Kita adalah mata rantai perjuangan yg memungkinkan PERJUANGAN ini dapat diteruskan atau tergendala disebabkan KITA... Sesungguhnya tribulasi dalam kerja dakwah adalah SUNNATULLAH, barang siapa yang TIDAK menempuh ujian dan cubaan dalam kerja dakwah, dibimbangi tersalah memilih jalan perjuangan kerana perjuangan Rasul-Rasul terdahulu adalah perjuanganyang disertai dengan onak dan duri..Syeikh Mustafa Mashyur
Saturday, June 19, 2010
bodohkan pimpinan melayu islam....
Nazri sokong lesen judi Piala Dunia, Tsu Koon setuju tangguh..utusan KUALA LUMPUR 19 Jun
.........
Bagai dikata ini la pimpinan melayu islam dimalaysia,Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, langkah kerajaan memberikan lesen menjalankan perniagaan perjudian kepada Ascott Sports Sdn. Bhd. adalah bagi menghormati hak masyarakat bukan Islam di negara ini.
Katanya, ini kerana kerajaan perlu mengambil kira kepentingan semua pihak dan bukannya masyarakat beragama Islam sahaja kerana amalan bertaruh merupakan sebahagian daripada cara hidup bagi sesetengah masyarakat bukan Islam.
...............
kenapa tidak mengikut panduan yg Alllah dan Rasul tunjukkan.Kalau pun tak pandai, sila rujuk kepada mereka yang alaim< memang tidak ada yang alim dalam umno, tapi sekurang-kurangnya sila rujuk jabatan mufti, sedikit sebanyak akan tahu akan akibat dari berjudi.Sokong lah umno untuk kemakmuran judi di malaysia.
...........................
Bagaimanapun, seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam satu sidang akhbar di sini hari ini pula memberitahu, keputusan kerajaan menangguhkan pemberian lesen judi itu amat dialu-alukan.
Beliau yang juga Presiden Gerakan menjelaskan, pemberian lesen judi akan hanya menambahkan ruang buat masyarakat terlibat dalam aktiviti pertaruhan.
Katanya, kegiatan berjudi boleh mendatangkan kesusahan hidup kepada sesiapa yang terlibat termasuk masalah moral dan sosial.
"Selama ini, Gerakan mengambil pendirian menentang (aktiviti) promosi pertaruhan dan perjudian kerana kita adalah para penganut agama-agama terhebat di dunia," katanya.
.............
Ni menteri jugak tapi dari bukan agama Islam..tapi sekurang-kurang nampak macam islam.Orang bukan islam pun sokong tolak judi. pelik dunia sekarang.
Apapun, mari kita berfikir untuk kesejahteraan ummat islam dan semua ummat di dunia ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment