Pages

Saturday, May 30, 2009

cUbit-CubiT siKit

Salam petang sahabat yang dikasihi Ilahi, moga sentiasa mendapat cahaya Ilahi, depan bercahaya, belakang bercahaya, atas bercahaya, bawah bercahaya, kanan bercahaya, kiri bercahaya, dipenuhi dengan cahaya Ilahi.

Pada aku cukup laa penjelasan berkenaan islah rumah perak n pembelian baru rumah perak yang dibuat oleh us Arifin, YDP sesi lepas, mantan YDP sudah memberi penjelasan yang sangat jelas, semua ahli KPIPM dah tahu bagaimana rentetan perjalanan tersebut,Kalau ada lagi yang tak delete mungkin masih ada dalam email masing-masing yang di send kan dalam emailgroups KPIPM dan dalam blog KPIPM.

Persoalan...kenapa walaupun sudah diberi penjelasan tapi masih ada insan yang tidak mampu
menerima hakikat, yang masih belum puas hati, yang masih ada sikap dendam, yang masih ada sikap buruk sangka, macam-macam sangkaan, konon nak bagi pendapat dan pandangan....apa ni????

Zaman us Fazizur Rahman, us Rashidi Omar, us Hasnizam Hassan, masa ana jadi YDP, pimpinan
bermula zaman us Fazizur telah membuat proposal untuk pembaikan ruma perak, dihantar kepada JAIP, setiap tahun hantar proposal.Semasa ua Rashidi dan us Hasnizam menjadi YDP proposal rumah baru dicadangkan dan dihantar pada JAIP.Kelangsungan pada tahun ana menjadi YDP proposal pembaikan dan proposal rumah baru dihantar, bukan sekali, berkali-kali.Mintak sokongan dari safarah.Bukan kerja mudah ya akhi.

Kerja-kerja ini bukannya pihak kepimpinan nak bentangkan keseluruhan pada ahli, takkan ahli tak bersetuju untuk rumah di islah, takkan ahli tak nak rumah baru, tak dak pun dalam perlembagaan mengatakan untuk mengislah atau membeli rumah baru perlu meminta persetujuan dari ahli.Adik adik yang mendiami rumah perak era 2007/08 amat membimbangkan.Dalam MAT isu rumah Perak dibahas oleh ahli KPIPM sendiri.Cukup sekadar keluhan ahli tentang rumah yang teruk, takkan exco tak paham.Dibawa dalam perbincangan, ditubuh unit bertindak rumah perak.Us Fazizur Rahman pernah menjadi pengarah bagi unit ini.

Perbincangan bukan untuk menjadikan exco-exco menjadi kaya mendapat projek, mendapat habuan, tapi untuk keselesaan ahli.Ana pernah berkali-kali bertemu dengan Mr Manyalawi bersama us Munawwir Mohd Noh dan us Husni Abd Rahman, berkali-kali.Msg dia hantar pada ana nak jumpa pun masih ana simpan.Setiap kali kami jumpa Mr Manyalawi Dipejabat KPIPM, ana akan minta pada dia untuk menyiapkan proposal yang lengkap untuk kita ajukan kepada pihak yang berwajib, berbulan-bulan ana tunggu, Mr Manyalawi hanya menyiapkan report dan dia sendiri pergi ke Malaysia dan ke Pejabat JAIP, pada masa itu Pengarahnya Dato Jamry Sury.

Sehingga lah En Puat dari safarah memperkenalkan Syarikat AlAtal kepada Persatuan, tetapi pada masa tersebut tiada perbincangan dengan persatuan yang diwakili ana dengan syriakat Al Atal kerana pada masa tersebut ana pulang ke Malaysia.Bersama ana surat report kerosakan dan pembelian baru, surat untuk SUK meminta kebenaran penggunaan duit yang ada di safarah.Berkali-kali turun naik kepejabat SUK dan JAIP.

Setelah pulang, KPIPM dinakhodai oleh us Arifin, ana dan beberapa AJKT KPIPM berjumpa dengan kepimpinan BKAN Pulau Pinang dan Sabah, bertanya dengan pengurusan pembaikan yang dibuat oleh Syrikat AlAtal.Berbulan-bulan kita menunggu maklumat dari bKAn Pulau Pinag kerana rumah mereka dalam pengislahan, begitu jugak rumah Sabah.Sehingga kepimpinan bertukar ganti kepada us Mujahid menjadi YDP.Pilihanraya Malaysia, Haji Nizar menjadi YAB MB Perak.Sedikit ruang yang dibuka oleh Allah untuk urusan pengislahan dan pembelian rumah baru walaupun kelulusan sudah dibuat pada zaman sebelumnya.Semuanya jelas dan penjelasan tersebut dihantar ke Pejabat JAIP, Pejabat Menteri Besar(YAB Nizar)

(Ana tidak tuliskan berkenaan kedatangan Mufti,Tim.JKR, us Haidi dan En Nizam, kerana masalah dan penjelasan tersebut telah dibuat oleh us Arifin selaku YDP pada masa itu, juga kes
memorendom dan surat bantahan)

Sehingga sekarang, seperti kita lihat, pengislahan hampir siap, pengislahan rumah baru pun
hampir 70% sudah siap.Tetapi bunyi-bunyi suara sumbang yang tak pernah padam api dendam masih berbunyi.Bukan amaran ana nak berikan tapi, cuba sama-sama ahli KPIPM berfikir, apa benda lagi yang tidak puas hati, nak bagi pandangan apa lagi sehingga siar dalam kpipmgroups kata-kata sindir.Soal kewangan?, sudah jelas.KPIPM, Penasihat, YDP, EXCO tak terlibat dalam pengurusan kewangan.Tiada peratus keuntungan untuk KPIPM, untuk penasihat, untuk EXCO untuk individu.

Tulisan ni mungkin ada yang tertinggal maklumat, maklumlah dah ana dah lupakan segala kata-kata cemuhan, tuduhan tapi itulah, rupanya masih ada yang belum puas hati, masih ada yang hatinya.......Tapi kita masih membuka ruang untuk memberi penjelasan, boleh bertemu ana, us Arifin, us Mujahid untuk sebarang masalah khusus rumah Perak.

Teman yang budiman, kita manusia biasa, kalam kita penuh dengan kepuraan selagi tidak berlandas niat yang suci, buangkan lah sifat yang tidak baik dalam diri kita, lempar jauh-jauh sikap suu' dzon, nyahkan dilautan merah sikap dendam kita.Biarlah hidup kita dipenuhi dengan kemanisan iman kepada Ilahi.Hidup berjuang mati terbilang.Maaf sekiranya penjelasan ini belum mampu untuk difahami.wassalam

No comments:

Post a Comment