Kita adalah mata rantai perjuangan yg memungkinkan PERJUANGAN ini dapat diteruskan atau tergendala disebabkan KITA... Sesungguhnya tribulasi dalam kerja dakwah adalah SUNNATULLAH, barang siapa yang TIDAK menempuh ujian dan cubaan dalam kerja dakwah, dibimbangi tersalah memilih jalan perjuangan kerana perjuangan Rasul-Rasul terdahulu adalah perjuanganyang disertai dengan onak dan duri..Syeikh Mustafa Mashyur
Thursday, June 24, 2010
Dr Mahathir tak tahu sejaraH
gambar ni tak terlibat ngan Tun Mahathir...just ngan umNo jee
Bila Dr Mahathir tidak belajar sejarah
Angkasanuri
Saya tak pasti kitab sejarah mana yang Tun Dr. Mahathir baca apabila beliau berkata Pas yang tertubuh hari ini diasaskan oleh bekas ulama yang sebelum ini berada di dalam Umno.
Beliau berkata demikian sebagai menghangatkan spekulasi penyertaan 100 'ulama' yang akan masuk secara borong ke dalam Umno esok.
Untuk makluman Dr. Mahathir sewaktu mengambil subjek sejarah di sekolah dahulu saya tidak pernah dapat gred A- ke bawah.
Minat dalam subjek sejarah menyebabkan saya membuat pengkhususan dalam subjek sejarah semasa di universiti walaupun kerjaya saya sekarang tidak lagi berkaitan dengan subjek sejarah.
Bukan nak bangga diri tetapi sekadar nak beritahu bahawa beliau mungkin boleh kelentong penyokong Umno tegar tetapi bukan generasi seperti saya.
Tidak pernah pun saya terbaca dalam mana-mana kitab sejarah bahawa tokoh-tokoh terulung yang mengasaskan penubuhan Pas seperti Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Dr. Burhanudin Al Helmy,Dr. Hj Abbas Alias Ustaz Ahmad Fuad dan ramai lagi yang mengisi borang menjadi ahli Umno.
Mereka terdiri daripada golongan yang mendapat didikan di Timur Tengah yang digelar sebagai Kaum Muda yang berjuang secara konsisten menentang penjajah British.
Mereka mengasaskan institusi pendidikan untuk mendidik anak bangsa tentang Islam sebenar seperti Ehya Al sharif di Gunung semanggol yang disifatkan oleh British sebagai 'bahaya dari gunung'.
Kronologi kisahnya panjang tetapi sehingga hari ini tokoh-tokoh ulama yang mengasaskan Pas tidak sama sekali 'kebulur' untuk menjadi ahli Umno.
Apa yang saya tahu adalah beberapa pimpinan dan tokoh Pas yang menyertai Umno seperti Ustaz Nakhaie Ahmad yang kini menjadi 'ulama besar' bertaraf mursyidul am dalam Umno.
Hari ini 'ulama-ulama' yang ada dalam Umno merupakan golongan yang tercicir dari jalan dakwah serta mereka yang terpesona atau terpedaya dengan habuan yang ditawarkan oleh Umno dengan cuba mencari jalan pintas dalam perjuangan tanpa memahami sirah sebenar perjuangan yang dibawa Nabi SAW.
Pas memang dikenali tidak pernah tandus tokoh-tokoh ulama yang sentiasa bersilih ganti untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Islam. Maka Umno yang gerun dengan sokongan padu ulama-ulama muda cuba mencari jalan untuk 'mengislamkan' Umno. Antaranya ditubuhkan ILIM ( Institut latihan Islam Malaysia).
Tetapi sayangnya pusat latihan seperti ILIM ini gagal menyaingi sistem tarbiyyah sudah bertapak sekian lama dalam Pas. Maka lahirlah golongan 'ulama' dari ILIM yang hanya pandai membodek dan mengampu pemimpin Umno seperti Zamihan Mat Zin yang membuat tuduhan bangang bahawa Presiden Pas terlibat dengan JI.
Sebenarnya 'ulama-ulama' Umno seperti Zamihan dan yang sewaktu dengannya bukan akan menguatkan dan membawa imej Islam dalam Umno tetapi sebenarnya menyebabkan Umno terus dipersenda dengan imej Islam 1Malaysia misalnya 'fatwa' menghalakan kerjasama dengan APCO milik Yahudi dan begitu kemaruk hendak meluluskan lesen judi bola
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment