Pages

Saturday, July 17, 2010

tut...tut...tut...got an email...


Salam perjuangan untuk semua teman-teman.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan sentiasa mendoakan semoga esok masih lagi boleh menghembus nafas dan masih lagi boleh beribadah kepada Robbul Jalil.

Dalam kecerian kita menunggu natijah imtihan yang lepas, amat terasa gementar dalam jiwa, apakah natijah yang bakal di saksikan menggembirakan atau sebaliknya.

Apapun natijah yang bakal ditempuhi, doakan moga hati kita sentiasa redha atas ketentuan Ilahi berdasarkan apa yang kita usahakan.Kita tidap boleh menhgarapakan 100% kepada usaha kita tetapi apa yang lebih penting adalah takdir Ilahi terhadap semua hambaNya.kita wajib berserah padaNya.Apa jua keputusan sesama kita rasai, mungkin ini adalah tarbiah dari Ilahi.

Teman-teman,

Ana pun kurang pasti kenapa title ana pada post kali ini, berbunyi macam "tu..tut...tut..tut..got an email"....

Mungkin teman-teman yang memahai boleh menterjemahkannya.tetiba sahaja terasa nak bertitle macam tuh..hehehehhe


Kereta mewah tu pulak, confirm tak de kena mengena ngan post kali ni, tapi kalau ada orang sponsor kete macam tu best jugak.Berangan je laaa..

ok laaa temana yang dirahmati, doakan moga kita semua tidak termasuk dalam golongan manusa yang berada dalam fitnah, golongan yang membuat fitnah dan segala galanya.Redha Allah yang kita harapkan.Berjuang dimedan yang kamu yakini.wassalam

Wednesday, July 14, 2010

Salam...kaabah....

Alhamdulillah semoga sihat dan seceria mentari yang memancar cahaya yang cukup memanaskan.

Baru sahaja tiba dari Mator Kaherah, sambut tetamu Allah dari bumi Makkah.Menunai umrah, memperhambakan diri didepan kaabah,dulunya batu batan yang di susun oleh Saidina Ibrahim dan Saidina ISmail, menjadi arah kiblat menyembahan bagi ummat iislam seluruh dunia.

Dengan penuh seri dan ceria, tetamu Allah ini menjajek kaki di bumi Kinanah ini.Kurang sikit panas kata nya berbanding di Makkah.hanya lirikan senyum saya ukirkan.

Empat hari tetamu Allah tersebut akan berada di bumi Kinanah ini.Teringin dan amat teringin untuk memjejak kaki ke bumi Makkah, 7tahun yang lepas saya sudah menjejak kaki kesana tapi kerinduaan untuk kesana sentiasa berada dalam jiwa.Saya pasti semua kita ada rasa seperti itu.Insyaallah, ya Allah sampaikan hambaMu ini ke bumi yang penuh keberkatan.

Kepada mereka yang akan kesana doakan untuk kami mampu untuk menziarahi bumi Kaabah tersebut.

Hasil dari sembang dengan kekawan, Syarikat Al Atal ada memberi peluang (maksudnya di support) kepada wakil Negeri yang mengguna syarikatnya untuk ke tanah suci.Pulau Pinang ada wakil, Sabah ada wakil, Kuala Lumpur pun dengar cerita ada wakil untuk ke Bumi Kaabah, tetapi Negeri Perak tak dengar pulak sapa yang menjadi wakil tetamu Allah tersebut.Tak susah pun, nanti kita carikan.

Tapi sekurang-kurangnya bagitau laa siapa wakil dari Perak, boleh juga ana nak kirim doa dan sampaikan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad.Paling tidak pun boleh hantar ke mator pun jadi laa.

Teman yang dirahmati Allah.Berjuanglan dimedan yang kamu yakini...wassalam