Pages

Saturday, May 23, 2009

makHluk dakwah

Salam sayang para sahabat yang rahmati, dalam kesibukan medan peperangan, kita masih lagi
dikurniakan oleh Allah untuk sama-sama menghargai masa yang dikurniakan.Walaupun kita tahu perjalanan masa tidak berubah 24 jam sehari menjadi 32jam sehari.Itulah ketentuan yang Allah sengaja ciptakan untuk kita berfikir. "apakah kamu tidak berfikir".

Allah menjadikan manusia dan jin adalah untuk memperhambakan diri kepadaNya.Kepatuhan hanya layak kita berikan hanya kepada Khalik yaitu pencipta kita, lantas kita akan menjadi jiwa yang benar-benar patuh kepada segala peraturan, kewajipan, mahupun larangan.

Apa yang lebih special, bukan nasi goreng special kat KLCC, kita sudah la dilahirkan dalam
golongan manusia yang sememangnya Islam, Tok wan kita, moyang kita gerenti Islam, dibesarkan dalam suasa islam, dapat mempelajari ilmu-ilmu islam dan yang lebih specialnya lagi adalah kita sekarang berada digedung ilmu atau dikiblat ilmu.Al Azhar As Syariff, bukan satu nama yang asing lagi bagi masyarakat dunia, sehinggakan puak-puak kuffar Amarika pun mengiktiraf Universiti Al Azhar adalah sebuah universiti Islam yang terkemuka.

Terlalu ramai manusia yang telah menjadi makhluk dakwah hasil keluaran kilang al Azhar ini.Sedar atau tidak kita sekarang berada didalam institusi ini atau kita masih terleka dibuat kelazatan kehidupan yang tak berapa lazat ni.

Bukanlah untuk membicarakan sesuatu yang terlalu dalam untuk kita sama-sama fikirkan, tetapi sekadar untuk menyedarkan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang mahu mengambil sebagai iktibar.Nun hari-hari kita mendengan pelbagai masalah yang timbul hasil dari kecerdikan manusia yang berkiblatkan madiyyah, yang berkiblatkan duniawi, yang berkiblatkan hawa nafsu,yang berkiblatkan hasad dengki, yang berkiblatkan pangkat darjat,macam macam lagi yang boleh diistilahkan.

Kita sebagai penuntut ilmu yang Allah campakkan dalam sanubari kita sedikit kefahaman islam, wajib menjadi pendokong kepada gerakan islam yang mahukan keseluruhan sistem islam dapat dijalankan dimana-mana dunia islam.Mungkin kita boleh fikirkan sejauhmana kita boleh bergerak, bersuara, bekerja, untuk memertabatkan apa yang dicanangkan tadi.Adakah cukup sekadar secibis ilmu yang kita ada untuk memperjuangkan islam.Us Hairul Nizam selalu sebut, pada masa beliau menjadi Presiden PMRAM, masa tu ana menjadi YDP Perak, "siapa nak bersama-sama ana berada 20 tahun di bumi mesir untuk sama-sama belajar dan menjadi seorang yang mujtahid". Siapa yang sanggup? Moga harapan dan cita-cita us Hairul menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Bagi kita yan tak mampu menjadi seperti us Hairul, adakah kita hanya mampu merelakan apa yg terjadi dimata kita sekarang.Dengan ilmu dan kefahaman yang kita ada sekarang, aku rasa, kita mampu untuk sekurang-kurangnya dapat merubah pemikiran kawan-kawan kita yang masih dibelenggu dengan fikrah dan ideologi yang tidak jelas.Mari kita sama-sama mewakafkan diri kita untuk gerakan yang mahukan islam.Kita bersedia diletakkan dimana-mana posisi untuk melaksanakan tugas islami.

Ana yakin dan percaya, ada diantara kita yang sudah berkecimpung dalam medah dakwah, sudah biasa dengan ujian caci, maki hamun, dan sebagainya.kami berharap pada sahabat yang sedang diuji dalam medan dakwah moga thabat dan semata-mata kerana Allah.Tetapi dalam ramai-ramai kita, ana juga percaya masih ada lagi diantara kita yang alpa, layu, tak bermaya, beralasan macam-macam lagi lah yang boleh melemahkan semangat.Ku kirimkan tulisan ini untuk kita sama-sama muhasabah diri.walaupun kita sedar kita ada kelemahan, tapi anggaplah kelemahan itu akan mengajar kita erti perjuangan.Lemah bukan beerti kita kalah.Kelemahan dalam setiap aspek, pastinya ada jalan keluar.

Al Quran dan asSunnnah dustur kita, pengkajian ini akan menyelesaikan segala kekusutan, kelemahan kita.Makhluk dakwah berpaksikan iman dan islam hanya mampu untuk merubah dunia kekufuran kepada dunia islam.Kita diantara mata rantai perjuanagan yang mulia ini sentiasa berikrar akan sentiasa berjuang untuk mu Islam.Berjuang dimedan yang kamu yakini..

No comments:

Post a Comment