Kita adalah mata rantai perjuangan yg memungkinkan PERJUANGAN ini dapat diteruskan atau tergendala disebabkan KITA... Sesungguhnya tribulasi dalam kerja dakwah adalah SUNNATULLAH, barang siapa yang TIDAK menempuh ujian dan cubaan dalam kerja dakwah, dibimbangi tersalah memilih jalan perjuangan kerana perjuangan Rasul-Rasul terdahulu adalah perjuanganyang disertai dengan onak dan duri..Syeikh Mustafa Mashyur
Friday, July 30, 2010
terima kasih.....Soi Lek
Wakil Pas akan jadi PM - Soi Lek
KOTA BHARU 30 Julai - MCA percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek sebaliknya berkata, pihaknya yakin wakil daripada Pas akan mengambil alih jawatan ketua kerajaan disebabkan parti itu mempunyai organisasi yang lebih besar dan tersusun berbanding parti lain dalam pakatan pembangkang.
"Sebagai ingatan kepada rakyat bahawa kalau mereka hendak menyokong pakatan pembangkang sehingga menguasai pentadbiran di pusat, mereka jangan begitu yakin bahawa bakal perdana menteri daripada PKR.
"Pada hemat kami, Perdana Menteri akan datang dari Pas kerana parti itu mempunyai satu organisasi yang lebih besar, ahli yang lebih ramai dan mempunyai sumber jauh yang lebih besar berbanding parti lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Kelantan di sini hari ini.
Soi Lek bagaimanapun berkata, Pas telah menunjukkan rekod yang tidak baik sepanjang mentadbir Kelantan selama lebih 20 tahun terutama dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan masalah sosial
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment