Pages

Sunday, July 10, 2011

Nine Julai 2011




Di sebalik tembuk yang dibangga kan oleh seluruh kerajaan duniawi
Disebalik sang peguasa memiliki segala kekuasaan
Disebalik sang penguasa hilang hati nurani
Disebalik sang penguasa hilang budi insani
Disebalik kekuasaan menjadi pujaaan sang penguasa
Sang penguasa berlegar sekeliling dunia menepuk dada dengan bangga aku berkuasa dimalaysia
Aku termasyhur dalam 1MALAYSIA
...........
Tersisip insan-insan yang menyedari kezaliman sang penguasa
Mengumpul segala tenaga untuk menentang kezaliman sang penguasa
Bukan untuk meroboh tembok yang tersergam indah
Bukan untuk menumpah darah dikota bersejarah
Bukan niat untuk berpecah belah
Bukan niat merompak kekuasaan sang penguasa secara dataran Tahrir
Tapi sekadar memakai baju BERSIH megelilingi kota terindah
Tetapi sang penguasa mempamerkan kuasa yang melampau
Mengalahkan ultramen, satria baja hitam,gaban sehingga mendabik dada kami lah PERKASA
Melaungkan jangan BERSIH menghuru hara MELAYU MALAYSIA
Insan marhaein hanya mahu berpakai BERSIH keliling kota
Mengapa sang penguasa mengatakan mencetus huru hara
Insan normal menggeleng kepala
Melihat telatah sang penguasa melacurkan kata-kata

......
Detik bersejarah bermula dengan aman
Ratusan ribu membanjiri kota bagunan berkembar
Ratusan ribu insan marhaein inginkan menyedut udara segar di ibu kota
Ratusan ribu ingin bernyanyikan lagu NEGARAKU di stadium negara
Ratusan ribu nak melawat pintu Istana Negara

..........
Tetapi sang penguasa sudah bersedia dengan anjing-anjing nya
Tetapi sang penguasa dah bersedia dengan air kimianya
Tetapi sang penguasa dah bersedia dengan gas pemedih mata
Tetapi sang penguasa dah bersedia dengan sejata automatik disekeliling Istana
Tetapi sang penguasa membantai insan marhaein hingga cedera
Tetapi rakyat marhaein berjaya menongkah kekejaman sang penguasa
Rakyat Berjaya menidakkan kekuasaan bukan mutlak milik sang penguasa
Rakyat lebih berkuasa dari sang penguasa
Rakyat meneggelamkan provokasi dan kekerasan sang penguasa
Walaupun bahan kimia, gas pemedih mata, lokap menjadi kediaman sementara
Nine Julai 2011 menjadi igauan seluruh dunia……Kuasa Rakyat melebihi kuasa sang penguasa…

Wednesday, May 25, 2011

SAVE MALAYSIA...............

Salam perjuangan untuk semua...

tahniah kepada seketeriat Bersih yang menganjurkan demo amanuntuk menuntut hak sebagai rakyat yang hidup dalam Negara demokrasi...SAVE MALAYSIA

Para pejuang sekalian....tanamkan niat yang membara, pastikan niat kita tidak terpesung, kerana niat yang baik akan menatijahkan hasil yg terbaik...

Moga berjaya.......








Ikwan muslimin juga sekarang sudah mempunyai kekuatan untuk menuntut semula hak rakyat mesir yang selama ini diperkudakan oleh REGIM MUBARAK.

Sudah mempunyai markaz bertaraf Pejabat PAS
di Jalan Raja Laut....Tetapi markaz Ikhwan Muslimin ini terletak di Jabal Muqattam.




Semoga berjaya.............

Wednesday, April 27, 2011

Mangkuk, Madu, rambut.................

MANGKUK YANG CANTIK, MADU & SEHELAI RAMBUT


MANGKUK YANG CANTIK, MADU & SEHELAI RAMBUT

Rasulullah s.a.w, dengan para sahabat Abu Bakar, Umar, dan Uthman bertamu ke rumah Ali. Di rumah Ali isterinya Fatimah, puteri Rasulullah s.a.w menghidangkan madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik dan terdapat sehelai rambut di dalam mangkuk tersebut. Baginda Rasulullah s.a.w kemudian meminta kesemua sahabat membuat perbandingan terhadap ketiga2 benda tersebut (mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).



Abu Bakar berkata, "Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis daripada madu, dan mempertahankan iman itu lebih sukar daripada meniti sehelai rambut".



Umar berkata, "Kerajaan itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis daripada madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sukar daripada meniti sehelai rambut".



Uthman berkata, "Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sukar daripada meniti sehelai rambut".



Ali berkata, "Tetamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis daripada madu, dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sukar daripada meniti sehelai rambut".



Fatimah berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat oleh orang lain kecuali muhrimnya lebih sukar daripada meniti sehelai rambut".



Rasulullah s.a.w berkata, "Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis daripada madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut".



Malaikat Jibril berkata, "Menegakkan tiang agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis daripada madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sukar daripada meniti sehelai rambut".



Allah s.w.t berfirman, "Syurga-Ku itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju ke syurga-Ku adalah lebih sukar daripada meniti sehelai rambut".

Wednesday, April 13, 2011

Salam revolusi

Assalamualikum WarahmatuLLahi wabarakatuh

Infinity kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih dikurniakan keimanan, ketakwaan, kesihatan yang baik bagi mempertingkatkan ibadah harian kita kepada Allah.Agak lama jejari tidak menukilkan secebis kalam dalam blog senyumanis.

Ba'da Thaurah, kini anak-anak Malaysia kini kembali ke Mesir untuk meneruskan pengajian dibidang masing-masing.Ana antara yang terakhir kembali keMesir dengan penerbangan Oman Air yang di uruskan oleh Yayasan Negeri Perak yang menggunakan duit Rakyat Perak. terima kasih Yayasan Perak dan juga terima kasih Rakyat Perak.



Tetapi agak sedih kembalinya keMesir kali ini hanya seorang diri.Zaujah dan Nur Syifa' binti Khalil yang tercinta tidak bersama.



Alhamdulilah Nur Syifa' selamat dilahirkan di Hospital Ampang pada 23/02/2011, setelah pelbagai persiapan telah dibuat untuk menyambut kelahirannya di Mesir.Terlalu teliti perancangan Allah..SubhanaLLah....gentar hati ini bila mengingatkan saat yang genting, tatkala berlakunya demontrasi dan revolusi Mesir, saat itu jugalah ummu Syifa' sudah berada diambang kelahiran.



Alhamdulillah segalanya sudah selamat, syukran Ya Robb dan juga kawan-kawan yang banyak membantu.Semoga semuanya dikira sebagai amal yang soleh..Wassalam

Monday, February 21, 2011

Amanah H30K Pemuda PAS

Amanah H30K Pemuda PAS | Print |
Nasrudin Hassan at-Tantawi
“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa apabila dikatakan kepada kamu, berangkatlah ke jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyayangi kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan) dengan akhirat hanyalah sedikit”

Surah At-Taubah : 38

Para Pemuda Ansoorullah sekelian

1. Saya percaya kita mampu dan utuh berdepan dengan cabaran musuh yang sentiasa menunggu peluang untuk menyerang. Namun, saya khuatir dan takut jika kita sebagai pejuang Pemuda PAS ditundukkan dengan godaan syahwat yang sentiasa merayu untuk dituruti meskipun ia adalah sekecil-kecil jihad di sisi Allah. Akhirnya, ia menyebabkan kita longlai, berjiwa tua, malas dan tidak merasai kemanisan berkorban dalam perjuangan.

2. Saff pejuang yang hadir dalam Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah pada hari ini sewajarnya dikalungkan dengan jutaan terima kasih dan tahniah kerana sanggup menyahut seruan jihad meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran. Tanamkanlah sepenuh keikhlasan semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal atas pengorbanan kecil yang telah kita dilakukan.

“Beberapa darjat daripadaNya, keampunan serta rahmah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” –

Surah An-Nisa’ : 96

3. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk menyampaikan setinggi penghargaan kepada seluruh jentera PAS Negeri serta pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Kedah, terutamanya kabinet kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Al-Fadhil Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak. Tidak dilupakan juga kepada saf seperjuangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Yahya atas komitmen dan pengorbanan untuk merealisasikan himpunan yang bersejarah ini.

4. Meskipun pusat pentadbirannya jauh di Utara Semenanjung, namun maslahah dan kebaikan yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri tetap dirasai oleh seluruh rakyat di negara ini. Pendekatan politik muafakat, berkebajikan, berhikmah, bingkas, berwawasan, mengutamakan rakyat dan diam-diam berisi adalah antara wajah politik yang digambarkan dalam kepimpinan Ustaz Azizan.

5. InsyaAllah, kita berharap agar kepimpinan seorang alim yang dibantu oleh sekumpulan pakar profesional dalam bidang masing-masing ini mampu untuk terus mengembangkan dan menampilkan keadilan Islam disegenap jiwa rakyat.

6. Tatkala demografi sosio-politik nasional pada hari ini menggusarkan kita, Pemuda PAS harus tangkas meluruskan krisis keyakinan rakyat terhadap Islam. Apabila ruang demokrasi itu dibuka seluas-luasnya, maka inilah peluang yang terbaik untuk kita terus melebarkan agenda politik PAS kepada seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik yang dianuti.

7. Tarbiyah, siyasah dan dakwah adalah nadi gerakan. Pemuda PAS sebagai tiang seri perjuangan akan sentiasa melazimi perkara ini tanpa jemu dan henti. Malah, kita merasa bangga kerana ia merupakan budaya kerja para rasul yang diutuskan Allah sepertimana firmanNya yang bermaksud,

“Dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau berada pada jalan yang lurus” –

Surah Al-Haj : 67

8. bMenurut Imam An-Nawawi, “Tanggungjawab melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar tidak akan gugur daripada seorang mukallaf walaupun pada pandangannya ia tidak membawa faedah. Malah ia tetap wajib dilaksanakan kerana memberi peringatan itu memberi faedah kepada orang-orang yang beriman. Tanggungjawabnya ialah menyuruh dan melarang dan bukannya memastikan manusia menerimanya”

Oleh yang demikian, Pemuda PAS akan memastikan risalah kebenaran ini disampaikan. Kita tegar berjuang untuk memastikan bahawa Syari’at Allah SWT itu mesti didaulatkan.

9. Matlamat perjuangan yang jelas mestilah disusuli dengan pendekatan yang betul. Ketaqwaan, penyerahan tekad yang total kepada Allah, ikhlas, tidak riya’, tidak mengejar pangkat dan nama, tidak mencari keredhaan manusia sehingga sanggup menggadaikan prinsip adalah antara pendekatan yang mesti diiltizamkan. Marilah kita bersama-sama merenung firman Allah SWT yang mengisahkan keadaan Nabi Nuh A.S terhadap umatnya (bermaksud);

“Sekiranya kamu membelakangkan peringatanku, maka tidak menjadi hal kepadaku kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu, balasanku hanyalah dari Allah, dan aku diperintahkan menjadi orang-orang yang menyerahkan diri kepada Allah” –

Surah Yunus : 72

10. Kejatuhan regim pemerintahan zalim di Tunisia dan Mesir baru-baru ini dan kini kebangkitan ummah merebak ke Yemen dan Algeria, telah memetakan satu lagi sejarah kemenangan revolusi di tangan rakyat. Kita juga tidak pernah lupa bagaimana Shah Mohammed Reza Pahlawi, Ferdinand Marcos, Boris Yeltsin, Suharto dan ramai lagi pemimpin negara rebah digulingkan oleh kebangkitan rakyat.

Mengapakah perkara ini boleh berlaku?

11. Di Iran, meskipun rakyat berdepan dengan gerombolan-gerombolan tentera antara yang terhebat di dunia, namun disebabkan oleh kesempitan hidup, lonjakan inflasi, amalan sekularisme, rasuah dan dalang perisikan tajaan Amerika (SAVAK), akhirnya rakyat menolak pemerintahan diktator.

12. Rakyat Iran terpaksa membayar harga revolusi itu dengan selaut pengorbanan termasuklah para mahasiswa, anak muda dan tokoh disegani, Ali Shari’ati dibunuh dengan penuh kontroversi. Meskipun terpaksa melalui dua fasa getir revolusi, akhirnya panji kezaliman berjaya ditumbangkan pada tahun 1979.

13. The 1986 People Power Revolution di Filipina juga mencatat sejarah revolusi yang getir. Pembunuhan misteri pemimpin pembangkang, Benigno Aquino menjadi kemuncak pemusatan kuasa rakyat untuk meniarapkan Marcos.

14. Selain itu, ironisnya, Emelda Marcos (isteri Ferdinand Marcos) menjadi salah satu punca kejatuhan regim tersebut kerana dia sibuk mencampuri urusan kerajaan, berbelanja terlalu boros dan memegang beberapa jawatan dalam kerajaan termasuklah menjadi seorang ahli Parlimen.

15. Negara jiran kita, Indonesia juga pernah mengharungi nasib yang sama. Tahun 1998 telah bergoncanglah ibu kota Jakarta dengan rantaian beberapa siri reformasi yang digerakkan oleh saff mahasiswa, anak muda dan golongan marhaen iaitu Tragedi Trisakti, Tragedi Semanggi 1 dan Tragedi Semanggi 2.

16. Apabila Krisis Kewangan Asia 1997 mendekam Indonesia, rakyat melarat kepayahan. Rupiah Indonesia menjunam teruk, hutang negara melambung tinggi, kronisme dan kapitalis bertempiaran sehingga rakyat berani turun ke jalan raya menghentam Suharto dan menolak Orde Baru. Akhirnya, regim Suharto juga tersungkur!

17. Semangat revolusi rakyat Indonesia masih lagi dapat dirasai sehingga ke hari ini. Dendangan sajak reformasi yang dideklamasikan oleh WS Rendra, seorang penyajak utama Indonesia yang diberikan jolokan Burung Merak dan terkenal dengan drama Kasidah Berzanji masih lagi menjadi siulan mereka,

“Saudara-saudara sebangsa dan setanah air,

Saat ini kita masih terperangkap dalam lingkaran setan,

Kemiskinan, ketidak pedulian, korupsi

Kerja asal-asalan,

Ayuh, kita tidak mahu lagi dijajah oleh kemiskinan dan kesusahan,

Kini saatnya Revolusi Kebangsaan”

18. Revolusi, reformasi dan perubahan adalah satu sunnatullah. Tidak ada satu kerajaan zalim pun dalam dunia ini yang akan memerintah untuk selama-lamanya. Gahnya tirani Fir’aun tenggelam jua. Teguhnya Konstantinopel ditembusi jua oleh Sultan Mahmud Al-Fateh. Benarlah firman Allah SWT,

“Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Kau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki, dan Kau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Kau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Kau hinakan orang yang Engkau kehendaki. DitanganMu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”

– Surah Ali-‘Imran : 26

19. Kita mesti meyakini bahawa masa depan dunia adalah di tangan Islam. Agama yang paling tinggi martabatnya adalah Islam. Inilah yang diungkapkan oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam bukunya ‘Al-Mubasyyiraat bi Intisaaril Islam’. Antara sunnah Ilahi itu ialah Sunnah Al-Mudawalah (Sunnah Pertukaran Kuasa). Beliau mengistinbathkan dalam satu ayat yang diturunkan selepas Peperangan Uhud.

“Jika kamu (dalam Peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum (musyrik) itu juga telah mendapat luka yang sama (dalam Peperangan Badar). Dan demikianlah hari-hari Kami tukar gantikan antara manusia”

– Surah Ali-‘Imran : 140

Manakala, dalam satu ayat yang lain pula, Allah SWT berfirman (bermaksud),

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah menulis dalam Kitab Zabur (semua kitab yang Allah turunkan kepada nabi-nabinya) selepas tertulis di Az-Zikr (Luh Mahfuz), bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh”

– Surah Al-Anbiya’ : 105

20. Inilah motivasi (taghrib ‘aqidah) yang kita imani sehingga kita tidak gentar dan terus istiqamah dalam jalan dakwah ini. Benar, jalannya payah, jerih, jauh dan berliku. Namun, Pemuda PAS tidak akan sekali-kali berundur daripada jalan yang dipilih ini, insyaAllah.

Ayuh, saya ungkapkan kata-kata keramat Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi,

“Sekiranya kurun ke-19 adalah kurun untuk Kristian, kurun ke-20 adalah kurun untuk Yahudi dan terbinanya negara haram Israel serta penjajahan mereka ke atas lebih 20 buah negara Arab, maka kurun ke-21 adalah kurun untuk Islam!”

Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah pada hari ini adalah manifestasi kepada dua perkara, iaitu;

a) Misi “PAS Ganti UMNO”

b) Misi persiapan pusingan terakhir Pemuda PAS berdepan dengan Pilihanraya Umum Ke-13

21. Hari ini, rakyat ditakut-takutkan dengan kehilangan kuasa politik Melayu. UMNO mengancam orang Melayu dengan gambaran sekiranya mereka kalah dalam pilihanraya nanti, hak keistimewaan Melayu dibuang, maruah orang Melayu diperlekehkan, Islam digugat, raja-raja Melayu dihina dan tanah-tanah Melayu digadai kepada bangsa lain. Ini semua adalah KHURAFAT UMNO dan BARISAN NASIONAL!

22. Tidak cukupkah segala bukti ini menunjukkan bahawa UMNO telah mencabul bangsanya sendiri. Kini, sudah tidak ada apa-apa lagi sumbangan yang boleh dibangga-banggakan oleh UMNO kepada orang Melayu melainkan mereka hanya cuba untuk membaiki labu yang telah rosak. Untuk mereka : Enough is enough!

Amanah Perjuangan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia

23. Melihat kepada situasi ini, saya ingin melontarkan beberapa tindakan penting untuk Pemuda PAS berikan perhatian yang sepenuhnya.

a. Hubungan dengan Allah SWT mestilah semakin intim dan manis. Kemenangan Islam yang kita dambakan hanya akan tiba setelah kita benar-benar meletakkan kecintaan kepada Allah dan Rasul sepenuhnya. Marilah kita sama-sama terus melazimi solat berjemaah, bertahajjud dan solat hajat. Mudah-mudahan kekuatan ini mampu meneguhkan derap perjalanan kita di medan perjuangan ini.

b. Rapatkan saff dan ikatkanlah ukhuwwah antara kita sekuat-kuatnya. Jangan biarkan jarum halus fitnah, berburuk sangka, dengki dan dendam menyuntik dalam hubungan kita ini. Saya bimbang terutamanya menjelang musim permilihan parti menjadi gelanggang untuk melonggarkan ribath tentera Pemuda dan akhirnya lemah sehingga mudah dilapah musuh.

c. Pastikan semua gerak kerja pemuda diperingkat kawasan dan cawangan terus fokus kepada sasaran pengundi boleh menang. Markaz operasi pilihanraya Pemuda PAS mestilah dibuka sekurang-kurangnya 20 jam sehari dengan hasil-hasil kerja yang memberansangkan.

24. saudara sekelian .... Sesungguhnya kemenangan yang kita impi-impikan umpama detik kedatangan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda meninggalkan Marru Dzahran menuju Ummul Qura’ (Makkah) pada 17 Ramadhan tahun kelapan hijrah.

25. Piagam kemenangan kita adalah :

* keadilan yang digariskan oleh Islam,
* membimbing dan menyelamat rakyat,
* berkasih sayang,
* tidak berdendam,
* keamanan dan
* mengangkat kemerdekaan yang sebenar.

Hari ini kita bersaksi bahawa Pemuda PAS akan bersedia menjadi teras kemenangan yang dinanti-nantikan.

Takbir! ALLAHU AKBAR!



Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan


Bookmark and Share

Saturday, January 22, 2011

Putrajaya perlu siasat aliran keluar wang haram RM888b

Putrajaya perlu siasat aliran keluar wang haram RM888b, kata DAP
January 23, 2011

Lim kecewa “lanun darat” dibiarkan bergerak bebas di Malaysia. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 23 Jan — DAP menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) tampil memberi penjelasan berhubung skandal aliran keluar wang haram berjumlah RM888 bilion (AS$291 bilion) yang direkodkan sepanjang tahun 2000 dan 2008.

Berdasarkan laporan badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global

Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, Malaysia berada di tempat kelima dalam senarai negara yang terlibat dalam aliran keluar wang haram sepanjang tempoh tersebut.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya kecewa kerana “lanun darat” dibenarkan bergerak bebas di negara ini, sekali gus menyebabkan wang sejumlah dibawa keluar secara tidak sah.

“Mana-mana kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab, yang berintegriti akan dengan segera menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal aliran keluar wang RM888 bilion secara haram ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bank Negara Malaysia akan membuat ulasan khas tentang laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak.

“Boleh ada banyak sebab, tetapi biarlah Bank Negara yang membuat komen khas tentang itu,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut laporan GFI, aliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) yang, lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (AS$68.2 bilion).

GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh.

GFI menyenaraikan China berada di tangga teratas di kalangan 125 negara membangun manakala Filipina pula di tangga ke-12.

Dalam kenyataannya, Lim berkata perkembangan itu memperlihatkan kurangnya penguatkuasaan dan usaha menegakkan lunas perundangan dan mengatasi budaya rasuah, yang sekali gus menghakis keyakinan dalam pasaran modal.

“Yang jelas, bukan sahaja Petronas malah BN juga mesti tampil bersih dalam skandal aliran keluar wang haram dalam jumlah yang besar,” kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan MP.

Malah laporan itu berkata, diskriminasi dalam pasaran pekerjaan juga faktor menyebabkan migrasi dan aliran keluar wang haram.

“Yang menyedihkan, kehilangan bakat modal insan Malaysia bukan sahaja memalapkan masa depan kita, tetapi juga menjadikan kita miskin,” kata Lim.

Kini terdapat kira-kira 700,000 rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di negara lain, dengan separuh daripada mereka di Singapura.

Malah GFI juga berkata, peningkatan tahap ketelusan dalam sistem kewangan global juga penting demi mengurangkan aliran keluar wang haram.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menekankan bahawa pentadbiran kerajaan negerinya yang berlandaskan slogan cekap, akauntabiliti dan telus telah membawa kepada pengiktirafan Ketua Audit Negara menerusi laporan 2009.

Oleh itu kata beliau, keengganan BN untuk menjelaskan skandal aliran keluar wang haram kemungkinan boleh menyebabkan Malaysia muflis menjelang 2019.

Katanya, jika RM888 bilion disalurkan kepada 27 juta penduduk negara ini, bermakna setiap rakyat dapat memperoleh RM33,000 sepanjang sembilan tahun 2000 dan 2008.

Friday, January 21, 2011

Lebih baik Rosmah saja jadi PM

Lebih baik Rosmah saja jadi PM
Ahmad Lutfi Othman
Kolumnis terkemuka, A Kadir Jasin mengulas beberapa respons dalam blognya, mengenai pembabitan aktif isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, terutama dalam lawatan terbaru ke Asia Barat (kunjungan empat hari ke Oman). Rosmah ke sana bukannya kerana mengiringi Najib Razak. Ini bukan kali pertama Rosmah bertindak atas kapasitinya sebagai "First Lady", yang sebenarnya tiada diperuntukkan dalam sistem pemerintahan di negara kita.

Melalui blognya, kadirjasin.blogspot.com, terdapat pembahas yang mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan bertanding pilihan raya umum akan datang. Menurut Kadir, seorang bekas menteri kanan yang diketahui cukup akrab dengan Najib dan Rosmah berkata isteri Perdana Menteri itu berpengaruh dan berpotensi memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk satu peranan yang lebih besar.

"Rosmah sudahpun mempunyai profil yang cukup tinggi dan mempunyai kedudukan de facto dalam sistem pemerintahan negara melalui projek Permata Negara yang mendapat peruntukan langsung dari Perbendaharaan sebanyak RM111 juta dalam Belanjawan 2011. Beliau juga memperoleh dan menikmati liputan berita yang cukup rapi dan meluas daripada media," tulis Kadir.

Selepas memperincikan kemunculan begitu ramai isteri sebagai pengganti suami dalam lanskap politik dunia, Kadir sempat mengusik: "Saya rasa pembangkang pun akan pening kepala kalau Rosmah bertanding. Hubungan beliau yang akrab dengan bintang-bintang Bollywood, boleh digunakan untuk menarik puluhan ribu hadirin ke ceramah-ceramah pilihan rayanya.

"Yang perlu hanya membawa bintang-bintang filem Bollywood dalam kempen beliau. Selain itu, beliau juga seorang penyanyi yang bagus yang tentunya boleh memikat hati pengundi Melayu yang rata-rata gilakan Bollywood dan sukakan hiburan."

Saya turut bersetuju andaikata Rosmah berhasrat untuk terlibat aktif dalam politik, termasuk bertanding dalam pilihan raya umum dan bersedia menggantikan Najib nanti. Situasi menjadi lebih keliru jika benar beliau sekarang bertindak di sebalik tabir dalam proses pembuatan dasar dan juga penganugerahan projek-projek. Keadaan hampir menyamai era Abdullah Ahmad Badawi apabila menantunya, Khairy Jamaluddin dikatakan menentukan keputusan-keputusan penting negara.

Biar rakyat membuat penilaian, sama ada seorang wanita bersedia dipilih rakyat sebagai Perdana Menteri, daripada membiarkannya menjadi dalang yang tidak boleh dipertanggungjawabkan, 'kan? Apatah lagi lawatan glamournya itu menghanguskan wang rakyat yang begitu banyak. Bayangkan saja kos penginapannya di sebuah hotel di Dubai didakwa mencecah RM140,000 semalam!

Lebih daripada itu, Rosmah cukup licik mempergunakan kedudukannya sebagai isteri Perdana Menteri, sehingga banyak pihak rimas dengan "kuasanya" yang melampaui batas. Segalanya mahu disentuh Rosmah, kadang-kadang mengalahkan menteri yang mengetuai potfolio tertentu.

II.

Selepas Dr Mahathir Mohamad dimalukan bekas anggota kabinetnya sendiri, Shahrir Abd Samad, di Johor Bahru pada 1988, tiada lagi kelibat Perdana Menteri, termasuk Abdullah dan Najib kemudiannya, dalam kempen pilihan raya kecil. Mereka lebih suka menyerahkan tugas mengetuai jentera BN kepada timbalan masing-masing. Namun di Sibu Najib terpaksa turun ke jalan raya dan pasar untuk meraih simpati masyarakat Cina di sana. Akhirnya BN tewas juga.

Di Tenang, Najib bertindak lebih awal berkempen menemui pengundi, dengan menggunakan kemudahan kerajaan sepenuhnya, sebelum tarikh penamaan calon lagi, malah sebelum nama wakil BN diumumkan pun. Beliau mengadakan lawatan sehari suntuk ke Labis, pada 18 Januari lalu. Ketibaan Najib dengan helikopter khas kira-kira 9.30 pagi itu semata-mata untuk berkempen memenangkan BN dan menolak calon PAS.

Tumpuan Najib adalah para peneroka Felda, dengan program di Pusat Komuniti Felda Chempelak Barat dan jamuan makan di Padang Awam Felda Tenang, diikuti majlis ramah mesra bersama masyarakat India di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Labis dan merasmikan bangunan tambahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Labis, seterusnya menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina.

Dengan memakai topi berlogo BN, Najib dilihat bersalaman dengan orang ramai. Jelas dalam Buletin Utama TV3, Perdana Menteri melemparkan dakyah politik. Selain mempromosikan "jasa-jasa BN" terhadap masyarakat Felda, Najib menggesa pengundi tidak membaca apa jua risalah yang mempunyai lambang PAS, KeADILan dan DAP. Nampak sangat Pengerusi BN ini begitu takutkan penyebaran maklumat dan informasi yang bakal mendedahkan tipu-helah mereka selama ini.

Dalam majlis sama, Najib sekali lagi mencari helah untuk tidak bersemuka dengan Anwar Ibrahim di pentas debat terbuka. Ketua Pembangkang pada tarikh sama, 18 Januari, melalui suratnya kepada Perdana Menteri, mempelawa Najib berdebat mengenai "isu berkaitan ekonomi negara dan fakta-fakta yang terkandung dalam Buku Jingga". Bagi Anwar, isu-isu tersebut kian mendesak memandangkan kos sara hidup melonjak tinggi, harga barang semakin meningkat dan membebankan rakyat, manakala hutang negara melonjak lebih 50 peratus.

Anwar yakin debat itu mampu memberi manfaat kepada usaha memperkukuh amalan demokrasi, penyebaran maklumat tanpa sekatan dan memulihkan kembali ekonomi negara.

Bagi saya, lebih penting daripada mencongak siapa bakal pemenang di Tenang adalah memastikan proses pilihan raya yang bersih, adil, bebas dan telus. Biar "padang permainan sama rata" buat semua calon yang bertanding. Proses pendemokrasian di Malaysia harus melambangkan kematangan dan kedewasaan kita setanding negara-negara maju. Banyak negara yang lewat mengamalkan demokrasi daripada kita tetapi berjaya melaksanakannya secara bertanggungjawab dan penuh integriti.

Sayang sekali, Najib tidak menunjukkan teladan yang baik untuk dirakam sejarah. Beliau -- seperti juga pemimpin utama BN sebelum ini -- sanggup memperalatkan apa jua institusi kerajaan dan mengamalkan rasuah politik, demi memastikan maruah BN di Johor tidak tercalar lebih teruk.

Saya kira buku Reforming Political Finacing in Malaysia, terbitan Trasparency International - Malaysia elok ditelaah bagi mendapatkan gambaran lanjut tentang isu-isu berkaitan politik wang di negara ini.

III.

Pagi Selasa lalu, saya tidak sempat menunggu isteri yang menjalani rawatan rutin di Institut Perubatan Respiratori Hospital Kuala Lumpur, berhampiran pejabat Harakah. Saya terpaksa berkejar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bertemu pakar bedah saraf. Tiga hari sebelum itu, selama tiga hari saya berehat di wad HUKM sambil mengikuti beberapa ujian pemeriksaan kesihatan.

Setiba di rumah, isteri nampak seronok bercerita tentang gelagat pemandu teksi yang membawanya balik ke Bukit Ampang. Menurut isteri saya, lelaki Cina itu, kelihatan lebih berusia daripada umurnya, 59 tahun, tetapi tidak henti-henti bersembang sepanjang perjalanan. Saya cuba rumuskan bicara pemandu teksi yang peramah itu, seperti diceritakan semula oleh isteri saya:

"Ramai orang susah sekarang. Macam saya, bawa teksi, hanya cukup untuk makan dan sewa rumah. Harga barang-barang naik melambung. Tapi lagi sakit hati saya apabila pemimpin kerajaan bandingkan harga dengan negara luar. Betullah, harga di sana lebih murah, tapi gaji mereka jauh lebih tinggi, berkali-kali ganda. Janganlah ingat kita ini bodoh.

"Malaysia ini cukup kaya. Jauh lebih kaya, dua tiga kali ganda daripada Singapura. Tapi you tengoklah sendiri, siapa yang senang? Duit tak sampai kepada rakyat. Orang berkuasa yang sapu. Siapa yang kaut semua? Sekarang, gaji di Singapura jauh lebih tinggi daripada kita walaupun negara kita sebenarnya lebih kaya.

"Kita bukannya tamak nak kaya, nak rumah mewah. Senang sikit cukuplah, bagi lega sikit hidup. Tak perlu teruk-teruk bekerja tapi hasilnya sikit, macam saya ini. Sudah macam-macam sakit sebab susah hati, tension.

"Macam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kita dapat air percuma, cukuplah. Kalau ada lebih nanti, mungkin banyak lagi yang kita akan dapat, okeylah tu sikit-sikit dulu ...

"Saya nak bagitau you, jangan takut tukar kerajaan. Lima tahun saja. Kalau tak puas hati, tukarlah balik. Lima tahun bukan lama, sekejap saja. Kalau boleh tunggu 50 tahun BN perintah, kenapa takut nak cuba kerajaan baru ... untuk lima tahun saja.

"Nak undi apa pun tak apa. Tak kira PAS, KeADILan atau DAP, asal jangan Umno sudahlah.

"Memang kerajaan tak suka orang lawan dia. Mereka guna ISA untuk tutup mulut rakyat. Tapi orang sekarang sudah tak takut lagi. Saya tak ada komputer tapi saya tahu orang lain tekan saya komputer, dapat tahu macam-macam rahsia kerajaan."


Apabila pemandu teksi itu menyebut ISA, isteri saya menyambut pantas: "Suami saya pun pernah ditahan ISA." Beliau juga berulangkali menyatakan kekaguman tidak terhingga kepada "orang tua di Kelantan" yang baginya terlalu hebat. "PAS tak akan kalah selagi ada orang tua itu di Kelantan," ujarnya bersungguh-sungguh. Isteri saya terpaksa menyebut nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkali-kali apabila nampak beliau seperti susah sangat hendak mengingati Menteri Besar Kelantan.


IV.

Teruja saya membaca laluan perit yang dilalui Presiden, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari yang terpaksa membuka 'pejabat' sendiri di depan ibu pejabat Utusan Melayu sebagai tanda bantahan terhadap majikannya yang menggantung kerjanya. Hata dituduh menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai media.

Menurut laporan Malaysiakini, pejabatnya itu hanyalah sebuah meja plastik kecil warna biru dan sebuah kerusi kecil. Di atasnya terdapat sebuah laptop, kamera kecil dan papan tanda bertulis "Wartawan Sedang Bertugas". Dan kakitangannya cuma beliau seorang.

Meskipun baru menerajui NUJ, Hata lantang mempromosikan prinsip kebebasan akhbar. Daripada segi ini, perjuangannya berkait rapat dengan apa yang Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) mulakan lebih 10 tahun lalu. Sebagai wartawan kanan Utusan Malaysia, akhbar yang terkenal dengan sifatnya sebagai "lidah rasmi" Umno, agenda yang ditekankan Hata dan NUJ begitu menarik untuk disorot secara lebih terperinci.

Apa pun, tabik Hata! Isu kebebasan media harus dirakyatkan.

Wednesday, January 12, 2011

Pak Lah ada Khairy, Najib ada Rosmah


Pak Lah ada Khairy, Najib ada Rosmah
Subky Latif

BETULKAH Khairy Jamaludin, Ketua Pergerakan Pemuda Umno mahu berundur dari politik buat satu masa yang tidak ditentukan?

Apa yang baru dinyatakannya dalam catitan komputer persendiriannya, dia baru menimbangkan kemungkinan tidak mempertahankan kerusi Parlimennya di Rembau dalam pilihan raya akan datang.

Baru menimbang saja. Belum ada kepastian.

Catitan sendiriannya itu belum boleh dilihat bersungguh. Masih banyak masa untuknya untuk menilai keinginan yang belum matang itu. Apa pun kenyataannya boleh menimbulkan spekulasi.

Yang baru dibayangkannya ialah kedudukannya sebagai anggota Parlimen Rembau. Kedudukannya sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia tidak disebutkan. Setakat ini dia masih Ketua Pemuda Umno dan belum membayangkan untuk berhenti dan masih Ketua Pemuda Barisan Nasional.

Kalau dia tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau, belum tentu dia tidak akan bertanding lagi tetapi mungkin mahu berubah kawasan.

Bapa mertuanya, Tun Abdullah Badawi dipercayai tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas. Umno tentulah sedang mencari calon yang sesuai bagi gantinya. Apakah tidak mungkin Khiary mahu beralih ke Kepala Batas dan mengosongkan Rembau?

Selain dari Kepala Batas kawasan keluarga bapa mertuanya, ia juga adalah negeri bondanya yang berasal dari Pulau Pinang.

Tetapi kemungkinan itu tidak berapa kuat.

Untuk mengatakan dia sudah hilang harapan dalam dunia politik, juga tidak berapa kena. Dia orang baru dan baru satu penggal sebagai Ketua Pemuda Umno. Masa depannya bergantung kepada masa depan Umno itu sendiri. Kalau Umno ada masa depan, maka dia mungkin ada masa depan juga.

Buat masa ini bintangnya tidak cerah. Bukan dia tidak pintar, maka dia tidak diberi apa-apa kedudukan dalam kerajaan. Tetapi masa ini dia berada dalam tempoh Perdana Menteri Najib mahu membebaskan Umno dan kerajaan dari saki baki pengaruh Tun Abdullah Badawi.

Pembersihan itu dilihat ketara. Selain dari tidak mahu ada orang Pak Lah, mengenepikan Khairy itu juga sesuai dengan kemahuan Dr. Mahathir. Logiknya pada Dr. Mahathir, Khairy tidak jadi ahli Umno pun tidak mengapa. Ramai lagi orang lain boleh menjadi ahli Umno.

Ada kemungkinan selagi Najib menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri, maka tidak dapat dibayangkan ada tempat yang sesuai untuknya. Itulah yang orang agak tentang Khairy dan Najib. Ia mungkin berubah. Tetapi setakat ini keadaan adalah begitu.

Khairy memang seorang yang ranggi semasa zaman Pak Lah dulu. Seteru politiknya memang suka akan nasibnya sekarang.

Apa yang cuba dibayangkannya itu mungkin mahu menguji Najib. Mahu meminggirnya terus atau mengkaji semula sikap mengenepikannya? Dan dia mungkin mahu melihat akan reaksi sekalian orang Umno. Adakah orang berkehendakkannya atau tak ada pun tidak akan mengurangkan kekuatan Umno?

Apa pun yang berlaku, jelas ia menyindir sikap Najib terhadapnya. Apa yang dia tidak suka sangat pada Khairy? Jawabnya tidak lain, kerana ada bayangan Pak Lah dalam politik Khairy.

Tidak dapat diagak apakah ia akan mengubah sikap Najib kepadanya?

Tetapi tidak juga mustahil suara awal Khairy itu adalah usaha untuk membebaskan diri dari beban politik Najib yang mungkin tidak akan dapat dipikul oleh Umno.

Kalau politik Pak Lah disangka politik Khairy, tetapi politik Najib adalah politik Rosmah malah Rosmah lebih menonjol dari Najib. Ia jadi beban kepada Umno dan beban kepada kerajaan. Dengan segala beban meliputi pollitik, ekonomi, sosial, akhlak, jenayah dan sebagainya, apa yang Najib hadapi lebih berat dari yang Pak Lah hadapi.

Khairy akan memikul sama beban berat itu. Sebelum ia rebah, baiklah Khairy membebaskan diri, supaya tidak terhempap sama dalam timbunan beban itu.

Selepas itu bolehlah dia memikir semula untuk aktif semula dalam politik.

Tetapi kalau perubahan kuasa berlaku di Putrajaya, tidak semestinya Khairy kembali cergas dalam Umno. Dia boleh menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Mungkin janji 100 Hari Pakatan Rakyat itu yang mendorongnya secara tidak sedar menyatakan imbasannya dalam catitan komputer yang terbuka.