Pages

Tuesday, May 26, 2009

moGok untuk zaMbry

Shahdan memerintahlah sang menteri Besar Mahkamah yang digelar oleh ToK GUru tu, walaupun dia nampak berang dengan gelaran "MB Mahkamah". Rakyat diutamakan, memepertingkatkan ekonomi Perak, menyakinkan pelabur-pelabur untuk datang kenegiri Perak, itulah janji-janji seorang Menteri Besar.Kami sebagai rakyat perak akan tunggu, apa kebaikan dan perkara-perkara baru yang akan dilaksanakan demi rakyat Perak.

Bagaimana lot-lot tanah yang telah diluluskan pada zaman PR memerintah dahulu, riuh sereban
Malaysia, konon-konon terhakis hak orang-orang melayu, hinggakan Sohibussamahah pun memberi komen.Masa Sohibussamahah datang ke Mesir pun dia sebut, dia tak bersetuju dengan pemberian kelulusan hak tanah tersebut.Bagimana lelongan camry yang dibuat ada sambutan ke, sehingga menjadi jenaka, lelong-lelong, untuk dijual,warna hitam metalic, harga boleh runding, diguna 3bulan oleh kerajaan Perak, bukan CAMRY tapi ZAMBRY...Sapa yang nak beli kalau Zambry, melainkan uMno je.

Dalam masa yang sama MB Nizar masih lagi mempunyai ruang untuk menuntut hak.Peguam MB Nizar membuat rayuan dimahkamah Persekutuan pulak, tapi sampai saat ni tak dengar berita apa-apa pun. Ana berkeyakinan tindakan susulan akan diteruskan.Perjuangan sehingga titisan darah yang terakhir.Tiada gunanya hidup menentang hukum Allah, lebih baik mati dalam ketaatan kepada Allah.

Hari ni bermula bermula mogok lapar yang dianjurkan oleh PR Perak, bagi orang-orang Islam
disunatkan puasa tiga hari.Walaupun ramai lah yang berkokok memberi pandangan dan fatwa
berkenaan mogok lapar, menteri, Mufti, perseorangan, ahli politik, macam-macam pandangan yang dibagi.

Maka tersebarlah kata-kata seorang yang berpangkat "mogok lapar yang dianjurkan oleh Pr
tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka, hanya tindakan bodoh".

Tapi yang ternyatanya mereka tercabar dan tidak senang dengan tindakan ahli-ahli Pr yang
bertindak mogok lapar.Terpapar didada akhbar utusan, polis sedang menarik dan menangkap Siva, Spekar DUN perak yang sah.Beberapa ADUN PR ditangkap.Sekiranya tiadak memberi apa-apa kesan biarkan lah mogok lapar dibuat.Tiga hari je, biarkan Pr buat mogok tersebut berbulan pun tak apa.tapi baru berapa jam bermuaa, belum sempat rasmi pun, polis dah buat kacau, ini menandakan mereka tercabar n mogok lapar tersebut memberi kesan kepada uMno khususnya.Tapi yang peliknya kenapa tangkapan dibuat?

Baru-baru ni terpangpang dalam media, Penyokong LTTE berhimpun di Batu Caves, Polis menyatakan perhimpunan tersebut tidak mendapat permit bermaksud perhimpunan haram, tak dengar seorang pun kena tangkap.Lima hari lepas Penyokong LTTE berhimpun bantah sokongan China Kira-kira 100 penyokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berhimpun di hadapan bangunan OSK Investment di sini, bagi membantah tindakan kerajaan China yang didakwa membantu Sri Lanka dalam serangan ke atas kumpulan itu.

Kesemua mereka yang berhimpun selama sejam bermula pukul 12.30 tengah hari di bangunan itu turut membawa poster, sepanduk dan banting dengan mesej 'Hentikan senjata kepada kerajaan Sri Lanka' selain patung Presiden China.Permit perhimpunan depa ni datang dari celah mana.Demokrasi biar adil lah.

Begitu lah perjalanan dunia, selagi tidak memerintah dengan agama Allah, selagi itulah keamanan hanya dongengan.Kehidupan penuh dengan kepalsuan, melainkan mereka-mereka yang beriman dengan Allah, dan mereka yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.Berjuanglah dimedan yang kamu
yakini.

No comments:

Post a Comment