Pages

Tuesday, June 2, 2009

Air France n Bumbung Stadium

PARIS 2 Jun - Pasukan mencari dan menyelamat pesawat Air France yang hilang bersama 228 orang penumpang sedang menjalankan misi pencarian di Lautan Atlantik hari ini, namun harapan untuk menemui mangsa dalam keadaan selamat adalah tipis dan pembayang mengenai punca insiden masih lagi kabur.

Ketika penyiasat masih memerah otak dengan siri mesej ralat yang dihantar kapal terbang itu selepas ia melalui kawasan ribut, pesawat pengesan Brazil dan Perancis menjalankan usaha mencari walaupun dalam cuaca buruk di kawasan lautan antara Amerika Selatan dan Afrika.

Air France AF 477 adalah antara kapal terbang tercanggih yang digunakan untuk tujuan pengangkutan.


MALAYSIA:,Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi venue utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.

Kerosakan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter.

Ia menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP)

Sahabat dan teman-teman yang dikasihi, moga dikala ini berada dalam lembayung rahmat Ilahi, dikesempatan ruang dan masa dikurniakan oleh Ilahi untuk sama-sama kita merenungi anugerah rahmat dan juga bala yang Allah kirimkan untuk hambanya yang berada dimuka bumi ini.bagi mereka yang beriman dengan ketentuan Ilahi, mereka akan mengambil iktibar atas apa yang terjadi.

Dua kejadian bala yang Allah kirimkan kepada kita untuk sama-sama kita fikirkan, nun jauh di bumi Allah, di Paris, yang mungkin ada diantara kita akan sampai dibumi tersebut, kapal terbang yang canggih, tenggelam dalam lautan akibat melalui makhluk Allah yang bernama "RIBUT", hingga ketika post ini ditulis, gerakan mencari masih mencari bangkai pesawat yang belum dapat dikesan.Sehingga Obama pun mahu memberi pertolongan.

Teman, Allah pernah kirimkan agin yang lembut untuk menyiksa hambanya yang berdosa terhadapnya.Sama-sama fikirkan.

Malaysia tanah air ku, Terengganu negeri yang paling kaya, hasil petrolium.Parti Islam Semalaysia pernah memerintah negeri yang kaya ini.Tetapi bila dipertah oleh PAS negeri yang kaya ini tiba-tiba jadi miskin sebab royalty petrolium ditarik oleh pemerintah Negara.biadapkan...

Teman, hari ni kita dikejutkan dengan runtuhan yang berlaku, stadium yang dibina dengan harga ratusan juta ringgit, runtuh menyembah bumi.Siapa yang bertanggungjawab?

"Nyatalah kerosakan didarat dan dilaut adalah disebabkan tangan-tangan manusia".Kita terlalu mengejar kemewahan, berlumba untuk menunjukkan bahawa kita berkuasa untuk membuat apa sahaja yang kita mahukan.Mahukan studium, mahukan bagunan pencakar langit, mahukan jambatan bengkok, mahukan semua yang canggih-canggih, tetapi dihati pemerintah tak terlintas pun untuk memertabatkan islam secara syumul.

Bertimbun-timbun lagi rakyat yang papa kedana, kais pagi makan petang, kais-kais sampat petang untuk dapat duit makan malam, beribu-ribu lagi pelajar yang tidak mendapat biasiswa, belambak lagi ratyat yang tidak bersekolah.Meraka berfikir tapi tiada menjumpai asal masalah, kerana mereka memikirkan kantung mereka sahaja.

Berapa pula kewangan yang akan dibelanjakan untuk menyiasat kes runtuh bumbung tersebut, berapa pula kos yang akan digunakan untuk membaiki bumbung tersebut, dari kantung mana untuk menolong rakyat?

Teman, marilah kita sama-sama muhasabah diri kita, betapa kerdilnya kita dihadapan Allah.Kapal terbang yang tercanggih, boleh tenggelam dalam lautan, studium yang harga ratusan juta (mesti canggih) runtuh menyembah bumi, adakah saja Allah mengtakdirkan kejadian tersebut atau bala dan amaran Allah kerana kita manusia sudah melampau sehingga Allah turunkan amaran tersebut, sama-sama kita renungkan, jangan tepuk dahi sahaja....tapi berfikir dengan penuh keimanan kepada Pencipta kita.Wassalam

No comments:

Post a Comment