Pages

Sunday, May 16, 2010

RM50ribu umtk MCA,,,takkan yg kat mesir ni bg kurang kot......nak buat anjakan pradigama tuu

RM50 RIBU BAHAGIAN MCA: ZAMBRY BONEKA MCA
Thursday, 13 May 2010 11:05 Al-Hakimi As-Syah Alami
0diggsdigg

Kenyataan Media (12 Mei 2010)
RM50 RIBU BAHAGIAN MCA: ZAMBRY BONEKA MCA
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dan sudah tentu orang Melayu / Islam di Negeri Perak juga akan kecewa dengan Umno Negeri Perak jika benar dakwaan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan memberikan dana sebanyak RM3.6 juta untuk semua 24 bahagian MCA di Negeri Perak bagi melaksanakan projek pembangunan kecil kawasan setelah pertemuan Presiden MCA yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Perak, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengadakan kunjungannya minggu lepas.
Persoalan yang timbul kini ialah adakah hanya MCA yang akan memperolehi komitmen tersebut daripada Datuk Seri Zambry, bagaimana pula dengan parti politik lainnya? Adakah dengan penyaluran tersebut membuktikan bahawa semua agensi atau jabatan yang sepatutnya disalurkan peruntukan gagal menjalankan tanggungjawab mereka? Adakah signal Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor menyebabkan Datuk Seri Zambry terpaksa tunduk kepada MCA bagi memastikan Barisan Nasional (BN) memerintah Negeri Perak semula?
DPPN Pk merasakan usaha terdesak ini membuktikan bahawa Umno sudah mula meminggirkan orang Melayu kerana takutkan orang Cina yang masih lagi tidak menyokong Umno / BN di Negeri Perak. Bagi DPPN Pk sungguh malang buat orang Melayu di Negeri Perak yang akan menerima akibatnya dengan sikap Umno yang sudah beralih arah sekarang ini. Usaha bagi memastikan sokongan MCA sudah mula kelihatan dan banyak program yang telah disusun oleh jentera Datuk Seri Zambry bersama dengan orang Cina sekarang ini.
DPPN Pk merasakan sudah tiba masanya Umno jujur menyalurkan wang rakyat tanpa ada motif politik kepartian. Jika dilihat program Umno Juara Rakyat yang dilancarkan di Negeri Perak bukan lagi program Umno malah lebih kepada program BN Juara Rakyat. Rakyat perlu menilai keikhlasan Datuk Seri Zambry dan jenteranya.
DPPN Pk mendesak supaya peruntukan khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) turut disiasat kerana terdapat unsur penyelewengan wang rakyat disebabkan pembahagian khusus peruntukan kepada Bahagian MCA. Siasatan segera perlu dijalankan demi kepentingan rakyat.
ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

No comments:

Post a Comment