Pages

Thursday, September 2, 2010

Pelajar Pahang di Kaherah dibolehkan berpolitik? Sep 1, 10 10:27am

Pelajar Pahang di Kaherah dibolehkan berpolitik?
Noum Mes Sep 1, 10 10:27am
Kongsi 23
Assalamualikum.. kepada pihak yang berwajib, realiti yang nyata berlaku.

Pelajar dipergunakan oleh sesetengah pihak dalam agenda politik khususnya politik Malaysia.

Sungguh tidak masuk akal lambang sebuah parti politik berada di premis pelajar, sedangkan kita sudah maklum bahawa pelajar dilarang berpolitik.

Tetapi inilah yang berlaku di asrama Pahang Kaherah, Mesir. Dimaklumkan pertubuhan ini jelas berunsurkan politik yang ditubuhkan atas dasar kebajikan namun, mengapa mesti menggunakan lambang parti politik?

Saya berpendapat ini adalah jelas mempunyai satu agenda lain bahkan amat tidak bersesuaian dengan situasi pelajar. Saya sebagai penyokong kuat kepada pertubuhan tersebut merasakan perlu kepada perlaksanaan yang betul dan benar-benar ikhlas dalam melaksanakan kebajikan pelajar, tidak perlulah berlatarbelakangkan politik.

Semenjak kehadiran pertubuhan ini, bermacam kejadian yang mengundang kepada perpecahan dikalangan pelajar dan kemerosotan yang ketara dalam pelajaran bagi setiap ahli pertubuhan ini khususnya dan amnya seluruh anak-anak Pahang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pertubuhan tersebut. Ini juga tidak ketinggalan kesannya kepada pelajar-pelajar lain.

Mengapa pekara sebegini boleh berlaku? Berkemungkinan besar, tumpuan kepada pembelajaran yang tidak sepenuhnya dan seringkali mengundang perbalahan sesama pelajar dan disebabkan pertubuhan ini jelas berunsurkan politik semata-mata.

Jelas amat tidak wajar kehadiran pertubuhan ini di kalangan pelajar. Lebih-lebih lagi dengan situasi yang berlaku di asrama Pahang ketika ini yang cukup sensitif dengan apa-apa pekara yang berunsurkan politik dan juga penumpuan pelajar-pelajar masa kini kepada dunia ilmu.

Saya merasa sedikit kekeliruan dengan kehadiran pertubuhan ini dan kewujudan lambang parti politik Malaysia yang sekarang ini adalah sebuah parti yang saya amat kagumi, boleh mengambil langkah untuk menggunakan premis pelajar sebagai pejabat atau pusat gerakan dan sebagainya.

Dilihat kepada premis pelajar ini tidak mempunyai apa-apa tanda yang menunjukkan adalah tempat kediaman ataupun asrama pelajar. Sedangkan sepengetahuan saya seluruh banggunan (premis pelajar) ini adalah hak milik Yayasan Pahang. Tetapi tiada apa-apa tanda bahawa premis ini hak milik Yayasan Pahang.

Kebimbangan juga saya terdapatnya lambang parti politik (Umno) ini dikira mencabuli hak Yayasan Pahang. Jika saya terlibat sama, kemaafan dipohon atas pencabulan yang berlaku,

Di sini, saya menyatakan kekecewaan dan pengharapan yang tinggi, lambang pertubuhan parti politik (Umno) ini di premis pelajar diturunkan atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.

Menjadi hasrat dan cita-cita besar bagi ahli pertubuhan, dan pelajar-pelajar lain pekara ini diambil berat dan tindakan untuk memindahkan atau menrunkan lambang pertubuhan parti politik (Umno) ini sesegera yang mungkin.

Dengan kemrosotan kecemerlangan dan berlakunya perpecahan dikalangan pelajar, sewajarnya pertubuhan ini dibubarkan atau dinafikan kewujudannya. Kecemerlangan pelajar dan hubungan yang baik dikalangan pelajar amat penting dan lebih diutamakan.

Justeru, saya berharap lambang tersebut dapat diturunkan dengan segera yang mungkin.

Lebih-lebih lagi sekarang adalah waktu kedatangan mahasisiwa baru ke Mesir sekaligus akan ini akan menimbulakan padangan yang tidak baik terhadap perrtubuhan ini dan pihak-pihak yang lain.

Saya amat berharap agar dengan tersiarnya surat ini akan mendapat perhatian yang serius dari mana-mana pihak dan ada pihak yang akan membuka mata dengan membawa hal ke peringkat yang lebih tinggi.

Sekali lagi saya sangat berharap agar lambang Umno tersebut segera diturunkan!

Tuesday, August 31, 2010

AL-WALA TERAJU KEBANGKITAN UMMAH

AL-WALA TERAJU KEBANGKITAN UMMAH

1.0 Muqadimah

Al-Wala’ wa al-Bara’ merupakan suatu konsep yang sangat penting dalam Islam.Ianya merupan akar umbi dan asas di dalam aqidah Islam.Justeru ianya adalah tuntutan daripada keimanan setiap penguncap dua kalimah syahadah- cinta dan benci kerana Allah.Konsep ini juga , menjadi semangat kekitaan yang menentukan jati diri dan identity bagi keperibadian diri seorang muslim.

Seterusnya, merasa bangga dan mulia untuk hidup dan mati kerananya.Konsewp ini menentu golongan manakahyang wajib diberi hak keistimewaaan , bahkan dilaksanakan pelepasan diri darinya.Seterusnya dijadikan ianya sebagai asa bertindak supayatidak berlaku penyusupan kedalam saff musuh atau sebarang gerakerja yang menguntungkan mereka. Konsep ini menjadi syarat kemenangan bagi gerakan Islam dan jalan keluar dari krisis yang meninpa ummah.

Kebangkitan ummah yang hakiki hanya menjadi kenyataan apabila konsep suci ini dihayati,sekalihusmenolak sebarang konsep yang asing dari Islam hasil dari serangan pemikiran yang berterusan . Selain itu, jemaah Islam wajib menilai semula persoalan al-Wala dan al-Bara yang sebenar menurut Islam dalam menetukan sikapdan tindakan mereka,sebagai ganti kepada persoalan al-wala l-barayang dibina diatas nilaian akal mereka dengan nama ‘maslahah dakwah’.Penghayatan semula ummah terhadap konsep ini terhadap ilmu,manhaj dan kaedah ulama kebangkiatan Islam ini- yang disebut sebagai zaman ‘dakhnun’ didalam hadis.

2.0 Hubunganya dengan aqidah tauhid
-Cinta dan taat kepada Allah sebagai ubudiyyah
-المولاة danالمادة kepada yang berhak sebagai kelaziman daripada iman
-Rangkai dua kalimah syahadah
-2 bentuk al-waladan al-bara

3.0 Persoalan الولاء لأهل الحق والبراء من الهل الباطل
4.0 Pembahagian tiga keadaan manusia di dalam persoalan ini:
i.Golongan yang beriman
ii.Golongan yang kafir dan munafiq
iii.Golongan yang bercampur imannya antara iman dan maksiat

Manakala bagi ahli bid’ah pula, perlu kepada penerangan khusus.Dalam hal ini Imam an-Nawawi menyebutkan : يجب اجتنابه ويتعينزجرة .Dalam zaman kebangkitan Islam in konsep عزلة شعورية mestilah diguna pakai sepertimana yang pernah dilaksanakan oleh generasi sahabat dahulu

5.0 Bentuk-bentuk penyelewengan al-Wala:
1.Redha dengan kekafiran orang kafir dan tidak mengkafirkan mereka atau ragu-ragu tentang kekafiran mereka atau membenarkan sebarang ajaran mereka yang kufur.
2.Melantik mereka sebagai pemimpin dalan wilayah ammah dan mengambil mereka sebagai pembantu dan teman kepercayaan ( sehidup semati bersama-sama)
3.Cinta dan berkasih sayang terhadap mereka
4.Menyertai hari perayaan agama mereka atau mengucap tahniah atas dasaar agama kufur mereka
5.Membocorkan rahsia orang mukmin kepada orang kafir
6.Duduk di dalam majlis bersama-sama orang kafir dn munafiq secara pilihan sendiri dan mendengar perbicaraan mereka yang mempersendakan ayat-ayat Allah tanpa berusaha untuk menyanggahi atau marah atau keluar dari majlis mereka
7.Menyerupai mereka dalam perkara yang menjadi syiar khusus bagi lambag kekafiran mereka
8.Menganggotai pertubuhan-pertubuhan mereka dengan memberikan wala’ (cinta dan pertolongan )kepadanaya.

Ada diantara perkara-perkara tersebut yang membawa kepada kemurtadan dan ada yang hanya dikira sebagai dosa sahaja, selama tidak melampaui batas-batas iman dan kufur , namun ianya boleh menjejaskan aqidah.

6.0 Al-Wala’ sebagai sumber kekuatan ummah : Melahirkan akhlak:
-Dalam amal Islami
-Ukhuwwah
-‘Izzah dan berani bersama Islam

7.0 Ideologi di zaman ini yang menggantikan konsep al-wala’wal-bara
-Nasoinalsme : Pancasila “Binneka Tungga Ika”, rukunnegara
-Pluralisme : Falsafah abadi , tolenrasi agama dan sebagainya.(IKIM)
-Futurisme,humanisme,: Globalisasi, kriket Israel-MSC

8.0 Langkah-langkah untuk mengembalikan penghayatan ummah terhadap konsep al-wala’wal-bara
1.Menghidupkan iman al-Aqli seterusnya menyuburkan iman Az-Zauqi
2.Merancakkan program-program yang menyuburkan iman dan rohani
3. Menanamkan semula sensitivity ummah terhadap kewajipan menunaikan hak-hak al-wala wal-bara erhadap mereka yang berhak
4.Menepis segala bentuk keraguan dan mendedahkan kepalsuan ideology kufur yang cuba menggantikan konsep al-wala wal-bara serta menjelaskanya kepada seluruh ummat Islam.

9.0 Penutup
Selama mana seorang muslim tidak menunaikan tuntutan iamn melalui konsep ini bahkan meletakkan ianya di tempat yang salah maka ianya dikira berdosa, zalim,sesatdan ada ketikanya menyebabkan ianya tidak kekal dalam Islam walau sesaat pun .Tidak sedikit alasan pun yang boleh diterima bagi mereka yang cuba melepaskan diridaripada kewajipan tersebut.Maka barangsiapa yang tidak bersama-sama sehidup semati bersama-sama orang-orang Islammaka dia bukanlah daripada mereka.Tiada pilihan bagi mereka melainkan wajiblah menzahirkan perseteruan mereka terhadap musuh-musuh Islam.

*Disediakan oleh : Ustaz Azmil Zainal Abidin