Pages

Thursday, August 26, 2010

BenarKAH?



PANAS!!! Benarkah Bakal PM Ahli Koprorat FreeMason Malaysia !!



Bermula 10 Sya'ban 1398H bersamaan 15 Julai 1987 masihi, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah Al-Mukarramah telah mengeluarkan fatwa, kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan 'Freemason'.

Bermula 10 Sya'ban 1398H bersamaan 15 Julai 1987 masihi, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah Al-Mukarramah telah mengeluarkan fatwa, kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan 'Freemason'.
Terbongkar: Manifesto Najib Razak, Benarkah Bakal PM Itu Ahli Koprorat FreeMason Malaysia !!

Satu berita menggemparkan telah berlaku, dan kami sendiri tidak perasan akan isu ini. Ianya berkaitan dengan laporan tentang Manifesto Najib Razak dalam artikel terdahulu. Sungguh, tidak disangka-sangka bahawa dalam maklumat tentang “perkhidmatan sosial” Najib, ada menyebutkan beliau adalah “Ahli Kehormat FreeMason Malaysia” sejak 1980 hingga sekarang. Ramai yang tertanya-tanya, dari manakan maklumat ini diperolehi?. Kami sendiri terkejut dengan maklumat berkenaan. Namun, suka diingat bahawa segala maklumat berkenaan telah dihantar oleh salah seorang puak-puak UMNO sendiri menerusi “database” profail peminpin UMNO yang terdapat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Jika benar Najib adalah Ahli Korporat FreeMason Malaysia. Maka ini adalah sesuatu yang harus diberi perhatian dan lebih besar untuk kita perkatakan. Perkara ini amat mengejutkan semua pihak. Namun, kami tidak berani untuk mengiya atau menidakkannya. Hanya pembaca sendiri boleh menilai dan menyiasat perkara ini. Kami hanya menyiarkan salinan asal maklumat berkenaan sahaja.

Maka itu disini sedikit kami huraikan tentang Freemanson dan serta kaitan dengan musuh-musuh Islam dengan identiti yang tersendiri dan sangat-sangat menjijikkan. Maka jika benar bakal PM Malaysia terlibat sebagai Ahli Kehormat FreeMason Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menolak beliau naik. Jika tidak sudah pasti seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam akan berada dalam keadaan bahaya. Sudahlah selama ini kita dirosakkan dengan “Islam Hadhari”. Mungkinkah pula selepas ini kita akan ditanamkan pula dengan “Islam Glokal” pula. Sila rujuk dibawah :-

Bermula 10 Sya’ban 1398H bersamaan 15 Julai 1987 masihi, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah Al-Mukarramah telah mengeluarkan fatwa, kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan ‘Freemason’. Impak pertubuhan paling lama bertapak di muka bumi ini menghasilkan implikasi yang benar-benar, paradoksnya. Berhasrat untuk merampas kembali Palestin dari Kristian untuk membina kembali Haikal (Istana) Nabi Sulaiman. Asetnya tidak manimalis, malah akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah.

Namun, selepas zaman Revolusi Eropah pada kurun ke-17 yang merakamkan kejatuhan kerajaan Kristian dan kegemilangan Islam, perhatian terus dihala kepada Islam.Pertubuhan ini dianggotai bangsa Yahudi tulen, persis Ariel Sharon, Ehud Barak, dan lain-lain.

Freemason mempunyai beberapa pertubuhan yang dinaunginya serta menggunakan simbol yang sukar ditafsir, seperti matahari, bulan, mata, pyramid. Antara pertubuhan songsang mereka, Illuminati, Pertubuhan B’nai B’rith, Pertubuhan Bahaiyah – menimbalkan keraguan dalam hati umat Islam mengenai agama yang disyiarkan dan dianuti.Pertubuhan Kesaksian Yehova.

Gerakan ini amat banyak di Malaysia yang berselindung disebalik Badan Kebajikan Lions Club dan juga Rotary Clubs. Bahkan ramai juga orang Islam yang terlibat dengan gerakan ini atas nama kebajikan untuk menarik perhatian umat Islam.

http://pahangdaily.blogspot.com

Tuesday, August 24, 2010

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

ISU HUDUD DAN NEGARA ISLAM BERGEMA LAGI

14 Ramadan 1431 H | 24 Ogos 2010

Isu Hudud dan Negara Islam akan sentiasa menjadi polimik antara PAS dan DAP khususnya, selagi kefahaman dan penghayatannya tidak dilaksanakan. Persoalan utama ialah memahami dasar perjuangan PAS, yang berteraskan Dasar Islam. Sebagai umat Islam, melaksanakan perintah Allah adalah satu kewajipan yang dituntut oleh syarak. Kerana itu, bagi PAS melaksanakan hukum hudud, qisas dan takzir adalah satu kewajipan bagi pemerintahan Islam.

Oleh kerana UMNO yang memerintah lebih 50 tahun tidak melaksanakannya, maka timbullah tanggapan di kalangan orang bukan Islam, bahawa perlaksanaannya tidaklah menjadi tuntutan. Lantaran itu, kami jelaskan bahawa UMNO mengabaikan kewajipan yang sepatutnya mereka sebagai pemerintah melaksanakannya. Pengabaian ini menyebabkan timbulnya pertembungan antara PAS dan UMNO hingga kini. Asas kepada penentangan ini ialah UMNO mengabaikan kewajipan agama, yang telah difardhukan oleh Allah, manakala PAS berjuang agar kewajipan ini dilaksanakan.

PAS menekankan bahawa manusia adalah milik Allah, dan begitu juga bumi adalah milik Allah. Maka sebagai hamba Allah, kita mesti melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Sekiranya perintah dan larangan Allah diabaikan, pasti akan mengakibatkan timbulnya pelbagai kegawatan dalam masyarakat manusia.

Hari ini kita terpaksa menerima hakikat gagalnya sistem perundangan mengawal pelbagai kepincangan yang berlaku. Peningkatan kadar jenayah, pembunuhan, pembuangan bayi, dadah, perzinaan, kes kecurian, penderaan dan lainnya telah sampai ke tahap yang sangat membimbangkan.

Manifestasi kegagalan ini boleh dilihat dengan indeks jenayah yang meningkat, penjara-penjara yang terpaksa menampung penjenayah yang di luar kouta yang dibenarkan, pusat-pusat serenti yang sentiasa bertambah, bahkan kini ada cadangan sekolah khas bagi ibu mengandung, pemberian jarum suntikan dan bekalan dadah sentatik kepada penagih dadah. Semuanya ini adalah gambaran gagalnya sistem ciptaan manusia, bahkan ianya membebankan negara.

Hudud, adalah sebahagian daripada perundangan Islam. Umat Islam yang menerima Islam sebagai agama bermakna menerima seluruh sistem yang ada dalam Islam. Allah menegaskan “Wahai orang yang beriman, masuklah ( terimalah ) seluruh ajaran Islam, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan."

Oleh kerana ia adalah sebahagian daripada ajaran Islam, maka golongan bukan Islam tidak terikat dengan sistem dan perundangan Islam. Contohnya mahkamah syariah, ianya hanya membicarakan kesalahan di kalangan orang Islam, manakala orang bukan Islam tidak tertakluk di bawah mahkamah syariah, walaupun kini ianya tidak melibatkan kes-kes jenayah. Umpamanya kalau ada kes khalwat, hanya pesalah Islam dihukum, sedangkan pesalah bukan Islam tidak dihukum.

Meneliti peningkatan kes jenayah kini, yang majoritinya umat Islam, maka sangat penting ditekan agar umat Islam yang melanggar batas larangan syarak dapat dibimbing ke arah kehidupan positif lagi bermakna bagi negara. Hukum adalah sebahagian dari pada proses mendidik manusia agar menjadi warganegara yang berguna. Namun seandainya hukum yang ada gagal mengawal jenayah, bahkan ianya tidak menakutkan penjenayah bagi mengulagi jenayah di lakukan, bermakna kita sebenarnya gagal dalam membentuk satu sistem perundangan yang tepat.

Sebagai warga negara kita tentulah sangat inginkan sebuah negara yang aman, bebas daripada jenayah, pemimpin dan rakyat dapat membentuk satu kehidupan yang harmoni, golongan yang kaya tidak bimbang keselamatan hartanya daripada dicuri, anak-anak boleh bebas keluar dari rumah; dan ibu bapa tidak lagi bimbang keselamatan anak dari dirogol, diculik, diperdagangkan bahkan mungkin dibunuh.


Negara Islam.

Senaraikan bentuk negara terbaik yang anda inginkan samada ciri pemimpinnya, sistem pemerintahannya, tanggungjawab rakyat kepada pemimpin dan sebaliknya kewajipan pemimpin kepada rakyatnya serta bentuk kemajuan negara yang ideal bagi anda. Saya katakan itulah negara Islam. Sayangnya negara Islam kehilangan model sebenar, sehingga pelbagai persepsi timbul dalam pemikiran masyarakat, khusunya bagi masyarakat bukan Islam. Apakah bentuknya seperti negara Taliban di Afganistán, atau negara Iraq di era Saddam dan kini, atau Saudi yang majoritinya umat Islam. Kehilangan model ini menyebabkan timbul kebimbangan terhadap apakah bentuk negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Dengan kemenangan PAS di Kelantan memerintah selama 20 tahun, apakah ada sesuatu yang menakutkan orang bukan Islam untuk mendiami negeri tersebut? Selama 20 tahun pemerintahan, Kelantan bebas dari pemimpin rasuah, berbanding sepenggal jadi MB bagi negeri UMNO/BN. Kehidupan pemimpin yang sederhana, rakyat meneruskan aktiviti ekonomi dengan baik, agihan kekayaan yang sampai kepada rakyat sehingga Kelantan mampu memulakan negeri berkebajikan mendahului negeri-negeri lain dalam keadaan sebuah negeri yang miskin, dengan tekanan politik dan ekonomi yang berterusan.

Bayangkan kalau negara kita ini dengan hasil minyaknya, gas, kelapa sawit, getah, bijih besi, emas dan pelbagai sumber kekayaan yang lain, tentulah kita mampu menjadikan negara ini sebuah negara yang makmur dan kehidupan rakyatnya yang mewah.

Bagi PAS nama negara tidak penting samada kita menerima negara Islam atau apa jua nama yang sesuai, kerana yang penting ialah ciri-ciri negara tersebut yang tidak bertentangan dengan nilai Ilahi. UMNO di era Tun Mahathir juga mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Namun ianya dipenuhi dengan rasuah, penyelewengan, salah urus tadbir, ketirisan yang semakin membesar, bahkan tindakan melindung pemimpin yang terlibat dengan skandal rasuah sangat mengaibkan bagi sebuah ‘negara Islam’.

Kita boleh mengekalkan bentuk negara yang ada dengan menguatkuasakan perundangan bagi membina sebuah negara yang bermoral. Membasmi rasuah dan penyelewengan, salah guna kuasa, dan lainnya. Bagi orang Islam mereka terikat dengan sistem perundangan Islam, manakala bagi golongan bukan Islam, mereka juga terikat dengan sistem perundangan sivil yang ada. Kerana bagi umat Islam, pemimpin mestilah yang paling tinggi akhlaknya, mampu menjadi model kepada rakyat, bertaqwa dan tidak fasiq, mampu melaksanakan keadilan kepada semua, memberi hak kepada yang berhak dan mengambil hak bagi yang tidak berhak, dan mengekalkan seluruh kebaikan dalam sistem pemerintahan negara.

Negara sekular bertentangan dengan bentuk negara Islam, kerana sistem sekular bermakna pemisahan negara dengan agama. Bagi PAS, menerima Islam bermakna menerima seluruh sistem Islam, bukan hanya menerima dalam persoalan peribadi, dan tidak menerima Islam dalam aspek lainnya. Contohnya nilai haram bagi rasuah lebih tinggi nilainya berbanding bersalah dalam sistem sekular. Rasuah menyebabkan pelakunya dihumban ke neraka , walaupun mungkin dia terlepas di dunia. Demikian juga riba’ bagi umat Islam menyebabkan mereka kekal dalam neraka selama-lamanya berbanding ‘bersalah’ dalam sistem sekular. Rasa gerun ini perlu dididik agar mereka lebih takut kepada Allah dari undang-undang dunia.

Lantaran itu dalam proses membina negara ke arah lebih baik, apa jua sistem yang mampu membina negara, maka kita mesti menerima dan malaksanakannya. Maka bagi umat Islam, yang terbaik ialah sistem yang diturunkan oleh Allah berbanding sistem ciptaan manusia.

Monday, August 23, 2010

Dato Onn

Dato Onn bukan menang pilihan raya kecil
Subky Latif

SAYA mahu membentulkan kesilapan kecil Tan Sri Abdullah Ahmad Kok Lanas dalam rencana tetapnya di sebuah harian.

Tulisnya, Dato Onn menang dalam satu pihan raya kecil Parlimen di Terengganu. Dan itulah kemenangan pertamanya dan kemenangan terakhirnya.

Sebenarnya yang dimenanginya itu bukan pilihan raya kecil tetapi pilihan raya umum 1959. Dia mengalahkan calon Perikatan, Ungku Mohsin Abdul Kadir dalam perlawanan satu sama satu.

Dato Onn pernah menyertai pilihan raya Parlimen tiga kali. Yang pertama dalam pilihan raya pertama tahun 1955 di negeri di Johor . Walau pun dia pemimpin Melayu yang terkemuka bukan saja di negerinya tetapi di seluruh Tanah Melayu, tetapi dia kalah di sarangnya sendiri. Tidak seorang pun calon Parti Negara yang dipimpinnya menang.

Kemudian adalah satu pilihan raya kecil jika tidak silap di Batu Pahat. Jika saya silap DKL (Dolah Kok Lanas) pula boleh betulkan saya. Batu Pahat adalah kubunya satu masa kerana dia pernah jadi Pegawai Daerah di situ.

Dia juga kalah di situ.

Dalam Pilihan Raya Umum 1957, pilihan raya Parliman dan Negeri tidak serentak. Pilihan raya Parlimen diadakan setelah pilihan raya di negeri-negeri selesai.

Dalam pilihan raya Negeri Terengganu, Parti Negara menang empat kerusi. Perikatan kalah dan PAS yang membentuk kerajaan. Parti Negara tidak menang di mana-mana melainkan di Terengganu saja.

Maka PAS memberi laluan kepada Dato Onn untuk bertanding dalam satu kawasan. Jika PAS tidak memberi laluan kepadanya, belum tentu Dato Onn boleh menang dalam pertandingan tiga penjuru. PAS pun belum tentu menang kalau bertanding melawan Dato Onn dan Ungku Mohsin.

Pemimpin PAS ketika itu ialah Dr. Burhanuddin Al-Hilmy. Dr. Burhanuddin adalah seteru politik Dato Onn yang memimpin Umno. Dr. Burhanuddin memimpin parti Melayu yang pertama ditubuhkan iaitu Partai Kebangsaan Melayu Malaya. Sambutannya adalah positif.

Kemudian Dato Onn menubuhkan Umno bersaing dengan PKMM yang dipimpin Dato Onn. Apabila Darurat diisytibarkan tahun 1948, Inggeris mengharamkan PKMM tetapi Umno tidak. Malah Dato Onn dan seterngah penyokong Umno dilantik menjadi menteri dalam kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang dijajah Inggeris.

Dato Onn sebagai menteri dalam negeri bertanggungjawab bagi pihak British mengenakan tahanan kepada pemimpin dan penyokong PKMM.

Tetapi dalam Pilihan Raya Umum 1959 itu Dr. Burhanuddin memberi laluan kepada seteru politiknya itu untuk bertanding di Terengganu dan Dato Onn menang. Tetapi beliau meninggal sebelum penggalnya berakhir. Orang kuatnua Gharib Raof bertanding sebagai calon Parti Negara dalam pilihan raya kecil di kawasannya dan kalah.

Matilah Parti Negara selepas mati Dato Onn. Anak cucu Dato Onn tidak menyambung pimpinan partinya tetapi mereka meneruskan perjuangan Umno yang tidak pernah disenangi oleh Dato Onn.

Mengapa Dr. Burhanuddin bersetuju memberi laluan kepada Dato Onn sedang Terengganu adalam negeri yang sudah diperintah oleh PAS?

Itulah siasah syariyah. Sebagai parti politik, PAS boleh bekerjasama dengan mana-mana lawan Umno, supaya musuh yang lebih besar itu dapat dikurangkan pengaruhnya. Dengan memberi laluan kepada Dato Onn, Dato Onn dijamin menang dan sekalian penyokong Dato Onn di tempat lain memberi sokongannya kepada calon PAS.

Jika bertanding tiga penjuru dengan Dato Onn, PAS mungkin menang dan tidak mungkin menang. Dengan memberi laluan kepada Dato Onn, jelas Perikatan tidak menang.

Walau pun Parti Negara dan Dato Onn sudah menjadi seteru yang kecil, tetapi dengan keadaan yang ada, Dato Onn dan Parti Negara sudah tidak boleh pergi lebih jauh.

Poliltik kerjasama yang PAS tunjukkan itu adalah satu kematangan sementara ia membina kekuatannya bagi melebarkan pengaruh partinya.

Kaedah siasah syariyah yang sedemikian juga dibuat semasa PAS memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali, seorang yang dipecat Umno untuk bertanding menggunakan lambang PAS di Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke 12.

Walaupun Datuk Ibrahim menjadi MP bebas dan kadang-kadang menyusahkan PAS, tetapi PAS ketika itu hanya ada majoriti satu kerusi di DUN Kelantan dan dalam Pilihan Raya Kecil di DUN Pasir Pekan dalam Parlimen Pasir Mas, PAS telah kalah.

Strategi memberi kerusi kepada Ibrahim Ali satu dari ikhtiar bagi mengekalkan pengaruh PAS. PAS dapat memenangi pilihan raya umum lalu dengan majoriti yang besar.

Ada pun Ibrahim Ali seorang itu biarkanlah. Ada dia pun tidak menguatkan sangat PAS dan tiada pun tidak pula melemahkan PAS.