Pages

Saturday, May 22, 2010

Aku, mereka, KPIPM = kita KPIPM

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam gerbang imtihan untuk semua, semoga kita semua sihat dan sentiasa memohon nusrah dari Allah untuk menguatkan keimanan kita terhadap pencipta kita dan memberi kekuatan untk menghadapi segala cabaran dalam menghadapi imtihan dan juga mehnah dalam menuntut ilmu.

Dalam situasi imtihan sering berhadapan dengan insiden-insiden yang boleh melalaikan kita dari situasi yang sebenar.Sedia makluma kepada semua, khusus anak-anak Perak, yang mungkin sudah lama ana tak menulis dalam blog ana.Tiada niat untuk menambah kekeruhan tetapi sekadar untuk menjelas beberapa isu yang berkeliaran dalam BKAN Perak.

Setelah bercuti 5bulan lebih diMalaysia, kembali sebagai seorang pelajar dan masih ahli KPIPM, sedikit sebanyak agak terguris sekiranya ada manusia yang memburukkan KPIPM tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh.Ana dah baca dalam blog “ibnu Ir Fadzil,” blog “Hairul Nizam Mat Husain,” dalam tranungkite, tajuk ‘Isu BKAN Perak; Dimana Kebenaran? Dan beberapa blog lagi, yang mungkin semua sahabat sudah baca.Ana juga ada bersembang dengan YDP KPIPM sendiri.Beberapa maklumat dari YDP yang ana yakin semua sahabat sudah tahu semasa program bersama YDP n En Muhaimin pada malam jumaat yang lepas.

Teman-teman yang dirahmati,

Berkenaan sahabat kita yang memukul seorang budak tu pun dia bersama dua orang sahabat dia datang kerumah ana untuk memberi penjelasan, setelah mendengar penjelasan dari beliau, ana kira kes tersebut memang sesuatu yang tak sepatut berlaku.Ana ada kata pada sahabat yang memukul tu, sekiranya ana ditempat beliau ana pun akan memukul budak itu dulu, akibatnya KENA BERANI TANGGUNG laa.Tapi Alhamdulillah sikap seperti itu tak terjadi pada ana walaupun pernah menjaga 4orang budak selama beberapa tahun sehingga sekarang pun hubungan masih baik.

Menjaga maruah memang dituntut dalam Islam, penyebar fitnah memang patut disekat dan dihentikan.Mengapa berlaku fitnah dan kenapa fitnah tersebar ataupun kita sendiri yang meletakkan diri kita dalam fitnah?

Ana juga ada menyatakan kepada beliau sekiranya masih tidak puas hati dengan beberapa tidakan dari beberapa orang yang tidak dikenali dengan menghantar SMS ugutan, dia boleh membuat laporan dan dan budak yang kena pukul pun sekiranya tak puas hati sebab tiada tindakan dari sesiapa, budak tersebut juga boleh membuat laporan yang mengatakan dia di pukul.Sekiranya laporan dibuat pada pandangan ana, tidak lah kes ini meleret leret dan sentiasa disebut-sebut dijalanan.

Ana tak pasti sehingga sekarang apa tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.Mungkin En Muhaimin ada tindakan tersendiri?ataupun En Muhaimin masih berdiam diri kerana masih belum mendapat pengiktirafan yang sebenarnya.So tiada tindakan penyelesaian yang disepakati.

Teman-teman yang dirahmati,

Sedikit berkenaan dengan pegawai untuk BKAN Perak.Ana penuh yakin, bahawasanya isu pegawai bukan lah isu yang baru, tindakan untuk menghantar pegawai ke Rumah Perak sudah berzaman.Pengorbanan yang paling besar dalam isu pegawai ke Rumah Perak ni adalah Dato Zainal Abidin, bekas Duta ke Kaherah.Banyak kali berjumpa dengan beliau bersama wakil-wakil pmpinan Kerajaan Perak yang berjumpa dengan Dato pada masa dulu meluahkan isi hati bahawa Perak perlu seorang pegawai.Beberapa tahun telah berlalu, suasana telah berubah,emosi kemahasiswaan telah berubah.

Keharmonian rumah Perak tersinar sepanjang masa, keakraban ukhwah terasa bahangnya, keceriaan ahli-ahli KPIPM memang bertaut, walaupun sesekali disinggah dengan badai-badai lembut yang ana fakir ianya mematangkan pemikiran ahli-ahli KPIPM.

Seminggu dua ni, rumah Perak macam dilanggar geruda, tersebar seantaro dunia, beberapa kes antaranya kes yang dah ana sebut diatas tadi, dan yang paling best kes kedatangan Pegawai ke Rumah Perak.

Rumah Perak adalah antara BKAN yang terlewat pengahantaran pegawai. Setahu ana BKAN yang belum ada pegawai hanya lah Pulau Pinang, Kelantan dan Perak.

Kenapa ana mengatakan Perak masih belum ada pegawai?

Hujjah yang paling mudah adalah, Pegawai safarah pun tidak mengiktiraf dia sebagai pegawai, so kenapa empat lima orang dari ahli KPIPM beria sangat kata dia pegawai.

Bab surat? Malas laa ana komen.malu la Setiausah Kerajaan Perak sebab surat pun tak pandai buat.Malu laaa SU kerja di JAIP, surat pun tak pandai buat.Surat ni benda simple tapi ianya amat berharga.

Pada pandangan ana KPIPM bukan tak terima pegawai di rumah Perak tapi biar la yang betul-betul pegawai, yang penuh beretika, yang tinggi budi bicara, yang berani ambil tindakan walau pada sesiapa pun yang membuat kesalahan.

Ana yakin En Muhaimin pun mempunyai cirri tersebut tetapi masih takut untuk menggunakan kerana dia tahu status dia sebagai pegawai masih tergantung.Dia sendiri tahu, tapi masih nak berkeras dengan sedikit keberanian yang ada dan di support keberanian yang ada di sekelilingnya.

Pendapat ana yang tak bagus ni laa, baik balik dulu keMalaysia Negara yang ku cintai, masuk kursus kepegawaian dulu, BTN ke apa ke, lapur diri dulu kat Wisma Putra di Kuala Lumpur,biar la Wisma Putra tahu Perak Mesir dah ada pegawai,tukar paspot diplomat dulu, minta surat dan tandatangan dari PENGARAH JAIP dulu.Minta etika kerja dari Wisma Putra dulu, ana rasa kerja-kerja ni tak sampai sebulan pun boleh settle dan datang dengan seorang yang berintegriti, yang ada wawasan untuk mengubah pradigma mahasiswa yang malas belajar macam ana, untuk lebih maju dalam bidang pelajaran.

Bab duit KPIPm tu tak yah laa kacau, selamat je duit KPIPM dalam peti besi tu.dah lebih 40 tahun YDP, TYDP dan Bendahari KPIPM uruskan kewangan tu, tak de pun yang hilang ke,tak ber akuan ke.Kalau nak duit sangat buat je proposal atau kertas kerja dan hantar kat MB ke SUK ke Sultan ke, minta peruntukan untuk memajukan ahli-ahli Perak.Duit yang ada dalam peti besi tu pun bukan banyak sangat pun, biar laa duit tu berkarat dalam peti besi tu ok...

Ana rasa itu je laa kot dari ana untuk kali ni.Tulisan yang ana nukilkan ni bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan, tetapi sekadar untuk menjernihkan sedikit kekeruhan, walaupun tak dapat menjernihkan sepenuhnya.

Sekian, berjuanglah dimedan yang kamu yakini….Wassalam

Khalil Yahaya

Sunday, May 16, 2010

RM50ribu umtk MCA,,,takkan yg kat mesir ni bg kurang kot......nak buat anjakan pradigama tuu

RM50 RIBU BAHAGIAN MCA: ZAMBRY BONEKA MCA
Thursday, 13 May 2010 11:05 Al-Hakimi As-Syah Alami
0diggsdigg

Kenyataan Media (12 Mei 2010)
RM50 RIBU BAHAGIAN MCA: ZAMBRY BONEKA MCA
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dan sudah tentu orang Melayu / Islam di Negeri Perak juga akan kecewa dengan Umno Negeri Perak jika benar dakwaan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan memberikan dana sebanyak RM3.6 juta untuk semua 24 bahagian MCA di Negeri Perak bagi melaksanakan projek pembangunan kecil kawasan setelah pertemuan Presiden MCA yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Perak, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengadakan kunjungannya minggu lepas.
Persoalan yang timbul kini ialah adakah hanya MCA yang akan memperolehi komitmen tersebut daripada Datuk Seri Zambry, bagaimana pula dengan parti politik lainnya? Adakah dengan penyaluran tersebut membuktikan bahawa semua agensi atau jabatan yang sepatutnya disalurkan peruntukan gagal menjalankan tanggungjawab mereka? Adakah signal Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor menyebabkan Datuk Seri Zambry terpaksa tunduk kepada MCA bagi memastikan Barisan Nasional (BN) memerintah Negeri Perak semula?
DPPN Pk merasakan usaha terdesak ini membuktikan bahawa Umno sudah mula meminggirkan orang Melayu kerana takutkan orang Cina yang masih lagi tidak menyokong Umno / BN di Negeri Perak. Bagi DPPN Pk sungguh malang buat orang Melayu di Negeri Perak yang akan menerima akibatnya dengan sikap Umno yang sudah beralih arah sekarang ini. Usaha bagi memastikan sokongan MCA sudah mula kelihatan dan banyak program yang telah disusun oleh jentera Datuk Seri Zambry bersama dengan orang Cina sekarang ini.
DPPN Pk merasakan sudah tiba masanya Umno jujur menyalurkan wang rakyat tanpa ada motif politik kepartian. Jika dilihat program Umno Juara Rakyat yang dilancarkan di Negeri Perak bukan lagi program Umno malah lebih kepada program BN Juara Rakyat. Rakyat perlu menilai keikhlasan Datuk Seri Zambry dan jenteranya.
DPPN Pk mendesak supaya peruntukan khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) turut disiasat kerana terdapat unsur penyelewengan wang rakyat disebabkan pembahagian khusus peruntukan kepada Bahagian MCA. Siasatan segera perlu dijalankan demi kepentingan rakyat.
ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

uMNO

KEMUDAHAN AWAM: HAK SELURUH RAKYAT BUKAN MILIK UMNO / BN
Thursday, 13 May 2010 11:04 Al-Hakimi As-Syah Alami
0diggsdigg

Kenyataan Media (12 Mei 2010)
KEMUDAHAN AWAM: HAK SELURUH RAKYAT BUKAN MILIK UMNO / BN
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan sikap angkuh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak membenarkan kemudahan awam digunakan oleh semua pihak tanpa ada sekatan kepada mana-mana parti politik. Perkara ini tidak diamalkan semasa kepimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin malah beliau memberikan kebenaran kepada siapa sahaja.
DPPN Pk sudah berkali-kali memohon menggunakan kemudahan awam seperti mengadakan himpunan di Stadium Perak, Ipoh dan juga bermuktamar di Dewan INTIM, Ipoh tidak diberikan langsung kebenaran oleh Datuk Seri Zambry. Kemudahan awam seperti sudah menjadi milik dan hak Umno sahaja tanpa memperdulikan rakyat dan hak demokrasi yang ada di Negara ini. Semua parti politik yang wujud di negara ini adalah berdaftar secara sah dan bukanlah pertubuhan haram.

Bagi DPPN Pk, Umno masih lagi bersikap angkuh walaupun rakyat telah menghukum mereka semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 yang lalu. Umno dilihat masih tidak sedar dan masih bermimpi dengan kuasa yang mereka perolehi. Bagi rakyat, sudah tentu hukuman yang setimpal bakal menyusul kembali buat Umno akibat dari sikap anggkuh mereka sendiri.
DPPN Pk mendesak Datuk Seri Zambry memberikan layanan samarata serta kebenaran buat semua parti politik agar dapat menggunakan kemudahan awam yang sedia ada. Jangan berdalih dengan hanya membenarkan Umno / Barisan Nasional (BN) sahaja diberi kemudahan awam tersebut. Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan perlu diamalkan. Kelak lambat laun Perpaduan hanya tinggal mimpi sahaja buat rakyat Malaysia.
ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

uMno

Kenyataan Media (13 Mei 2010)
PELAWA MASUK UMNO: BUKTI ZAMBRY PEMIMPIN LEMAH
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucapkan terima kasih di atas pelawaan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk masuk menjadi Ahli Umno terbukti menunjukkan Umno sudah mula di tolak oleh generasi muda yang kini bersama dengan PAS untuk menegakkan keadilan sebenar. Sudah tentu generasi muda akan terus menolak Umno yang disifatkan sebagai kekotoran yang masih tidak dapat dibersihkan.
Pertamanya, pelawaan ini juga membuktikan ketidakmampuan kepimpinan Pergerakkan Pemuda Umno Negeri Perak di bawah ketuanya Maslin Sham Razman yang di tolak hampir 18 Pemuda Umno Bahagian seluruh Negeri Perak yang memaksa Datuk Seri Zambry untuk mengambil alih tugas Maslin sekarang ini. Keduanya, pelawaan ini menunjukkan Umno ketandusan pengaruh golongan orang muda dan terpaksa menjadikannya kempen kemasukkan keahlian baru di dalam Umno.
DPPN Pk juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak menyiasat tawaran tersebut kerana ianya sebagai tawaran politik. Selepas daripada ini akan kedengaran bahawa Ahli Pemuda PAS akan memohon untuk menjadi keahlian Pemuda Umno tidak lama lagi, kaedah strategi dan tektik ini sudah menjadi kebiasaan dengan cara Umno sebenarnya.
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak