Pages

Friday, May 7, 2010

uMno n SeramBi Las VeGas

Umno Mahu Jadikan Malaysia Serambi Las Vegas
Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi Bolapsepak Piala Dunia 2010.

Hal ini sudah jelas mendapat tentangan rakyat sejak cadangan pertamanya tahun lepas. Namun kali ini ia berbangkit lagi dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram. Alasan ini dengan sendirinya membuktikan kelemahan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan kerajaan. Bila sudah gagal mereka keluarkan lesen untuk menghalalkan pula.

Kempen memerangi dadah masih diteruskan walaupun belum berjaya menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. Dadah diistihar sebagai musuh negara. Kenapa selepas bertahun-tahun gagal membasmi dadah hingga ke akar umbi Kerajaan tidak mengeluarkan lesen pengedaran dadah pula.

Kerajaan kata dadah itu merosakan rakyat dan menjadi ancaman kepada negara kerana menyebabkan ketagihan serta dorongan melakukan jenayah. Apakah judi tidak memainkan peranan yang sama. Berapa ramai rakyat Malaysia yang jadi kaki judi mengabaikan keluarga mereka, malah ada yang sanggup jadi penjenayah untuk mendapatkan modal berjudi. Sepatutnya judi diistihar sebagai musuh utama negara juga.

Rakyat Kelatan khususnya pasti bersyukur dengan kekalahan Umno dan Awang Adek dalam pilihanraya lalu dinegeri itu. Jika beliau menang dan Umno rampas kerajaan Kelantan, pastilah beliau yang kononnya mahu diangkat menjadi Menteri Besar akan menjadikan Kelantan sebagai Negeri Serambi Las Vegas bukan lagi Serambi Mekah.

Disebabkan gagal di Kelantan beliau yang mendapat peluang jadi Menteri melalui ehsan Najib mahu jadikan Malaysia pula sebagai serambi Las Vegas. Tak dapat Kelantan, satu negara diperjudikannya.

Mungkin tindakan ini terdorong dek peluang yang dinikmati Singapura yang baru-baru ini mendapat suntikan pelaburan sebanyak USD 5.7 Bilion dari Las Vegas Sand Corp yang mahu membina sebuah Resort Perjudian mewah dinegara itu bagi menyaingi Genting Highland. Projek Marina Bay Sand itu dijangkakan mendatangkan pulangan USD 2 Bilion setahun dan menjadi antara sumber kewangan baru bagi Kerajaan Singapura.

Oleh itu, Awang Adek cuba menunjukan Malaysia lebih terbuka dari Singapura dengan harapan syarikat Perjudian antarabangsa berminat membuka resortnya di Malaysia pada masa akan datang. Krisis kewangan global menjadikan pemimpin Umno buta mata, dan sanggup mengambil apa sahaja peluang untuk mengaut keuntungan bagi membiayai projek-projek politik yang mereka janjikan kepada rakyat sejak PRU-12.

Tahun ini usia Umno 64 tahun, bermakna sudah lebih 64 tahun mereka bergelumang dengan perjudian. Di awal penubuhannya berbondong-bondong Ulama' dan Ustaz-Ustazah keluar dari Umno menubuhkan PAS kerana kedegilan pemimpin Umno yang tekad menjadikan loteri kebajikan dan pelbagai jenis judi sebagai aktiviti ekonomi mereka hingga ke hari ini.

Hari ini Umno masih bersandarkan hasil judi untuk terus berdiri megah di PWTC. Lihat sahaja senarai pemegang saham dan ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat judi dalam negara. Malah, bila sebut pasal tokoh pelaburan judi dalam Umno rakyat akan terbayang wajah Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.

PAS berharap agar rakyat membuka mata dan bangkit menolak dasar-dasar perjudian yang cuba dihalalkan Umno. PAS yakin, tanpa duit hasil judi, ekonomi negara ini mampu melangkah jauh ke hadapan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, May 6, 2010

MESRA CEPAT DAN BETUL......

Kereta Perdana V6 Ketua Polis Selangor pun dicuri
06/05/2010 4:31pm

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM 6 Mei – Kenderaan rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hilang dipercayai dicuri ketika diletakkan di tempat letak kereta berhadapan sebuah restoran di Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/H, Seksyen 9 di sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi, ketika anggota polis yang bertugas memandu kereta jenis Perdana V6 berwarna hitam itu sedang bersarapan di restoran tersebut.

Khalid pula tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja. – Utusan

Wednesday, May 5, 2010

Dongeng Kadok, Pandir dan Luncai moden

Dongeng Kadok, Pandir dan Luncai moden
Othman Inayatullah

Ini cerita bukan cerita dongeng dulu seperti kisah Pak Kadok, Pak Pandir dan Luncai tetapi ianya cerita benar lagi benar dan tiada yang tidak benar semata-mata benar.

Kisah berlaku pada tahun 2009 iaitu tahun lepas. Ada dua keluarga yang berjiran sekian lama tetapi mereka saling rebut 3 tapak tanah. Tanah pertama merupakan tanah yang penuh dengan pokok hutan. Tanah tersebut menghasilkan akar dan buluh lemang sahaja. Memandangkan tanah tersebut jauh ke dalam hutan, maka hasilnya tidak seberapa.

Dua tanah lain pula mempunyai hasil yang lumayan iaitu emas. Emas yang tertanam di tanah ini adalah emas kelas satu dengan kata lain 100%. Harganya mencecah berbilion Ringgit Malaysia (RM). Tuntutan tanah bertindih ini telah sekian lama.

Dijadikan cerita, Pak Kadok yang berakal udang telah berjumpa jirannya, Pak Pandir yang lurus bendul. Pak Kadok melahirkan keinginan hatinya untuk menyerahkan 2 buah tanah emas beliau kepada Pak Pandir.

Maka terperanjatlah Pak Pandir dengan usul Pak Kadok tersebut dan dengan sifat lurus bendulnya, Pak Pandir terus setuju. Dalam lurus bandul Pak Pandir, Pak Pandir cerdik daripada Pak Kadok yang berotak udang. Dengan falsafah "rezeki jangan dibuang, musuh jangan dicari" maka Pak Pandir pun menandatangani perjanjian dengan Pak Kadok di rumah Pak Pandir.

Seminggu sebelum majlis tandatangan penyerahan tanah-tanah tersebut, Pak Kadok telah bermesyuarat dengan adik beradik beliau yang bernama Pak Bodoh, Pak Bangang, Pak Bahalol, Pak Otak Di Lutut, Pak Takut Bini dan yang paling bongsu bernama Pak Lidah Pendak.

Adik beradik Pak Kadok bersetuju dengan Pak Kadok. Mereka beri sokongan tanpa berbelah bagi. Sebelum itu pada tahun 2003, anak sulung Pak Kadok yang bernama Anak Nas telah menandatangani perjanjian dengan syarikat Mur untuk mengusahakan tanah emas tersebut. Anak Nas ini tidak dibawa berbincang oleh Pak Kadok.

Maka Mac 2009, kedua-dua tanah tersebut diserahkan kepada Pak Pandir yang sering tersenyum kerana melihat kebodohan Pak Kadok yang berotak udang bersama adik-beradiknya yang sama taraf dengan Pak Kadok. Penyerahan ini terus senyap sehingga anak bongsu Pak Kadok yang berada di USA mengetahuinya.

Anak bongsu ini terus menghubungi abang beliau iaitu Anak Nas. Anak Nas merasa marah lalu memberitahu pengkabaran ini kepada seluruh adik beradik beliau. Anak Nas dan adik-adik beliau terus menekan Pak Kadok dan Pak Kadok dengan lembut mengatakan dia mengamalkan prinsip menang menang dengan Pak Pandir.

Untuk meredakan keadaan, setiausaha sulit Pak Kadok yang bernama Orang Tua Bangap Putra menyatakan sebab-sebab penyerahan 2 tanah tersebut kepada Pak Pandir. Orang Tua Bangap Putra mengatakan bahawa nanti Pak Pandir akan menyerahkan tanah hutan kepada Pak Kadok serta Pak Pandir bersetuju 2 tanah tersebut dikerjakan oleh Pak Kadok sebahagian untuk tempoh 40 tahun mulai Mac 2009.

Namun begitu setiausaha Pak Pandir yang bernama Orang Muda Bijak Pintar mengesahkan bahawa tanah hutan tetap milik Pak Pandir. Selain itu, Pak Pandir telah mengarahkan syarikat Tot mengusahakan tanah tersebut sedangkan Anak Nas masih terkaku. Disebabkan otak udang Pak Kadok dan kebangangan tahap gaban adik beradik Pak Kadok, anak-anak Pak Kadok kehilangan tanah yang hasilnya berbillion RM dan tanah hutanpun belum tentu menjadi miliknya.

Itulah Pak Kadok Moden. Ayam sabung menang tetapi kampung tergadai. Siapa yang paling bodoh, Pak Kadok atau Pak Pandir? Dalam cerita ini, siapa penderhaka dan pengkhianat? Jawab jangan tak jawab tetapi jawapan anda hendaklah diterjemahkan dalam PRU 13.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.