Pages

Thursday, June 3, 2010

SubhanaLLah

Assalamualikum....

Semoga kita semua didalam riayah Ilahi, selawat dan salam untuk junjungan besar manusia yg bergelar Al Amin.Pesuruh Allah yang membawa semua manusiakepada cahaya Robbul Jalil.Seorang manusia yang sepanjang hidupnya, hanya lah untuk Allah, makannya, minumnya, tidurnya, jaganya, politiknya, peperangannya, perdamaiannya, tatacaranya, adalah semuanya untuk Allah.

Seluruh tatacara kehidupannya, jika kita mencontohinya, kita bakal berada bersamanya di mahsyar nanti.Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Salam.

Teman yag dirahmati Allah,

Pelbagai rintihan kita dengar dibulan ini, debaran imtihan bagi semua pelajar dibumi Mesir, serangan terhadap konvoi bantuan ke Gaza,Tok Guru Mengimami solat hajat khusus untuk Gaza, kabinet baru Pak Najib, Malaysia bakal bangrup 1 tahun sebelum wawasan 2020 (sian Tun Mahathir, impian bakal berkecai),masalah sosialnya bogel sana bogel sini,kes liwat DSAI yang belum kesudahan.Ini lah sedikit sangat dari apa yg tersurat dan tersirat dari apa yang kita tahu berkenaan negaraku Malaysia dan yang sewaktu dengannya.

Alhamdulillah baru habis madah yang kedua dan masih berbaki dua madah lagi, madah manahij mufassirin dan usul fiqh, doakan moga kita semua berjaya dalam imtihan kali ini.

Akhirnya, marilah kita sesama berdoa moga Allah lapangkan hati kita untuk menerima Ilmu Allah, jauhi maksiat, buat yang termampu untuk saudara islam di Gaza, dan seluruh dunia.Moga kita sentiasa bersama Islam..berjuang dimedan yang kamu yakini...wassalam

No comments:

Post a Comment