan melakukan segala apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah, semoga kita menjadi diantara orang-orang yang bertakwa kepada Allah dan layak untuk mendapat anugerah rahmatNya. Berjuanglah dimedan yang kamu yakini.wassalam

Sunday, August 30, 2009

TeTap PerJuanGan

IPOH, 30 Ogos: Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.


Ianya sekaligus mengenepikan arahan Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan agar ADUN mengabaikan jemputan yang dibuat Sivakumar itu.

Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Ganesan tidak layak berbuat demikian kerana bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang.

"Dia (Ganesan) bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat begitu (menghalang sidang Dun Rabu depan) kerana Sivakumar masih Speaker yang sah. Dalam laporan Aturan Mesyuarat (Standing Order) Dewan Undangan Negeri, selagi Speaker (merujuk pada Sivakumar) masih ada di kerusinya, tidak ada orang lain boleh mempengerusikan persidangan."

"Jadi, persidangan tidak bermula pun. Ini kerana Speaker Sivakumar telah menunggu semua yang diarahkan keluar dewan berdasarkan Perintah Tetap 11, keluar dewan (Dun)," ujarnya ketika dihubungi.

Jelas Nizar, Sivakumar telah mengarahkan 7 Adun BN (Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Hamidah Osman, Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharuddin) yang digantungnya kerana menghina Dun Perak; tetapi mereka enggan mematuhi peraturan tetap Dun.

Sivakumar juga telah mengusir keluar 3 Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt. (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang didakwanya sudah hilang kelayakan sebagai Adun disebabkan pengisytiharan kekosongan Dun, keluar dewan; tetapi mereka juga mengingkari perintah Speaker Sivakumar.

"Arahan Speaker (Sivakumar) waktu itu sah. Mereka (Adun BN) sedar, mereka sudang hilang majoriti (di dalam Dun). Jadi, mereka heret Sivakumar keluar secara paksa sebelum lantik Ganesan. Itu (Ganesan) Speaker haram namanya." ujarnya lagi.

Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.

Beliau yang dikenali sebagai ikon 'Politik Baru Malaysia' sewaktu pilihanraya kecil Bukit Gantang, April lalu, turut memaklumkan bahawa persiapa Dun Perak kali ini telah dibuat lebih rapi, sejak enam bulan yang lalu.

Pihak Polis dan FRU tidak boleh lagi menghalang sidang Dun tersebut dari terus berlangsung, sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam peristiwa 'Perak Yang Gelita' (1Black Perak), 7 Mei lalu.

"Saya berasa ia (Perak Yang Gelita) tidak akan berlaku kerana Tuan Speaker (Sivakumar) telah membuat suatu persiapan yang lebih serius sejak enam bulan lalu. Sivakumar telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ianya (sidang dun) tidak akan dihalang Polis dan FRU."

"Kami (Pakatan) merasakan kalaulah kemasukan kami (ke Dun) itu dihalang kerana mahkamah tidak memberikan pengisytiharan, maka ia sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan. Polis dan FRU tidak boleh menghalang atau mengkasari kami. Sebab itu, kami (Pakatan Rakyat) meminta perintah Mahkamah supaya manghalang Ketua Polis Daerah dan FRU mengkasari kami dari menghadiri sidang dun depan," ujarnya lagi.

Nizar juga turut mempersoal kredibiliti Ganesan yang berani menganggap Sivakumar dan Pakatan Rakyat negeri seolah-olah menghina Tuanku Sultan Perak serta cuba merampas kuasa (kudeta) kerajaan negeri; sekiranya tetap mahu meneruskan sidang Dun Rabu depan.

"Yang menghina Sultan bukannya Sivakumar, Yang hina Sultan dan kemuliaan Dun Perak adalah Ganesan sendiri. Barisan Nasional lah yang kudeta (merampas kuasa) kerajaan negeri Perak dari Pakatan; yang sah mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu." katanya.

Tambah Nizar lagi, Ganesan juga boleh dianggap sebagai perampas kuasa speaker Dun, kerana perlantikannya meragukan.

"Merujuk Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Nizar menegaskan bahawa apa-apa perlantikan pun (termasuk melantik Ganesan), mestilah selepas titah Tuanku (Sultan Azlan Shah). Dia (Ganesan) dilantik dalam kalangan mereka (Adun-Adun BN) di dalam dewan, sebelum Tuanku bertitah (setelah) dengan merampas kerusi Speaker, sedangkan Speaker (Sivakumar) masih ada dikerusinya. Itu yang meragukan."

Semalam, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Ganesan mengarahkan semua Adun Perak tidak menghadiri sidang Dun Rabu depan.

Beliau mendakwa Sivakumar cuba menyamar sebagai Speaker Perak dan seolah-olah cuba merampas kerajaan negeri dari genggaman Umno Barisan Nasional.

Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan Notis Panggilan Sidang Dun Tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah di diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).

Bagaimana pun, ianya dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok.

Selepas kejayaan BN menghalang sidang Dun tergempar lalu, khalayak percaya Pakatan Rakyat akan berdepan cabaran yang lebih genting Rabu depan._mna_

Tuesday, August 25, 2009

ReNunGan berSAma

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la... setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka... "

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

Tuesday, August 18, 2009

Tanggung jaWab atau PeraSaan

DenGan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani

Salam Mahabbah untuk teman-teman, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, semoga sentiasa berada dalam lembayung rahmat Ilahi, sentiasa berada dalam madrasah pentarbiaah Allah.Sebelum kita berada dalam bulan khusus pentarbiahan terus dari Allah iaitu bulan Ramadhan.

Semua kita sudah tahu betapa besarnya erti bulan Ramadhan yang perlu kita penuhi dengan segala amalan kebaikan.Ana yakin kita semua sedang menunggu kedatangan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.Terlalu rindukan Ramdhan.Bertekad akan melakukan yang terbaik untuk Ramadhan kali ini.

Sebelum bertamu nya Ramadhan, kita dipersisiran Nil ini akan terlebih dahulu menempuh Pemilihan AJKT baru dan MAT.Penamaan calon sudah berlalu, sekarang tiba masa kempen untuk menaikkan calon-calon kesukaan masing-masing.

Tiada ulasan dari ana dalam post kali ini untuk mengempin khusus mana-mana calon, cuma terletak ditangan ahli KPIPM.Semua calon berkaliber, semua calon mempunyai potensi untuk memimpin, semua calon mempunyai misi dan visi untuk membawa KPIPM ke era yang lebih gemilang, tapi pilih lah yang terbaik dari kalangan mereka semua.

Perlu kita ingat dan ingat dan ingat, memnjadi kepimpinan peringkat BKAN atau DPM atau PMRAM, bukan lah sekadar melepas batuk ditangga, bukan hanya untuk dilaksanakan di dalam era mahasiswa sahaja, tetapi impak yang kita mahu adalah kita mampu untuk membawa generasi akan datang dan apabila kita pulang ke Malaysia kita mampu untuk membudayakan masyarakat dengan budaya ilmu, boleh memimpin masyarakat, boleh memberi sesuatu kepada masyarakat.Bukan sekadar fiqh ibadah, bukan sekadar fiqh muamalat tetapi kita juga mampu untuk membawa fiqh siasah.

Teman, adik, abang, kakak yang dirahmati,

Memilih kepimpinan adalah tanggungjawab kita semua,Pilihan anda pada esok hari akan mencorak KPIPM masa hadapan.Jagan hirau dimana posisi kita, marilah kita bersatu untuk mencapai matlamat.Berjuanglah dimedan yang kam yakini.

Ada pekong tersembunyi didada mu..

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Tak boleh ada pekung di dada, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada sesiapa yang berhasrat menjadi seorang ahli politik ataupun pemimpin.
Iklan



"Apabila ada sesuatu kesalahan dilakukan, tidak dapat tidak rakyat akan dapat tahu... kita tidak boleh sembunyikan.

"Sebab itu kalau hendak jadi ahli politik ataupun pemimpin, jangan terlibat dengan benda-benda yang tidak baik," katanya.

Sehari selepas kenyataan Dr Mahathir itu, muncul pula berita dalam sebuah akhbar tempatan yang melaporkan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman dipecat dari Majlis Peguam.

Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Seksyen tersebut melibatkan salah laku seseorang peguam.

"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.

"Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.

Ragunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya.

"Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.

"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.

"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.

Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu.

Apabila Ragunath menyebutkan "kesalahan yang serius" dan "sama seperti salah laku jenayah," persoalan yang timbul ialah adakah para pengundi di Permatang Pasir akan mengundi seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada?

Adalah dipercayai, isu pemecatan Rohaizat dari Majlis Peguam akan akan menjadi isu utama yang berpanjangan sepanjang pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Satu lagi persoalan yang timbul ialah mengapa BN khususnya Umno membelakangkan ingatan Dr Mahathir dan berkeras mahu mencalonkan seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada?

Jika dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Dr Mahathir menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon BN di dalam pilihan raya kecil itu sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk," adakah Rohaizat "benar-benar pilihan yang sangat baik"?_

Saturday, August 15, 2009

PeNilaiaN Kpda SPR n PencaloNan

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Teman-teman yang dikasiahi Allah moga masih lagi dikurniakan ketenangan dan masih lagi berfikiran positif berdasarkan Al quran dan Assunnah.Segala pertelingkahan yang berlaku jalan terbaiknya adalah kembali kepada Allah, iaitu kembali merujuk kepada nas Al quran dan Hadis Nami yang ditinggalkan oleh Baginda Muhammad SAW.

Sebaik mana pun manusia yang ada dizaman mutakhir ini, pasti dan akan pasti membuat kesilapan yang disengajakan atau tidak disengajakan, begitu juga sejahat mana pun manusia, dia akan terdetik atau teringin memebuat kebaikan walaupun secebis.Laut mana tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa hujan, manusia mana tidak pernah membuat salah, yang terbaik adalah menyesali kesalah dan bertaubah kepada Allah dan kembali bersama-sama untuk mimbina jati diri berdasarkan ribat kita kepada Ilahi

Teman yang dikasihi...

Sebentar tadi setelah penat pulang dari memebawa tetamu dari Malaysia bersiar-siar kota Kaherah, Sinai, Alex dan sebagainnya, sempat mencuri sedikit masa membuka email, nak tahu jugak perkembangan KPIPM. TERKEJUT n TERKEJUT n TERKEJUT

Terdapat dua tiga email...
1.Email dari SPR muka pencalonan dengan ada penambahan seorang lagi calon yang bertanding.

2.Email dari Jundul Muassarah, tajuk: apa dah jadi dengan SPR
3.Email dari ha chi bertajuk: SPR Perak

Disini ana ingain memberi sedikit komen, walau pun masih tiada lagi sebarang penjelasan dari pihak SPR.

1.SPR
SPR adalah badan yang bebas yang mempunya etika dan peraturan, bagaimana SPR cuai sehingga lupa atau leka atau sebagainya sehingga telah mengeluarkan atau menyiarkan senarai calon beserta gambar calon pada kali pertama, setelah bantahan dibuka oleh SPR sehingga saya buka email terdapat penambahan seorang lagi calon.

Apa yang saya faham adalah, bantahan dibuka untuk membantah calon yang tersenarai selepas pencalonan di tutup, tetapi malangnya, setelah pencalonan ditutup dan bantaan dibuka tiba-tiba bertambah calon yang bertanding.

Persoalan:
1.Apa SPR mahu beri penjelasan
2.Dimana Profisional SPR
3.Undang-undang mana SPR guna


2.Calon
Apa yang saya mahu komen tentang calon berkenaan kes ini adalah.

1.Apalah cara melobi SPR sehingga dicalon selepas bantahan dibuka
2.Sekiranya lewat menghantar borang pada masa yang telah ditetapkan, adakah calon dan pencadang dan penyokong tidak tahu bahawa kelewatan tersebut pencalonannya akan ditolak?
3.SPR sudah membuka tempoh yang panjang untuk sesiap yang mahu hantar borang, kenapa sehari selepas bantahan terdapat pencalonan baru.Ini membuktikan calon lewat menghantar borang pencalonan.
4.Sekiranya ini sikap yang ditunjukkan, mari kita fikir bersama, adalah kan on time untuk masuk usrah AJKT KPIPM, adakah on time akan siapkan kerja-kerja dalam KPIPM.


Akhirnya, kepimpinan ini adalah pilihan Allah, sekiranya kita beria-ia sangat untuk menjadi pemimpin, sesuatu yang malang akan berlaku.

Sesiapa yang meminta jawatan dan jamaah dan orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya, dan sesiapa yang menerima amanah dan orang ramai menyukainya sesunggunya Allah akan membantu dan menolongnya...Berjuang dimedan yang kamu yakini.

Thursday, August 13, 2009

KepimpiNan

Salam bahagian untuk teman-teman yang mulia,

Selawat dan salam untuk junjungan Nabi Muhammad yang mulia, semoga kita semua mendapat cahaya petunjuk yang dibawa oleh Nabi Muhammad yang menjadi contoh buat semua perkara.

Alhamdulillah KPIPM pada sesi ini akan melabuhkan tirai yang terpundak tanggungjawab dibahu Us Muhammad Mujahid sebagai Yang Dipertua bersama Ahli Jawatan Kuasa tadbir sesi ini.Tidak kita nafikan bahawasanya kepimpinan ada satu kewajipan kepada kita, kerana kita yang bernama manusia lah yang hanya mengaku dihadapan Allah mampu untuk menjadi Khalifah dimuka bumi ini.

Setahun telah berlalu, pelbagai program telah dijankan, pelbagai manhaj dakwah telah dihadami untuk mentarbiah keluruh ahli KPIPM, seluruh tenaga digunakan untuk melihat KPIPM sentiasa berjalan mengikut Perlembagaan,Seluruh AJKT berusaha sedaya mungkin untuk melihat ahli mendapat apa yang termaktub dalam perlembagaan, tentang diri dipersenda, tentang diri dicela, tentang diri di cerca, tentang diri dipersoalankan......ahhhh nyah kan jauh-jauh prasangka yang demian.

AJKT KPIPM hanya mampu menyusun, menjemput, mengajak, kekadang memaksa ahli-ahli untuk bersama KPIPM, bersama usrah KPIPM, bersama program KPIPM, tetapi hanya itu yang mampu dibuat, tak sanggup lagi nak mengangkat tema-teman yang liat sepertimana Sivakumar diangkat.Selebihnya terletak pada diri sendiri dan dari kekuasaan Ilahi untuk menggerakkan jiwa-jiwa yang liat ini untuk memenuhi apa jua program kpipm.

Hari ini, sempat melawat email, sudah keluar senarai calon-calon yang layak bertanding untuk mengisi jawatan-jawatan dalam KPIPM.Alhamdulillah satu anjakan pradikma ahli-ahli KPIPM yang berani untuk duduk dalam barisan pimpinan KPIPM.Saban tahun KPIPM membuka runag untuk teman-teman menjadi pimpinan, manalah tahu kepimpinan yang akan datang mampu untuk mentarbiah ahli kepada lebih baik, paling kurang pun mampu untuk mentarbiah diri sendiri yang sebelum ini janrang-jarang bertemu di Rumah Perak.

Teman yang budiman,
Pilih lah pemimpin anda berdasarkan iman dan takwa, jangan memilih mengikut hawa nafsu atau dengan perasaan yang tidak puas hati, fikirlah panjang-panjang, biar kita menjadi pemimpin yang bertakwa dan dalam masa yang sama menjadi ahli yang taat kepada pimpinan selagimana ianya selaras dengan Al Quran dan Sunnah.Berjuanglah dimedan yang kamu yakini.wassalam

Wednesday, August 12, 2009

Doakan biar DUN Perak BuBaR

KEMAMAN, 12 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yakin Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak akan dibubarkan sebelum berakhir tahun 2009 ini.

Ini kerana, katanya jika Dun Perak tidak bersidang menjangkaui tempoh enam bulan negeri Perak akan menjadi negeri 'tidak berperlembagaan' atau 'unconstitutional state'.

"Dun Perak mungkin kita (PAS) boleh jangka bila dia bubar, dia (Barisan Nasional) terpaksa bubar juga kerana tidak ada pilihan lain, dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak mesti bersidang tidak lebih enam bulan,"tegasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam anjuran Majlis Tindakan Dun Cukai bagi mengumpul Dana Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, di sebuah Restoran di Bukit Kuang, Chukai, pada 5 Ogos lalu.

Menurutnya sidang Dun Perak akan datang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 7 November 2009 kerana persidangan lalu diadakan pada 7 Mei 2009.

Katanya sidang Dun tersebut mesti diadakan bagi membentang dan meluluskan Belanjawan 2010.

"Mesti ada persidangan, jika tidak bagaimana (negeri) nak belanja tahun depan (2010), nak beri (bayar) gaji kakitangan kerajaan negeri Perak, nak buat peruntukan untuk perbekalan.

"Ini mesti diluluskan di Dewan Undangan Negeri dalam bentuk Belanjawan 2010, ikut mana cerita pun dia (kerajaan) mesti buat persidangan,"jelasnya.

Menurutnya kemungkinan berlaku kekecohan pada persidangan Dun Perak akan datang tidak dapat dijangkakan kerana sidang Dun pada Mei 2009 lalu telah berlaku �huru hara�.

Kata Nizar, sidang Dun yang lalu dianggap tidak sah kerana tindakan Umno-BN merampas kuasa Speaker (Yang DiPertua) Dun Perak secara paksa.

"Bila dia (Umno-BN) buat persidangan (nanti), saya beritahu Tuanku (Sultan), kami juga (Pakatan Rakyat) akan cuba buat bagaimana Umno (buat) arah polis angkat Speaker. Kita pun nak cuba belajar angkat Speaker.

"Adakah Tuanku nak tengok, nak biar dunia tengok, bahawa berlaku lagi kemelut dan huru hara dalam Dewan Undangan Negeri Perak,"ujarnya.

Menurutnya, kemelut tersebut merupakan rantaian dari tindakan 'rampasan kuasa' yang telah dilakukan oleh Umno-BN pada Februari 2009 lalu.

Katanya, seluruh rakyat negeri Perak bersama-sama Pakatan Rakyat yang mahukan Dun Perak dibubarkan segera.

Meski pun, katanya hanya diberi kuasa selama 12 jam pada 11 Mei 2009 lalu oleh mahkamah masih sempat menulis surat kepada Tuanku Sultan Perak memohon agar Dun Perak dibubarkan.

"Umno terpaksa rampas (dan) teruskan proses merampas. Setelah dia rampas kuasa dia rampas Speaker, lepas dia rampas Speaker dia rampas keputusan Mahkamah Tinggi.

"Keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009 telah memberikan 'keabsahan' kepada saya dan Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar yang sah dan kerajaan yang sah.

"Sebaik sahaja dia (hakim) memutuskan keputusan itu, saya dan rakan-rakan terus ke Masjid Kampung Pandan dan melakukakan solat sunat.

"Selepas itu, saya 'berlari' (bergegas) dalam kereta minta buatkan surat. (apabila) Saya sampai di Ipoh surat dah sedia, (saya) ambil surat dan bawa pergi ke Istana," ujarnya menceritakan rentetan peristiwa di Perak.

Malangnya, kata beliau apabila sampai ke Istana pada jam 10.30 malam tidak dibenarkan masuk bagi menghadap Sultan Perak.

Menurutnya, dalam surat tersebut memohon perkenan Sultan agar membubarkan Dun Perak.

"Dalam surat itu, saya nyatakan ke bawah Duli Yang Mulia Sultan Perak. Oleh kerana, Mahkamah Tinggi mengabsahkan patik sebagai Menteri Besar, maka patik nak serahkan kuasa itu kembali kepada rakyat. Apa sudi kiranya, Tuanku memperkenankan dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak,"jelasnya.

Pada majlis tersebut sejumlah RM22,000 berjaya dikumpulkan oleh MTD Chukai bagi mengisi Dana Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. - mks._

Di Hantar Pemuda pada 12:06 PM

Salam Ramadhan

Salam bahagian untuk sahabat yang dikasihi,


Alhamdulillah, syukur kita kepada Ilahi kerana masih mengurniakan sedikit kekuatan kepada kita sehingga kita masih boleh bernafas dibumi yang diciptakan olehNya.

Sedar atau tidak kita sudah hampir melabuhkan tirai syaaban, akan menjelma sang Ramadhan, "Ya Allah hidupkan kami sehingga kami dapat kecapi Ramadhan Mu ya Robb"

Ramadhan bulan yang penuh dengan barakah, bulan yang penuh dengan keampunan tuhan, bulan yang Allah turunkan segala nikmatNya,Allah membuka sepenuh-penuh pintu marfirahNya, seluas-luas pintu taubat dibuka untuk hambaNya,

Ramadhan juga adalah bulan jihad dan bulan kemenangan yang telah menyaksikan pelbagai kemenangan dalam peristiwa yang besar, sepanjang sejarah tamadun islam seperti peperangan Ghuzwatul Badr Al Kubra yang berlaku 17 Ramadhan tahun ke dua Hijrah.

Pembukaan Kota Makkah tanpa setitis darah pada 20 Ramadhan tahun ke 8 hijrah, Pembukaan atau kemerdekaan Kota Andalus dan tersebarnya Islam ke Eropah pada 28 Ramadhan tahun 91 hijrah, sehinggalah pembebasan Sinai pada 10 Ramadhan tahun 1393 Hijrah.

Pelbagai lagi peristiwa yang menjadi sumber inspirasi kepada kita umat sIslam diakhir zaman ini,Insyaallah Allath telah uji kita pada Ramadhan kali ini dengan pilihanraya di Permatang Pasir, kerahkan segala kekuatan yang ada pada Gerakan Islam untuk memenagkan calon parti Islam Semalaysia PAS.

Semalam saya telah menghantar 3orang Syeikh untuk menjadi imam solat tarawikh di bumi Kelantan, amat beruntung ayah ibu,abang-abang, teman-teman di Kelantan mempunyai Pimpinan yang bertulang belakangkan Islam.Terasa dan bertekan dan bercita-cita untuk membawa Syikh Imam dari bumi Anbiyak ini untuk menjadi imam solat tarawih dibumi Perak.

Bagi teman-teman dibumi Anbiyak, khusus anak-anak Perak juga akan berlangsung MKAC dan MAT tidak lama lagi, Insyaallah saya harapkan segalanya berjalan dengan mahabbah untuk melihat generasi yang akan datang dibina asas kekuatan beriman kepada Allah, bukan generasi yang hanya mahu memikirkan hal-hal keseronokan, kepuasan diri dan sebagainya.

Semoga kita semua diberkati oleh Allah, mendapat cahaya Ilahi di dunia dan di akhirat, berjuanglan dimedan yang kamu yakini.wassalam

Tuesday, August 11, 2009

Siapa pengkhianat bangsa

Siapa sebenarnya pengkhianat bangsa dan negara? Benarkah pengkhianat sedemikian wujud atau sekadar dongengan Umno-BN untuk meraih simpati murahan daripada rakyat?Iklan



Persoalan pengkhianat bangsa dan negara bukan kali pertama diutarakan. Malah jika dilihat,ungkapan sedemikian seringkali menjelma terutama dalam menghadapi detik-detik pilihan raya atau negara sedang dilanda pelbagai isu yang hangat.

"Rakyat tidak pernah lupa siapakah yang menggadai Genting Highlands, Pangkor Laut dan penyelewengan dana awam di atas nama komisen,"tegas Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam blog peribadinya.

Beliau yang mengulas isu khianat sebelum itu menjelaskan siri program yang dihadirinya semalam.

"Saya tiba sekitar jam 5.00 petang di Felda Neram Satu. Acara tersebut disusun khas bagi mendekati masyarakat Felda serta menerangkan keutuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat dan khususnya jalur perjuangan Parti Keadilan Rakyat.

"Ditekankan keutamaan dasar yang dilakar demi kesejahteraan rakyat semua, dan bukannya hanya untuk memenuhi nafsu tembolok tauke-tauke kaya serta sesegelintir bangsawan politik semata.

"Turut disentuh kejayaan negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat yang berusaha bersungguh-sungguh membasmi kemiskinan dan memerangi rasuah kendati pun berhadapan serangan bertali arus aparat umno-BN,"jelasnya.

Beliau juga menerangkan bagaimana program menjamin kebajikan rakyat seumpama pemberian air percuma, tabung warisan anak Selangor, skim mesra usia emas yang dilaksanakan di Kelantan mahupun Selangor.

"Tidak ketinggalan, saya menegaskan pentadbiran di semua negeri Pakatan Rakyat yang berlandaskan kebolehan, pertanggungjawaban dan ketelusan. Semua dasar tersebut terbukti mesra pelabur, apatah lagi ketika mengalami kemurungan, mereka tentunya mahukan pengurusan ekonomi terbaik dan beramanah.

"Program seterusnya adalah ceramah bersama Dato' Chua Jui Meng di Bandar Chukai dan kemudiannya ceramah perdana di Kerteh bersama Saifuddin Nasution, Ustaz Harun Taib serta Abdul Rahman Yusuf. Lanjutan mengungkapkan dasar pemerintahan yang beramanah, saya lontarkan pula lawan dari makna amanah itu; perbuatan khianat.

"Sudah tentu isu khianat digembar gemburkan hanya dengan dengan satu tujuan, iaitu untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menjadikan saya sebagai sasaran. Sungguh tidak sangka jentera propaganda sanggup berbuat apa sahaja apabila terdesak hatta cuba memperbodohkan rakyat. Namun saya senantiasa yakin dengan kemampuan rakyat membuat penilaian dan pertimbangan.

"Rakyat sedar siapa yang sebenar-benarnya mengkhianati amanah nusa dan harapan rakyat negara ini. Mereka sudah tentu tidak lupa siapakah yang menggadai Genting Highlands, Pangkor Laut dan penyelewengan dana awam di atas nama komisen. Itu semua dilakukan hanya demi kepentingan sendiri,"tegasnya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) mendakwa ada individu-individu yang sanggup mengorbankan bangsanya sendiri demi memastikan cita-cita politik mereka tercapai.

"Menjadi tanggungjawab saya untuk menentang habis-habisan pihak yang sebegini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan negara kalau kita (BN dan Umno) tidak berkuasa pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Monday, August 10, 2009

Kdatangan Tan Sri Dato' Seri Mufti n SUK

Salam perjuangan kepada sahabat yang dikasihi, semoga dikesempatan ini mampu untuk berada di saff yang membantu kemenangan Islam.Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Nabi akhir zaman yang diutuskan oleh Allah untuk membawa manusi kejalan yang diredhai Allah.

Kita berada diambang natijah imtihan, ada sahabat yang sudah tahu natijah, ada yang masih menunggu natijah,namun kesemuanya mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk diri, kawan-kawan, keluarga dan masyarakat semua.Apa pun natijah yang akan diterima, kata semua wajib redha akan ketentuan Ilahi disamping memuhasabah diri sendiri, diposisi mana kita berada dalam persada ilmu.Ilmu yang penuh didada akan diguna sebaik mungkin untuk memertabatkan Islam.Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang bertaqwa.

Teman yang dirahmati,

Sehari dua yang lepas kita, anak-anak Perak dikunjungi oleh delegasi Kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh YB. Dato' Abd Rahman Hashim, SUK Kerajaan Negeri Perak bersama Y.Bhg Tan Sri Dato' Seri Mufti, Dato' Mohammad Nor Mansur, Pengarah JAIP, Pegawai Kewangan, Pengarah JKR beserta beberapa Yang Behormat Wakil Rakyat, apa yang lebih mengejutkan YB yang merobohkan Kerajaan Pakatan Rakyat juga bertandang bersama.

Kedatangan delegasi adalah bertujuan untuk merasmi dan menandatangani perjanjian berkenaan Rumah Perak lama dan juga Rumah Perak Baru.Bagi saya memeng kita menunggu kedatangan Dato Mufti, Dato' SUK dan Dato' Mohammad Nor Mansur kerana untuk menyelesaikan masalah rumah Perak, tetapi persoalan yang timbul dibenak fikiran semua, kenapa dibawa begitu ramai mereka yang tidak berkenaan dengan pembelian Rumah Perak, apatah lagi YB yang melompat itu.Adakah sesi jelajah Mesir, Jordan, Syiria, Dubai sebagai hadiah pertama dari kerajaan Perak kepada mereka, ini andaian saya sahaja.

Andai andaian saya ini benar, amat malang semua rakyat Perak kerana duit dihabiskan untuk mereka.Selama sehari bersama mereka tiada sebarang manfaat pun keberadaan mereka berdua dalam majlis perasmian Rumah Perak.Begitu juga kedatangan Y.Bhg Datuk Mohd Hafrizam harun yang begitu jelas membawa mesaj politik Umno, sehingga membawa ole-ole pansel book yang ada lambang dacing.Adakan untuk menjerut lehir anak-anak Perak yang berada diperlembahan Nil ini dengan politik kepartian Umno.Amat malang teman-teman sekalian.

Sahabat yang dikasihi,

Wajib kita berrsyukur kepada Allah kerana meletakkan kita dibumi para wali Allah, dengan ilmu yang kita perolehi, kita dapat membezakan yang hak dan yang batil.Sekiranya kita jugak turut bersekongkol dan meredhai apa yang mereka lakukan, kita juga termasuk dalam golongan mereka,kita juga bakal menerima azab dari Allah.

Awas, kehidupan kita seharian diawasi oleh Allah, mana pun kita berada, bersama siapa pun kita berada, apa yang kita lalukan, apa yang fikirkan semuanya dalam pengetahuan Allah, oleh yang demikian, pertingkatkan amal ibadat, asak dada dengan ilmu islam,lakukan kerja-kerja islami,bergual dengan mereka yang mahukan Islam, bersama dengan harakah islamiah, insyaallah kita kan bersama-sama kecapi kemanisan dalam perjuangan.Berjuanglah dimedan yang kamu yakini.

Amaran rasullullah kepada FRU..Tuan Ibrahim

Tragedi 1 Ogos merupakan pengulangan beberapa tragedi menyayat hati yang dapat dilihat di negara kita. Peristiwa tindakan ganas pihak polis, khususnya FRU bertindak ke atas himpunan aman rakyat, merupakan malapetaka kepimpinan BN yang masih tidak belajar dari kesilapan lampau. Tindakan rakus menyembur gas pemedih mata, semburan air kimia ke atas himpunan aman tersebut ternyata mengundang kemarahan masyarakat di negara ini dan badan-badan hak asasi antarabangsa.



Himpunan yang berjalan secara aman dengan kawalan Unit Amal bagi memastikan tidak berlaku tindakan diluar batas yang dibenarkan oleh pihak penganjur. Himpunan hari itu tentulah akan berjalan dengan santai dan berakhir dengan baik seandainya mereka tidak disembur gas pemedih mata serta tindakan ganas pihak FRU. Sayang, himpunan aman ini akhirnya bertukar kelam kabut, bilamana sebilangan rakyat yang berhimpun dikejar, ditangkap, digari dan dijemur dalam trak berjam-jam lamanya.

Tembakan gas pemedih mata dan semburan air kimia menyaksikan kanak-kanak, remaja dari pelbagai kaum terpaksa berlindung di mana sahaja. Mungkin bagi pihak FRU dan polis, tindakan ini adalah lambang keegoan dan kemegahan. Megah kerana berjaya menghalang himpunan, berjaya memecahkan himpunan rakyat. Namun apakah ianya berakhir di situ sahaja?


Persoalannya, salahkah rakyat berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap akta yang zalim ini, setelah pelbagai cara dilakukan bagi menentangnya. Rakyat telah gunakan seluruh saluran lain. Bantahan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat, surat, kenyataan, seminar, resolosi bengkel bahkan tandatangan rakyat telah dibuat. Apa lagi bagi rakyat untuk menentang akta yang zalim ini. Kezaliman tiada kompromi dalam Islam, Nabi tidak mengaku umat mereka yang menyokong kezaliman, sehingga Baginda memberi amaran:

“Sesiapa yang berjalan bersama orang yang zalim bagi membantunya, sedang ia mengetahui kezaliman orang tersebut, maka telah terkeluar ia dari Islam” - Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi.



Kerana itu Imam Nawawi dalam syarahnya dalam juzuk 17, hal 190 sewaktu menghuraikan hadis :


“Ada dua golongan dari ahli neraka, yang belum aku saksikan iaitu suatu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka bertelanjang, yang menanggalkan tutup kepala, yang menarik kepada maksiat. Kepala (rambut) mereka diikat seperti bonggol unta. Mereka ini tidak akan memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan bauannya dapat dihidu dari jarak sekian-sekian”. -(Hadis Muslim)



Imam Nawawi menyatakan yang dimaksudkan dengan golongan yang keluar rumah ditangannya ada cemeti, mengejar dan memukul manusia ialah polis ( FRU). Wallahu a'lam. Apakah itu sebenarnya dimaksudkan, namun mari kita meneliti sifat yang dinyatakan oleh Rasulullah dengan tidak menuduh sesiapa, kalau bukan FRU siapa lagi.



Lihat pula sebuah hadis yang juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah sabda Baginda:


“Hampir sahaja sekiranya kamu panjang umur, maka kamu akan melihat sekelompok orang yang pada tangan mereka ada cemeti (cota) yang diikat seumpama ekor sapi mereka berangkat keluar dari rumah dengan kemarahan Allah dan mereka kembali ke rumah mereka dalam kemurkaan Allah”.



Apakah hati kamu puas bilamana kamu berjaya memukul orang-orang tua, membelasah kanak-kanak, menangkap muslimat dan menyemburkan gas kepada para ulamak. Demi Allah kalaupun kezaliman ini tidak dibalas oleh Allah di dunia, kita pasti bertemu di akhirat.


Apa yang berlaku di hadapan mata kita menyaksikan bagaimana rakyat yang tidak berdosa diterajang, dipukul dengan cota, digari, diheret setelah mereka ditembak dengan gas pemedih mata hanya kerana berhimpun untuk membantah akta yang zalim ini. Tindakan ini tentunya akan mengundang kemarahan rakyat, namun sekalung tahniah diucapkan kerana rakyat kerana tidak membalas bantahan dengan kekerasan, tiada satu pun tingkap kedai pecah, tiada sebuah kereta pun yang diserang, tiada sebarang kerosakan harta awam. Inilah akhlak yang dipamir oleh rakyat.



Lalu demi membenarkan tindakan kejam meraka dicari pelbagai alasan luar, kononnya demonstrasi tersebut menyebabkan berlakunya kesesakan jalan yang teruk. Sebenarnya puluhan himpunan yang dianjurkan melibatkan berlaku kesesakan jalan raya. Kalau kerajaan boleh mengisytiharkan penutupan jalan semata-mata bagi memberi laluan kepada pelumba basikal, pelumba jalan kaki, pesta perayaan pelbagai agama, perarakan pesta hiburan, bahkan beberapa orang artis pernah membuat konsert di tengah Chow Kit Road, apa payah pula untuk memberi laluan sekadar dua jam kepada rakyat untuk berhimpun menyerahkan memorandum rakyat kepada Istana, kamudian mereka bersurai dengan aman. Menyaksikan tindakan ganas yang ditunjukkan ini, maka benarlah kata-kata A. Samad Said:


“Kalau kerajaan tidak melayan tuntutan rakyat di jalan raya, kita mesti terjemahkannya dalam pilihanraya”.

Monday, June 22, 2009

cahaya yang menyuluh

Salam teman seperjuangan, semoga berada dalam cahaya Ilahi, sebentar tadi ana melayari harakahdaily.net, terpangpang kenyataan Tuan Guru Presiden PAS yang mengatakan tiada lagi perbincangan dan menolak segala perbincangan usaha membentuk kerajaan perpaduan bersama uMno.

Setelah sekian lama uMno bermain isu ini, sebahagian besar ahli-ahli PAS termakan dan hampir-hampir terlekat mata kail dikerongkong, bukan sahaja penyokong PAS tetapi sebahagiannya adalah pendokong Parti Islam ini.

Kita semua dapat lihat, baca, alami sendiri apa yang tersiar dalam blogger dialam maya, blog persendirian, blog mahasiswa, mahupun bolg-blog yang mempunyai tajaan, menghujum pimpinan yang bertaraf ulama', mempertikaikan kreadibiliti yang sekian lama ahli-ahli PAS sanjungi.

Ana tidak hairan sekiranya media uMno yang mainkan propaganda atau isu yang melibatkan masalah ini, tetapi apa yang ana agak terkilan ahli dan pendokong gerakan yang mempertikai sebelum pimpianan mengeluarkan kenyataan.

Mungkin ada sedikit kesilapan yang dibuat oleh kepimpianan tapi adakah itu menjadi alasan kepada kita untuk membelasah pimpinan kita, tiada saluran yang terbaik kah untuk dibawa berbincang.Bukan jalan penyelesaian dengan menghembus kata-kata nista, kata-kata yang kurang sopan kepada pimpinan.

Sebentar tadi, ana sempat melayari blog Gamis, baca kenyataan yang dibuat oleh Presiden gamis, saudara Dzul Khairi mengaggap PAs sebagai kuku besi kerana usul yang dibawa dalam muktamar untuk mengharam kan SIS, yang terbaru saudara dzul Khairi sanggup berdebat dengan Ustaz Nasruddin Mat Isa Timbalan Presiden PAS dan juga Ustaz dato Mustafa Ali berkenaan kerajaan perpaduan.

Bagi pandangan ana, siapa dzul Khairi untuk berdebat dengan pimpinan tertinggi PAS ini kalau bukan hanya mencari populariti.Lebih baik saudara Dzul bersebat dengan SIS, ana rasa lebih baik.Lebih baik Dzul bincang masalah mahasiswa yang kian bermasalah.Lebih baik bincang kemana nak bawa ribuan mahasiswa yang menganggur.Tak usah mencari populariti dengan isu politik walaupun isu politik memudah kita untuk jadi glamour.

Saudara Dzul juga menyanggah dalil yang dibawa oleh Dato Harun Taib, Ketua Dewan Ulam' PAS, berkenaan Hujjah kelembutan dakwah Musa kepada Firaun tidak menunjukkan mesti membentuk kerajaan. Itu hanya dakwah. Malah hujah harus berdamai apabila musuh ingin berdamai juga, mesti dinilai dan disesuaikan dengan konteks semasa. Saya mendesak agar Pas mesti menyelesaikan masalah ini secepat mungkin, ini petikan kata-kata Dzul.

Mungkin dia tak setuju taitle ulama yang datang dari Timur Tengah, agak-agak ana.Tapi apaun syabas kepada Presiden Gamis kerana mampu untuk menghurai isu politik dengan jayanya.Tapi jangan sampai pandangan kita membuatkan gerakan ini berpecah, dengan tulisan kita, dengan ideal kita, dengan kenyataan kita yang tidak berlandaskan keimanan ianya mampu untuk menolong golongan musuh meranapkan gerakan Islam.Dalam tidak sedar kita menjadi agen pemusnah gerakan Islam.

Teman yang dirahmati, mahasiswa adalah aset yang amat berharga untuk negara, untuk pejuang islam.Kisah Nabi Musa bersama umatnya yang sesat di pergunungan Tea selama 40 tahun mengajar kita erti anak-anak muda perlu diasuh dengan nur Ilahi, setelah sesat selama 40 tahun, Allah Taala melahirkan generasi baru yang di pimpin oleh Yussa' bin Nun, mentarbiah generasi muda ini dengan tarbiah Ilahi sehingga Allah membebaskan mereka dari kesesatan yang Allah hukum kan kepada umat sebelum mereka.

Begitu juga, kita dialaf ini, tidak salah untuk mendalami ilmu dimana juga selagi ilmu asas Islam bertapak didada.Keimanan yang jitu akan membekalkan jiwa yang kental kepada Maha pencipta, lempar dilaut akan menjadi pulau yang menghijaukan amal islami, campak digunung, akan menghijaukan gunung dengan dakwah.Campaklah dimana sekali pun sekiranya kita beriman kepada Allah, insyaallah pasti ada jalan untuk berdakwah.berdakwahlah dimedan yang kamu yakini.

Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS

Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Mon | Jun 22, 09 | 3:02:54 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.
Iklan




Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

ImageTurut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

ImageMenyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yan

Saturday, June 13, 2009

MenungGU naTIjah

Salam teman yang dirahmati Ilahi, moga mendapat rahmat dan ketenangan setelah selesai ujian imtihan.Semoga ujian imtihan ini mampu untuk memperingati diri kita yang pasti berhadapan dengan ujian imtihan dihadapan Robbul Jalil diMahsyar kelak.

Dalam debaran menunggu result dengan penuh sabar, ruang dan peluang kekesongan masa mestilah digunakan sebaik mungkin.Tidak perlu ana sebut tempat-tempat pengajian yang bercambah dibumi anbiyak ini.

Teman yang dimulia Allah, sedikit pengkongsian mutiara ilmu untk kita sama-sama kita berbincang mengenai memertabatkan ilmu kepada generasi yang akan datang kerana empayar akan datang adalah empayar minda.Minda yang sarat dengan ilmu pengetahuan merekalah yang akan menguasai kesejahteraan kehidupan.

Kebanyakan manusia menyangka begitu.Tetapi Islam telah mengajar kita bahawa ilmu yang beteraskan Islam lah yang akan menyelamatkan seluruh manusia dari kepalsuan dunia.

"Bacalah dengan nama Tuhan yang mencipta kamu"

Tuntasnya minda yang sarat dengan ilmu sekiranya tidak beteraskan tauhid kepada pencipta iaitu Allah, maka ianya tidak mampu untk menghuraikan erti kehidupan, keselesaan, yang sebenar.

Oleh yang demikian, jadilah kita seorang yang berilmu dan beriman kepada Allah, kerana Dia lah yang akan mengumpulkan kita semua diMahsyar nanti untuk memberi final result kepada semua hambanya.Gerun menunggu result imtihan maka lebih wajar kita bimbang result yang akan diberi kepada kita pada hari pembalasan kelak..berjuang dimedan yang kamu yakini.

Wednesday, June 10, 2009

16 jamadil akhir 1430

Salam perjuangan untuk teman seaqidah, semoga sentiasa mendapat anugerah pahala dari Allah setiap detik masa yang berlalu, tiada apa yang nak ana nukilkan pada kali ini, sekadar hendak melatih jemari ini untuk menulis walaupun banayk isu yang perlu diperbincangkan namun, kotak pemikiran hanya berlegar diruang lingkup yang sempit ini.

Namun sahabat yang dikasihi, latihan, percubaan, kesungguhan jua akan menghasilkan natijah yang baik.Pagi tadi, sekitar jam 10 pagi Encik Puat menelifon ana, bukan dia nak bagi tawaran kerja di Kedutaan atau nak rekemen jadi Pegawai Rumah Perak, tapi just nak suruh mandu kereta bawa tetamu dia ke Tanta, tapi akibat beberapa masalah ana tak dapat melunaskan kerja tersebut dan diganti dengan sahabat yang lain.

Encik Puat sudah hampir 5@6 tahun berkhidmat di Kedutaan Malaysia, insyaallah 27/6/09 ni beliau akan menamatkan khidmat di Kedutaan, katanya belian akan menjemput anak-anak Perak untuk datang kerumah beliau yang akan mengadakan jamuan terakhir.Ana harap En.Puat tak lupa tu.Insyaallah yong, yob, tain, dan teman-teman yang lain akan datang.

En.Puat juga bagi tahu yang Sohibussamah Dato' Mufti yang kita sayangi sedang sakit.Mufti baru balik dari Mekah mengerjakan umrah.Mengikut maklumat dari En.Puat Mufti mengerjakan umrah dah macam orang muda, lasak sangat, maklumlah ditempat suci so kena buat sungguh-sungguh untuk mendapat umrah yang mabrur.Ana harap kita pakat-pakat doalah untuk kesejahteraan Mufti kita tu.Ana pun rapat juga dengan Mufti, dah banayk kali dia datang sini ana yang bawa dia.Ada je gambar dengan dia tapi segan nak attach kat ruang ni, nanti ada yang kata nak tumpang glamour pula, baik ana letak gambar ana dengan Dato Presiden PAS Tok Guru Haji hadi, kurang sikit glamour.

Doa anak-anak diMesir ni insyaallah mustajab, ada diantara kita mungkin dipilih oleh Allah sebagai seorang yang mustajab doa. So pakat-pakat doakan untuk Dato Mufti kita.Pada pandangan ana, kalaulah Pakatan Rakyat masih memerintah Negeri Perak, mungkin MB Haji Nizar akan keluar kenyataan agar semua penduduk Perak supaya mendoakan kesejahteraan Dato Mufti seperti Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan supaya rakyat kelantan mendoakan kesejahteraan Tuanku Kelantan, sama juga Selangor.Tak pasti laa kalau ada teman-teman yang tak dapat maklumat dan tak setuju pendapat ana.

Walaupun dua, tiga pandangan dan pendapat beliau kita tidak sukai, hatta ana sendiri yang tidak bersetuju dengan beberapa pandangan beliau, tapi mendoakan untuk kesejahteraan beliau menjadi sebahagian tanggungjawab kita sesama muslim.

Teman yang dihormati, laut mana tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa hujan, manusia mana tidak pernah buat salah.Terpangpang didada akhbar pelbagai kesalahan manusia, tidak kira pimpianan, rakyat biasa, yang berkuasa, yang mahukan kuasa, perebuatan kuasa, perebutan harta pangkat.Pertelingkahan diantara manusia yang berilmu dengan manusia yang tidak berilmu.Perkara ini sering kita dengari.

Mungkin kita belum menempuhi masalah seperti yang disebut diatas, kerana kita masih di alam pempelajaran, jika pun berlaku hanya lah perkara yang tidak serius,yang boleh diselesai dengan perbincangan.

Namun teman yang dikasihi, apabila kita berada dalam ruang perjuangan memertabatkan islam dan kita berada dalam ruang lingkup pekerjaan dan kehidupan yang penuh cabrana di alaf ini, pertembungan yang ana sebut diatas akan berlaku dan pasti berlaku.Adakah hanya kita akan menepuk dada tanya selera atau bertanyakan KEIMANAN yang tersemat dijiwa kita.

"Adakah kamu menyangka kamu sudah beriman kepada Allah? sedangkan kamu belum lagi diuji".

Ujian Allah pasti akan datang untuk semua manusia.Semoga kita bersedia untuk menghadapi ujian yang Allah hidangkan untuk kita.Berusahalah meningkatkan Keimanan kerana dengan keimanan yang kental kepada Allah sahaja yang akan membolehkan kita melepasi ujian ini.Berjuang dimedan yang kamu yakini.

Tuesday, June 9, 2009

ciri2 kerajaan perpaduan

Bila mana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan. Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternatif bagi rakyat.

Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada Presiden disamping mengikuti penjelasan darinya. Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Sri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan. Namun bagi mengurangkan sedikit polimik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang wujud dalam gagasan ini:

  • Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah “..dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Konsep taawun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir (kebaikan) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat. Kita mesti menyedari pembinaan Negara Perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat. Apakah al-bir dari sistem begini? Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dituntut oleh Allah, apakah ada di antara kita yang tidak inginkan kebaikan?

  • Asas kedua ialah TAQWA. Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir (kebaikan sistem Negara) tetapi mestilah wujud elemen taqwa. Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara Perpaduan. Semua parti politik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia. Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat. Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara. Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia ke arah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan di hadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.

  • Asas ketiga ialah kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sebuah kerjasama ke arah derhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat. Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar. Setelah lebih 50 tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat maksiat diberi ruang yang luas oleh pemerintah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala sosial, jenayah dan penyelewengan. Akibat negara yang tidak di asas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara Perpaduan. Apa makna perpaduan, kalau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk ke arah maksiat dan dosa.

  • Asas keempat yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama ke arah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong wujudnya jurang antara kaum di negara ini. Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia. Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen ke arah permusuhan, samada di kalangan kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap kaum akan merugikan negara. Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang Melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan Cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen gengstarism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke atas rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.


Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-taawun. Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kemudian.

Wassalam.

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN

bahTera yang SeLamat

Salam teman-teman yang dikasihi, dah lama tak layan blog,maklum la, internet kena sewa baru de line, tak sewa tak de line lah, ok lah sahabat yang dirahmati Allah, moga-moga kita sentiasa mendapat rahmat dan sentiasa berada dalam lembayung inayah Ilahi.

Ada diantara sahabat sudah pun tamat imtihan dan mungkin ada yang masih berbaki satu atau dua madah lagi, moga kalian sentiasa thabat dalam peperangan untuk menuju ketahap yang lebih realiti.

Muktamar agung PAS sudah pun berakhir, kita dapat lihat barisan pimpinan yangbaru dilantik bergaya untuk meneruskan perjuangan memertabatkan Islam yang syumul dipersada bumi Malaysia.Gandingan ulama dan profesional masih dikekal untuk menerajui barisan kepimpinan PAS.Jika teman-teman membaca blog-blog yang berawangan dialam maya, pelbagai reaksi dan komen yang diperbahaskan antara kepimpinan ulama dan profesional di bincangkan.

Suka untuk saya berbingcang bersama teman-teman yang budiaman, kepimpinan rasullullah sudah berlalu 1430 tahun yang lampau, diwarisi oleh para sahabat radiaLlah hu anhum ajmain, yang diterbiah khusus oleh Rasullullah, ribuan tahun telah berlalu, kini yang tinggal para-para ulama yang mendalami khazanah ilmu yang ditinggalkan oleh mereka.

Kita semua yakin, para penyokong dan pendokong PAS mahukan kepimpinan ulama menerajui parti yang disayangi, namun masih ada dialam maya mempertikaikan kepimpinan yang ada, memang wajar mengkritik pimpianan tetapi biarlah ada kaedahnya.Jangan sampai membuat fitnah, jangan ada sehingga menghasut supaya membenci pimpinan yang lain.

"Kita dimuliakan oleh Allah kerana kita memilih Islam sebagai Adden kita, sesiapa yang memilih selain Islam sebagai den, Allah akan menghina dia".

Allah juga memerintah kepada kita supaya mengutamakan pendamaian kerana matlamat adalah untuk menyelamatkan manusia.Islam lah yanag akan mengetuai pendamaian dan Islam lah yang akan menyelamatkan manusia.Oleh yang demikian kepimpinan ulama wajib diterima oleh semua penyokong, pendokong dan seluruh rakyat Malaysia demi melihat kejayaan Islam memerintah dunia.

Bahtera Islam yang akan menyelamat manusia, dengan barisan kepimpinan yang baru, rakyat mengharapkan sinar baru akanmuncul untuk lebih menerangi alam maya ini.Kami sebagai penyokong dan pendokong ada terus thabat bersama kepimpinan untuk merealisasikan matlamat.Semoga kita sentiasa diberkati Ilahi. Berjuang dimedan yang kamu yakini.

Sunday, June 7, 2009

ISlam MeMimpim PeRubaHan

Harakahdaily
Sun | Jun 07, 09 | 11:37:13 am MYT

Bagi pihak seluruh ahli dan kepimpinan PAS Pusat, saya ucapkan selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan, dan mengalu-alukan kedatangan semua tetamu yang menyeri dan memeriahkan muktamar ini, dengan iringan doa kepada Allah SWT, agar dimasukkan kehadiran ini dalam timbangan amal soleh, yang menjadi bekalan kita di hari akhirat, kerana keyakinan kita kepada dasar dan sifat Islamnya parti yang kita dukung ini.

Iklan

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Marilah kita menyatakan kesyukuran kepada Allah, dengan limpah kurnia-Nya, kita semua terus beristiqamah dengan perjuangan yang kita imani kesuciannya, dalam wadah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

PAS terus mara berjuang sejak beberapa dekad dan kelangsungannya telah bertali arus sepanjang beberapa generasi hinggalah ke hari ini. Kita terus beriman dan beristiqamah dengan aqidah dan ciri-ciri parti Islam yang ditetapkan oleh Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.. Di atas asas inilah PAS ditubuhkan oleh para alim ulama dan cendekiawan Islam lebih setengah abad yang lalu.

Inilah syarat yang menjadi ketetapan Allah kepada Parti Islam yang bercirikan kesinambungan risalah Islam sebenar, dan inilah sebabnya kita menerima ketetapan Allah yang mewajibkan kumpulan Islam sebenar menjadi penerus risalah agama ini, berhadapan dengan pelbagai mehnah dan fitnah.

Firman Allah yang bermaksud: "Alif Laam Mim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'Kami beriman', sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta. [29:1-3]

PAS bergerak di atas landasan kesempurnaan ajaran Islam, dengan bercirikan kepimpinan ulama dan kepimpinan berbagai keilmuan, pengalaman, didokong oleh seluruh aktivis PAS di pelbagai peringkat untuk memenuhi segala perintah Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam semuanya (dengan mematuhi segala ajarannya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [2:208]

IMBASAN SETAHUN

Pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang tempoh setahun kita mengadakan Muktamar yang lalu di negeri Perak Darul Ridzuan. Menerusi muktamar itu, antara keputusan terpenting yang kita sama-sama bahas dan susun jalinan kerjanya adalah untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, dan dalam masa yang sama PAS mempunyai sikap keterbukaannya untuk bertemu serta berbincang dengan sesiapa sahaja bagi kepentingan Islam dan seterusnya rakyat di dalam negara kita ini.

Sepanjang tempoh setahun ini, kita sama-sama melihat pelbagai imej politik dilakarkan dan pelbagai pergolakan politik berlangsung di tanah air kita, sekaligus menjana perubahan lanskap politik negara. Suasana ekonomi yang semakin menekan, punahnya sistem ekonomi liberal-kapitalis, keresahan rakyat jelata dalam mengharungi pentas hidup yang tidak menentu, amalan rasuah yang semakin meningkat, bantahan berterusan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran sains dan matematik, perubahan kepimpinan negara dan sebagainya.

Kita juga berhadapan dengan beberapa pilihan raya kecil � bermula dengan Parlimen Permatang Pauh yang kita hadapi semasa berlangsungnya muktamar yang lalu, seterusnya pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Batang Ai dan Penanti dan akan bertemu lagi di Manek Urai.

Kesemua pilihan raya ini kita sama-sama hadapi dengan semangat kerja kuat dan keserasian setiakawan Pakatan Rakyat yang tidak pernah luntur. Walaupun kita berhadapan dengan BN yang berselindung di sebalik jentera kerajaan dan pelbagai agensi, tetapi kita berjaya membuktikan bahawa rakyat terbanyak masih kukuh bersama kita dengan kita memenangi lima dari enam kerusi yang dipertandingkan, dan Insya Allah kita akan dapat mempertahankan Manek Urai.

Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat yang telah celik, kerana hasil daripada maklumat yang dimerdekakan ke atas mereka oleh sumber media baru, sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu. Kejayaan ini tidak akan mampu kita capai tanpa usaha keras yang ditunjukkan oleh jentera kita dan semua pihak yang sama-sama membantu tanpa habuan wang ringgit.

Rupanya kerjasama kita yang sebegini erat, sangat membuatkan pihak tertentu merasa irihati dan merasa bahang kepanasannya. Kemuncak dari keangkuhan mereka ini adalah tindakan tanpa susila merampas kerajaan yang dipilih oleh suara majoriti rakyat yang telah sama-sama kita bina di negeri Perak Darul Ridzuan. Suara rakyat diketepikan dan semangat Perlembagaan dan undang-undang tidak dilaksanakan, manakala keadilan dicerobohi apabila tiadanya pemisahan kuasa dalam Badan Kehakiman.

Kerajaan yang sedang berbakti kepada rakyat telah direntap dengan senjata peras ugut dan rasuah politik. Apa yang lebih parah lagi, bukan sahaja segala jenis peraturan dan �standing order� Dewan dilanggari bahkan kedudukan Dewan tempat bersidangnya Dewan Undangan Negeri Perak telah dicemari dengan peristiwa rampasan kuasa yang kini telah menjadi bahan momokan masyarakat antarabangsa dengan perbuatan tidak bertamadun dan bermoral. Tragedi ini merupakan satu episod hitam dalam sejarah politik di Malaysia, hasil daripada tindakan Umno dan BN yang gelabah, kerana semakin pudar pengaruhnya di hati rakyat Malaysia.

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Bersandarkan kepada latar belakang politik negara yang kelam kabut dan iklim dunia yang semakin parah suasana geopolitiknya pada waktu ini, maka marilah kita sama-sama mengorak langkah untuk terus mara dengan memimpin rakyat dan negara ke arah perubahan yang hakiki menerusi tema Muktamar kali ini iaitu - "Islam Memimpin Perubahan".

Kita memimpin untuk merubah masyarakat yang menyanjung tinggi materialistik dan semakin rosak ini kepada ma�aruf. Kita bukan sahaja mencegah kemungkaran, tetapi juga menyokong perubahan ke arah kesejahteraan rakyat dan kekuatan Islam. PAS ingin memimpin perubahan dengan membawa satu gagasan politik Islam yang akan menyatukan kaum di Malaysia ini dengan keadilan sejagat.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." [4:58]

Perubahan ini adalah perlu kerana berlakunya kegagalan sistem politik dan ekonomi dalam dunia hari ini. Hasil dari ketidakadilan dan kegagalan pelbagai sistem, kita menyaksikan semakin bertambahnya politik peras ugut dan perkauman di Malaysia.

Keruntuhan sistem komunis dan seterusnya kegagalan sistem ekonomi kapitalis yang sedang berlaku pada hari ini adalah menandakan satu bentuk kehancuran ideologi ciptaan manusia. Kita perlu menyedari bahawa perubahan adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan manusia atas sifatnya sebagai makhluk ciptaan Allah.

Dalam kita menerokai sebuah perubahan itu maka kita pun mula bertanya: "Bagaimanakah bentuk perubahan yang kita idam-idamkan itu?"

Pada masa yang sama, kita juga mendengar pelbagai slogan daripada kerajaan pimpinan Umno dan BN yang kononnya juga mahukan perubahan.

Sepanjang perjalanan sejarah negara, kita bertemu dengan slogan, �Bersih Cekap Amanah�, �Kepimpinan Melalui Teladan�, �Cemerlang, Gemilang dan Terbilang�, terkini meniupkan slogan �Satu Malaysia�. Semuanya adalah retorik, bersifat kosmetik dan akhirnya tidak membuahkan apa-apa yang boleh menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan pembangunan roh dan jasad bagi negara kita.

Kerajaan yang ada sekarang ini boleh saja melaungkan ratusan slogan, tetapi ianya akan terus hanyut kerana sistem pemerintahan yang ada masih sama, kerana Umno dan BN terperangkap dalam sistem dan amalan politik kuno yang bertunjangkan perkauman, bermatlamatkan kebendaan dan penerusan kuasa dalam apa jua keadaan.

Kita juga percaya bahawa slogan �Satu Malaysia� juga tidak berupaya mewujudkan suasana negara yang lebih baik kerana dalaman Umno dan BN sendiri bercelaru dan tidak bersatu. Hal ini diburukkan lagi dengan tidak adanya konsep pemisahan kuasa antara eksekutif-legislatif-kehakiman dalam negara kita. Sistem politik pula menjadi celaru oleh keegoan politik, pencerobohan dan kerakusan kuasa mencampuri urusan kehakiman dan pentadbiran. Perpaduan masyarakat pula tidak akan mampu dicapai dengan pemberian hak ekonomi dan politik semata-mata.

Perjalanan menuju kepada sebuah negara maju bagi Malaysia pula tidak akan ke mana-mana sekiranya demokrasi kita tidak matang, hasil dari peranan Umno dan BN yang telah memundurkan demokrasi dan rakyat terus menerus dijadikan bahan peras ugut oleh mereka. Istilah demokrasi hanya digunakan untuk mengekalkan kuasa politik mereka.

Kehebatan dunia pendidikan Islam pula telah dilemahkan oleh dasar pendidikan tajaan Umno, maka lahirlah pemimpin yang tidak bermoral, yang berkuasa melalui rasuah dan penipuan, rakyatnya pula dibanjiri gejala sosial, keruntuhan akhlak dan jenayah yang makin merebak, miskin jiwa dan harta, dan akhirnya menjadi pengundi yang boleh ditipu dan dibeli dengan harga yang murah. Inilah cara Umno mengekalkan kuasanya secara tidak beramanah.

PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan ta�aruf di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." [4:1]

Dan Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." [49:13]

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setelah zaman berkembang, maka perubahan adalah sesuatu yang pasti berlaku. Maka setiap perubahan perlu ditangani dengan sebaik mungkin agar perubahan yang berlaku akan hanya menjurus kepada kebaikan dan bukan sebaliknya.

Perubahan yang kita rencanakan ini adalah bukan akibat daripada tekanan rakyat, atau tekanan golongan bangsawan atau tekanan masyarakat dunia, dan bukannya akibat desakan sesiapa, tetapi perubahan yang hakiki untuk kesejahteraan hidup manusia di atas muka bumi ini.

Perubahan yang hakiki inilah yang seharusnya kita laksanakan dalam negeri yang diperintah secara bersama oleh PAS dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Cukuplah kesilapan-kesilapan asas pemerintahan yang telah dilakukan oleh Umno dan BN. Bertitik tolak dari perubahan hakiki inilah, maka rakyat akan melihat keupayaan dan keadilan hakiki yang kita perjuangkan ini. Matlamat kita mestilah jelas, iaitu kita merencana ke arah kebaikan kerana ianya adalah suatu tuntutan fitrah dan serasi dengan fitrah manusia dan tanggung jawab bersama, dan bukannya kerana desakan sesiapa.

Dalam kita memahami perubahan yang dipimpin oleh Islam ini, maka kita perlu menyedari bahawa Islam adalah sebuah ad-din yang lengkap dan syumul. Ianya tidak sama sekali bersifat kaku, jumud dan eksklusif sebagaimana yang dikritik oleh para orientalis Barat yang buruk sangka terhadap Islam.

Dalam mempastikan perubahan yang berlaku dalam masyarakat hanya bergerak ke arah jalan yang baik, ke arah yang diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya, maka ianya mesti dipimpin oleh mereka yang beriman dan budiman, menjadikan Al Quran dan As- Sunnah sebagai rujukan asas. Hasilnya kita akan lebih mampu untuk melaksanakan keadilan dalam masyarakat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan." [5:8]

Atas dasar inilah PAS sebagai sebuah parti siasah Islam, gerakan dakwah dan tarbiah terus menerus mendokong nilai-nilai Islam yang kekal dan dinamis serta nilai-nilai yang tidak bersifat perkauman. Politik yang kita majukan adalah berteraskan politik li ta'arafu � politik saling menghormati, khususnya bagi negara-bangsa ini yang bersifat majmuk, maka bertambah penting bagi PAS menyerlahkan sifat keadilan Islam yang mampu meraikan kepelbagaian.

PAS ingin menampilkan model penyelesaian dan akan terus menyumbang dalam membangunkan masyarakat dan negara dalam abad 15 Hijrah dan 21 Masehi ini.

PAS terus menerus komited untuk mendefinisi dan mentakrif perubahan yang akan berlaku berdasarkan kerangka rujukan Islam yang bersifat universal. Maka PAS bersedia menawar diri untuk memimpin perubahan dan memikul amanah kepimpinan negara dalam sebuah masyarakat majmuk seperti yang terdapat di Malaysia selepas berlangsungnya pilihan raya umum yang ke-13 nanti, insya Allah.

DALAMAN NEGARA

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kewujudan PAS adalah sebagai penerus kesinambungan perjuangan Islam terdahulu di saat tanah air kita masih dijajah. Persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951 juga telah memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. PAS pernah menyumbangkan pemimpin dan pengikut yang ditarbiah dengan dizalimi dan ditindas dengan pelbagai cara oleh penjajah, kerana kitalah pejuang kemerdekaan yang sebenar, bukan seperti mereka yang pernah mengejar nikmat dunia semata-mata dengan menjadi khadam kepada penjajah, kemudian berkhidmat lagi selepas merdeka untuk meneruskan perancangan penjajah itu.

PAS telah berjaya mendesak bersama NGO Islam di ambang kemerdekaan melalui memorandum kepada Suruhanjaya Reid, mendesak supaya meletakkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, walau pun Suruhanjaya itu menafsirkan perkataan 'Islam' mengikut fahaman sekular yang dianut oleh ahlinya.

Setelah kita merdeka, maka tibalah masanya perkataan besar seperti �agama� dan �Islam� itu ditafsirkan mengikut ad-Din yang sempurna, namun Umno meneruskan tafsiran penjajah itu dengan mereka menjadikan Islam agama yang diperintah mengikut keadaan yang mereka wujudkan. Hasilnya, kita menyaksikan negara tercinta diperintah oleh Umno dengan sistem warisan penjajah, dalam keadaan Islam tetap menjadi agama yang tidak berkuasa dan mereka mencorakkan bangsa yang tidak membangun dengan Islam.

Sifat Islam yang adil untuk semua tidak dapat dibuktikan, manakala amalan amar ma�aruf dan nahi mungkar dibelenggu oleh sistem yang menghalangnya. Akhirnya sistem ini tidak membangunkan insan bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah SWT.

Mereka tidak menjadikan Islam sebagai agama yang memerintah dengan keadilan dan hikmahnya untuk seluruh manusia tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Akibatnya Umno menunjukkan model Islam yang salah kepada rakyat berbagai kaum dan agama, serta menghilangkan kewibawaan umat Islam dan merendahkan martabat raja-raja yang dilantik menjadi ketua agama Islam di negeri masing-masing. Tindakan Umno meminda Perlembagaan merampas kuasa raja-raja bukannya memperkasakan raja-raja dengan kedaulatan Islam, supaya institusi beraja itu berpijak di atas keadilan yang syumul.

Sejak memikul amanah memimpin negara, UMNO telah meminda perlembagaan negara beberapa kali, pindaan yang lebih bersifat tikus membaiki labu, kerana lebih bertujuan untuk mengekalkan kuasa politik mereka, bukannya bertujuan islah untuk memerdekakan negara sepenuhnya daripada kongkongan jahiliah yang masih membelenggu dan menghina Islam.

Umno juga meneruskan sistem yang melemahkan Bahasa Melayu dan peranannya dalam ilmu sejak beberapa dekad, setelah Bahasa Melayu bertulisan jawi menjadi bahasa ilmu di rantau Asia Tenggara. Inilah peranan pemimpin Umno yang menggubal Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dengan menukar tulisan bagi Bahasa Melayu dari tulisan jawi ke tulisan rumi.

Apabila ianya diaktakan, maka peranan tulisan jawi sedikit demi sedikit menuju ke penghujung penggunaannya. Tulisan jawi dilemahkan oleh Umno selepas zaman penjajah asing gagal melemahkannya, dan ini sangat memalukan bangsa Melayu kerana rakan-rakan kita kaum Cina dan India dapat mempertahankan tulisan dan bahasa masing-masing, tetapi tulisan jawi Bahasa Melayu dipinggirkan oleh dasar yang digubal oleh Umno sendiri.

PPSMI

Hari ini, UMNO telah sekali lagi mencatatkan satu sejarah baru dengan meneruskan agenda pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dengan alasan untuk memajukan bangsa, sedangkan pelbagai kajian di peringkat nasional dan antarabangsa yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa pembelajaran sains dan matematik di peringkat asas ini mestilah dilaksanakan menerusi bahasa ibunda masing-masing. Penafian fakta ini adalah satu bentuk penipuan terhadap daya intelek rakyat sendiri.

Ingin saya tegaskan sekali lagi di sini, bahawa PAS tidak anti kepada bahasa Inggeris, atau mana-mana bahasa yang ada di dunia ini. Pandangan PAS adalah sama dengan pandangan para pengkaji dan sarjana bahasa, bahawa pengukuhan terhadap bahasa Inggeris mestilah berasaskan kepada memperkukuhkan pembelajaran bahasa itu sendiri.

MARUAH PEMIMPIN NEGARA

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Perubahan kepimpinan dalam negara kita yang baru sahaja berlaku itu bukannya hal dalaman Umno dan BN semata-mata, tetapi ianya juga turut memberi kesan kepada seluruh rakyat yang bernaung dalam negara Malaysia tercinta ini. PAS berpendapat bahawa kepimpinan adalah merupakan satu amanah yang sangat besar, dan ianya wajib dipikul oleh orang yang bukan sahaja layak dan adil tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya. Risiko mempunyai kepimpinan yang rosak akhlak dan mempunyai seribu satu macam bebanan fitnah adalah sangat tinggi, yang mana maruah negara adalah menjadi taruhannya.

Oleh yang demikian, PAS ingin menggesa pihak kerajaan untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan bagi membersihkan pemimpin utama negara yang dipaparkan oleh media asing sebagai mempunyai bebanan kes rasuah dan jenayah. Tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan.

Sekiranya tindakan pembetulan ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akan menjadi bahan momokan masyarakat dunia.

Kita juga diuji dengan belenggu undang-undang zalim ISA sejak zaman penjajah, namun setelah penjajah meninggalkan negara kita, ianya disambung semula oleh Umno serta ditambah lagi dengan akta yang dicipta sepertinya selepas merdeka, seperti OSA, AUKU, Akta Polis, Akta Penerbitan, Akta Mesin Cetak dan sebagainya.

Ianya telah berjaya digunakan sebagai senjata untuk mengekalkan kuasa pemerintahan Umno dan BN, melindungi kezaliman dan penyelewengan secara undang-undang, dan juga menghakiskan amalan demokrasi, bukannya menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Kita berpendapat bahawa untuk menjamin keselamatan dan keamanan negara hendaklah melalui undang-undang dan sistem kehakiman yang adil bukan dengan undang-undang seperti itu. Pra-syarat utama untuk melahirkan sebuah negara yang subur asas demokrasinya pula mestilah dengan mempunyai sistem penjalanan pilihan raya yang bebas; jelas konsep pemisahan kuasa antara eksekutif - legislatif - kehakiman dalam negara; mematangkan konsep raja berperlembagaan yang dilihat dari perspektif Islam; kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang bertepatan dengan fitrah naluri kemanusiaan, pembaharuan sistem ekonomi dan politik; hubungan antarabangsa dan lain-lain lagi.

PAS menyertai pilihan raya sejak kali pertama diadakan di zaman penjajah, walau pun dengan kejayaan hanya satu kerusi dalam serba kekurangan, tetapi kita berterusan menyertai selepasnya. Di awal kemerdekaan lagi, kita mula belajar menyertai pilihan raya dan PAS telah berjaya mengambil dua buah negeri, iaitu Terengganu dan Kelantan.

Pemerintahan kita pada ketika itu berhadapan dengan berbagai-bagai tekanan diskriminasi oleh Kerajaan Pusat, diserang dengan pelbagai cara, termasuklah juga rasuah politik dengan membeli wakil-wakil rakyat. Kita tumbang di Terengganu dan terus bertahan di Kelantan sehingga tahun 1978, di mana akhirnya kita dijatuhkan dengan perisytiharan darurat secara lakonan, apabila mereka gagal memperolehi wakil rakyat yang cukup untuk dibeli.

POLITIK WANG

Alhamdulillah, hari ini PAS menjadi parti yang selamat daripada banjir politik wang, yang dicipta oleh Umno untuk terus berkuasa, walaupun berhadapan dengan gelombang penolakan oleh rakyat. Umno dan BN tetap mahu berkuasa selama-lamanya walau pun melakukan banyak perlanggaran yang merosakkan negara dan rakyat. Mereka sanggup mencabul Perlembagaan, mengancam perpaduan dan seterusnya mewujudkan politik yang tidak stabil. Sekarang ini penyakit itu memakan diri Umno sendiri dan rakan-rakannya dalam BN, dan sedang menjadi barah dalam dirinya, tanpa segan dan malu.

Bagi PAS hanya Islam yang menjadi rahsia ketahanan kita, dengan pengisian tarbiah, dan bai�ah kepada setiap pemimpin dan calon pilihan raya yang dipilih, kita diajar dosa pahala dalam amalan politik. Kita diajar bahawa dosa pahala bukannya terhad dalam perkara ibadat, makan-minum dan pakaian sahaja.

Sekarang PAS bangkit menjadi parti yang kukuh dan istiqamah, yang mana kita bertahan lima penggal di Kelantan dengan kelebihan hanya satu kerusi di penggal yang lalu walaupun diusahakan oleh pihak tertentu untuk menumbangnya dengan tekanan dan habuan politik wang-ringgit. Hari ini kita berjaya lagi, walaupun pemerintahan bersama kita di Perak dirampas, tetapi wakil rakyat kita tidak tenggelam dengan politik wang dan ugutan. Rahsia ketahanan kita ialah Islam yang kita imani secara sempurna dalam semua urusan.

PAS juga merasa bangga kerana hingga kini ahli-ahli Parlimen kita juga telah bertindak menyuarakan pandangan-pandangan parti dengan penuh keberanian dan hikmah, memberikan gagasan-gagasan baru dalam parlimen sehingga mereka disegani oleh kawan dan lawan. Laksanakan amanah itu dengan sebaik mungkin dengan landasan Islam, supaya mesej yang kita bawa dapat diikuti dan difahami oleh rakyat yang sangat dahagakan perubahan ini.

Di masa ini, kita telah berjaya mengadakan hubungan 'tahalluf siyasi' dengan parti-parti dan NGO, yang mempunyai titik persamaan dalam menangani isu tertentu, tanpa kita berganjak dari dasar dan matlamat PAS. Seruan kita adalah dengan mengajak kepada Islam, dan seterusnya menolak pemimpin diktator yang berlagak seperti Tuhan seolah-olah boleh melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsunya. Kita tidak memaksa mereka menganut Islam dalam aspek ibadah, tetapi kita boleh bersatu dengan mereka yang menentang kezaliman dan tidak boleh bersama dengan orang-orang yang zalim.

Pendekatan kita dalam amalan politik yang tidak berpisah dengan agama Islam adalah berpandukan firman Allah yang ditulis dalam perutusan Rasulullah s.a.w. kepada kerajaan di zamannya yang bermaksud:

"Marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: 'Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam. [3:64]

IKLIM EKONOMI

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Dunia pada hari ini berdepan dengan krisis kewangan, sekaligus kegawatan ekonomi akibat keruntuhan sistem kewangan Barat berteraskan riba, ihtikar dan gharar.

Adalah mengandungi hikmah mengapa Allah SWT dan Rasul-Nya s.a.w. menyenaraikan riba di kalangan dosa besar, walaupun tidak dimasukkan ke dalam jenayah Qisas dan Hudud, namun ianya diberi amaran yang keras.

Akibat muamalat kewangan ini, maka terbitlah pelbagai produk dengan beraneka nama canggih yang diniagakan oleh negara Barat yang bermegah dengan kemajuannya. Bank Dunia mengakui bahawa krisis kali ini melibatkan kerugian bukan berbillion bahkan beberapa trillion dollar Amerika. Setelah dunia melihat pertembungan ekonomi kapitalis dan komunis, kini berlaku pula pertembungan antara negara-negara kapitalis yang merugikan dunia.

Kerajaan BN pula berpeluang meletakkan punca krisis ekonomi negara kepada faktor luar yang bersifat global dan kononnya tidak dapat dielakkan. Tindakan kerajaan ini adalah tidak bertanggungjawab, bahkan mengekalkan �sindrom penafian� yang menjadi amalan kerajaan BN selama ini.

Lebih parah lagi kerajaan BN terus menerus mentadbir ekonomi negara dengan rakus dan boros, serta sarat dengan amalan penyelewengan kuasa, rasuah, kronisme dan nepotisme yang menyaksikan pengulangan tabiat buruk pengurusan orde lama. Rakyat terus menanggung kerugian besar, sementara segelintir pihak kroni terus mengecapi keuntungan semasa ekonomi mewah sedikit waktu dulu dan mereka diselamatkan oleh �bailout� kerajaan BN.

Tegasnya, isu utama yang dipertikaikan hingga kini adalah ketelusan dan bertanggungjawaban. Peristiwa Bank Bumiputra yang hidup berkembar dengan pejabat Umno hanya tinggal dalam lipatan sejarah hitam ekonomi negara.

PAS juga menggesa semua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, yang menguruskan pelaburan rakyat seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), diuruskan dengan penuh berhemat. PNB yang menguruskan dana berjumlah hampir RM120 billion, semestinya mampu memberi pulangan yang mapan untuk faedah rakyat. Perlu juga diingatkan keperluan untuk mematuhi kehendak syariah dalam setiap pelaburan tersebut.

Lembaga Tabung Haji juga mestilah mampu memenuhi tanggungjawab menjaga kepentingan ekonomi umat Islam dan memastikan setiap pelaburan adalah tidak berasaskan spekulatif dan mengambil kira semua risiko yang terlibat.

Kini rakyat dan pekerja akan terdedah kepada kesan kemelesetan ekonomi. Beban hutang isi-rumah, kad-kredit dan pinjaman swasta, yang menyaksikan hutang tak-berbayar (NPL) akan terus meningkat. Permintaan dunia telah pun berkurangan dan menyebabkan ekspot kita jatuh. Hal ini jelas dengan pengurangan Indeks Pengeluaran Industri (IPI) sebanyak 15.8% pada hujung tahun lalu, hasil pengurangan permintaan khususnya di sektor pengeluaran/pembuatan dalam sektor elektrikal dan elektronik, semi konduktor, produk-produk kimia dan juga sektor komoditi.

Dengan permintaan yang menurun secara mendadak, pengilang tidak ada cara lain kecuali membuang pekerja bagi mengurangkan kos dan mengekalkan keuntungan serta mengelak kerugian besar. Pada hujung tahun 2009 ini, 200,000 pekerja dijangka dibuang dan menjadi penganggur. PAS kerap kali membangkitkan perkara ini supaya segera ditangani.

PAS suka mengingatkan semua pihak bahawa urus tadbir yang baik terhadap segala khazanah kekayaan dan sumber alam yang dianugerahkan di muka bumi ini adalah satu juzuk tuntutan amanah Allah SWT yang diletakkan ke atas manusia selaku khalifah Allah di atas muka bumi ini. Mentadbir kewangan dan menjadikan pengurusan ekonomi serta membangunkan harta atau �Hifzul Mal�, adalah termasuk dalam perkara-perkara penting, yang disebutkan sebagai lima keperluan hidup manusia atau 'ad-Dharuriyat al-Khamsah' yang mesti dipelihara dan dimajukan oleh sebuah kerajaan yang dibimbing dan ditadbir oleh syari�at Islam.

PAS menekankan kepentingan menentukan keutamaan (awlawiyat) dalam kerangka menentukan perbelanjaan, sama ada Perbelanjaan Mengurus dan Membangun serta persoalan sektor utama dan kritikal yang hendak dibangunkan. Acapkali negara diaibkan dengan ketidakcukupan pemakanan seperti beras, sementara negara kita ini dilimpahi dengan tanah pertanian. Tidak salah ingin menjadi negara industri maju, tetapi semua negara maju mempunyai �Kedaulatan dan Keselamatan Pemakan� seperti UK, Jepun, Amerika dan Eropah.

Songsang dan bersimpang siur pemikiran pemimpin negara dalam hal pacuan pembangunan negara, sehingga negara hilang daya saing dalam segala hal dan juga tidak punya daya tahan mendepani pelbagai krisis termasuk pemakanan. Laksana "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

PAS juga amat insaf dengan kepentingan asas moral dan nilai agama yang kukuh bagi memastikan kepimpinan politik negara selamat daripada bencana rasuah, penyalahgunaan kuasa serta tamak, rakus dan boros. PAS kembali mengingatkan dirinya bahawa penyelesaian masalah ekonomi manusia bermula dengan memperbetulkan akidah, fikrah dan akhlak, serta iltizam pemimpin kepada tuntutan amanah Allah SWT bagi mentadbir dan memakmurkan bumi dalam rangka tuntutan khilafah dan amanah.

PAS mahukan gagasan Sistem Liberal-Kapitalis lapuk yang telah memansuhkan emas sebagai sandaran utama mata wang ditinggalkan. PAS ingin mengesyorkan supaya pemimpin dunia kembali kepada Dinar Emas, bagi meletakkan struktur kewangan global berpaksikan emas dan perak untuk menangani ketidaktentuan nilai mata wang dan mengelakkan inflasi akibat perbuatan mencetak wang kertas.

PAS juga mahukan konsep Pertumbuhan Hijau terus diperkasakan. Falsafah Petumbuhan Hijau amat selari dan sejajar dengan tuntutan tasawwur Islam yang menekankan pembangunan dan pertumbuhan mestilah mengambil kira impak kemusnahan kepada alam sekitar dan sumber-sumber serta aset negara yang tidak mampu diganti. Hijau yang tidak membawa kemusnahan kepada kelangsungan kualiti hidup dan daya saing generasi mendatang, wajar ditekankan dalam paradigma pembangunan lestari. Itulah tasawwur pembangunan memakmurkan bumi yang dianjurkan Islam sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah Hud ayat 61.

Maksudnya: "Dan kepada kaum Tsamud (Kami utus) saudara mereka Salleh. Salleh berkata: 'Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu daripada tanah dan menjadikan kamu pemakmurnya karena itu mohonlah keampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)." [11:61]

Di samping itu PAS menekankan bahawa pembangunan perlu seiring dengan semangat "perkongsian" yang sebenar di antara entiti-entiti bisnes dan perniagaan, atas dasar berkongsi dalam keuntungan dan juga kerugian - "musyarakah bil gharam wal ghanam". Penswastaan perkhidmatan dan keperluan asas seperti perkhidmatan air, elektrik, kesihatan dan pendidikan adalah amat tidak digalakkan kerana membebankan rakyat akhirnya.

Sementara Islam adalah mesra perniagaan, tetapi ia tidak mengorbankan kepentingan awam. Golongan berpendapatan rendah, fakir dan miskin, tambah-tambah lagi mesti dilindungi dengan pelbagai kaedah agihan kekayaan dalam pendekatan zakat dan sadaqah bagi membela kehidupan mereka. Di samping itu jaringan keselamatan sosial dan penjagaan kesihatan bagi semua rakyat, agama, kaum dan budaya mestilah juga ditekankan dalam dasar kerajaan. Segala pendekatan positif mesti dilakukan di atas dasar dan prinsip keperluan dan kelayakan secara adil. Inilah prinsip keadilan Islam yang terus dijunjung tinggi oleh PAS dalam semua keadaan.

PEMERKASAAN ORGANISASI

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Hasrat untuk melihat PAS berkembang menjadi sebuah organisasi yang kuat tidak akan dapat dicapai tanpa mempunyai sistem pengurusan parti yang kukuh.

Sistem pejabat, pengurusan organisasi dan petugas parti mestilah senantiasa diberikan pelbagai ruang untuk berkembang dalam menghadapi cabaran yang semakin menekan di masa kini dan akan datang. Kursus-kursus peningkatan kemahiran untuk petugas ini perlulah dirancang untuk melahirkan petugas yang hebat dan mempunyai fikrah perjuangan Islam yang jelas.

Usaha untuk meningkatkan jumlah ahli haruslah dipertingkatkan. Selain dari itu, kualiti ahli sedia ada dan baru juga perlu dijaga supaya mereka akan tahan ujian dan menjadi individu yang menyumbang kepada penerusan perjuangan Islam ini.

Pada masa yang sama, kita menyedari bahawa PAS dianggotai oleh individu yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, pekerjaan dan lain-lainnya. Sesetengahnya pula menerima didikan awal dari pelbagai organisasi dakwah, dan ada yang tidak mempunyai latar belakang tarbiah Islam langsung. Itulah hakikat kerencaman ahli dalam parti kita ini.

Walaupun PAS sungguh terbuka untuk menerima idea-idea baru, semua yang menjadi ahli PAS ini perlulah ditarbiah dengan kefahaman fiqh siyasi yang diperjuangkan oleh PAS, serta memahami budaya dan kaedah PAS. Institusi usrah dipelbagai peringkat pula perlulah diperkukuhkan, untuk melahirkan ahli yang faham serta istiqamah dengan perjuangan Islam yang kita bawa ini.

MASYARAKAT BUKAN ISLAM

Sepanjang tempoh puluhan tahun kewujudan PAS ini, kita telah berjaya untuk memecahkan tembok masyarakat bukan Islam yang dahulunya merasa janggal dengan PAS. Pertambahan undi yang diterima oleh PAS dalam beberapa pilihan raya pada masa kini juga menunjukkan sokongan yang semakin hari semakin bertambah.

Alhamdulillah, semuanya mampu kita capai dengan usaha yang bersungguh-sungguh yang telah dirintis oleh para pimpinan PAS yang terdahulu, dimulai dengan penubuhan Majlis Perundingan Cina (CCC) yang sama-sama kita ketahui itu sehinggalah kepada kewujudan Kelab Penyokong PAS pada masa sekarang.

Hasilnya PAS mampu untuk lebih memahami keperluan dan suasana yang dihadapi oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama yang wujud di Malaysia ini. Kita memahami keperluan beragama, politik, ekonomi dan pendidikan untuk masyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini. Berasaskan kepada hakikat ini, kita juga telah menunjukkan sikap adil kepada mereka di negeri-negeri yang pernah diperintah oleh PAS di waktu lalu, dan pemerintahan bersama Pakatan Rakyat pada masa kini.

PAS amat menghargai sokongan ini. Oleh yang demikian, bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku dan tahap kefahaman ahli PAS yang semakin bertambah, dan sebagai satu proses memperkasakan Kelab Penyokong PAS, maka program orientasi khusus dan umum kepada ahli kelab mestilah dilaksanakan untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai perjuangan PAS. Juga dicadangkan kepada penggubal undang-undang PAS, supaya kewujudan kelab ini diinstitusikan menerusi pindaan perlembagaan PAS yang bakal dilaksanakan untuk memasukkan peruntukan kewujudan kelab dan statusnya dalam organisasi parti, keahlian dan peranannya dalam PAS.

Sesungguhnya, ini adalah merupakan satu langkah bersejarah dalam parti kita sebagai paradigma baru PAS untuk memimpin masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga mengiktiraf ahli kelab untuk menjadi sayap kita yang melibatkan diri secara langsung dalam pilihan raya di bawah payung PAS.

Inilah kefahaman kita, berasaskan kepada politik Islam yang pernah memerintah berbagai-bagai bangsa dan agama dengan adil, dan dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan perintah Allah SWT yang bermaksud:

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana Agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." [60:8]

Selain dari suasana politik baru yang ada pada waktu ini, PAS juga mestilah terus menerus berusaha untuk mencari kaedah-kaedah yang bersesuaian, agresif dan berstrategik untuk memenangi kelompok undi teras yang terdiri daripada pengundi luar bandar dan desa.

SABAH DAN SARAWAK

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kita juga menyedari kepentingan negeri Sabah dan Sarawak dalam pembangunan negara Malaysia ini. Kita juga menyaksikan bahawa setelah puluhan tahun di bawah pemerintahan kerajaan BN, status ekonomi, pendidikan dan pembangunan di Sabah dan Sarawak ini tidak banyak berubah, malah ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Ketidakadilan dan kepincangan ini sering pula diluahkan oleh ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak dalam setiap sesi persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Walaupun begitu, suara-suara ini tenggelam dalam keangkuhan kerajaan pimpinan Umno dan BN.

Oleh yang demikian, PAS perlu mengambil langkah yang agresif dan tersusun, untuk terus melebarkan sayap ke Sabah dan Sarawak, setelah benihnya ditanam oleh generasi terdahulu yang telah dan sedang berada di sana. Kepimpinan PAS pula akan lebih kerap berkunjung ke sana untuk bertemu masyarakat pelbagai etnik dan seterusnya menjelaskan peranan PAS untuk membantu mereka.

Para pendokong PAS di sana juga perlulah memperkemaskan organisasi, dan seterusnya mempergiatkan langkah-langkah pengilmuan orang Islam yang berada di sana, menerusi majlis ilmu untuk memberi kefahaman serta tasawwur Islam yang sebenar kepada rakyat. PAS juga akan memperkenalkan Islam kepada penduduk peribumi sehingga mereka memahami dan menyokong perjuangan PAS.

PERANAN DEWAN-DEWAN

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

DEWAN ULAMA

Sebagaimana yang seringkali diperkatakan, bahawa kewujudan PAS adalah hasil dari silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal, tetapi teras kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air adalah hasil daripada persidangan para ulama pada 23 Ogos 1951 yang membentuk Persatuan Ulama Se-Malaya, dan akhirnya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951 dalam satu persidangan ulama Malaya di Bagan Tuan Kecil, Seberang Prai.

Kini kepentingan Dewan Ulama dapat dihayati sekiranya kita meneliti akan tugas-tugas am ahli jawatankuasa kerja Dewan Ulama dalam PAS, seperti yang dinukilkan dalam Perlembagaan PAS. Antaranya dalam Fasal 40 (6)(a) iaitu tugas untuk "menyatu tenaga dan pemikiran ulama Islam bagi memperkuat dan mempertingkatkan perjuangan Islam di negeri ini dan berusaha mengembang dan menyebarkan kefahaman dan kesedaran Islam ke segenap lapisan masyarakat menerusi gerakan dakwah dan penggembelingan tenaga ummah yang berterusan"; serta Fasal 40(6)(b) iaitu "menyusun, mengatur dan menjalankan kegiatan tarbiah dan pendidikan di kalangan ahli-ahli dan mengatur program-program latihan kepimpinan bagi membentuk petugas-petugas parti yang berilmu, bertakwa, berpengalaman dan memahami perkembangan semasa".

Kepentingan ini tidak memberi makna sekiranya kewujudan dan peranan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan PAS ini tidak diperkasakan. Oleh itu, sebagai benteng yang sangat penting dalam parti, Dewan Ulama perlulah terus menerus memberikan kefahaman kepada ahli PAS terhadap perjuangan Islam dengan memberi penekanan kepada pembinaan fikrah perjuangan yang jelas, merealisasikan konsep kepimpinan ulama, pemahaman kepada asas sebuah gerakan Islam menerusi konsep wala dan taat, istiqamah, wehdatul fikrah, dan sebagainya.

Program untuk menarik golongan ulamak muda yang akan mewarisi perjuangan juga perlulah diperhebatkan, kerana merekalah pelapis ulung yang akan meneruskan kelangsungan perjuangan Islam secara istiqamah.

Selain dari itu juga, penglibatan veteran PAS yang tidak lagi memegang jawatan dalam parti perlu dirangka dan diinstitusikan, supaya mereka yang mempunyai pengalaman yang banyak ini dapat terus-menerus menyumbang kepada perjuangan yang dibawa oleh PAS. Program seminar dan muqayyam khusus kepada mereka juga boleh dijalankan.

Penegasan bahawa PAS adalah sebuah organisasi Islam yang sempurna juga perlu senantiasa ditanamkan kepada ahli dipelbagai peringkat. Asas ini sebenarnya membawa kepada pemahaman, bahawa untuk menyumbang tenaga dan masa kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tidak semestinya seseorang itu perlu untuk menyandang jawatan politik � seperti menjadi Ahli Dewan Undangan atau seorang Ahli Parlimen, tetapi ahli-ahli dan pimpinan juga boleh menyumbang tenaga mereka dalam aspek dakwah, tarbiah dan amal serta khidmat kebajikan yang sangat luas dan amat penting kepada kelangsungan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Oleh itu, segala ruang mestilah terus diterokai dan diinstitusikan supaya ahli-ahli PAS dapat sama-sama memainkan peranan mereka.

DEWAN PEMUDA

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Marilah kita menyedari bahawa asas perjuangan yang diletakkan oleh generasi yang terdahulu memerlukan golongan �syabab� sebagai penerusnya. Sehubungan dengan itu, PAS ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dewan Pemuda PAS di semua peringkat kerana terus menarik sokongan pengundi muda kepada PAS termasuk dalam pilihan raya-pilihan raya kecil yang telah berlangsung. Golongan pengundi muda ini adalah sangat penting kepada perjuangan PAS, kerana merekalah generasi yang akan mendominasi geopolitik negara di masa yang akan datang.

Berteraskan fenomena inilah, maka Pemuda PAS perlu merangka pelan untuk mengekalkan sokongan orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang, kaum, budaya, taraf pendidikan dengan program-program yang bersesuaian, termasuk �mengakhlakkan� aktiviti-aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang selama ini dilihat di luar ruang lingkup aktiviti PAS. Usaha ini perlu bukan sekadar untuk tujuan politik, tetapi lebih utama untuk melaksanakan tugas 'penyelamat' bagi mengeluarkan mereka daripada keruntuhan akhlak serta hanyut dalam hiburan di luar batasan agama.

Dewan Pemuda perlu menggiatkan program tarbiyah kepada anak-anak muda untuk mencapai sekurang-kurangnya dua tujuan; pertamanya melahirkan generasi pemimpin yang akan meneruskan perjuangan yang panjang ini dan kedua; melahirkan penyokong dan penggerak yang menghayati perjuangan parti untuk menegakkan Islam.

Ini adalah kerana realiti sekarang menuntut pemimpin yang bukan sahaja mempunyai ilmu, berintegriti, bahkan berkemampuan untuk mentadbir negara dan berperanan di peringkat antarabangsa. Semoga Pusat Latihan Akademi Kepimpinan Pemuda yang baru dirasmikan di Kok Lanas pada bulan Februari lalu akan melonjakkan kegiatan-kegiatan tarbiah untuk melahirkan kepimpinan yang lebih baik bagi memimpin ummah.

Petugas daripada kalangan pemuda khususnya telah memberi sumbangan besar dalam pilihan raya dan kegiatan PAS termasuk menggerakkan massa dalam Himpunan Membantah PPSMI baru-baru ini. Unit Amal di bawah kelolaannya perlu meningkatkan lagi prestasi, sungguh pun telah banyak menerima pujian dan kepercayaan hasil dari tahap disiplin yang tinggi dan perkhidmatan yang diberikan.

Perkhidmatan kepada rakyat secara bermusim seperti menjelang hari perayaan dan tidak bermusim seperti bencana alam perlulah diteruskan dengan penuh iltizam tanpa batasan negeri, bangsa dan budaya. Pemuda juga perlu terus pro aktif dalam menghadapi isu-isu dalam negara dengan memimpin ummah di medan dan secara bijaksana berhadapan dengan entiti yang berkenaan.

Dalam konteks parti dan kerajaan serta percaturan politik yang serba mungkin dewasa ini, PAS terus menggalakkan Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat.

DEWAN MUSLIMAT

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Golongan muslimat adalah sangat penting dalam perjuangan PAS. Mereka juga perlu memainkan peranan yang besar sesuai dengan posisi sebagai peneraju kepimpinan wanita Malaysia. Komposisi wanita yang melebihi 50 peratus dari penduduk Malaysia, memerlukan muslimat turut bersama di dalam masyarakat dalam usaha membina masyarakat yang bertamadun dengan pendekatan "Da�ie menuju mad�u".

Isu-isu wanita dan kewanitaan perlu menjadi agenda fokus dan ditangani oleh Dewan Muslimat menerusi penglibatan dan bersua muka dengan pihak-pihak berwajib.

Kepimpinan muslimat mesti menyemarakkan citarasa rakyat agar sokongan yang besar memihak kepada kita. Kehadiran muslimat di tengah masyarakat kota, pinggir bandar dan desa akan menjadi penyuntik dan pembakar semangat ke arah perubahan minda bahawa Islam mampu menerajui perubahan.

Penyatuan dan kemantapan jentera muslimat mesti diisi dengan sistem tarbiah yang tersusun dan berterusan. Tarbiah mestilah sentiasa diberi perhatian di semua peringkat kepimpinan bagi memantapkan jentera dan organisasi. Tarbiah mesti diperkasa agar mampu membentuk kepimpinan muslimat yang berilmu, bertaqwa dan jelas dengan fikrah amal jama�ie.

Penerapan elemen-elemen keilmuan, akhlak dan kemahiran dalam setiap program dan agenda perlu sentiasa ditekankan untuk melahirkan qiadah dan jundiah, serta 'amilin Muslimat yang sentiasa 'mesra amal dan jihad'.

Muslimat juga mesti memainkan peranan mendekati generasi muda dengan membina jambatan-jambatan persahabatan, melalui acara-acara kebersamaan dengan mereka. Persepsi awal dan memahami jiwa segar mereka harus digunakan untuk membantu menyemarakkan lagi sokongan dalam kalangan generasi muda.

Pendekatan pengisisan berbentuk ilmiah dan hiburan tidak boleh dikesampingkan dari naluri generasi muda. Kecenderungan sesetengah generasi muda kepada program-program yang berbentuk hiburan harus terarah dan dipimpin. Hiburan yang mendidik dan membina kekentalan jiwa taat kepada Allah SWT harus dipupuk.

Dengan ini ianya diharap mampu menghasilkan generasi yang faham dan memihak kepada Islam dan menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Muslimat harus menjadi ikon kebanggaan masyarakat dengan menjalin hubungan dengan kelompok yang kurang bernasib baik dan kurang kemampuan. Muslimat mesti meletakkan diri sebagai pelaksana perkhidmatan dalam hal kebajikan. Ianya termasuklah menjalankan program-program kemasyarakatan yang berbentuk memberi khidmat kaunseling, khidmat kesihatan, klinik guaman dan sebagainya.

Program-program khidmat kebajikan tidak seharusnya dijadikan program tempelan, tetapi hendaklah ia menjadi kerja asas yang dilaksanakan di setiap masa.

Mewujudkan pasukan-pasukan sukarelawan yang bertugas di satu-satu lokasi yang dikenal-pasti untuk dicurahkan khidmat-bakti pada setiap hujung minggu adalah satu permulaan yang baik. Bahkan muslimat mesti mewujudkan tenaga yang perlu turun ke akar umbi untuk memastikan wanita-wanita mendapat maklumat yang penuh dan jelas tentang Islam dan dasar-dasar parti. Kerja-kerja ini memerlukan kerjasama semua pihak di dalam parti dan kesefahaman semua pihak agar �yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing�.

Akhir sekali, gabungan tenaga saf kepimpinan muslimat yang bijak dan berpegang kepada wehdatul fikr dan wehdatul amal, beserta ahli dan penyokong yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan. Pemimpin dan ahli yang iltizam dengan PAS dan istiqamah dalam amal islami dan amal jamai�ie, akan melahirkan 'amilin yang dinantikan serta mampu memenuhi pelaksanaan Islam Memimpin Perubahan.

PERSADA ANTARABANGSA

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Dunia pada hari ini dibayangi pelbagai krisis politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kesemuanya lahir daripada kelemahan dasar dan konsep yang terpesong daripada petunjuk Allah yang bernama Islam, akhirnya manusia yang menjadi mangsanya, termasuklah dalam hubungan antarabangsa. Secara tabiinya, peperangan dan krisis di kalangan bangsa dan negara mustahil dihapuskan, selagi ada golongan yang melampaui batas kemanusiaan dan bertindak zalim. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Telah zahir keburukan di darat dan laut hasil kerja tangan-tangan manusia sendiri, supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, agar mereka kembali kepada (petunjuk Allah)." [30:41]

Pada ketika ini juga umat Islam sedang memasuki alaf baru dengan penuh ujian dan cabaran. Kedudukan umat Islam terus dihimpit dengan pelbagai tekanan dan ujian yang sangat mencabar. Di mata dunia antarabangsa, maruah serta nyawa umat Islam bagaikan tiada apa-apa harga dan nilai. Lihat sahajalah apa yang terus berlaku di Palestin, Afghanistan, Chechnya, Iraq dan terkini di Pakistan, seolah-olah harga nyawa umat Islam lebih murah dari haiwan yang hina.

PAS amat tersentuh dengan peristiwa yang berlaku di bumi Gaza. Serangan serta pencerobohan tentera Zionis ke atas bumi suci ini, khususnya Masjid Aqsa, terakhir ialah berlaku di Gaza dengan menggunakan segala kelengkapan kereta kebal, helikopter Apache buatan Amerika serta penggunaan bom fosforus telah mencabul segala batasan undang-undang antarabangsa, melanggar hak asasi kemanusiaan serta merupakan satu jenayah perang yang besar.

Hasilnya adalah bantahan secara terbuka di hadapan masyarakat antarabangsa, namun pihak kuasa besar memejamkan mata dan memekakkan telinga. Mereka mengenepikan dasar dan konsep kemanusiaan sejagat dengan terus memberi perlindungan kepada negara haram itu melakukan apa sahaja. Selain dari itu, ada di kalangan negara kuasa besar ini yang menjadi pembekal senjata dan teknologi moden tanpa sekatan. Mereka juga tanpa segan silu bersikap �double standard� dengan mengharamkan rakyat Palestin memiliki senjata dan negara jiran pula dipaksa menjaga keselamatan Zionis Israel yang ganas itu.

Apa yang lebih memalukan kita adalah perilaku sebahagian besar dari pemimpin dunia Islam yang masih dikongkong dengan tekanan hegemoni Zionis di negara umat Islam sendiri. Hasilnya, pimpinan negara umat Islam sendiri yang menambah kesengsaraan umat Islam yang berada di medan ganas ciptaan Zionis ini. Keadaan ini semakin menekan dengan tindakan badan-badan antarabangsa seperti Kesatuan Eropah (EU), dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang kesemuanya membisu seribu bahasa, dan tidak malu menggunakan kuasa veto untuk melindungi jenayah perang yang dilakukan oleh tentera Zionis ini.

Islam mengharamkan penganutnya tunduk kepada tindakan yang tidak bermaruah ini. Sehubungan dengan itu, kita mengalu-ngalukan tindakan protes yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Turki Rejab Tayyeb Erdogan di Persidangan Davos dan Presiden Iran Mahmood Ahmadinejad di Geneva. Kita juga amat mengharapkan adanya sikap susulan daripada negara umat Islam sendiri yang sepatutnya merasa malu dengan contoh yang ditunjukkan oleh negara-negara kecil di Amerika Latin yang menunjukkan simpati kepada rakyat Palestin.

Lebih angkuh lagi sehingga kini mereka terus mengepung bumi yang mengandungi penduduk berjumlah 1.5 juta orang itu tanpa sebarang perikemanusiaan.

Mereka bertindak memutuskan bekalan letrik dan air serta menyekat sebarang bentuk bantuan makanan dan perubatan daripada sampai kepada penduduk yang tidak berdosa. Rakyat Palestin menjadi mangsa sejak setengah abad, tanah air dirompak, dihalau daripada rumah, diroboh pula tempat kediaman, dimusnahkan kebun dan tempat yang menjadi sumber kehidupan dan dibunuh tanpa batas. Di atas tanah rampasan ini pula dibina tempat kediaman pendatang Yahudi, di mana rakyat Palestin pula dipaksa terus menjadi pelarian.

Semua kekejaman ini berlaku kerana masyarakat antarabangsa mengizinkan penubuhan negara Zionis Yahudi bernama Israel, dengan alasan sejarah yang bohong dan lapuk. Penubuhan negara haram ini dengan dokongan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dikuasai oleh Negara-negara Kuasa Besar Dunia yang menjadi anggota tetap berkuasa veto. Negara haram ini seolah-olah mendapat lesen memiliki senjata yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa dan boleh melakukan jenayah dengan hak kekebalan tanpa hukuman.

PAS bersama rakan dalam Pakatan Rakyat telah berjaya mendesak sidang khas Parlimen bagi membela Palestin ketika berlakunya kekejaman di Gaza, seterusnya mendapat keputusan sebulat suara tanpa mengira agama dan fahaman politik, supaya Zionis Israel diheret ke mahkamah antarabangsa kerana kesalahan jenayah kemanusiaan ini. PAS juga telah berjaya memungut sumbangan orang ramai bagi membantu rakyat Palestin dan menyerahnya secara langsung kepada mangsa kezaliman Israel itu.

Sekali lagi saya ingin merakamkan sokongan padu PAS terhadap intifadhah yang diterajui oleh Harakah Muqawwamah (Hamas) di bumi suci Palestin. PAS mengutuk sikap 'double standard' kuasa barat yang mempertahankan segala tindakan zalim dan dan tidak bertamadun ini kononnya atas dasar 'memerangi keganasan'. Bagi PAS, isu bumi Palestin serta pembebasan Masjid Al-Aqsa kekal menjadi agenda terpenting di peringkat antarabangsa.

RANTAU ASEAN

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

PAS juga amat prihatin terhadap nasib umat Islam di rantau ini iaitu di Selatan Filipina dan Selatan Thai. Umat Islam di kedua-dua wilayah yang bergolak ini terus dibebani dengan konflik yang tidak nampak jalan penyelesaiannya.

Pertumpahan darah serta kekejaman terus dibiarkan oleh masyarakat dunia, semata-mata kerana kononnya yang menjadi mangsa itu terdiri daripada kumpulan �militan� ataupun 'pengganas Islam' yang mesti dihapuskan.

Di Selatan Thai, pertumpahan darah masih berterusan sehingga kini. Begitu juga di Selatan Filipina, hampir 500,000 nyawa telah terkorban secara kejam serta menjadi mangsa pelarian. Namun dunia antarabangsa terus berdiam diri kerana mangsa di bunuh dan dihalau di atas nama memerangi 'pengganas Islam'.

PAS ingin membuat seruan terbuka kepada kedua-dua negara jiran kita agar konflik ini dihentikan segera. Tiada penyelesaian kecuali kembali ke meja rundingan dan mencari jalan damai. Keegoan untuk tidak sanggup duduk berunding tidak akan mendatangkan apa-apa faedah, bahkan akan terus menerus merumitkan keadaan.

Saya ingin menegaskan bahawa PAS sentiasa bersedia untuk menjadi �jambatan� bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik yang tidak berkesudahan ini seperti mana sumbangan dan penglibatan PAS dalam membantu menyelesaikan konflik antara Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dengan pemerintah Indonesia.

PAS juga amat prihatin dengan perubahan pucuk pimpinan di Amerika Syarikat. Pemilihan Presiden Obama pula diharapkan akan membuka �lampu hijau� ke arah hak-hak �kebebasan bersuara� dan �pendemokrasian� di dunia Islam.

Namun saya ingin menegaskan agar kepimpinan Obama harus menerima hakikat bahawa mereka mesti mengikis segala sifat prejudis dan chauvanis, serta memandang remeh terhadap Islam serta penganutnya. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa pertubuhan-pertubuhan Islam di serata dunia sedia �berdialog� dan 'bertukar-tukar fikiran' dengan mana-mana pihak termasuk penggubal polisi Rumah Putih di Washington.

Sebagai permulaan, Washington mesti melihat gerakan serta pertubuhan Islam sebagai sebahagian dari unsur-unsur positif dan pengukuhan ke arah pendemokrasian di negara-negara Islam seluruhnya.

KESIMPULAN

Sebagai intipati tindakan bagi para pendokong dan pimpinan PAS, maka izinkan untuk saya simpulkannya dan membuat seruan seperti berikut:

i) Saya menyeru kepada semua peringkat ahli parti untuk memperkukuhkan ukhuwwah, mahabbah dan persaudaraan dalam saf jamaah khususnya di peringkat kepimpinan serta aktivis parti sehingga ke seluruh akar-umbi supaya benar-benar menjadi seperti yang dituntut Allah SWT dalam Surah As-Sofff ayat 4, terutamanya Majlis Syura Ulama, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan-dewan, Badan Perhubungan PAS Negeri-negeri, Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan. Arahan ini juga termasuk memperkukuhkan Kelab Penyokong PAS sehingga kebersamaan mereka dalam perjuangan PAS dapat terus diperkasakan.

ii) Marilah kita mengurus kemenangan dan kelemahan kita dengan Islam, supaya Islam yang kita perjuangkan itu mampu dilihat sebagai pemandu dalam segala bentuk amalan kita. Kita ingin memimpin perubahan dalam negara kita dengan Islam. Semua petugas parti perlulah mencari formula dan ruang yang ada untuk menonjolkan kepimpinan Islam dalam segenap segi kehidupan dengan cara yang penuh hikmah dalam menangani harapan rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya serta terus kekal dengan iltizam disiplin yang tinggi supaya tidak goyah oleh perancangan jahat musuh.

iii) Marilah kita melaksanakan mesej dakwah secara muwajahah silmiyyah, dengan kita sedia berdialog, bermuzakarah dan berdebat dengan sesiapa sahaja demi merealisasikan tema Islam Memimpin Perubahan.

iv) Marilah kita terus menerus memperkasakan parti dan mempersiapkan kepimpinan PAS, bagi menangani cabaran persaingan yang semakin sengit dari segi tuntutan intelektual dan mendepani permasalahan negara dalam konteks global. Para pimpinan ulama PAS juga perlu berani berijtihad bagi menangani polemik-polemik baru dalam urusan perundangan dan kancah politik yang serba mencabar ini.

v) Marilah kita menampilkan satu imej dan citra PAS sebagai parti Islam yang sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabaran semasa dan mendatang dengan menampilkan satu pendekatan imej yang bersifat 'Usuliy' dari segi prinsip-prinsip perjuangan, 'Mu�asirah' dari segi kepimpinan dan organisasi-jentera, 'Istiqbaliy' dari segi persiapan dan kesediaan untuk menggempur senario perjuangan masa depan.

vi) Marilah kita mengeratkan persefahaman dan keserasian setiakawan dan kelancaran bekerja di semua peringkat dalam Pakatan Rakyat, sehingga benar-benar dapat menyerlahkan kredibiliti dan perpaduan Pakatan Rakyat khususnya di semua negeri-negeri yang kita tadbir bagi bersiap sedia untuk menempah kejayaan yang lebih besar dalam PRU ke-13.

PENUTUP

Akhirnya, dikesempatan ini bagi pihak Muktamar, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Selangor, Panitia Induk Muktamar, Badan Perhubungan PAS Selangor dan semua petugas yang terlibat, serta semua pihak yang menjayakan Muktamar ke-55 ini.

Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Marilah kita menghayati akan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." [24:55] - tajdid _