KEMUDAHAN AWAM: HAK SELURUH RAKYAT BUKAN MILIK UMNO / BN
Thursday, 13 May 2010 11:04 Al-Hakimi As-Syah Alami
0diggsdigg
Kenyataan Media (12 Mei 2010)
KEMUDAHAN AWAM: HAK SELURUH RAKYAT BUKAN MILIK UMNO / BN
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan sikap angkuh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak membenarkan kemudahan awam digunakan oleh semua pihak tanpa ada sekatan kepada mana-mana parti politik. Perkara ini tidak diamalkan semasa kepimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin malah beliau memberikan kebenaran kepada siapa sahaja.
DPPN Pk sudah berkali-kali memohon menggunakan kemudahan awam seperti mengadakan himpunan di Stadium Perak, Ipoh dan juga bermuktamar di Dewan INTIM, Ipoh tidak diberikan langsung kebenaran oleh Datuk Seri Zambry. Kemudahan awam seperti sudah menjadi milik dan hak Umno sahaja tanpa memperdulikan rakyat dan hak demokrasi yang ada di Negara ini. Semua parti politik yang wujud di negara ini adalah berdaftar secara sah dan bukanlah pertubuhan haram.
Bagi DPPN Pk, Umno masih lagi bersikap angkuh walaupun rakyat telah menghukum mereka semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 yang lalu. Umno dilihat masih tidak sedar dan masih bermimpi dengan kuasa yang mereka perolehi. Bagi rakyat, sudah tentu hukuman yang setimpal bakal menyusul kembali buat Umno akibat dari sikap anggkuh mereka sendiri.
DPPN Pk mendesak Datuk Seri Zambry memberikan layanan samarata serta kebenaran buat semua parti politik agar dapat menggunakan kemudahan awam yang sedia ada. Jangan berdalih dengan hanya membenarkan Umno / Barisan Nasional (BN) sahaja diberi kemudahan awam tersebut. Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan perlu diamalkan. Kelak lambat laun Perpaduan hanya tinggal mimpi sahaja buat rakyat Malaysia.
ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
No comments:
Post a Comment