Alhamdulillah semoga sihat dan seceria mentari yang memancar cahaya yang cukup memanaskan.
Baru sahaja tiba dari Mator Kaherah, sambut tetamu Allah dari bumi Makkah.Menunai umrah, memperhambakan diri didepan kaabah,dulunya batu batan yang di susun oleh Saidina Ibrahim dan Saidina ISmail, menjadi arah kiblat menyembahan bagi ummat iislam seluruh dunia.
Dengan penuh seri dan ceria, tetamu Allah ini menjajek kaki di bumi Kinanah ini.Kurang sikit panas kata nya berbanding di Makkah.hanya lirikan senyum saya ukirkan.
Empat hari tetamu Allah tersebut akan berada di bumi Kinanah ini.Teringin dan amat teringin untuk memjejak kaki ke bumi Makkah, 7tahun yang lepas saya sudah menjejak kaki kesana tapi kerinduaan untuk kesana sentiasa berada dalam jiwa.Saya pasti semua kita ada rasa seperti itu.Insyaallah, ya Allah sampaikan hambaMu ini ke bumi yang penuh keberkatan.
Kepada mereka yang akan kesana doakan untuk kami mampu untuk menziarahi bumi Kaabah tersebut.
Hasil dari sembang dengan kekawan, Syarikat Al Atal ada memberi peluang (maksudnya di support) kepada wakil Negeri yang mengguna syarikatnya untuk ke tanah suci.Pulau Pinang ada wakil, Sabah ada wakil, Kuala Lumpur pun dengar cerita ada wakil untuk ke Bumi Kaabah, tetapi Negeri Perak tak dengar pulak sapa yang menjadi wakil tetamu Allah tersebut.Tak susah pun, nanti kita carikan.
Tapi sekurang-kurangnya bagitau laa siapa wakil dari Perak, boleh juga ana nak kirim doa dan sampaikan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad.Paling tidak pun boleh hantar ke mator pun jadi laa.
Teman yang dirahmati Allah.Berjuanglan dimedan yang kamu yakini...wassalam
No comments:
Post a Comment