Pages

Saturday, May 23, 2009

makHluk dakwah

Salam sayang para sahabat yang rahmati, dalam kesibukan medan peperangan, kita masih lagi
dikurniakan oleh Allah untuk sama-sama menghargai masa yang dikurniakan.Walaupun kita tahu perjalanan masa tidak berubah 24 jam sehari menjadi 32jam sehari.Itulah ketentuan yang Allah sengaja ciptakan untuk kita berfikir. "apakah kamu tidak berfikir".

Allah menjadikan manusia dan jin adalah untuk memperhambakan diri kepadaNya.Kepatuhan hanya layak kita berikan hanya kepada Khalik yaitu pencipta kita, lantas kita akan menjadi jiwa yang benar-benar patuh kepada segala peraturan, kewajipan, mahupun larangan.

Apa yang lebih special, bukan nasi goreng special kat KLCC, kita sudah la dilahirkan dalam
golongan manusia yang sememangnya Islam, Tok wan kita, moyang kita gerenti Islam, dibesarkan dalam suasa islam, dapat mempelajari ilmu-ilmu islam dan yang lebih specialnya lagi adalah kita sekarang berada digedung ilmu atau dikiblat ilmu.Al Azhar As Syariff, bukan satu nama yang asing lagi bagi masyarakat dunia, sehinggakan puak-puak kuffar Amarika pun mengiktiraf Universiti Al Azhar adalah sebuah universiti Islam yang terkemuka.

Terlalu ramai manusia yang telah menjadi makhluk dakwah hasil keluaran kilang al Azhar ini.Sedar atau tidak kita sekarang berada didalam institusi ini atau kita masih terleka dibuat kelazatan kehidupan yang tak berapa lazat ni.

Bukanlah untuk membicarakan sesuatu yang terlalu dalam untuk kita sama-sama fikirkan, tetapi sekadar untuk menyedarkan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang mahu mengambil sebagai iktibar.Nun hari-hari kita mendengan pelbagai masalah yang timbul hasil dari kecerdikan manusia yang berkiblatkan madiyyah, yang berkiblatkan duniawi, yang berkiblatkan hawa nafsu,yang berkiblatkan hasad dengki, yang berkiblatkan pangkat darjat,macam macam lagi yang boleh diistilahkan.

Kita sebagai penuntut ilmu yang Allah campakkan dalam sanubari kita sedikit kefahaman islam, wajib menjadi pendokong kepada gerakan islam yang mahukan keseluruhan sistem islam dapat dijalankan dimana-mana dunia islam.Mungkin kita boleh fikirkan sejauhmana kita boleh bergerak, bersuara, bekerja, untuk memertabatkan apa yang dicanangkan tadi.Adakah cukup sekadar secibis ilmu yang kita ada untuk memperjuangkan islam.Us Hairul Nizam selalu sebut, pada masa beliau menjadi Presiden PMRAM, masa tu ana menjadi YDP Perak, "siapa nak bersama-sama ana berada 20 tahun di bumi mesir untuk sama-sama belajar dan menjadi seorang yang mujtahid". Siapa yang sanggup? Moga harapan dan cita-cita us Hairul menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Bagi kita yan tak mampu menjadi seperti us Hairul, adakah kita hanya mampu merelakan apa yg terjadi dimata kita sekarang.Dengan ilmu dan kefahaman yang kita ada sekarang, aku rasa, kita mampu untuk sekurang-kurangnya dapat merubah pemikiran kawan-kawan kita yang masih dibelenggu dengan fikrah dan ideologi yang tidak jelas.Mari kita sama-sama mewakafkan diri kita untuk gerakan yang mahukan islam.Kita bersedia diletakkan dimana-mana posisi untuk melaksanakan tugas islami.

Ana yakin dan percaya, ada diantara kita yang sudah berkecimpung dalam medah dakwah, sudah biasa dengan ujian caci, maki hamun, dan sebagainya.kami berharap pada sahabat yang sedang diuji dalam medan dakwah moga thabat dan semata-mata kerana Allah.Tetapi dalam ramai-ramai kita, ana juga percaya masih ada lagi diantara kita yang alpa, layu, tak bermaya, beralasan macam-macam lagi lah yang boleh melemahkan semangat.Ku kirimkan tulisan ini untuk kita sama-sama muhasabah diri.walaupun kita sedar kita ada kelemahan, tapi anggaplah kelemahan itu akan mengajar kita erti perjuangan.Lemah bukan beerti kita kalah.Kelemahan dalam setiap aspek, pastinya ada jalan keluar.

Al Quran dan asSunnnah dustur kita, pengkajian ini akan menyelesaikan segala kekusutan, kelemahan kita.Makhluk dakwah berpaksikan iman dan islam hanya mampu untuk merubah dunia kekufuran kepada dunia islam.Kita diantara mata rantai perjuanagan yang mulia ini sentiasa berikrar akan sentiasa berjuang untuk mu Islam.Berjuang dimedan yang kamu yakini..

Friday, May 22, 2009

mB haRam

Maka pelbagai pandangan dan pendapat yang diutarakan dalam utusan meloya, berita hairan dan media arus yang berimankan uMno.Kalau tak percaya baca laa sendiri.Yang paling best ada gambar mamak sedang berdoa mengucap syukur dengan kemenangan yang dikecapi.

Kalau ikut teori Tok GUru NIk Aziz, apa laa orang uMno ni berdoa, dema sendiri tolak Allah, demo sendiri tolak Islam, bagaimana mereka boleh berdoa, mengucap syukur pada Allah.Pelek kan tapi benar.

Tapi memang macam tu lah uMno, Abu Jahal pun pernah berdoa pada Allah, "Ya Allah ya Tuhan ku,inilah dia orang yang memutuskan silaturrahim, yang menyebabkan pecah belah kaum keluarga, yang membawa ajaran yang sesat,binasakan lah dia pada pagi ini".
Inilah doa Abu Jahal tatkalamana sebelum berperang dengan Nabi dalam perang Badar.

Jadi tak hairan laa kalau uMno ni pun berdoa pada Allah walaupun depa terang-terang melawan Allah, walaupun Umno mendakwa depa juga bina masjid, dah ada sistem kewangan islam, macam-macam program islam.Itulah yang sering disajikan pada pandangan umum.

Pelik tapi benar, macam tu laa.Bermula dari kes melarikan tiga ekor katak, muncul bersama bapa katak di Putrajaya, sehinggalah kacau bilau Bagunan SUK Perak, bersidang di bawah pokok,keluar masuk mahkamah,yang ni lagi best,tak sampai setengah hari YAB Nizar diisytihar sebagai MB yang sah, Zambry berjaya dimahkamah rayuan untuk menghalang YAB Nizar bertugas sebagai MB.Kadang-kadang dengar macam kartun jee, tak terbayang sebelum ni.

Tapi sahabat-sahabat harus sedar, uMno ni akan buat selagi dia mampu, dia tak kira benda tersebut salah.Hukum Allah pun depa tentang, inikan pula undang-undang ciptaan mereka sendiri.

Begitulah resam manusia sekiranya tidak beriman dengan Allah.Walaupun Allah pernah letakkan nikmat iman dan islam dalam jiwa mereka, tetapi mereka sia-siakan.Segala peringatan, teguran, pandangan,perbincangan, kritikan telah diajukan kepada mereka, tetapi mereka seolah-olah sengaja melawan peringatan yang telah diberikan.

Sahabat-sahabat boleh cari sendiri betapa banyaknya amaran Allah kepada kita, sekiranya kita berpaling dari peringatan yang Allah bagi pada kita.Yang penting sekarang ni, kita mata rantai perjuangan ini, pautan kita adalah pautan tali Ilahi, usah sedih dengan ujian yang Allah bagi, ujian ini adalah untuk meninggatkan rasa ubudiyyah kita kepada Pencipta kita.

Tabahkan hati , bulatkan semangat, perjuangan wajib diteruskan sehingga pertolangan Allah akan muncul sebagimana munculnya pertolongan Allah kepada Nabi Musa dan kaumnya ketika berhadapan dengan laut dan dikejar dengan bala tentera Firaun laknatullahi alaih.Insyaallah yakin dan percaya Allah akan beri jalan keluar kepada pejuang agama Allah.Berjuang dimedan yang kamu yakini.wassalam

Thursday, May 21, 2009

gambo sudan







Peluru berpandu Iran lebih canggih

WASHINGTON 21 Mei - Peluru berpandu yang dilancarkan dalam ujian terbaru oleh Iran adalah peluru berpandu pendorong pepejal dengan jarak yang paling jauh pernah dicatatkan, demikian menurut seorang pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS).
Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai teknologi peluru berpandu Iran yang dilihat semakin meningkat.
Pegawai AS yang enggan dikenali ketika membincangkan perincian teknikal program peluru berpandu Iran, menyatakan bahawa Teheran sebelum ini hanya mempunyai peluru berpandu jenis itu untuk jarak yang dekat.
Roket yang menggunakan pendorong pepejal menjadi kebimbangan kerana ia boleh dihasilkan sebelum disimpan atau disorok berbanding roket menggunakan pendorong cecair yang perlu dilancarkan segera selepas bahan api diisi, seterusnya menjadikan ia lebih mudah dipantau dan dipatahkan.
Namun menurut Setiausaha Pertahanan, Robert Gates, yang semalam memberikan pengesahan pertama AS berhubung ujian peluru berpandu oleh Iran, menyatakan yang peluru berpandu milik negara itu mampu terbang sejauh 2,000 hingga 2,500 kilometer
Ini bermakna ia mampu mengenai Israel, pangkalan-pangkalan AS di Asia Barat dan sebahagian daripada Eropah Timur.
"Maklumat yang saya terima menunjukkan ujian tersebut adalah berjaya," kata Gates kepada House Appropriations Committee, lapan jam selepas ujian itu diumumkan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. - AP

Sudan 2

Setelah kami bersalaman dengan penuh rasa hiba, berat sungguh aku nak meninggalkan mereka dalam kegelapan malam ditempat yang tidak terjamin kehidupan, makam minum, tempat tinggal yang terlalu dhoif,makanan yang canfirm tak lalu dimakan walaupun aku dah mencuba berpuluh kali,tempat berteduh ibarat bangsal kambing, bukan untu aku merendah kan tempat pengajian tersebut, tapi aku nak bagi para penbaca dapat gambarkan bagaimana keadaan disana.tapi apa yang wajib diketahui adalah, tempat tersebut adalah hasil mimpi Syeik Osman beretemu dengan Nabi Khidir, sumber air galian juga hasil mimpi beliau dengan nabi Khidir, tempat khusus untuk tasmek dan menghafal quran juga hasil mimpi Syeikh Osman dengan nabi Khidir.Bagi makluman semua satu sen pun tidak dikanakan bayaran.

Tertegaknya Pusat pengajian tersebut adalah kerana Allah. Syeikh Osman pernah memberi jaminan kepada aku untuk duduk di situ selamat 3bulan untuk menghafal quran sebayak 30 juzu'...Tapi aku laaaa aku.......sapa-sapa yang berminat boleh datang jumpa aku untuk aku tunjuk bagaimana cara nak ke ALMAHDIAH.

bagi pendapat aku, memeng boleh menghafaz 30juzuk dalam masa 3bulan, memandangkan tiada apa-apa gangguan.nak main sms, nak baca peper online, nak berangan, nak gi makan kat restoren, nak gi shoping, nak jalan-jalan....tiada apa-apa gangguan.bekalan elektrik pun tak ada, line telefon pun tak ada.Hingga akan apabila aku keluarkan handphone, ada mamat sudan tanya , "ma haza"? aku jawab ni talefon, aku minta dia bawa aku dan adik-adik kesatu kawasan yang bukit, 30km dari tempat pengajian, tempat yang ada line telefon, aku call umi budak-budak dan bercakap ngan umi, si mamat Sudan ni hairan. "haza syaiton"? dia tanya.aku tanya balik pada dia, kenapa.Dia jawab, "ummu fi malayzia wa antum fi sudan, ismak kalam ummu"? syaiton, syaiton......aku senyum jee laaa....aku nak gambarkan isyaallah boleh menghafaz 30 juzuk dalam masa 3 bulan...kalau tak percaya ,,, cuba laaaa hihii...

Aku pernah bersama ketika mereka tasmik dihadapan 3orang Syeikh, bertalu talu soalan ditanya, ada cara dari bawah ke atas, conton dibaca fatihah dari ayat pertama sampai habis dan ulang dari ayat last ke ayat pertama.Penat aku dengonye.Zaujah Syeikh Osman dah menghafaz 1000 hadis Soheh.Ingin aku lampirkan gambar-gambar semasa aku di Mahdiah, tapi semua gambar dalam bentuk print. gambar yang aku ambik melalui hp aku semua dah musnah sebab hard dis aku rosak.

ok laa.Setelah hantar adik-adik ke tempat penjagaan(Zaujah Syeikh) yang menjagaadik-adik, aku dan abi menaiki lori cevrolate untuk keluar dari Al Mahdiah, menumpang rumah kawan syeikh 10 km dari Mahdiah.selepas subuh pagi esoknya kami keluar untuk menunggu kenderaan awam untuk pergi ke stesyen bas.menunggu hapir 2@3 jam, datang lah lori pengangkut,Aku dan abi naik, hampir 6jam berada atas lori kami sampai ke stesyen bas, menunggu pulak hampir 2@3 jam untuk mendapat bas pendek untuk pulang ke Khurtum.Abi beli sedikit makanan untuk alas perut, 2bungkus yang didalam ada 2 biji telur ayam rebus dan 2 keping i"sh(roti laa). tidur, bangun,lelap,terjaga, 15@20 kali lelap jaga alhamdulillah kami sampai ke Khurtum.Kami tumpang rumah sedara Syeikh, dijamu makan dilayan, alhamdulillah dapat makan nasi dan danging panggang sayur,tapi tak berapa lalu nak makan, teringan adik-adik di Mahdiah...apa jadi depa.sian.

Dua hari aku di Khurtom, kami bertolak balik ke Mesir, tertunda Flight 6 jam pulak, melepak aku dan abi dilapangan terbang Khurtom yang canggih manggih tu.Ni la sikit cete kali pertama aku ke Sudan.Setelah sampai ke Mesir pun aku masih teringat lagi pada adik-adik, keadaan, kekadang meleleh airmata mengenangkan nasib depa kat sana.Tapi aku tengok abi terlalu cekal, umi pun tak hantar anak-anak dia.cekal n tabah sungguh.Nak anak-anak menghafaz Al quran

Bulan seterusnya abi dan umi izinkan aku pergi melihat adik-adik di Sudan, seingat aku 3kali aku pergi sana melihat adik-adik.Bertimbun-timbun makanan aku bawa, tapi seminggu habis....sian.Peranh aku pergi, mungkin kali kedua, sampai jaa aku di Mahdiah, terus tiga-tiga adik peluk aku, betapa seronoknya tengok aku datang..tak terbayang aku kalaulah umi dan abi yang datang....bayangkan.....meleleh airmata aku lihat keadaan depa...4hari selepas tu aku bawak depa keluar, sewa lori cevrolate 200usd keluar keKhurtom nak buat visa, gunting rambut, cuci gigi, beli ubat-ubatan.badan dah lebam-lebam, bengkak2 akibat sengat serangga.

Ok laaa aku rasa cukup laa untuk aku storykan, tapi semua tu berbaloi.Pengalaman untuk adik-adik terlalu berharga.8bulan di Mahdiah sudah cukup untuk mengajar erti kehidupan.Last umi dan abi pergi ke Mahdiah dan bawa anak-anak kelaur dari situ coz dah tak tahan tengok penderitaan anak-anak...ibu mana sanggup tengok anak-anak seolah-olah terbiar.(jika boleh dikatakan begitu)

Sekarang, Rasheed belajar di Sekolah Tahfiz Darul Rahim di Mesir, dah ngafal 10 juzu', hari jumaat balik umah aku.Muaz dan Ukashah sekarang sekolah tahfiz us Monarito di Kemunting.
Ok moga menjadi seorang tahfiz yang profisional, yang beriman kepada Allah dan sentiasa berjuang untuk agama Allah.Wassalam

Sunday, May 17, 2009

Islam, agama mementingkan nasihat

Nasihat menjadi tonggak penting dalam agama Islam, agar kebenaran dapat ditegakkan dan kebatilan dapat dimansuhkan. Peranan untuk menegakkan nasihat menjadi kewajipan seluruh umat di semua peringkat dan lapisan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Agama itu adalah nasihat." Para sahabat bertanya: "Untuk siapa? Sabda Rasulullah s.a.w: "Untuk Allah, Rasul-Nya, untuk kitab-Nya, untuk para pemimpin dan orang ramai." - Hadis Sohih riwayat Imam Muslim dalam kitab al-Imam.
Nasihat untuk Allah ialah dengan menepati hukum-Nya, menegakkan agama-Nya dan hukum-hakam-Nya kerana Allah semata-mata. Bukan kerana mengampu, sehingga tidak berani untuk mencegah kemungkaran, tetapi hanya menyuruh yang baik secara terhad dan menjadi pengecut untuk mencegak kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin yang berkuasa di dalam negara.
Umat Islam menjadi bertambah malang dengan kewujudan mereka yang disebut oleh Imam al-Ghazali di dalam kitabnya 'Ihya' 'Ulumddin' sebagai 'ulama su' yang bersekongkol dengan mereka yang zalim serta sanggup menjadi syaitan bisu. Ini dilakukan kerana takutkan manusia sama seperti takutkan Allah SWT, atau lebih daripada takutkan Allah atau menganggap rezekinya di tangan pemerintah bukannya datang daripada Allah SWT.
Nasihat untuk Rasulullah pula ialah dengan menjadikan baginda contoh teladan di dalam semua perkara. Juga nasihat agar menepati sunnahnya dan meneruskan ajarannya setelah baginda wafat. Nasihat kerana Rasulullah sentiasa hidup, tidak wafat dengan kewafatan baginda, juga mencontohi keberanian baginda yang tidak gentar menghadapi sesiapa, walaupun kuasa besar dunia yang zalim.
Juga percaya kepada amanat Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang sohih bahawa menasihati kerajaan yang zalim adalah jihad akhbar (paling besar). Manakala riwayat yang menyatakan jihad hawa nafsu adalah paling besar, adalah dikira hadis daif, bahkan ada ulama hadis yang menyenaraikannya daripada kalangan hadis palsu, iaitu bukan hadis, tetapi kata-kata seorang yang bernama Ibrahim bin Ablah.
Nasihat kerana kitab Allah ialah dengan menegakkan isi kandungannya dalam segenap aspek. Ia termasuk akidah, syariat, akhlak, dan sistem kehidupan seluruhnya termasuk dalam perkara undang-undang supaya diamalkan dengan tepat. Juga menasihati mereka yang tidak beramal dengan cara yang tidak tepat supaya memperbetulkannya dengan cara menepati matlamat hukum yang terdapat di dalam kitab Allah Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.
Melalui nasihat, pemimpin berpeluang membetulkan rakyatnya yang tidak betul, bahkan berpeluang untuk membetulkan dirinya sendiri supaya menjadi contoh kepada rakyat. Nasihat juga mengajarnya untuk bersikap kepadanya dan dia tidak melenting apabila benar-benar melakukan kesilapan, kerana pemimpin adalah mahkluk manusia yang tidak boleh berlagak menjadi Tuhan.
Nasihat juga menjadi hak rakyat, untuk memberi nasihat kepada pemimpin dan menerima nasihat di kalangan mereka serta menerima nasihat daripada pemimpin. Rakyat juga berperanan untuk menasihati pemimpin, sekiranya pemimpin mereka menyeleweng. Hak rakyat untuk memberi nasihat tidak boleh dinafikan oleh kerajaan.
Allah berfirman melalui surah al-'Asr yang bermaksud: "Demi Mass! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar."
Tetapi kewajipan nasihat ini telah diabaikan kerana terdapat sindrom yang melanda umat Islam di negara kita hingga ke tahap yang sangat membimbangkan.
Sindrom yang mengongkong para pemimpin : Negara dikepalai oleh barisan kepimpinan yang diikat dengan budaya menonjolkan diri dengan membariskan pimpinan bawahannya semata-mata untuk membina kekuatan kedudukannya, iaitu membariskan pelapis yang takut kepada siapa sahaja yang menjadi pemimpin utama. Pekara ini menyebabkan kita diperintah oleh kalangan yang tidak dapat membetulkan kelemahan-kelemahan yang berlaku.
Antara punca yang menimbul gejala ini ialah perkara-perkara berikut:
Hub al-Riasah wa al-Jah (Rakus untuk menjadi pemimpin dan gila kuasa.
Sifat ini menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk menaikkan dirinya, bukan sahaja sanggup mebaurkan wang, bahkan sanggup mengorbankan kawan sendiri. Berkawan bukan kerana Allah tetapi kerana ada kepentingan untuk naik lebih tinggi.
Dalam Umno, penghormatan yang sewajarnya tidak lagi diberi kepada orang yang sudah jatuh, yang dikira tidak boleh memberi apa-apa kepada orang lain, seperti Tun Musa Hitam dan Tun Ghafar Baba. Apa yang berlaku kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah malapetaka daripada sifat yang buruk ini.
Sebenarnya beliau dijatuhkan kerana adanya unsur perebutan kepimpinan. Tuduhan-tuduhan yang mengheret beliau ke mahkamah dipercayai oleh kebanyakan orang sebagai penyangkut yang dicipta untuk menjatuhkan beliau. Hanya segelintir rakan-rakan daripada Umno yang menunjukkan semangat persahabatan dan terlalu sedikit yang sanggup bersama. Kebanyakan mereka selama ini lebih bersemangat mangampun untuk kepentingan diri masing-masing.
Penyakit ini menyebabkan pemimpin tidak mendapat pertolongan dan keberkatan Allah S.W.T. Sangat benar sabda Rasulullah s.a.w kepada sahabatnya iaitu Abdul Rahman bin Samurah maksudnya: "Wahai Abdul Rahman Samurah! Janganlah anda meminta untuk menjadi ketua. Jika sesuatu jawatan yang diberi kepadamu kerana permintaan engkau sendiri, nescaya ia akan diserakan kepadamu tanpa pertolongan. Sekiranya ia diberi kepadamu tanpa engkau memintanya, nescaya engkau akan diberi pertolongan." (Hadis Sohih riwayat Imam Bukhari dalam kitab al-Ahkam)
daripada buku 'Qazaf mangsa fitnah, halaman 45-49

Tafsir surah al-Maidah ayat 115 : Diazab kalangan terbabit peristiwa Maidah

ORANG-ORANG yang daif di kalangan mereka disuruh memakan hidangan tersebut. Lalu mereka memakan hidangan berkenaan.
Mengikut satu riwayat, peristiwa itu berlaku pada hari Ahad sekali gus hari tersebut menjadi hari raya atau 'holiday' kepada orang beragama Kristian dalam seminggu.
Sementara riwayat yang lain menceritakan bahawa Allah menurunkan hidangan dari langit selang sehari dalam masa beberapa hari.
Allah Taala menunjukkan mereka dengan mukjizat yang diberi kepada Nabi Isa a.s. Bagaimanapun ada antara mereka yang ragu bahkan ada yang tidak percaya dengan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Isa a.s itu.
Diceritakan bahawa ketika mereka tidur dalam sebelah malamnya dengan tudir yang nyeyak, tiba-tiba sebelah paginya mereka menjadi babi.
Mereka memakan makanan yang kotor dan menjijikkan. Semua rakan mereka terkejut melihat babi-babi berkenaan.
Lalu babi-babi itu datang kepada Nabi Isa a.s. Baginda a.s menyebut seorang demi seorang nama mereka yang menjadi babi itu yang menunjukkan keengkaran mereka terhadap Nabi Isa a.s sebelum itu.
Kemudia babi-babi berkenaan dimatikan oleh Allah. Ertinya babi yang ada pada hari ini adalah berasal dari keturunan lain bukan dari mereka berkenaan.
Sesetangah ulama pula mengatakan bahawa ada di kalangan mereka menjadi kera dan babi dan seterusnya mereka mula dimatikan oleh Allah.
Menurut satu riwayat yang lain. Allah tidak menurunkan hidangan itu kerana hawariyyun tidak bersetuju hidangan itu diturunkan.
Riwayat yang lebih kuat, Allah Taala menurunkan hidangan tersebut kerana Allah Taala menyebut dalam ayat yang berikutnya yang bermaksud : "Aku menurunkannya kepada kamu, maka ingatlah sesuapa yang kufur selepas itu di kalangan kamu, maka sesungguhnya Aku akan mengazabkan dengan azab yang tidak pernah Aku lakukan kepada seseorang pun daripada alam ini sebelum itu." (Surah al-Maidah :115)
Merekalah termasuk di kalangan orang yang paling terseksa pada hari kiamat.
Berkata Ibnu Umar r.a manusia yang paling azab pada hari kiamat ialah tiga golongan. Iaitulah yang pertama orang munafik di kalangan umat Muhammad s.a.w.
Yang kedua ialah orang yang ingkar dalam peristiwa al-Maidah yakni peristiwa hidangan yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s dan yang ketiga ialah pembesar-pembesar Firaun yang merancang dan melaukan kezaliman terhadap orang yang beriman.
Ini adalah tiga golongan paling terseksa di hari kiamat apabila mereka dalam neraka.
Nabi kita Muhammad s.a.w dikurniakan oleh Allah dengan keistimewaan apabila orang-orang Quraisy, mencabar Nabi s.a.w supaya mendoakan bukit Makkah (Sofa) dijadikan emas, Nabi s.a.w tidak mengendaklan permintaan mereka tersebut.
"Wahai Muhammad, jika sekiranya engkau jadikan bukit Soda ini emas, kami beriman kepadamu."
Permintaan sedemikian rupa hampir serupa dengan cara permohonan yang dibuat oleh golongan yang ingkar kepada Nabi Isa a.s dalam peristiwa al-Maidah ini.
Apabila Nabi s.a.w mengadu kepada Allah tentang permintaan Quraisy itu, malaukat Jibrail a.s turun menemui baginda s.a.w. Jibrail berkata, "Allah Taala memerintahkan aku, supaya memberitahu kepada kamu wahai Muhammad s.a.w bahawa aku berupaya menjadikan bukit itu sebagai emas, sebagaimana mereka minta.
"Tetapi sekiranya mereka ingkar atau mereka tidak beriman selepas itu, aku akan seksakan mereka dengan seksa yang lebih daripada umat yang lain.
"Jika sekiranya kamu tidak meminta, maka aku tangguhkan seksaan itu dengan rahmat."
Ada di kalangan mereka yang beriman selepas itu. Ertinya Nabi s.a.w ada dua pilihan sama ada meneruskan permintaan kaum kafir Quraisy itu atay tidak menyahut cabaran kaum Quraisy berkenaan.
Lalu Nabi s.a.w meminta supaya ditangguhkan azab kepada umatnya, supaya dikurniakan rahmat, dan hidayah kepada mereka.
Tidak mengapalah, Allah tidak menukar bukit Sofa menjadi emas serta merta. Ertinya ada di kalangan manusia mahu melihat kejayaan dan kebenaran serta merta dapat dilihat di hadapan mata mereka tanpa ditangguh-tangguhkan lagi.
Tetapi Allah Taala menangguhkan azab kepada mereka yang kufur pada akhir zaman dan diberi peluang mereka bertaubat serta memberi peluang umur yang masih ada supaya balik dan merujuk kepada Allah sekiranya melakukan dosa dan kekufuran

naZri yg BUTA

Nazri hina rakyat perak
Sabtu, 16 Mei 2009 14:58 Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menghina rakyat Perak apabila mendakwa pilihan raya semula di negeri itu bagi menyelesaikan krisis politik hanya akan mewujudkan polarisasi kaum, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Pilihan raya kecil baru sahaja berlangsung di Bukit Gantang. Jika Nazri gagal membuktikan wujudnya polarisasi kaum akibat pilihan raya kecil itu, beliau terdedah kepada tuduhan cuba melakukan provokasi ketegangan kaum secara halus.
"Jika beliau berniat melakukan perkara itu, eloklah segera memohon maaf kepada rakyat Perak malah seluruh rakyat Malaysia. Nazri sudah tua, eloklah memohon maaf sebelum terlambat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Beliau berkata, dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau, rakyat dari pelbagai kaum bersatu dalam satu suara yang begitu padu untuk menolak Barisan Nasional.
"Di Bukit Gantang misalnya, rakyat membuktikan perpaduan yang luar biasa erat apabila sama-sama bangkit menolak Barisan Nasional.
"Gelombang sokongan kepada calon PAS dalam pilihan raya itu berlaku serentak tidak kira dari pengundi beragama Islam atau bukan Islam. Adakah itu polarisasi kaum?" katanya.
Mahfuz menyifatkan kenyataan Nazri itu mendedahkan dirinya sendiri kepada tuduhan buta sejarah, buta fakta, buta istilah, buta politik malah pelbagai kebutaan yang lain.
"Kenyataan Nazri itu hakikatnya adalah penerusan kempen berbau perkauman yang dilakukan oleh Umno sejak selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu.
"Kemuncaknya kita lihat dalam pilihan raya Bukit Gantang apabila Umno membangkitkan keresahan rakyat dengan mendakwa orang-orang Melayu kini tergugat dan berada dalam darurat.
"Orang Melayu tidak tergugat dan tidak berada dalam darurat, Umnolah yang sebenarnya tergugat dan berada dalam darurat terutama selepas pesta rasuah menjelang dan pada pemilihan parti itu baru-baru ini," kata beliau.
Amat malang, katanya lagi, apabila Umno cuba mendapat talian hayat dengan mengapi-apikan sentimen perkauman.
"Umno enggan menerima hakikat bahawa arus perdana rakyat Malaysia hari ini ialah menolak Barisan Nasional.
"Perkara itu jelas apabila bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yakin Barisan Nasional akan kalah jika pilihan raya diadakan semula di Perak.
"Sebab itulah pemimpin-pemimpin Umno menggeletar ketakutan apabila diminta mempersetujui pilihan raya itu," katanya.
Bernama melaporkan Nazri berkata, desakan supaya diadakan pilihan raya negeri Perak bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu hanya akan mewujudkan polarisasi kaum.
Beliau berkata dalam keadaan politik sekarang, sentimen perkauman begitu menonjol dan dikhuatiri para pengundi akan memilih calon daripada kalangan bangsa sendiri.
"Buat apa kita adakan pilihan raya sekiranya memecah-belahkan rakyat," katanya

naJib Punca segalanya

LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak boleh menafikan bahawa beliau merupakan punca kemelut politik di Perak kerana seluruh dunia telah melihat bagaimana beliau mengetuai rampasan kuasa di Perak pada 5 Februari lalu.
Iklan




Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan sewaktu rampasan kuasa itu dilakukan, Najib merupakan Pengerusi Umno Perak yang mana pada waktu itu juga beliau masih Timbalan Perdana Menteri.
Ahmad dalam kenyataanya sebelum ini menegaskan kecamukan serta kemelut politik yang berlaku hari ini di Perak berpunca daripada tindakan Najib .
Bagaimanapun Najib dalam kenyataannya pada 15 Mei lalu menafikan beliau punca kemelut politik di Perak dan meminta rakyat tidak menyalahkan Sultan Perak kerana pelantikan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar mematuhi undang-undang.
"Krisis perlembagaan di Perak berpunca apabila Najib sendiri mengenepikan undang-undang. Jika betul beliau mengatakan Barisan Nasional berhak berkuasa di Perak dan mempunyai majoriti, sidang Dun harus diadakan dan perkara tersebut harus dibawa ke dewan dan adakan undi tidak percaya.
"Namun beliau menyembunyikan tiga orang Adun tersebut. Sebab itu saya mengatakan Najib seorang yang rakus dan tamak. Beliau tidak boleh menafikan penyebab krisis di Perak kerana berlaku pengambilan kuasa di Perak yang dipilih oleh rakyat,"tegasnya sewaktu dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.
Jelas Ahmad, Najib cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan tiga orang Adun yang telah keluar daripada Pakatan Rakyat yang berstatus sebagai Adun Bebas adalah Adun BN.
"Apabila diadakan undi tidak percaya di dalam dewan nanti, kita boleh tunjukkan surat janji ketiga-tiga mereka yang menyokong kerajaan campuran tiga parti ini dan menyokong Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar. Perjanjian ini secara bertulis. Dan sudah tentu ketiga-tiga mereka tidak berani mengangkat tangan menyokong pada pihak BN.
"Ini kerana jelas mereka akan mungkir janji kepada Sultan. Dan dengan sendiri mereka boleh dikaitkan menderhaka kepada Sultan. Jadi implikasinya banyak," katanya.
Sehubungan itu beliau tetap berpendirian Najib yang memulakan serta punca kemelut yang berlaku di negeri Perak itu.