Pages

Friday, May 29, 2009

yob n yong n taen...

Salam perjuangan, sikit peringat untuk tatapi kita sebagai ahli KPIPM, semalam selepas balik dari beli barang untuk KLCC, sempat buka email, ternampak dua email baru, dari "ibnuwalidain". yang masih memebicarakan ketidakpuas hati terhadap pengurusan pembaikan rumah Perak.

Aku tak pasti laa sapa penghantar email tersebut, sambil memebaca dan memikirkan kebebalan dan kebodohan penulis tersebut.Tapi macam boleh aku kenal jee siapa pemilik email tu.Sebenarnya apa yg terbuku di hati penulis email tersebut, tak cukup kah ruang yang KPIPM bagi selama ini untuk mempersoalkan hal-hal KPIPM, hal rumah Perak, baru ni Syeikh Mat Nor datang bagi penjelasan, takkan tak paham lagi,

Apa yang dia cemburu sangat?
Apa yang dia tak puas hati sangat?
kenapa dia suu' dzon sangat?
Pandangan apa yang dia nak bagi sangat?

Tah laa, aku pun tak pasti apa yang ada dalam pemikiran yang kolot macam penulis tuh.Nak kata cumburu? kenapa yee...nak kata tak puas hati? kenapa jugak yee..nak kata tak bagi ruang bagi pandang? dah luas ruang dibuka..tah laaa yob yob...

Pada aku, isu rumah Perak ni isu besar juga laa, ingat sahabat-sahabat, perjuang nak dapat umah Perak baru dan nak islah bukan mudah.Sahabat kenal dengan us tashidi Omar(shidi_omar) nick ym dia,Kalau dia online boleh tanya pada dia macamana dia minta untuk islah dan rumah baru.macam-macam kerja dibuat.Bukan main-main.

Kita tahu laa, yang lulus duit bukan KPIPM dan duit tu bukan duit KPIPM, yang diguna untuk rumah baru tu duit MAIP.KPIPM amat berharap lah supaya tiada penyelewengan duit tu.Setahu aku lah, sebagai Penasihat KPIPM dah dua tahun, pernah menjadi YDP, urusan kewangan untuk pembelian dan pengislahanrumah Perak tidak terlibat langsung dengan KPIPM.Baru-baru ni Dato Syeikh, Pengarah JAIP datang dengan peguam untuk tujuan pembayaran dan perjanjian.

Datang dengan peguam, yang ahlinya lah, kalau yob n yong masih belum puas hati, balik malaysia nanti pergi laa pejabat JAIP, lagi pun ada dengar jugak group yob dan yong ada kerja kat bagunan tu...selidik laa, mana la tau kot-kot dapat tempias ke apa ke..

Ok laa yob n yong dan teman-teman, dah jemu aku dengar celoteh pasal rumah Perak ni, yang dah settle tu sudah laa, buang masa je. tapi kalau nak tenangkan jiwa, nak selidik juga..Faddhol, silakan tapi nasiaht aku jangan laa dok provokasi kat yahoogroups.

Jadilah insan yang lebih memberi manfaat pada insan yang lain.Jangan jadikan kata-kata kita membuatkan orang lebih membenci kita.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment